Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu!
Semuanya
gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka
surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang
membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan
kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.
Perkahwinan
anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The
Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di
negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan
kerajaan mula terbongkar satu persatu.
Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:
@shamsuliskandar
Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?
[
@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]
Surat tersebut
dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis
Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua
Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan
Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua
menghadiri mesyuarat tersebut.
Surat tersebut
bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan
Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka"
dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali
Rustam berterusan.
Antara
kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai
majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis
perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu.
Shamsul juga
mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri
membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam
11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa
oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat
Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan
keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam.
Terbaru, Ali
Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis
tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang
kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri
itu.
Timbul pula
persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari
mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua
menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment