Friday, October 19, 2012

UMNO BUKAN KUDA MCA!!! Najib membantah keras kenyataan Soi Lek?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.

"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.

Ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.

Manakala PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.


Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook semalam, dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.

Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.

16 comments:

  1. ini kena tanya Abdullah Samaah, Hasan akidah, Zul kulim, Fatul Bari. barulah kena pada tempatnya, lagipun mereka kan pakar fatwa

    ReplyDelete
  2. ini kena tanya Abdullah Samaah, Hasan akidah, Zul kulim, Fatul Bari. barulah kena pada tempatnya, lagipun mereka kan pakar fatwa

    ReplyDelete
  3. respect dekat blogger pro umno, mengkritik soi lek kerana menghina hudud. Islam lebih utama daripada semangat kepartian. tapi aku still terkilan dengan blogger pro pas, hanya memilih bulu dalam hal yang berkaitan dengan Islam. semenjak pas menggugurkan hudud daripada perjuangan, setiap kali dap menghina Islam, mesti blogger pas akan senyap. marilah paspb, tak kira siapa pun menghina Islam, sama ada dari mca atau dap, kita mesti belasah.

    ReplyDelete
  4. bukan setakat soi lek, bila karpal hina hudud pun pendirian kita mesti tegas. Islam adalah yang paling utama.

    ReplyDelete
  5. takat dua tiga blog jer bunyi, takpela jugak ader,, tapi kepala buat ape, umno senyap..

    ReplyDelete
  6. nak respect blogger pro BN wat apenye...dah puas soi lek menyalak br nak bersuare?selame ni cite lendir je korg suke...sengal...

    ReplyDelete
  7. baguslah ada gak blog yg kutuk.tapi terkilan la pemimpin tertinggi enggan ulas.kalau kata kat pakatan,bergegar-gegar.tapi terkunci mulut terus tatkala kerabat MCA hina hukum hudud.mana suara pemimpin kamu?sapa pun takut nak ulas ke?masuk la tv3 kami orang kampung nak tengok

    ReplyDelete
  8. Hek eleh... Masa dap hina Islam, pimpinan pas senyap tak citer pun. Takde pun masuk harakah. Tv pas pun tak masuk. Hasan tantawi bila kene marah dgn karpal sbb menipu, terus tak berani bukak mulut. Blog pas masa tu siap terima arahan dari amwarinas dgn dap supaya jgn ulas apa2.

    ReplyDelete
  9. Tu sbb aku cakap, blog paspb mesti bebas dari arahan dan tekanan anwarinas dan dap. Barulah blh mengulas dgn terbuka. Sekali sekala tu abaikan je arahan diaorg bila Islam dihina.

    ReplyDelete
  10. Utk mengelakkan org cakap Paspb = DAPpb, aku mencadangkan paspb mengingkari arahan anwarinas dan dap. Jgnlah asyik promote geng anwarinas dgn dap je. Geng ulama pun org nak tau jugak perkembangan diaorg. Aku nak tanya blogger paspb, bila last sekali ko tulis pasal ulama pas? Ni asyik2 citer pasal anwarinas eg mahfuz. Ahli pas dah muak lah.

    ReplyDelete
  11. kelakor betui tengok cai umno komen sini

    ReplyDelete
  12. cai umno sengaja buat tak tau yg parti dia diBISU,diBUTA dan diPEKAKkan MCA.yg NAJIB terang2 takut nak ulas,awat hang tak mau komen?putar cerita lain pulak.MCA dh bagi hang makan apa sampai jadi mcm tu?

    ReplyDelete
  13. Assallammuallaikum, Soi Lek cuba menampilkan dirinya sebagai satu satunya Cina yg dapat menyelamatkan orang Cina dari Islamism onslaught. Pada Soi Lek DAP sudah bersengkongkol dgn Islamic forces ia itu PAS. Soi Lek is a desperate man

    ReplyDelete
  14. Salah lah. Pas yg bersekongkol dgn dap. Soi lek ni silap, pas mmg dah gugurkan hudud drpd perjuangan. Yg hanya ingin melaksanakan hudud ialah umno bila tiba waktunya. So, kenyataan soi lek sebenarnya seperti mencabar umno. Pas tak rasa apa2 sbb pas dah lama tendang hudud daripada prinsip pas.

    Kita biarkan je umno pertahankan hudud bila diserang mca. Kita sebagai org pas duduk diam je dibawah lindungan dap. Kalau kita bising jugak, takut karpal kecik hati nanti.

    ReplyDelete
  15. beruk umno dah tak dak hujah nak kaitkan Pas dengan Soi Lek pulak. Dasar setan yg dikenali

    ReplyDelete
  16. siapa nak mengaku kau orang PAS la.tak malu ke?orang PAS nak jadi,orang DAP nak jadi.semua nak jadi.sedangkan kau tu orang UMNO MCA.malu nak mengaku.tak mengaku pun kami kenal la.hanya bermuka-muka..

    ReplyDelete