PETALING JAYA 18 Dis: KEADILAN hari ini bongkar pemilikan aset bekas
pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di
sekitar Kuala Lumpur.
Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak
diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan
pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.
“Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya.
Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak
termasuk Melaka,” katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan
berasal dari Melaka.
Yahya
juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pegawai tersebut melalui carian
rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai
empat rumah di Taman Miharja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman
Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama.
“Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah.
Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang
pegawai tinggi polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah,”
kata Yahya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“Justeru, kita mintak penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut,” sambung beliau.
Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang
bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.
“Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti,” jelas Yahya.
Moleeeeek.. Dedah blke.. Biar rakyat tahu.... Korup..korup.korup.. Blke... Kih.kih.kih....
ReplyDelete