Friday, November 16, 2012

30 000 PENUHI STADIUM!!! Dato' Nahrawi Hashim serah borang sertai PAS




(Datuk Nahrawi sertai PAS)

KOTA BHARU: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS.

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini.

Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.

Beliau yang ditemui Harakahdaily berkata, kemasukannya ke dalam PAS didorong kesedaran kuat bahawa parti itu benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam yang sebenar.

"Saya dah lama nak menyertai PAS, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya.

"Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih PAS," katanya.

Baginya, PAS satu-satunya parti yang mampu memartabatkan Islam di negara ini selepas banyak kerosakan dilakukan pemerintah sekarang.

Oleh kerana itu katanya, PAS menjadi pilihannya.

Menurutnya kemasukannya ke dalam PAS diharap mampu menyumbang sesuatu ke arah membina negara yang lebih baik.


Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu mulai penuh dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Himpunan anjuran Pakatan Rakyat ini adalah siri kedua selepas himpunan di Senawang, Seremban awal bulan ini.

Himpunan kali ini diadakan serentak dengan Muktamar tahunan PAS ke 58 yang diadakan di sini.

Dianggarkan pada ketika ini sudah lebih 30,000 berada di padang stadium dan kawasan tempat duduk sementara ribuan lagi sedang masuk ke dalam stadium.

Kebangkitan malam ini juga bakal sekali lagi menyaksikan sejarah dicipta di stadium penuh keramat ini apabila beberapa tokoh besar juga turut hadir.

Antara pemimpin besar Pakatan Rakyat yang dijangka akan memberi ucapan termasuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Suasana dalam stadium ketika ini dipenuhi dengan empat warna kebangkitan rakyat iaitu oren, merah, hijau dan kuning.

Oren mewakili gerakan menyelamatkan Felda oleh Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), merah mewakili perjuangan NGO 'R' menuntut hak bayaran royalti dan pendaratan minyak dan gas di Kelantan, hijau mewakili gerakan menyelamatkan alam sekitar dan anti-Lynas dan kuning mewakili perjuangan Bersih yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Selain daripada warna dari pakaian yang dipakai, setiap hadirin juga turut diagihkan bendera mewakili keempat-empat warna tersebut.

Malam ini juga kesemua wakil-wakil NGO tersebut diberi peluang berucap memberikan penerangan berhubung perkembangan terkini isu-isu yang diperjuangan mereka.

Perhimpunan malam ini juga dibuat bersempena berlangsungnya Muktamar PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) yang bermula hari ini hingga Ahad nanti.

Perhimpunan bermula sejak petang tadi apabila pelbagai acara hiburan dan ringan diadakan di perkarangan stadium dan di sekitar bandar Kota Bharu.

Perarakan bermotor NgO 'R' mengelilingi stadium kira-kira jam 3 petang.

Selepas itu persembahan kesenian diadakan di situ termasuklah tarian singa dan lain-lain permainan tradisi.

19 comments:

  1. Pemempin pas pada masa akan datang akan mencemuh, mengeji dan menghina pemimpin pas skrg krn menggugurkan Islam, membuang hudud dan membela agenda murtad semata2 untuk kuasa dunia.

    ReplyDelete
  2. Dan bersoraklah penganut kristian, seks bebas, liberisme dan pleurisme krn seorg lagi org Islam terjerat untk berada bersama mereka.

    ReplyDelete
  3. Aku nak perbetulkan kenyataan dato nahrawi ni. Bila masa pulak pas memperjuangkan Islam? Matlamat perjuangan menentukan hala tuju parti. Pas memperjuangkan negara kebajikan, bukannya Islam. So, kalau nak wifi percuma ke blh lah masuk pas. Tapi kalau nak memartabatkan Islam, melayu dan negara blhlah masuk umno.

