Isu yang melibatkan Nazri Aziz, menteri yang bertanggungjawab terhadap
undang-undang, Parlimen dan SPRM dengan usahawan balak Michael Chia,
terus memanaskan suhu politik negara dengan pelbagai pendedahan baru
hari demi hari.
Isu ini bermulanya dengan jawapan Nazri di Parlimen berkaitan Michael
yang pernah ditahan di Hong Kong kerana membawa wang tunai RM40 juta
yang didakwa untuk diberikan kepada Musa Aman, Ketua Menteri Sabah.
Jawapan Nazri di Parlimen yang menyebut Michael tidak terlibat dengan
apa-apa kesalahan kerana wang itu sebenarnya adalah untuk diberikan
kepada UMNO Sabah, bukannya Musa Aman secara peribadi, akhirnya
mengundang petaka yang tidak berkesudahan.
Jawapan Nazri itu, dan kemudian diikuti dengan kenyataan Najib pula
bahawa tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana parti politik menerima
sumbangan, walaupun dilihat cuba membersihkan Musa Aman dan Michael Chia
namun kekotoronnya berpindah pula kepada Nazri kemudiannya.
Sebelum itu Suaram diserang dengan dakwaan menerima wang daripada Soros
tetapi dengan pengesahan Najib bahawa parti politik dibolehkan menerima
wang sumbangan, bahkan UMNO Sabah sudah pun menerima RM40 juta, ludahan
UMNO ternyata memercik ke muka sendiri.
Kekotoran yang cuba dibersihkan daripada Michael Chia dan Musa Aman
mulai berpindah kepada Nazri berikutan pendedahan yang dibuat oleh Raja
Petra Kamaruddin bahawa Nazri didakwa telah menerima sejumlah wang
daripada Michael Chia dan pemberian seebuah kereta mewah untuk kegunaan
keluarganya.
Walaupun Nazri kemudiannya menafikan dakwaan Raja Petra itu tetapi ia
kembali panas apabila Rafizi kemudiannya mendedahkan maklumat bergambar
berkaitan sebuah kereta mewah jenis Hummer yang didakwa kepunyaan
Michael Chia tetapi digunakan oleh anak lelaki Nazri, Mohd Nedim.
Nazri kemudiannya tidak menafikan perkara itu tetapi menyifatkan ianya
urusan antara anaknya dengan Micahel Chia dan perlu ditanya kepada
anaknya. Dalam masa yang sama Nazri juga mengakui Michael Chia adalah
kenalan rapatnya.
Dengan langkah terbaru Rafizi melaporkan kepada SPRM kaitan hubungan
Nazri dan anaknya dengan Michael Chia serta isu wang RM40 juta sebelum
ini, Nazri kini menjadi sasaran panas lampu sorot pembangkang menjelang
pilihanraya umum akan datang ini.
Soal sama ada Nazri bersalah atau tidak bukanlah menjadi isu penting
tetapi intergriti kerajaan dan pemimpin UMNO sekali lagi diragui umum.
Selepas Shahrizat yang dikaitkan dengan isu lembu NFC, isu melibatkan
Nazri ini sekali lagi menghenyak reputasi UMNO sekaligus menguji wibawa
Najib selaku Perdana Menteri.
Jika dalam isu Shahrizat, kelambatan Najib bertindak dan membiarkan
pendedahan demi pendedahan dibuat melalui media sehingga hampir
menjahanamkan nama baik UMNO dan Najib sendiri, isu Nazri ini juga jika
dibiarkan pasti memberi kesan buruk yang serupa.
Dalam suasana pilihanraya hampir tiba dan persepsi harus dikawal,
meletusnya isu Nazri ini tidak lebih bakal menjadi beban baru kepada
UMNO dan Najib jika dibiarkan menjadi perbicaraan di media.
Nazri, seorang peguam dan memang diakui petah berhujah. Logik bicara
dalam setiap perkara sentiasa ada. Tetapi dengan pelbagai pendedahan
yang dibuat terhadap diri dan anak lelakinya, persepsi umum terhadap
beliau sudah sukar diperbaiki. Jika dibiarkan ia pastinya melarat dan
memburukkan sama nama UMNO serta Najib.
Walaupun Nazri cuba bersilat dan berhujah, persepsi umum ialah tidak
mungkin Michael Chia memberikan kereta mewah itu kepada Mohd Nedim jika
dia bukan anak Nazri.
