Isu calon pilihanraya sentiasa menjadi isu panas dalam UMNO. Begitu
ramai yang berebut dan merasakan mereka layak untuk menjadi calon dan
bergelar YB. Bagi mereka yang berjuang dan menjadi pemimpin UMNO,
terpilih menjadi calon pilihanraya merupakan pencapaian terbaik dalam
karier perjuangan peribadi atau sesetengahnya beranggapan seperti pintu
rezeki semakin terbuka dengan luas.
Dengan terpilih sebagai calon pilihanraya, kemudian menang pula,
bermacam jawatan dan peluang boleh diraih selepas itu. Darjat dalam
masyarakat juga meningkat dan semua itu menjanjikan peluang ke arah
kemewahan.
Lantaran itu, tidak menghairankan perebutan menjadi calon pilihanraya dalam UMNO sentiasa panas dan menggelegak.
Jika sebelum ini proses pemilihan calon dibuat melalui cadangan yang
dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian ke ibu pejabat UMNO Malaysia dan
kemudian ditapis oleh MT UMNO serta Badan Perhubungan UMNO
Negeri-Negeri, namun sejak Najib memperkenalkan istilah "winnable
candidate" ini, proses itu yang selama ini menjadi amalan turut melalui
perubahan.
Meskipun menjelang PRU 13 ini, semua UMNO bahagian dilaporkan sudah
mengemukakan nama-nama untuk dipertimbangkan sebagai calon sebagaimana
biasa, namun peranan MT UMNO sebagai badan tertinggi untuk menapis
nama-nama yang dikemukakan itu dilihat semakin diketepikan.
Ini berikutan Najib selaku Presiden UMNO yang begitu berhasrat besar
untuk merealisasikan pemilihan calon berasaskan faktor "winnable" atau
boleh menang dikatakan telah melantik bekas Setiausaha Politiknya, Alies
Nor untuk mengetuai sebuah unit untuk menapis calon-calon pilihanraya
kali ini.
Alies yang kini dilantik sebagai Pengerusi PWTC iaitu Kompleks
Ibupejabat UMNO sebaik Najib menjadi Perdana Menteri, dikatakan
mempunyai peranan yang cukup besar dan berpengaruh dalam pemilihan calon
PRU 13 ini kerana Najib meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya.
Alies dikatakan akan melakukan pemantauan yang menyeluruh terhadap
nama-nama yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian dengan kerjasama
Biro Tatanegara serta pihak lain yang menjadi kepercayaannya. Selain itu
beberapa pemantau yang terdiri daripada ahli jawatankuasa UMNO
bahagian-bahagian yang diketahui rapat dengan Najib tetapi tiada
keinginan untuk menjadi calon pilihanraya telah pun dilantik dalam unit
yang diketuai oleh Alies Nor itu.
Dalam masa yang sama, beberapa bekas pemimpin juga turut dilantik dalam
unit yang diketuai oleh Alies Nor itu dan antaranya ialah bekas Menteri
Pelancongan, Sabbaruddin Chik.
Peranan unit ini bukan saja meneliti nama serta latarbelakang calon agar
memenuhi kriteria "winnable" yang menjadi penanda aras politik Najib
tetapi juga difahamkan turut mengambil kira faktor kecenderungan dan
kesetiaan mereka.
Ini kerana selain menghadapi tentangan daripada Anwar dan Pakatan
Rakyat, Najib juga dikatakan mengambil kira faktor Muhyiddin dalam
pemilihan calon pilihanraya kali ini. Beliau seboleh-bolehnya cuba
meminimakan pengaruh Muhyiddin bagi mengelakkan timbulnya desakan agar
beliau diminta berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden
UMNO jika BN hanya mampu mencapai kemenangan tipis dalam pilihanraya
umum nanti.
Sehingga ini unit tanpa nama yang diketuai oleh Alies Nor ini sedang
sibuk menjalankan tapisan dan siasatan keatas nama-nama calon yang
difikirkan berpotensi untuk bertanding sebelum disahkan dan seterusnya
dipersembahkan kepada Najib untuk kata putus.
Dengan tugas yang dimainkan oleh Alies Nor ini, peranan Muhyiddin selaku
Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Negeri dan MT UMNO secara automatik semakin terpinggir dan tidak lagi
penting dalam proses pemilihan calon pilihanraya kali ini.
