Ketua
Pemuda MIC Bahagian Batu Kawan, D. K. Devavijayan hari ini meletak
jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta bagi memberi tumpuan
kepada perniagaannya.
Devavijayan,
36, berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada
Presiden MIC , G. Palanivel dan Pengerusi MIC Bahagian Batu Kawan, R.
Muthiah hari ini, memaklumkan hasratnya itu.
"Saya
masih anggota MIC dan menyokong kuat Barisan Nasional, cuma saya tidak
boleh memberi komitmen terhadap jawatan itu (Ketua Pemuda MIC Batu
Kawan) kerana dalam masa yang sama perlu menguruskan perniagaan.
"Saya
sudah lama memikirkan perkara ini (meletak jawatan) kerana perniagaan
saya tiada sesiapa uruskan dan saya juga bimbang jika pilihan raya nanti
saya gagal memberi fokus terhadap kerja-kerja parti berikutan urusan
perniagaan," katanya ketika dihubungi, di sini Selasa.
Katanya
beliau tidak akan menarik balik peletakan jawatan itu walau dipujuk
oleh mana-mana pihak kerana percaya keputusan tersebut adalah yang
terbaik baginya dan MIC.
Beliau juga berkata keputusan itu dibuat bukan atas desakan mahupun pengaruh mana-mana pihak.
Sementara
itu, Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, J. Dhinagaran berkata beliau akan
bertemu dengan Devavijayan dalam tempoh terdekat bagi mengetahui punca
sebenar peletakan jawatannya.
"Saya
terkejut menerima sistem pesanan ringkas (SMS) Devavijayan yang
menyatakan beliau meletak jawatan serta-merta kerana selama ini beliau
sangat komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya di peringkat
bahagian, negeri dan pusat.
"Lebih
memeranjatkan kerana beliau rapat dengan presiden parti dan saya akan
bertemunya paling lewat pagi esok untuk memberikan nasihat
sertapandangan.
"Selain
itu, saya akan cuba meminta beliau menarik balik peletakan jawatan itu
kerana parti memerlukan pemimpin berdisiplin sepertinya," katanya ketika
dihubungi.
JALAN PULANG
Terima kasih paspb. Inilah contoh pemimpin yg bn ada, mengutamakan rakyat daripada kehendak peribadi, meletak jawatan bila rasa amanah yg dipikul terlalu besar bagi memberi peluang kpd pemimpin lain. Bukannya seperti seorg pemimpin, yg sekarang memegang rekod mb plg tua dan plg lama di malaysia. Cukup2lah pemimpin tersebut, rasanya takde sapa blh pecahkan rekod dia.
ReplyDeleteKalau ikut peribahasa tok guru, 'patah sayap berTONGKAT pauh'. Tok guru ada byk TONGKAT dkt rumah, tu sbb blh pegang jawatan sampai mati.
ReplyDeleteko peduli apa beruk. tok guru jadi mb lama pun tak da kes rasuah. pemimpin umno jadi mb satu penggal habis dibelasah khazanah rakyat
ReplyDelete