Jika dalam isu Shahrizat, Nazri pernah meminta Shahrizat memulangkan
kembali wang RM250 juta yang menjadi isu itu, kini giliran Nazri pula
membuktikan keikhlasannya sebagai pemimpin.
Beliau perlu melakukan sesuatu untuk membersihkan namanya, nama UMNO dan
nama kerajaan. Mungkin beliau perlu mengambil cuti bagi membolehkan
siasatan dijalankan terhadap diri dan keluarganya. Dan dengan Rafizi
akan berlepas ke Hong Kong minggu depan untuk bersemuka dengan
Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi mendapatkan lebih
banyak maklumat tentang penahanan Michael Chia, adalah dijangka lebih
banyak maklumat baru akan terdedah.
Dan isu yang melibatkan Nazri ini tentunya akan terus memeningkan kepada
bossnya sendiri, Najib Razak. Dengan pelbagai isu sedia ada sudah cukup
memeningkan Najib, isu Nazri ini tentu menyebabkannya migrain pula.
Jika Nazri tidak mahu berkorban atau mengambil cuti, Najib pastinya akan
didesak untuk mengambil sesuatu tindakan pula. Wibawa Najib sekali lagi
akan diuji. Pengajaran daripada isu lembu NFC yang melibatkan Shahrizat
akan dijadikan asas serta hujah untuk memaksa Najib bertindak lebih
pantas sebelum keadaan menjadi bertambah parah.
Dalam masa yang sama, umum juga tentunya menunggu komen Tun Mahathir
mengenai isu Nazri ini. Sejak Mahathir bersara pada 2003, Nazri sudah
menjadi musuh tidak rasmi kepada Mahathir terutama dalam kritikannya
kepada Pak Lah dulu. Sebagaimana dalam isu AP yang melibatkan Rafidah
Aziz dan NFC yang melibatkan Shahrizat, pandangan Mahathir dalam isu
Nazri sudah boleh dijangka arah tujunya.
Dalam hal ini Najib perlu menangani isu Nazri ini sebelum Mahathir
bersuara. Jika selepas Mahathir bersuara, yang sudah boleh diagak tidak
akan menyebelahi Nazri, kesannya tentu terkena kepada Najib juga.
Najib sekali lagi akan dilihat sebagai pemimpin yang lemah, tidak tegas dan kurang berwibawa.
Meletusnya isu Nazri Aziz ini tidak lain menunjukkan kepada umum satu
lagi bukti bahawa pemimpin UMNO tidak mungkin akan berubah walaupun
laungan perubahan itu diucapkan saban hari. Persepsi rakyat berikutan
meletusnya isu ini hanya menambahburukkan lagi wajah UMNO dan para
pemimpinnya. Harapan UMNO untuk mempertahankan kuasa dengan pemimpin
yang sedia ada, tampak menjadi semakin sukar.
Sementara harapan untuk menang dengan bergaya semakin pudar berikutan
pelbagai isu dan kemelut yang muncul silih berganti, tetapi wibawa dan
keberanian Najib dalam menangani isu Nazri ini tetap dituntut kerana
kegagalan berbuat demikian hanya akan menyebabkan kekalahan yang lebih
parah bakal diterima. ( SH 05/11/2012)
Hukum karma...biasa la tu...dulu najib ckp suaram skrg dh kena kt diri sendiri...kali ni lg teruk..
ReplyDeleteOrg pas pun ada yg beragama buddha ke? Siap beriman dgn hukum karma lagi ni.
Deletekalau salah tangkap dan hukum serta merta
ReplyDeletesudah2 la meroyan beruk
ReplyDeleteAsyik ulang2 perkataan beruk je. Boringgg..
DeleteKenapa ko dah panas ke beruk, atau pun ko takut jadi beruk gila
ReplyDeleteberuk terasa.. Ha..ha..ha.. Get use 2 it.. Ha..ha..ha..
ReplyDeletekambing pas mana ada akhlak,...binatang ler katakannnn....emmbeeeekkk!!
ReplyDeleteZaman sekarang, lembu dok kat kondo, beruk naik kereta humbee...Boleh jumpa kat Malaysia je..
ReplyDeletebuat konsert k pop cara beruk umno nk perbetul akhlak.. Beruk loncat atas pentas..
ReplyDelete