Air tidak surut : gambar ini diambil jam 5.30 petang hari jumaat dihadapan rumah ketua kampung johan setia |
Saya tidak berkesempatan menonton
TV3 semalam namun saya dihubungi tanpa henti oleh pengundi-pengundi di
Parlimen saya selepas siaran berita TV3 menyiarkan lapuran keadaan
banjir di Kampung Johan Setia.
Mengikut lapuran dari
penonton-penonton TV tersebut kononnya Ketua Umno Cawangan mengakui
bahawa saya dan YB Shuhaimi Shafiee ada turun melawat mangsa banjir tapi
tidak berbuat apa-apa untuk mengelakkan banjir tersebut dari berlaku.
Untuk makluman semua Ketua Umno Cawangan nampak begitu naif dan bercakap tidak mengikut fakta dan memalukan diri sendiri.
Ini adalah fakta kerja-kerja Tebatan
Banjir yang telah YB Shuhaimi dan saya dilakukan bersama Jabatan
Pengairan dan Saliran Klang.
1.
Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Kawasan Johan Setia @ Kg. Sc.
Mukim Klang, Selangor Darul Ehsan (siap Julai 2012) Kos rm350,000
2. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem
Saliran Serta Pengukuhan Tebing Dan Ban Parit Tanah Kg. Johan Setia
Bermula Ch Di Hadapan Sek. Menengah Johan Setia Utk Mencegah Banjir Di
Kwsn Kg. Johan Setia, Daerah Klang, Selangor (Siap September 2012) Kos
rm320,000
3. Kerja pengorekan dan
pembersihan parit johan setia dari persimpangan Jalan Banting sehingga
ke Jalan Kebun. (Siap September 2012) kos rm20,000
4. Kerja pengorekan dan
pembersihan parit Jalan Kebun dari SMK Jalan Kebun sehingga ke
persimpangan Jalan Kampung Lombong (Siap September 2012) kos rm20,000
Jumlah keseluruhan adalah rm 710,000.
5. Disamping itu, susulan dari
banjir pada 19 Oktober 2012 JPS Klang sedang dalam pelaksanaan kerja
pengorekan parit sepanjang Jalan Pandamar, dan juga sepanjang Jalan
Rojian.
Umum mengetahui.keadaan sebenarnya punca banjir adalah paras air laut yg tidak surut atau istilah (air pasang keling). Hujan yang turun menyebabkan air semakin bertakung lalu mengakibatkan banjir.Ianya satufenomena alam, tiada manusia yg mampu mengatasinya. Adalah jelas bukan kerana longkang atau parit yang tersumbat, tidak dikorek atau YB tak buat kerja.
TV3 hanya mencari keuntungan politik sahaja. Saya tidak mengungkit tapi kalau fenomena seperti ini apakah YB Umno boleh buat.
Apa pun menjadi kebanggaan saya bila saya bersama sukarelawan Jabatan Amal, Briged Amal, Sukarelawan
Masjid An Naim Jalan Kebun, Persatuan Penduduk Taman Setia membantu
membersihkan rumah-rumah dan semasa lawatan tersebut tidak ada seorang
pun yang saya temui menyalahkan sesiapa, sebalik menyatakan apa yang
berlaku adalah takdir dari Allah SWT.
Hairan
bin ajaib dari pukul 3 pagi Jumaat hingga pukul 1.00 tengahari saya
bersama sukarelawan berada di Kampung Johan Setia tidak kelihatan
langsung Ketua Kampung tersebut, JKKP dan RELA datang membantu ....
sebaliknya saya diberitahu ramai anggota RELA sepatutnya membantu
mangsa-mangsa banjir dikampung mereka tetapi mereka lebih rela bertugas
menjaga lalu lintas dirumah kenduri ... kerana imbuhan yang tak
seberapa.Dr Siti Mariah
sebenarnya puak2 tu tahu fakta sebenarnya tapi disebabkan hati2 mereka yg dah rosak maka fitnah tetap diteruskan..itulah cara mereka mengubat hati mereka..moga mereka sempat bertaubat
ReplyDeleteAku penduduk johan setia secara jujur, mereka ni semua 2x5 je...turun jumpa nak bergambar je..lepas tu sembang kata tolong itu dan ini...
ReplyDeleteaku pun penduduk johan setia , jujur juga nak bagi tahu unit amal memang turun tolong termasuk rumah adik beradik aku
ReplyDelete