Friday, December 7, 2012
MASIHKAH INGAT!!! 'Ms Tow Truck' dah tak naik truck, lebih baik naik treler DAP ?
Ketua Beliawanis MCA Selangor, Jessie Ooi tidak lagi menjadi penyelaras BN Selayang apabila dia tidak dilantik semula selepas tempoh jawatannya itu tamat enam bulan lalu.
Ooi menjadi terkenal dan mendapat gelaran 'Ms Tow Truck' selepas meledakkan kemarahannya sewaktu debat umum antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Februari lalu.
Dalam genangan air mata, Ooi memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa dia gagal mendapat sokongan padu daripada pemimpin parti dan jawatannya sebagai penyelaras BN Selayang kemudiannya tidak dilanjutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN.
Ooi, 33, dilihat sebagai calon pilihan presiden MCA untuk bertanding di Parlimen Selayang yang dirampas PKR dalam pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun, Pengerusi MCA Selangor yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim dikatakan turut berminat bertanding kerusi tersebut.
Parlimen Selayang kini diwakili Bendahari PKR, William Leong, yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,567 undi.
BN menamakan pasukan penyelaras di kawasan-kawasan yang dikuasai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum lepas dan menyediakan mereka dengan sumber dan peruntukan untuk membantu merampas kembali kerusi terbabit.
Oleh itu, para penyelaras berkenaan, pada umumnya dilihat berpotensi menjadi calon di kawasan-kawasan berkenaan.
Menurut laporan Nanyang Siang Pau, Ooi berkata beliau telah diarahkan oleh ketua bahagian MCA Selayang supaya berhenti menggunakan gelarannya sebagai penyelaras BN selepas beberapa ahli parti mengadu tempoh jawatannya telah tamat pada 14 Jun.
"Malah, selepas tamat tempoh jawatan saya, saya membuat susulan isu tersebut dengan pemimpin parti dan diberitahu perdana menteri tidak akan melantik penyelaras baru kerana sudah hampir dengan pilihan raya.
"Saya juga telah menerima surat daripada kerajaan persekutuan pada 11 November menjemput saya untuk menghadiri mesyuarat untuk penyelaras," katanya yang dipetik sebagai berkata, dia boleh terus berkhidmat dalam jawatan tersebut.
Bagaimanapun, memandangkan tentangan dari dalam parti, Ooi berkata, dia memutuskan untuk tidak menggunakan jawatan penyelaras apabila memberi perkhidmatan dalam kawasan tersebut, satu tugas yang dia berjanji akan terus melakukan.
Ooi mendakwa dia tidak fikir jawatan penyelaras BN secara automatik akan melayakkannya menjadi calon MCA dalam pilihan raya akan datang, tetapi setelah dia menjadi terkenal selepas debat umum Chua-Lim, beberapa pemimpin parti melihatnya sebagai satu ancaman.
Bila PASPB menyarankan agar Jessie Oi naik treler DAP, maknanya beliau dan puak Pakatan memandang tinggi kepada kredibiliti wanita tersebut.
ReplyDeleteKetua beliawanis MCA yang berani berdepan dengan mana-mana pemimpin DAP walaupun Lim Guan Eng sekalipun dalam menegakkan pendiriannya.
Jessie Oi boleh saja terpilih sebagai calon BN jika beliau menepati ciri-ciri " calon boleh menang " seperti yang dikehendaki oleh DS Najib, walaupun mempunyai saingan dari pemimpin MCA sendiri.
Ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor dulu, Samy Vellu dan MIC beria-ia mahukan G. Palanivel sebagai calon BN tetapi P.Kamalanathan yang terpilih bertanding kerana lebih menepati ciri-ciri "winnable candidate" dikawasan tersebut.
Perkara yang sama boleh saja berulang kepada Jessie Oi.
Rakab.. Malam ni bawa jesica g Disco dlu.. Release tension.. Sian aku tngok. Nk Bodek jd Calun.. Bawa kereta mu r.. Nt kta jpe... Kuh.kih.kih..
ReplyDeleteDeepak malam ini ajak Rakab sama bapanya kita pergi ke Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S yang kawan kita baru buka tu aku belanja.
ReplyDeleteInsafdoh67,
ReplyDeleteKalau nak release tension pun tak perlulah pergi disko. Tempat maksiat tuu...
Hang bawak mengucap..
anon 0021,
ReplyDeleteJadi kau dah biasa belanja di kelab malam laa...patut pun kau suka tempat maksiat ni tumbuh macam cendawan lepas hujan di negeri pakatan.
Aku tak pernah jejakkan kaki ke tempat macam tu,..jadi kau ajak insafdoh67 jer laa,...dia pun belum berapa insaf tuu..
Apa ??..rumah rm500,000 dijual rm300,000 jer..
ReplyDeleteWOW !!! Orang gila saja yang menolak tawaran hebat macam nih !
20,000 rumah, satu rumah dua karpet !
Kaya aku, aku kaya !!
rakab ni bukan dgn jesica dgn Rosmah pun jadi
ReplyDelete