Cubaan Najib untuk memikat hati pengundi muda nampaknya tetap melalui
jalan buntu. Dalam Bajet 2013, beliau memperkenalkan BR1M 2.0 yang
memperuntukkan habuan sebanyak RM250 untuk orang bujang berusia antara
21 hingga 30 tahun yang berpendapatan RM2000 ke bawah, selain
memperkenalkan rebet RM200 untuk mereka memiliki telefon pintar.
Pemberian itu disambut dingin oleh majoriti orang muda. Berbanding
gejala rasuah, skandal dan penyelewengan yang terus berleluasa, habuan
RM 200 dan RM250 itu langsung tidak mengocak iman mereka. Lagi pula,
berbanding PR yang menawarkan penurunan harga kereta, pinjaman PTPTTM
dihapuskan dan sebuah kerajaan yang lebih telus dan terurus, ia ternyata
jauh lebih menarik hati golongan muda.
Sebab itu, walaupun bajet ini kali dianggap terbaik oleh UMNO, rakyat
dan anak muda umumnya hanya berbicara sehari dua saja mengenainya.
Selain tiada pembaharuan dan arah tuju yang jelas, bajet kali ini hanya
dipenuhi pemberian tunai yang minta dibalas dengan undi dalam
pilihanraya sahaja. Selebihnya kosong.
Dengan hasrat untuk berinteraksi dengan golongan muda yang menguasai
dunia maya, Najib juga cuba meniru pendekatan Anwar dengan tampil
melalui Google Hangout dalam program #tanyanajib pada 3 Oktober lalu
dengan tujuan mempromosi segala macam "goodies" yang diagih-agihkannya
bak Santa Claus itu.
Namun agak malang juga, soalan-soalan yang diajukan dalam program itu
akhirnya dijadikan medan bahan jenaka dan mempersenda beliau. Lebih
banyak soalan menyindir, mempersenda, memperlekeh malah
mempermain-mainkan Perdana Menteri berbanding soalan yang berkaitan
dengan bajet, walaupun ia agak hebat dipromosi sebelumnya. Isteri
beliau, Rosmah Mansor juga turut dijadikan bahan jenaka dalam soalan
yang dikemukakan anak-anak muda.
Ketika rakamannya disiarkan di Youtube pula, dalam tempoh sekejap saja
penonton yang tidak suka atau dislike melonjak begitu tinggi berbanding
mereka yang suka atau like. Direkodkan sebanyak 1,400 dislike berbanding
104 like dalam tempoh singkat sehingga akhirnya menyebabkan rakaman itu
"diprivatekan" untuk mengelakkan lebih banyak timbunan dislike daripada
penonton yang tentunya terdiri daripada anak-anak muda.
Video Najib itu bagaimanapun kemudiannya disiarkan pula dalam web
astroawani dan sehingga kini penonton yang dislike sudah melebihi 10,000
berbanding hanya 1000 lebih yang like.
Hakikat in memperlihatkan bahawa Najib sebenarnya ditolak mentah-mentah
oleh majoriti anak muda. Pemberian goodies atau gula-gula pilihanraya
langsung tidak memikat hati anak muda kerana bukan itu yang dimahukan
oleh mereka daripada sebuah kerajaan dan dari seorang Perdana Menteri.
Jika sekadar duit tunai RM200 atau RM250, anak-anak muda sebenarnya
boleh memperolehinya dengan meminta daripada ibu bapa masing-masing atau
melakukan kerja sambilan di KFC atau Mc Donalds pada hujung minggu.
Daripada sebuah kerajaan, pengharapan anak-anak muda lebih daripada itu.
Mereka tentunya mengharapkan kerajaan dan pemimpin yang baik,
mengutamakan rakyat dan peka kepada keperluan mereka seperti pendidikan,
pengangkutan, pekerjaan, kesihatan, perumahan dan sebagainya. Dan
mereka juga mahukan kerajaan yang bebas dari skandal, rasuah,
penyelewengan serta elemen membolot kekayaan peribadi di kalangan
pemimpinnya.
