Thursday, November 15, 2012

TERKINI!! Mesyuarat gerakan Islam kecam Israel



(Jenazah Ahmed Jabari, pejuang Hamas yang syahid dibunuh Israel dalam serangan ke atas Gaza)


SUDAN: Mesyuarat gerakan Islam sedunia yang berlangsung di sini mengecam keganasan Zionis Israel yang menyerang negara itu sehingga terbunuhnya Syahid Ahmed Jabari.

Gerakan Islam Ikhwan Mesir, Sudan, Jordan, Syria, Tunisia, Libya, Moroko, Pakistan dan PAS Malaysia mencapai kata sepakat mengecam rejim Israel dalam mesyuarat tersebut.

PAS diwakili oleh Penolong Setiausaha Agungnya, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Murshidul Am Ikhwan Mesir, Dr. Al-Badie menegaskan agenda utama gerakan Islam sedunia adalah membebaskan Palestin dan Masjid Aqsa dari Zionis Israel.

Khalid Misyal dari Hamas menyifatkan Syahid Ahmed Jabari yang dibunuh rejim Zionis di Gaza sebagai "pejuang sejati yg tidak pernah kenal penat dalam menjalani ujian"

Ahmad Jabari syahid bersama enam orang lain dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Serangan Israel


(Serangan ke atas Gaza oleh Israel)

Wartawan Al-Jazeera, Baba Nadim yang melaporkan dari Gaza berkata, "30 saat yang lalu terdapat satu lagi letupan besar. [Serangan] telah berlaku sepanjang petang ini."

"Ia bukan hanya serangan udara, tetapi juga serangan dari kapal-kapal tentera laut Israel  yang hanya berada di luar pantai Gaza."

"Jalan-jalan di Gaza City pada petang Rabu lalu sangat senyap, yang kedengaran hanyalah bunyi ambulans, " lapor Nadim.

5 comments:

  1. Tapi paspb, abg nuar menyuruh menjaga keselamatan negara israel. So skrg mana satu kita nak ikut ni?

    ReplyDelete
  2. Paspb, ko ada rujuk anwarinas tak sblm siarkan artikel ni. Sbb takut soros tak supply dana yahudi melalui open society je ni. Dah nak pru13 dah, so kene bijak sikit

    ReplyDelete
  3. yo anonymous-anonymous di atas, APCO apa cerita?

    orang sibuk nak bedal balik israel dia sibuk dengan cerita tak betul anwar sokong israel.

    Najib pun tak kondem lagi israel, bila nak hantar askar malaysia tolong hamas kat sana, tak penah buat. Ulama UMNO pun senyap.

    ReplyDelete
  4. Allah Ya Rabbi hancurkan ISRAEL Laknatullah dari bumi MU Ya Allah dan hancurkan lah musuh-musuh Islam. Martabatkan Islam dipersada Dunia..... Aminnnnn

    ReplyDelete
  5. Mari kita bersama2 bersatu menentang Israel

    ReplyDelete