Panel
tiga hakim diketuai Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas
membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung prosiding tersebut
sementara menunggu rayuan berhubung keengganan Mahkamah Tinggi
mengetepikan perintah bertarikh 26 November yang menghalang beliau
memfailkan pembelaan dalam saman berkenaan.
Dalam penghakimannya, Hakim
Clement berkata mahkamah berpuas hati bahawa terdapat keadaan khusus
bagi menggantung perbicaraan itu seperti yang dinyatakan dalam
permohonan Khairy.
Beliau berkata jika
Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan itu tanpa menunggu keputusan
rayuan Khairy, ia akan menjejas integriti rayuan dan menjadi sia-sia
jika pemohon berjaya.
Selain itu, katanya, jika
perbicaraan tersebut diteruskan dan keputusan dibuat tanpa memberi
peluang kepada Khairy untuk membela diri, prasangka yang dialami pemohon
tidak boleh dipampas dengan kos.
Bagaimanapun, pada prosiding, Isnin, Mahkamah Rayuan memerintahkan Khairy membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Anwar.
Hakim Clement, yang
bersidang bersama Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Abdul Aziz Abdul
Rahim, menetapkan 3 Jan depan sebagai tarikh pengurusan kes untuk rayuan
Khairy.
Pada 26 November lepas,
Hakim Mahkamah Tinggi, Hue Siew Kheng menolak permohonan Khairy untuk
mengetepikan perintah beliau yang menghalang Ketua Pemuda Umno itu
memfailkan pembelaan dalam saman fitnah tersebut.
Hakim Hue membuat keputusan
itu selepas mendapati peguam Khairy gagal mematuhi arahan mahkamah
ketika pengurusan kes pada 29 Jun lepas, iaitu semua pihak yang
berkenaan memfailkan senarai saksi dan ringkasan kes bagi tujuan
perbicaraan.
Pada 7 Mac 2008, Anwar
memfailkan saman itu selepas mendakwa ahli parlimen Rembau itu
mengeluarkan perkataan berunsur fitnah dan menyebabkan ia disiarkan
beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com dalam bentuk klip video
yang bertajuk 'Anwar and kin no threat'.
Ketua pembangkang itu
berkata klip video yang disiarkan Malaysiakini.com mengandungi perkataan
berunsur fitnah yang dituturkan Khairy dalam satu ceramah di Lembah
Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008.
Khairy, dalam penyataan
yang difailkan pada 8 Oktober 2010, berkata beliau bergantung kepada
pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
Khairy diwakili peguam Muhammad Shafee Abdullah manakala Sulaiman Abdullah mewakili Anwar.
Hahaha...padan muka!!!!
ReplyDeleteKaki tipu punya org
ReplyDeletekaki belit punya orang ..anwar le tu..hehehe..
ReplyDeletesaman 100 juta dapat 30 ribu..saman..jangan tak saman dol..
Pada Khairy..tahniah kerana lemepas anjing tersepit..last2 hang jugak yg kena gigit..hehehe
DDBT
anon1154 ko tu babi tunggal patut ditembak mampus
ReplyDeleteTak betul ke perumpamaan aku?..khairy ni dah lepaskan anjing tersepit masa zaman paklah bendul dulu..la ni anjing tu dah gigit khairy le pulak..
ReplyDeleteNak bagitau rakyat yg perangai anwar cam tu pun salah ka?. siap nak tembak2 pulak..ermm..dah bengong teruk puak pakatan jahanam nih..hilang akal penyokong puak hangpa dibuatnya..menyedihkan
DDBaganTiang
khairy anjing tersepit sbnarnya
ReplyDelete