KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di
antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES),
Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA.
Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham
terbesar syarikat itu, To’Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas
Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan
Salim.
“Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan
Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.
“Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan
Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” kata Ahli Dewan
Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.
Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula
mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat
Mediharta Sdn Bhd.
“Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA.
Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan
beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri
Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah
Menteri Kesihatan pada 2005.
Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan
memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak
sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.
Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong
berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni
yang mendapat kontrak dari kerajaan.
Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.
“Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem
ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali
saman trafik sebelum ini.
“Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai
semula sistem pelaksanaan AES ini,” kata Bendahari Agung KEADILAN itu.
Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan
dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat
pengendali, Ates Sdn Bhd.
Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun
dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38895
Kalau tak mahu disaman, ikut lah undang-undang jalanraya. Lebuhraya bukan tempat berlumba...
ReplyDeleteAnon 03:04 bercakap mcm katak bwah tempurung...otak kosong tp nk bercakap...
ReplyDelete