Sunday, October 21, 2012

TERKINI!!! Siapa arahkan Musa Hassan batal sidang media?


Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang sepatutnya dijadualkan berlepas ke Bangkok awal pagi tadi membatalkan hasrat tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman web Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang beribu pejabat di sana, menyatakan bahawa sidang media berhubung pendedahan serta maklumat terbaru membabitkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh pada 19 Oktober 2006 dibatalkan.


Bagaimanapun punca pembatalan sidang tersebut tidak dapat dipastikan.


Musa mendakwa memperolehi beberapa maklumat penting berhubung misteri pembunuhan tersebut dan bersedia untuk mengadakan sidang tersebut yang telah dimuat naik di laman web FCCT pada Sabtu lalu.


Semalam, laman web Asia Sentinel mendakwa Musa akan terbang ke ibu negara Thailand itu seperti yang dijadualkan.


Selasa lalu, Musa menarik balik saman ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkenaan skandal mata lebam yang dilakukan bekas ketua polis negara, Rahim Noor pada 20 September 1998 selepas Anwar dipecat dari kerajaan pada 2 September tahun yang sama.


Difahamkan, Musa pada awalnya telah membuat persetujuan tersebut beberapa minggu lalu tetapi secara tiba-tiba mendakwa tidak mengetahui apa-apa tentang perkara tersebut ketika dihubungi awal pagi semalam.


Desas-desus berkenaan Musa yang kini dipercayai mahu menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat serta dikatakan diberikan arahan khas oleh pemimpin politik tertinggi Malaysia adalah punca utama mengapa ia tidak diadakan.


Ketika pembunuhan Altantuya, Musa adalah ketua polis negara ketika itu dan telah bersara wajib pada 13 September 2009 tetapi disambung kontrak selama setahun lagi setelah berkhidmat selama 41 tahun dan digantikan oleh Ismail Omar sehingga sekarang.


JALAN PULANG

2 comments:

  1. DAH DAPAT WARNING LA TU DRPD SYAITAN/UMPORNO. KALO MUSA PECAH RAHSIA NAJIB MAKA RAHSIA MUSA PUN AKAN DIDEDAHKAN
    RAKYAT DAH BOLE BACA DAH POLITIK PUAK2 SYAITANIRROJIM NI…

    ReplyDelete

  2. BERANGAN LA PUAK-PUAK INI NAK TENGOK MUSA HASSAN MASUK PAS ATAU PKR.... CAM SIAL JE KORANG.....

    DIA TAK JANJI APA-APAPUN, LAST-LAST KONON DIA BATALKAN....

    BRO....HATI-HATI BILA FASIQ MEMBAWA BERITA.....

    ReplyDelete