Salah seorang Naib Presiden UMNO Dato'
Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO telah mengarahkan perwakilan untuk
menutup mulut dalam Perhimpunan Agong UMNO yang akan bermula 27hb November ini.
Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang
berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi.
Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana
ia boleh melemahkan parti dalam mengahadapi pilihanraya yang akan datang ini.
Presiden dan Timbalan parti itu
akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu di adakan bagi
menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan negeri akan menamakan
siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu. Arahan ini adalah arahan yang
tidak pelik dalam UMNO dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan
melakukan perkara yang dilakukan oleh UMNO itu. Apa maknanya perhimpunan agong
jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk
kebaikan parti.
Ini adalah budaya biasa dalam
UMNO kerana apa yang diucapkan oleh perwakilan itu telah di tentukan oleh pucuk
pimpinan. Dalam perhimpunan agong itu apa yang akan di ucapkan sudah di
tentukan dan semasa perhimpunan itu perwakilan hanyalah di tugaskan untuk
bertepuk tangan dengan kuat sahaja. Selain dari itu perwakilan hanya membuat
lawak jenaka untuk hiburan murahan bagi pimpinan yang berada di atas pentas
nanti.
Budaya ini wujud hanya setelah
penubuhan UMNO (B) pada tahun 1998 dahulu kerana pucuk pimpinan tidak gemar mendengar
rungutan ahli-ahli dan rakyat di akar umbi. Pucuk pimpinanan hanya suka
mendengar perkara yang baik-baik sahaja dan jika boleh mendapat pujian dari
perwakilan yang berucap dan di ikuti dengan tepukkan gemuruh dari perwakilan
yang menyelang selikan ucapan dengan jenaka dan lawak yang mampu membuat
pimpinan di atas ketawa besar sambil mengangkat tangan kegembiraan..
Itulah sebabnya UMNO yang baru
berusia 24 tahun itu tidak berkembang kerana pemikiran ahli dan perwakilan telah
di penjara oleh pucuk pimpinan. Mereka (perwkilan) hanya di arah untuk menyebut
isu yang sedap-sedap sahaja. Perwakilan UMNO akan hanya di arah untuk
memberikan kutukkan dan cemuhan terhadap pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tok
Guru Nik Aziz, LGE, LKS dan lain-lain. Ini merupakan isu yang sudah dijangka
oleh orang ramai dan ia akan menjadi isu yang dianggap sudah basi dan
menjemukan.
Kita boleh menjangkakan yang
Najib akan berucap bergegar-gegar, sesuai dengan sfat seorang pemimpin yang
pengecut dan penakut. Selalunya sesiapa yang bercakap dengan gegaran retorik
yang besar-besar mereka ini adalah mereka yang terlalu banyak perkara yag
hendak di tutupi. Mereka ini adalah dari gulungan yang penakut, ibarat orang berjalan
di dalam gelap di kampong-kampong pedalaman. Di dalam gelap itu mereka
selalunya akan menyanyi sekuat hati dari lagi Ahmad Jais, lagu Mat sentul
sehinggalah lagu P Ramlie dan semuanya itu untuk menghilangkan rasa takut dan
ngeri mereka berada di dalam gelap itu.
Tetapi dalam pada menyanyi lagu P
Ramlie itu, mereka juga merasakan seram sejuk di tubuh mereka kerana takutkan
kepercayaan tahayul tentang hantu dan sebagainya yang berkeliaran di dalam
gelap itu.. Begitulah juga yang sedang berlaku kepada Najib. Beliau akan
berucap bergegar-gegar dengan nada yang tinggi dan kuat untuk menyorokkan
perasaan takut beliau menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.
Berbalik kepada arahan menutup
mulut itu, ia melambangkan kelemahan yang banyak dalam UMNO itu. Mereka tidak
memahami bahawa perwakilan setiap tahun itu adalah untuk perwakilan
negeri-negeri menyampaikan masalah-masalah kepada pucuk pimpinan. Semasa
mesyuarat agong seperti inilah masa yang baik untuk meluahkan perasaan tentang
apa yang patut dan tidak patut dilakukan atau yang berlaku di dalam parti yang
uzur itu. Dalam perhimpunan agong itulah masa untuk melambakkan apa yang perlu
diketahui dan di rasakan oleh pucuk pimpinan secara bersama.