    ReplyDelete
  4. Kalau PAS tak perjuangkan ISLAM.. maknanya UMNO lah yang perjuangkan ISLAM.. aku setuju 100% kalau kata UMNO yang perjuangkan ISLAM... tengok gaya hidup pemimpin UMNO.. memang ISLAMIC... Najib Razak.. presiden UMNO... selalu baca khutbah jumaat kat masjid... presiden PAS mana boleh buat.. bini presiden UMNO pula.. hajjah Rosmah bertudung labuh... memang ISLAMIC la... ISLAMIC GAYA UMNO...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap menari ala bolliwood lg you… btl2 islamik

      Delete
  5. ha..ha..ha... PERGI JAHANAM LA KAU UMNO..

    ReplyDelete
  6. APA PUN TAK APA... ASALKAN BUKAN UMNO. KALAU JUMPA ULAR DAN UMNO: PUKUL UMNO DULU

    ReplyDelete
  7. Kami orang muda pilih pas, umno untuk orang tua dan orang jumud jerrr
    -yanL, UPM.

    ReplyDelete
  8. Cuba fikir dgn hati terbuka dan berfikiran waras. Manifesto perjuangan menentukan hala tuju parti. So, apa manifesto parti pas? Islam atau kebajikan? Berilah jawapan dgn ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah melayan orang bebal parti syaitan…

      Delete
  9. manifesto sj tak guna tanpa perbuatan.hang kata umno memperjuangkan islam.ok,aku nk tanya soalan budak sekolah tadika kat hang.brapa rmai pimpinan umno jadi imam stiap wktu di msjid?brapa ramai pimpinan umno jadi khatib dan imam stiap solat jumaat.brapa ramai pimpinan umno mengepalai bacaan yasiin stiap mlm jumaat?brapa ramai pimpinan umno mengetuai pengurusan jenazah dari awal hingga selesai?brapa rmai pimpinan wnita umno dan istri pimpinan umno yg ttup aurat dengan smpurna?jawab jangan tak jawab

    ReplyDelete
  10. Dia kata dia minat dengan islam apakah selama ini tak islam kah dia. Eh Eehh Eeehhhhhhhh atau nak jadi calon PRU13 kott.

    ReplyDelete
  11. Kalau dah taksub sangat dengan UMNO pun xkan tak kenal mana islam mana yang tak islam...bukanlah Umno yang pemimpinnya hidup dan bergelumang dengan maksiat dan radyan pun dikira islam...banyak kali juga aku jumpa orang yang bodoh...kali ni orang yang bodoh dan jahil dalam agama pun akan kata yang ini paling bodoh dalam dunia...lebih bodoh dari haiwan ternakan...jagalah status kita sebqgai manusia....jangan meletakan lebih terus dari haiwan..

    ReplyDelete
  12. Korg umno bnyak belit..bdak2 muda n artis dah makin benci BN..nyah kau dari muka bumi..haha..

    ReplyDelete
  13. Pimpinan akan dtg pasti mempersoalkan tindakan pimpinan pas skrg. Hairan.. Bagaimana parti yg dahulu gagah memperjuangkan Islam, kini lesu. Pas hanya gagah memperjuangkan isu remeh seperti harga minyak dan wifi,padahal isu akidah dan ibadah ummah dibuang jauh. Berubah lah pas atau menanti rebah.

    Nasihat dari hamba Allah yg ingin memgembalikan kegemilangan pas ke arah kebenaran

    ReplyDelete
  14. Bersusah-payah Mat Sabu pergi ke Syria menyatakan sokongan kepada rejim syiah atas penyembelihan beramai-ramai puak sunni di sana.

    Ini seolah-olah menggambarkan bahawa Pas sebuah parti pendokong syiah dan bersubahat dengan pembunuhan sejumlah besar rakyat Syria berfahaman sunnah.

    PASPB tolong jelaskan !

    ReplyDelete
  15. PAS = Parti Ajaran Syiah

    ReplyDelete
  16. BeEnd
    Alif Mim Nun Wau = sarkis!!!
    Hahahaha

    ReplyDelete
  17. ARAHAN DARI PRESIDEN PAS18 November, 2012 00:07

    Dah jelas, muktamar Pas menolak Anwar sebagai PM. Mula dari saat ini ahli Pas sila jauhkan diri dari semua unsur yang berkaitan dengan parti PKR.

    ReplyDelete