Persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Menteri Pengangkutan, Kong Cho Ha enggan memberi laluan kepada ahli-ahli parlimen Pakatan untuk mencelah bertanyakan soalan berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
"Kenapa
menteri enggan memberi ruang untuk kita bertanya dan saya lihat menteri
seolah-olah takut untuk jawab kerana risau ia akan terbongkar.
"Saya
pasti ini disebabkan semuanya ada kepentingan sebab itu takut," jelas
beliau di Parlimen walaupun Kong Cho Ha enggan memberi laluan.
Sebelum
itu, pada awal sesi penggulungan telah timbul kekecohan apabila menteri
mengatakan akan menjawab isu berkaitan AES pada akhir penggulungan.
Mahfuz ketika itu mengatakan tindakan tersebut adalah alasan menteri untuk tidak menjawab pertanyaan AES.
Mahfuz
yang meneruskan pertanyaan meminta kerajaan memberitahu apakah bukti
kukuh yang mengatakan pemasangan kamera dapat mengurangkan kadar
kemalangan.
"Ada
perkara yang tidak betul dalam pelaksanaan projek ini, dan saya pasti
ia bukannya untuk tujuan menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kadar
kemalangan.
"Tetapi
ia adalah sebenarnya untuk kayakan kroni dengan cara merompak duit dari
rakyat," kata Mahfuz sambil ditentang oleh ahli-ahli parlimen Barisan
Nasional.
Tambahnya
lagi, kerajaan perlu memberi penjelasan bagaimana syarikat yang tidak
mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan AES boleh dilantik untuk
melaksanakan projek tersebut.
Kong
Cho Ha dalam jawapan ringkasnya menyatakan apa yang ditimbulkan oleh
Ahli Parlimen Pakatan adalah dengan niat untuk memutar belitkan fakta.
Cho Ha juga merupakan Setiausaha Agung MCA dan ahli parlimen Lumut, Perak.
Namun
kenyataan tersebut disangkal oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan
Ismail yang memberitahu menteri sepatutnya menjawab persoalan yang
dibangkit bukannya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Penggulungan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan bersambung pada jam 2.30 petang.
Mahfuz dan Kong Cho Ha terus menjadi tumpuan apabila kedua-dua mereka terus menimbulkan isu di dalam dewan di lobi parlimen.
JALAN PULANG
YANG DAH PASTI ROMBAK DUIT RAKYAT PASLAH. DUIT ANAK YATIM DAN JANDA MEMALI BERJUTA JUTA...LENYAP!
ReplyDeleteHE! HE! HE!