Seramai
kira-kira 150 penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di hadapan ibu pejabat
MCA hari ini bagi menuntut supaya presiden parti itu, Dr Chua Soi Lek
meminta maaf atas kenyataan yang didakwa menghina Islam.
Kumpulan
berkenaan mengancam akan mengadakan demonstrasi lebih besar dan
menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Chua tidak
memohon maaf dalam tempoh seminggu.
Tuntutan itu adalah berhubung
dakwaan Chua minggu lalu bahawa pekerjaan seramai 1.2 juta rakyat
Malaysia akan terjejas – termasuk dalam sektor rumah urut dan perjudian –
sekiranya hudud dilaksanakan.
Memorandum berkenaan menyebut,
tuntutan itu juga ekoran kenyataan Chua yang mendakwa lapan daripada 11
negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling
korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Chua
juga pada Sabtu lalu mempertahankan kenyataan naib pengerusi Wanita MCA
Heng Seai Kie yang mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam
sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Tuntutan
itu dinyatakan dalam satu memorandum yang diserahkan kepada setiausaha
kerja pemuda MCA, Leonard Tan Soon Huat di perkarangan bangunan
tersebut.
Perhimpunan
selama kira-kira 40 minit itu antara lainnya dipimpin ahli jawatankuasa
pusat PAS Idris Ahmad, ketua penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Noor,
ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan juga pemimpin
NGO Jingga 13.
Turut menjadi perhatian dalam perhimpunan tersebut
ialah pelakon Abby Abadi yang turut melaungkan slogan "Hidup Islam" dan
"Hidup Rakyat" bersama peserta lain.
No comments:
Post a Comment