Kemasukan 400
ahli Umno Cawangan Batu Putih dalam parlimen Kinabatangan yang diketuai
Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti
Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan
persekutuan yang baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.
Ada beberapa
sebab kenapa mereka meninggalkan Umno, kemudian menyertai Parti Keadilan
Rakyat (KEADILAN) kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan
pembohongan para pemimpin Umno yang cakap tidak serupa bikin.
Banyak
janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan
kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk kaum kerabat dan kroni
ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan.
Timbalan
Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara
oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi
Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran KEADILAN Zon Sukau, kelmarin.
Katanya, rakyat
Kinabatangan mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat
yang terus tertindas di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui
Kerajaan Negeri Sabah.
Sebagai bukti
kata Azmin, kes tanah Sungei Koyak A Fasa I, II dan III di kawasan
Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik telah
menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah
mereka kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan
dengan para pemimpin Umno.
Katanya lagi,
kegagalan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan
iaitu Bung Moktar Radin membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000
ekar yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah mencetuskan
kemarahan dan kebencian di kalangan pemilik-pemilik tanah
tersebut terhadap kerajaan Umno dan BN sedangkan mereka adalah pengundi
tegar dan penyokong kuat rejim itu.
"Kita bersyukur
kerana kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat
400 undi bonus pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil
senyuman puas.
Kaa Azmin lagi,
mereka kini bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga
asing yang mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah.
"Ada 4 isu yang
saya akan jelaskan di sini yang sedang menghantui Najib Altantuya.
Pertama Najib Altantuya takut dengan RM (Rosmah Mansor); kedua takut
dengan hantu Altantunya; ketiga takut dengan RCI (Suruhanjaya Diraja
Siasat Pendatang Asing Tanpa Izin) dan yang keempat takut dengan
pilihanraya,” ujar Azmin sambil berseloroh.
Kata Azmin lagi,
70 peratus wakil rakyat Umno walaupun tidak berjawatan menteri dan
hanya bergelar ADUN tetapi memiliki harta 'karun' berjuta-juta ringgit,
3-4 buah kereta mewah; rumah bunglow, beristeri lebih daripada dua;
tidak termasuk gundik dan perempuan simpanan yang hidup dalam penuh
kemewahan.
"Bagi menutup
segala kepincangan mereka, kerana hendak menambat kembali hati rakyat
yang terluka, Kerajaan Umno dan BN terpaksa berhutang berbilion ringgit
untuk membiayai banyak projek kacang putih, tetapi rakyat kini tidak
lagi secuai dulu,” ujarnya yang meyakini bahawa rakyat hanya mengambil
segala bantuan diberikan tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai
Kerajaan selepas PRU-13.
Foto dan berita ihsan Sabahkini.Net
Pakatan menang nanti, taruk semua geng2 umno dan bn kat pulau batu putih..biar diorang berkelompok kat sana..
ReplyDeleteSeorang sahabatku dari sungai Petani yang kuat menyokong Pas semenjak peristiwa Memali lagi, hari ini perlahan-lahan mengubah pendiriannya menentang sandiwara Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteKetika bersama-sama menonton klip video solat hajat dimana imam Pas mendoakan kemusnahan Umno, tiba-tiba beliau menyumpah imam Pas tersebut dengan menyebut 'HARAMJADAH !!' dan terus membebel betapa terpesongnya Pas sekarang ini dari landasan perjuangan agama Islam.
Aku hanya tersenyum saja melihatkan gelagat beliau.
Aku fikir ini juga mungkin adalah satu hikmat. Kalau penyokong tegar seperti sahabatku Rohim boleh bertukar pegangan politik ekoran kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas sekarang, apatah lagi golongan yang berada di atas pagar.
beruk umno mana ada sahabat
ReplyDeleteRakab, kau boleh berkata apa saja tanpa bukti.. kaki pembohong dan dusta.. setiap percakapanmu ibarat muncul dari akhbar Utusan...
ReplyDeleteYer ke ?? kau pun baca utusan ??
ReplyDeleteMemang patut kau baca utusan sebab harakah tu tak boleh pakai...
perwakilan Pas sendiri ramai yang belasah akhbar tersebut. Ada bukti tau !
Dah jelas, muktamar Pas menolak Anwar sebagai PM. Mula dari saat ini ahli Pas sila jauhkan diri dari semua unsur yang berkaitan dengan parti PKR.
ReplyDeleteRakab, ak ni baca semua akhbar dan buat penilaian.. buat analisis sket mcm org berilmu.. x mcm hang, otak kosong pastu sedut berita dlm utusan..tu yg jadi bengap..hehe
ReplyDeleteXyah layan cai umporno tu…
ReplyDeleteBuang masa jer