Thursday, November 1, 2012

RM 100 RIBU SEMALAM!!! Rakyat tanggung Najib dan Rosmah tinggal di hotel mewah Atlantis di Dubai

Kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) bagi tempoh empat tahun sebanyak RM12,094,707.06.

Kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.

Penyelenggaraan bagi Seri Perdana bagi tahun 2008 hingga 2011 sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria pula sebanyak RM5,117,305.26.

Jumlah ini dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Parlimen semalam.

Mohd Nasir dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos penyelenggaraan kediaman rasmi PM dan TPM bagi tahun 2008 hingga 2011.

Nazri memberitahu, kos penyelenggaran bagi Sri Perdana bagi tahun 2008 sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00) dan 2011 (RM1,873,654.20).

Sementara itu, kos penyelenggaraan bagi Sri Satria pula pada 2008 ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan 2011 (RM1,455,804.00).

Dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Jun 2011, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air untuk kedua-dua kediaman tersebut.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.

Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman Perdana Menteri dan Timbalannya sahaja berjumlah RM10 juta dan bil air pula mencecah RM1.9 juta untuk tempoh yang sama.

Pada Disember 2008, iaitu pada masa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan menjelaskan, sewa bagi kediaman PM hanya pada sekitar RM4.15 juta. Manakala RM2.74 juta lagi dibayar bagi sewa kediaman TPM.

1 November 2011, Parlimen diberitahu jumlah perbelanjaan lawatan rasmi PM dan isteri serta TPM dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM4,811,837.48 (2009) RM5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Turut dilaporkan media alternatif sebelum ini ialah kos penginapan Najib dan Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman.
 
Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi TPM dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM8,020,328.07.

4 comments:

  1. "$9,260,000 - "For the care, maintenance, repair and alteration, refurnishing, improvement, heating, and lighting, including electric power and fixtures, of the Executive Residence at the White House and official entertainment expenses of the President." - dari sumber rasmi kerajaan AS. Sila google utk pengesahan.

    Di atas adalah kos penyelenggaraan Rumah Putih, kediaman dan pejabat presiden AS, lebihkurang RM27 juta setahun.Berbanding itu, kos lebihkurang RM1juta setahun utk kediaman PM Msia tidak nampak keterlaluan.

    Bagaimanapun bilik hotel RM100K satu malam sekiranya ditanggung oleh wang rakyat adalah keterlaluan,SEKIRANYA BENAR. Perkara ini perlu pengesahan. Tidak wajar tuduh hentam kromo tanpa bukti sahih.Jgn buat kpd orang lain apa yg kita tak mahu org lain buat kpd kita.

    ReplyDelete
  2. GDP 2011 USA 14 000 000 000 000
    GDP 2011 Msia 287 000 000 000

    Cost of Living Comparison bet USA and Malaysia
    Consumer Prices in Malaysia are 30.95% lower than in United States
    Consumer Prices Including Rent in Malaysia are 37.30% lower than in United States
    Rent Prices in Malaysia are 63.04% lower than in United States
    Restaurant Prices in Malaysia are 54.48% lower than in United States
    Groceries Prices in Malaysia are 32.22% lower than in United States
    Local Purchasing Power in Malaysia is 47.74% lower than in United States

    Kita punya GDP 2% dibandingkan dengan size ekonomi USA.

    US budget 2011 - 3.8 trillion
    Msia budget 2011 212 billion ringgit = 70.6 billion dollars

    Nak compare dengan maientenance kat White house???

    ReplyDelete
  3. Asalkan Bukan MU02 November, 2012 23:57

    kenapa nak bandingkan dengan white house? bandingkan la dengan presiden iran....Stupid like a monkey...!!!

    ReplyDelete
  4. Cai umngok mmg bongok

    ReplyDelete