Adalah dijangkakan bahawa Najib akan mempersetujui sepenuhnya nama-nama
yang disahkan sebagai "winnable" oleh Alies Nor itu dan MT UMNO hanya
sekadar menjadi "rubber stamp" sahaja.
Peranan dan pengaruh Alies Nor dalam proses penentuan calon ini bukan
lagi perkara rahsia dalam UMNO dan ia semakin menjadi bualan di
mana-mana sekarang ini.
Malahan terdapat beberapa pemimpin UMNO dari beberapa negeri yang
merasakan diri mereka layak dipilih sebagai calon sanggup datang ke
Kuala Lumpur berulangkali untuk bertemu dan melobi sendiri dengan Alies
Nor.
Sesetengah daripada mereka mendapat jawapan yang sama-samar daripada
Alies Nor seperti diminta bersiap sedia tetapi ramai juga yang mengaku
sudah pun mendapat pengesahan atau "endorsment" yang jitu sebagai calon
yang pasti dalam pilihanraya kali ini.
Merebaknya cerita dari mulut ke mulut mengenai peranan dan pengaruh
Alies Nor dalam pemilihan calon di era kepimpinan Najib ini menyebabkan
beliau sentiasa diserbu dan dikunjungi oleh pihak-pihak yang ghairah
mahu menjadi calon pilihanraya.
Berbeza dengan amalan sebelum ini di mana mereka yang berhajat menjadi
calon akan melobi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden,
Pengerusi UMNO Negeri serta ahli MT yang dilihat rapat dengan Presiden
UMNO, kali ini suasana itu hampir tidak kelihatan lagi.
Sementara tidak semua pemimpin dengan mudah dapat menemui Presiden UMNO
yang juga Perdana Menteri dan dalam yang sama merasakan pihak lain
seperti Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden serta Pengerusi UMNO
Negeri sudah ketiadaan pengaruh, sebaliknya kini Alies Nor yang tiada
apa-apa jawatan dalam UMNO pula yang menjadi tumpuan serta perhatian. Shahbudin dot com
Aku rasa lebih baik kau tumpukan perhatian kepada bakal calon dari parti Pas sendiri...adakah puak anwarinas ataupun kumpulan ulamak yang bakal mendominasi senarai calon dari Pas.
ReplyDeleteAtaupun ahli Pas sudah tak peduli lagi kerana tahu Pas bakal lingkup dalam PRU13 nanti.
rakab..kita tgk lar sape yg lingkup..klu korg mng skali pun..kuasa korg guna..undi pos..spr korg pegang..media korg pegang..cer berani buat demokrasi betul2..klu berani cer buat pilihan raya mcm Amerika..kedua2 pihak diberi sama rata dalam mempromosi parti masing2...tp korg kan ker setan yg berotakkan lembu..bacul xtentu arah..tiada pegangan agama..opppsss setan..mn nk ada agama..
ReplyDeleteaku rasa kalau rakab yang melingkup lagi baik.. Ha..ha..ha..
ReplyDeleteMcmana tak pelingkup kalau pakatan mengamalkan kroni.Lps ni mcm biasa, tok guru mesti gunakan pengaruh dia supaya anak sendiri dpt bertanding.
ReplyDeleteSokong Islam anda selamat
ReplyDeleteSokong pas yg mengamalkan kroni anda sesat
Wassalam
sokong UMNO....parti setan
ReplyDeletesokong umno sama seperti sokong beruk
ReplyDeleteSy sokongberuk umno
ReplyDeleteEntah...guna sprm, media, rasuah sana sini, tipu rakyat, undi pos..tu pun menang tipis jee? Kesian umno..bak kata mahathir, better BN jgn kalah pru13 ni sbb once BN kalah, terus berkubur x kan bgun2 dah...
ReplyDeleteSegala tuduhan kononnya Umno salahgunakan kuasa atau penyelewengan untuk menang pilihanraya mestilah dibuktikan dimahkamah.
ReplyDeleteJika tidak ianya hanya dianggapkan sebagai fitnah dan tohmah oleh gerombolan sampah politik seperti puak Pakatan.
Berapakah jumlah kerusi parlimen dan Dun milik BN yang telah di isytiharkan tidak sah oleh mahkamah ekoran penyelewengan seperti yang di dakwa oleh puak pakatan Sampah ?