Bagaimanapun menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau yakin BN akan menang dan wakil rakyat Bebas akan memberi sokongan kepada perikatan itu.
Sehubungan itu kata beliau, era kononnya BN sudah berakhir telah lama berlalu dan dengan adanya penyokong tegar parti itu yang akan terus mengundinya, BN diyakini akan terus mempertahankan kuasa.
"Ya, memang 120 kerusi itu tidak memberi keselesaan kepada BN, tapi kalau ikutkan Bebas, BN telah menang penuh.
"Lagipun BN hanya memerlukan lapan lagi kerusi untuk menang dalam pilihan raya ini, pembangkang sekarang ada 83 kerusi tambah tiga kerusi, belum tentu mereka menang.
"Saya yakin, penyokong BN sebelum ini akan terus bersama mereka," katanya kepada Sinar Harian Online selepas selesainya Himpunan Barisan 1 Malaysia di sini, hari ini.
Shamsul yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata, BN yang kehilangan majoriti dua pertiga empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan "kelabu".
Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.
“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.
Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kajian dibuat Shamsul juga belum pasti mempunyai kebenaran sambil menegaskan, BN akan tetap "menang penuh" tetapi dengan syarat.
Katanya, syarat yang perlu ada oleh BN ialah kekuatan, kekemasan dan kelancaran jentera parti dalam menghadapi PRU selain mempunyai calon yang berkelayakan.
"Penyelidikan yang dibuat itu... belum pasti kebenarannya, saya yakin BN akan menang.
"Namun syaratnya jentera BN kuat, ada kelancaran dan kekemasan selain soal calon," katanya.SH
Kalau kita tak jadi hamba dap, mesti ibrahim ali bersama kita.
ReplyDeleteDasar katak mna bleh duk tetap.porah brahim.sapa nak bg hang tanding lg.hrap penyokong hang adalah dlm 800 org.izin Allah dgn penyokong pas hang menang klau tidak dah lama dah bungkus .umno pun tak mau balaci mcm ni.nuh hak duk kulim lg blik awal.adios tu taik jugak bercakap bab agama konon.hang pikiaq lah sikit.hang duk kianat amanah rakyat tu mcm mana.gaji hang dapat hasil dr kianat amanah tu mcm mna.wakil bebas jgn hrp ah nak bertanding n menang.simpan je lah niat tu.lebig baik duk diam2.mungkin lps ni tak terjebak dah dgn rezeki haram.
ReplyDeleteAnon 1848, ibrahim ali mmg khianat amanah! Pas amanahkan dia jadi kuli dap, dia tak nak. Pas amanahkan dia memperjuangkan peliwat, dia tolak. Yg plg baru ni, pas perjuangkan murtad pun dia tak nak ikut. So, mcmana lah pas blh tertipu dulu dgn org mcm ni.
ReplyDeletedari jadi katak baik jadi beruk umno kah kah kah
ReplyDeletesuka betul beruk UMNO/Bn bergayut dipohon yg hijau,subur,rimbun ini.....yelah pokok yg lagi satu tu dah nak tumbang dah..lamaaaa daahh....tapi jgnlah kencing berak kat sini.....busuk bebeno....nak muntah pun ader....hihihihi
ReplyDeleteAnon 18:58 menulis biar ada fakta.adakah hang pasti pas memperjuangkan murtad.kalau pas tak perjuangkan murtad maksudnya hang buat fitnah.brahim bkn tak nak jd kuli tp dia nak jd bos.suruh org semua dgr cakap dia walaupun perkara yg dia tak reti termasuk takluf siyasi.bila msa pas menurut telunjuk dap.aku rasa stakat pas bersama dap lah puak2 pemimpin dap n pkr Yg bkn islam bleh mengetahui sedikit sebanyak ttg islam.tak leh banyak terus bleh sikit tak pa dah.ni puak umno dah 55 thn bersama mca n mic tak pernah puak tu bleh mengetahui ttg islam.koho benak n dajal ada lah.!pikiq guna otak la kawan jgn guna sentimen n hasutan.
ReplyDelete