Tetapi Najib dengan memberi tunai sebanyak itu, dalam masa yang sama
gagal mewujudkan kerajaan yang benar-benar diyakini serta kelompok
pemimpin yang bersih moralnya. Bahkan beliau juga gagal mencontohkan
diri dan keluarganya sebagai idola yang boleh dijadikan ikutan serta
teladan.
Meskipun sebelum ini dalam beberapa program yang melibatkan anak-anak
muda, mereka dilihat memberi sokongan dengan kehadiran yang ramai tetapi
sebenarnya kehadiran itu bukan untuk Najib. Ia mungkin hanya untuk UMNO
dan kerajaan sahaja. Dan mungkin juga kehadiran dalam beberapa program
sebelum ini adalah sekadar pengisian masa lapang saja.
Ramai anak muda sebenarnya tidak suka dengan cara kepimpinan Najib yang
penuh retorik, bergaya mewah, tidak tegas serta kurang keberanian dalam
menghadapi isu yang melanda negara. Selain anak-anak muda yang
sebahagian besarnya tetap menolak UMNO dan kerajaan yang ada, sebahagian
lagi mungkin hanya menerima UMNO atas sebab-sebab nostalgia namun tidak
rela negara ini terus dipimpin oleh Najib selepas pilihanraya ini.
Bagi anak muda, dengan menyatakan penentangan secara terbuka kepada
kepimpinan Najib, ia adalah pembuka lembaran kepada perubahan sistem
baru politik negara ini. Ramai kalangan anak muda yang merasakan negara
ini akan menjadi lebih malap sekiranya ia terus dikuasai oleh UMNO.
Lebih gelita jika Najib terus kekal sebagai PM. Menolak UMNO dan Najib
hanyalah untuk merubah sistem politik yang ada dan menandakan bermulanya
sistem dua parti yang dilihat amat praktikal demi kebaikan semua orang.
Dengan menumbangkan Najib dan UMNO dan menjadikan PR kerajaan baru
selepss pilihanraya akan datang, rakyat akan dapat menilai perbezaan
antara BN dan PR. Jika selepas lima tahun, PR gagal berfungsi dengan
baik dan tidak menunaikan janji-janjinya, PR dengan mudah boleh
dijatuhkan dan digantikan dengan BN semula.
Permulaan kepada sistem kerajaan yang boleh bertukar ganti itu hanya
mungkin dapat dilakukan jika UMNO ditumbangkan terlebih dahulu. Tanpa
UMNO dan BN ditumbangkan, ia mustahil dilakukan atau mungkin memerlukan
50 tahun akan datang lagi untuk melakukannya.
Anak muda secara umumnya menguasai lebih 40 peratus daripada pengundi
berdaftar dan dilihat paling aktif. Gambaran penolakan anak muda yang
dipamerkan terhadap Najib dalam program Google Hangout serta terhadap
gula-gula pilihanraya dalam Bajet 2013 adalah sesuatu yang baik untuk
negara dan kita semua.
Penolakan itu bukan saja harus sentiasa dipertingkatkan, malah seharusnya diraikan juga. (SH 05/10/2012)
PASPB bangang salah maklumat. rm250 tu untuk 21 tahun ke atas.
ReplyDeleterebat rm200 untuk 21 hingga 30.
bahalol punya blogger
lembu umno dah ada nama . boh nama poknik pun orang tahu lembu umno. lembu yg sama dok komen dlm blog ini
ReplyDeleteWahai rang muda. Inilah masanya anda nyahkan UMNOBN yang rakus dunia. Tp masih ada yang simpati ngan UMNOBN spt. PokNik. Dia masih pokning (pening). Biarkan dia sampai bila2pun kotak fikirnya tak berubah krn sudah duduk dlm zon selesa UMNONGOK. Rang muda buat keputusan yang bijak. Duit BRIM hanya pemberian jangka pendek. Kita rang muda mahu sesuatu yang hebat untuk mencapai wawasan baru Malaysia. Bukan Wawasan 2020 yang akan bungkus yang hanya terselit sikap hedonisme / materialistik duniawi puak2 UMNOBN. Sebarkan.
ReplyDelete