Seperti yang telah dinyatakan dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini,
timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin mendesak presiden Umno
supaya membubarkan parlimen selewat-lewatnya 30 November ini, iaitu
semasa perhimpunan agung parti itu atau berdepan dengan penentangan Umno
besar-besaran di seluruh negara.
Telah jelas kebimbangan Najib bahawa pilihanraya kali ini
merupakan pertempuran paling getir Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak
negara mencapai kemerdekaan dari tangan British pada 1957.
Perkembangan terkini yang semakin tidak memihak BN ekoran beberapa
pendedahan siri skandal membabitkan pemimpin Umno sendiri, bermula
daripada cincin RM24 juta milik Rosmah Mansor, penyelewengan wang
menternak lembu oleh keluarga Shahrizat Jalil, skandal membabitkan
kemewahan luar biasa artis Zahida Rafik dari Shafie Apdal, kontrak
sistem kawalan penerbangan membabitkan anak Jamaluddin Jarjis dan
terbaru pemberian kontrak pemasangan sistem penguatkuasaan trafik AES
milik anak bekas pemimpin Umno Johor.
Setiap kali Najib berkira-kira mahu membubarkan parlimen, ada
sahaja isu yang terkena kepada batang hidung Umno menyebabkan
'perancangan' yang sudah dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa ditangguhkan.
Puak Muhyiddin yang seakan tidak sabar terus menekan Najib
tidak kira apa juga risikonya mengenai peluang BN sendiri mempertahankan
Putrajaya asalkan cita-cita bos mereka menggantikan Najib
tercapai.
Penampilan jelek pemimpin Umno memperlihatkan kemewahan melampau
menyebabkan rakyat tertanya-tanya dari manakah sumber yang diperolehi
bagi membiayai belanja hingga mencecah jutaan ringgit.
Sebab itu apabila ketua menteri Melaka, Ali Rustam mengadakan majlis
perkahwinan anaknya yang dianggar mencecah RM1.3 juta, rakyat terfikir
dari mana datangnya wang bagi menampung kos tersebut sedangkan gaji dan
elaunnya cuma kira-kira RM75 ribu sebulan?
Sehingga kini, laporan yang dibuat terhadap Ali Rustam oleh pemimpin
Pakatan Rakyat terus dipeti sejukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
Maklumat terbaru yang diperolehi dari sumber yang rapat dengan pemimpin
Umno Cheras mengatakan bahawa satu gerakan melobi supaya Najib
berdepan undi tidak percaya perwakilan sedang bergiat aktif di seluruh
negara.
Kumpulan yang sama juga didakwa menyebarkan poster menuntut supaya
Muhyddin menjadi perdana menteri di beberapa kawasan sekitar selatan dan
barat Johor beberapa bulan lalu.
Difahamkan, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad menggunakan Muhyiddin
untuk menumbangkan Najib yang semakin tertekan dengan skandal
pembelian kapal selam Scorpene yang kini memasuki fasa akhir siasatan
oleh dua hakim Perancis.
Kesempatan persidangan Umno yang dijadual berlangsung dari 27 November
hingga 1 Disember ini pasti akan diambil Muhyiddin untuk menyingkirkan
Najib Altantuya dan berjanji kepada perwakilan bahawa Umno akan
diperkuatkan semula bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Kesannya terhadap Najib sungguh besar, selain hilang jawatan
sebagai perdana menteri, kekebalan (imuniti) terhadapnya sebagai ketua
negara turut terlucut membolehkan tindakan pendakwaan terhadapnya
diteruskan tanpa mengeluarkan waran tangkap berstatus merah melalui
Interpol.
Saya tidak bercadang mendedahkan siapa dalang di sebalik gerakan ini
buat masa sekarang tetapi cukuplah saya katakan kem Muhyiddin semakin
agresif menggunakan jentera parti dan kerajaan bagi merealisasikan
hasrat mereka.
Rata-rata di antara mereka merupakan bekas pengkagum Najib
yang kecewa dengan ketiadaan projek dan kontrak untuk mereka menyebabkan
gerakan tersebut kini semakin besar dan mampu menggoncang seluruh tiang
seri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jika didedahkan secara
terpeinci.
Kini sama-samalah kita menunggu apa perkembangan selanjutnya seminggu
dua lagi tetapi yang boleh saya simpulkan, Umno dan BN pasti akan
menempuh zaman kegelapan (Dark Ages) seperti mana yang pernah dialami
Eropah sebelum ketibaan era Reinassance awal abad ke-15.
JALAN PULANG
Dark ages pas bermula apabila pas menggugurkan negara Islam dlm perjuangan, dan kini menyokong melayu murtad. Mari kita mengembalikan semula pas ke arah cahaya kebenaran
ReplyDeletesudah la beruk
ReplyDeleteHehe..mamat umno tu bercakap tanpa fakta..borringgg
ReplyDelete