Kalau Ahmad Zahid mengarahkan
perwakilan untuk menutup mulut maka tidak salah jika orang ramai menganggapnya
sebagai mesyuarat agong orang-orang bisu sahaja. Ahmad Zahid mahuklan agar
perwakilan hanya ‘buat tidak tahu sahaja’ tentang apa yang berlaku di dalam
UMNO. Ada
telinga dengar, ada mata pandang dan jangan bercakap apa-apa. Kalau bercakap
itu merupakan kesalahan. Maka tidak salahlah apa yang saya katakan selalu,
dalam UMNO bercakap benar adalah satu kesalahan besar.
UMNO adalah sebuah parti dalam
mana ahli-ahlinya di didik untuk tunduk dan mengangguk sahaja dan di dalam
perhimpunan itu adalah tempat untuk mendengar lawak jenaka dan kita akan lihat
Utusan Malaysia menyiarkan gambar-gambar Najib Muhyiddin ketawa besar dan akan
di sertai oleh Khairy Jamaludin dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang
lain.
Inilah kejayaan UMNO yang
terbesar, iaitu memenjarakan pemikiran dan perasaan rakyat dan itulah sebabnya
ada orang Melayu menganggap UMNO itu lebih tinggi dari agama. Chua Soi Lek
boleh menghentam agama suci kita, tetapi jangan menghentam pucuk pimpinan
tertinggi UMNO. Siapa yang berani mengecam pemimpin mereka yang mengecam itu
akan tidak mendapat kedudukan lagi di dalam parti dan kerajaan dan akan segera
di sisihkan.
UMNO lebih buruk kerjanya dari
penjajah British dahulu. Penjajah British dahulu mahukan orang Melayu untu
mudah berpuas hati dan tidak diberikan peluang untuk memegang jawatan
besar-besar dalam kerajaan. UMNO pun begitu. Orang Melayu didik untuk sentiasa
berterima kasih dengan bantuan gigi palsu, dan pemberian lembu dan kerbau pawah
kepada petani-petani kecil di kampong-kampong. Jika ada yang berakap mengkritik
UMNO akan mengungkuit-ngunkut apa yang mereka telah berikan walaupun pemberian
itu hanyalah sebatang dua gigi palsu.
Jangan mengkitik UNO kerana UMNO
lah yang membawa api letrik ke kampong-kampong dan UMNO jugalah yang
menyalurkan air paip ke rumah-rumah rakyat. Tetapi UMNO tidak pula
memberi tahu
yang semua negara dalam dunia ada api letrik dan bekalan air bersih
walaupun di
negara-negara tersebut tidak ada parti UMNO. Di Amerika Syarikat (AS)
tidak ada
parti UMNO. Begitu jugalah di Jepun dan di Britain tidak ada UMNO tetapi
mereka ada bekalan air yang lebih baik dari yang ada di negara ini.DAN
rakyat mereka menggilir-gilirkan parti-parti yang memerintah mereka.
Maksudnya itu adalah
tanggungjawab setiap pihak yang di mandatkan oleh rakyat dengan
menggunakan
sumber kewangan dari rakyat untuk melaksanakan semua projek pembangunan
negara. Mereka itu sendiri di bayar gaji dan elaun untuk mentadbir
rakyat dan tidak munasabah rakyat pula yang perlu berterima kasih
kepada UMNO.
Kepada UMNO kita ucapkan selamat
bersidang dan kepada para perwakilan yang berucap sediakan beberapa lawak
jenaka untuk hiburan pimpinan di atas pentas itu nanti.Aspan Alias
Mari kita follow perhimpunan agung umno, sama hangat mcm muktamar pas tak? Dlm muktamar ada isu penolakan anwar sbg pm oleh perwakilan, harakah dibidas dan editor dicadang untuk dirombak dan byk lagi. Tu tak termasuk isu doa laknat kpd umno/bn supaya pas dpt merampas putrajaya dan tuduhan murtad oleh tok guru yg menyalahi al-quran dan sunnah
ReplyDeleteSemoga perhimpunan agong umno membawa kpd perpaduan umat Islam di malaysia
ReplyDeleteUMNO MUSNAH, AQIDAH SELAMAT
ReplyDeleteHE!HE!HE!
ReplyDeleteTAK PERLU BINCANG ISU PM. PAKATAN SUDAH SEPAKAT ! ADA BEZA KA?
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete..Perpaduan Melayu adalah Perpaduan Lembu-lembu Melayu..KO BN/UMNO..maju ABU..
ReplyDeleteDasyat rasugam ni. Mencarut teruk sgt sampai comment kene remove. Ni ke contoh ahli yg ditarbiah oleh pas?
ReplyDelete