Selepas akhbar rejim pencacai Umno, Utusan Malaysia
terpaksa meminta Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengutip derma
bagi membiayai tuntutan saman fitnah yang oleh pemimpin Pakatan Rakyat
kini dianggarkan RM2.4 juta, hari ini satu lagi akhbar kawalan rejim
milik MCA pula bakal menerima nasib serupa!
Parti Islam Semalaysia (PAS) menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang bukan Islam.
Parti Islam Semalaysia (PAS) menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang bukan Islam.
Parti Islam itu
turut berkata, akhbar itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan
politik mereka oleh kerana pilihanraya umum yang bakal diadakan tahun
hadapan.
Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai “tidak berasas” dan “penipuan yang jelas” dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya.
“Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan
berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai
asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut,”
kata Mustafa kepada portal rasmi dalam talian PAS, Harakahdaily.
Beliau
menjelaskan khalwat adalah kesalahan “yang hanya tertakluk dibawah
pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum
hukuman dijatuhkan”, sambil menambah laporan saman dikenakan ke atas
orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan “kejahilan” pengarang
akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini.
Akhbar berbahasa
Inggeris itu melaporkan bahawa empat orang bukan Islam – dua lelaki
yang tengah melihat pesawat berangkat serta satu pasangan yang
bersiar-siar di sebuah taman di Kelantan – ditahan kerana “berkhalwat”,
satu jenayah di bawah undang-undang syariah.
PAS juga berkata
mereka tidak menyokong amalan rasuah seperti didakwa dilakukan oleh
pegawai penguatkuasa dengan menegaskan pesalah wajar dihukum.
Ahli parlimen
Kuala Selangor, Dzukefly Ahmad menyifatkan kenyataan oleh pemuda MCA
negeri, Gan Han Chuan semalam sebagai “tuduhan tidak bertanggungjawab”
kerana mengatakan PAS cuba untuk mengenakan undang-undang Islam kepada
bukan Islam.
“Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat,” Gan dilaporkan berkata oleh The Star semalam.
“Kenyataan itu sangat biadap dan cuba mewujudkan kekeliruan bukan Islam terhadap agama Islam,” kata Dzulkefly.
“Saman ini
adalah kerana kelakuan kurang sopan dan bukannya khalwat, persoalannya
kenapa MCA mahu mengaitkan ia dengan undang-undang Islam?” soal beliau
lagi.
Rakannya dari
PAS, Siti Mariah Mahmud juga berkongsi pandangan dengan berkata: “Ini
adalah cubaan untuk menakutkan bukan Islam dengan menunjukkan
undang-undang Syariah akan dikenakan kepada mereka.”
Beliau
menerangkan bahawa kesalahan kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh
semua pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala khalwat pula hanya
dikuatkuasakan ke atas orang Islam menerusi penguatkuasa agama.
“Kelakuan kurang
sopan dikuatkuasakan oleh PBT dengan undang-undang. Malahan negara
Barat juga mempunyai undang-undang ini. Ia adalah universal.
“Sila periksa semua undang-undang PBT di Malaysia. Semua ini mempunyai klausa melibatkan kelakuan kurang sopan.
“Khalwat adalah
terma yang digunapakai ke atas muslim dan dikuatkuasakan oleh Jabatan
Agama,” kata ahli parlimen Kota Raja (PAS) itu semalam.
“Tapi jangan
takutkan orang bukan Islam dengan menggunakan terma khalwat kerana ia
hanya digunapakai dalam undang-undang Syariah kepada orang Islam.
Jangan kelirukan orang ramai dengan menggunakan terma yang tidak terguna
ke atas mereka,” tambah beliau.
Menurut The Star, dua daripada mereka yang disaman mengadu pegawai penguatkuasa meminta RM500 daripada mereka “untuk menyelesaikan masalah”.
Setiausaha Agung
DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam menggesa PAS untuk
mengambil tindakan segera ke atas penguatkuasa yang menyalahguna kuasa
itu untuk membuktikan kerajaan negeri Kelantan tidak rasuah.
Dzulkefly
berkata pengeluaran saman itu adalah dalam bidang kuasa PBT di bawah
undang-undang, tetapi berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk
pegawai penguatkuasa meminta rasuah.
“Ia salah untuk penguatkuasa mengambil kesempatan meminta wang.
“Jadi, bagi memastikan keadilan kedua-dua belah pihak satu siasatan perlu dijalankan.
“Jika
penguatkuasa itu bersalah, hukuman perlu dijalankan. Dan jika individu
yang disaman itu bersalah, mereka juga perlu dihukum,” kata beliau
apabila diminta memberi komen semalam.
Baru-baru ini,
pendandan rambut bukan Islam di Kelantan dilaporkan disaman kerana
mempunyai pelanggan jantina berlainan, melanggar undang-undang majlis
tempatan pendandan rambut wanita daripada bekerja unruk lelaki dan
sebaliknya - mencetuskan kekecohan berkenaan kedudukan undang-undang
Islam itu.
Malaysia
mengamalkan dua sistem mahkamah tetapi undang-undang syariah hanya boleh
dikuatkuasakan ke atas orang Islam, bukan Islam dikecualikan.
Dengan pilihan
raya umum ke-13 semakin hampir, gabungan Barisan Nasional (BN) cuba
untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam daripada mengundi Pakatan
Rakyat dengan mengatakan bahawa PAS akan melaksanakan kod keseksaan
Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam.
HE!HE!HE!
ReplyDeleteYANG PASTI APA YANG BERLAKU ADALAH KEHENDAK ALLAH. DAH NYATA DAN JELAS, PAS SANGAT TAKUT KEPADA DAP. KALAU TAK PERCAYA TANYA TAKIYUDDIN...
Labu..ooi.. Labu. Napela buta sejarah. Tentu nabi takut kat musyrik Mekah bila tak jadi pegi haji. Takut2 Nabi pun masih dpt buat kata putus. Tak lah senyap mendengar mursyidul am bn melekeh Islam. Dah takde benda lainke nak di ulas. Alahai labu
ReplyDeleteKih.kih.kih... Bukit Jalil bnyok nampok Bulan hijauu.. Berat lagu ni..
ReplyDeletehidup lagi ko luncai.masih xinsaf lagi
ReplyDelete