Tuesday, December 4, 2012

JIHAD DI PALESTIN!!! Pemuda PAS bidas Ulama Muda UMNO

KUALA LUMPUR: Ulama Muda Umno (Ilmu) memperlihatkan kedangkalan mereka apabila mengatakan tidak ada jihad di Palestin sedangkan jihad itu adalah usaha berterusan menentang kezaliman sebagaimana di tuntut oleh Nabi junjungan Muhammad SAW.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Ridhuan Mohd Noor berkata, dalam konteks Palestin, jihad adalah fardhu kerana bumi Palestin dijajah oleh Yahudi sehingga umat Islam kehilangan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam.

(Ridhuan bersama seorang kanak-kanak Palestin ketika menyertai misi kemanusiaan ke negara itu)

"Umat Islam Palestin juga dibunuh, dipenjarakan dan dirogol dalam masa yang sama Yahudi tidak pernah patuh kepada sebarang perjanjian yang dibuat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas rakaman penjelasan Ahli Majlis Syura Ulama Muda Umno Idris Sulaiman berhubung isu Palestin yang tersebar dalam laman Youtube (gambar kanan) sejak beberapa hari lalu.

Malah kata Ridhuan, Ulama Muda Umno sendiri telah menunjukkan ketidakfahaman mereka apabila mengatakan tidak perlu memboikot produk jaringan Israel.

Tegas Ridhuan, di zaman Nabi SAW, generasi sahabat pernah memboikot telaga 'Ruumah' milik  Yahudi dan akhirnya dijual telaga itu kepada Saidina Othman bin Affan.

Jelasnya, ini menunjukkan kepada umat Islam bahawa tindakan boikot pernah dilaksanakan oleh generasi sahabat Nabi Muhammad SAW.

Beliau turut membidas kenyataan Ulama Muda Umno yang meminta rakyat Palestin berhijrah keluar dari Palestin, sedangkan katanya setiap inci bumi Palestin adalah milik mereka dan wajib mereka pertahankan dan membebaskan daripada Zionis.

Sementara itu, sehingga berita ini ditulis, seramai 100 penonton memilih tidak suka manakala hanya empat sahaja memilih suka kepada kilp video itu.

Dalam pada itu, tegas Ridhuan, Ulama Muda Umno perlu menasihati pimpinan negara ini yang bersekongkol dengan Israel contohnya membenarkan hubungan dagang bahkan pernah menjemput pasukan kriket Israel ke negara ini pada 1997.

"Malangnya, Ulama Muda Umno dilihat lebih menjadi pekakas politik bagi membenarkan kezaliman dan kejahatan Umno yang memerintah lebih 55 tahun ini.

"Mereka sepatutnya menasihati Umno BN untuk mengiktiraf kerajaan Hamas yang dipilih oleh rakyat dalam ruang demokratik," jelasnya.

1 comment:

  1. Nk Boikot Israel... Geli pulok rasa... Sape dlm umno yg x tau brpe ramai bos jv jd CEO YAHUDI. Nk ulas mls r. Ulama Umno ckp psl HADAS BESAR KECIL je. Blh msuk Tv dpt Nama.Dato.Duit. Cuba Fikir Gaji Berapa.. Puok ni bkn x tau tp wat Bodo Je. Cri mkn. Dia ingt nt Pencen nt baru nk TAUBAT. Klau umur panjang.. INSAFLAH. ... ULAMA DUNIA. KITA akn MATI jua...

    ReplyDelete