Kalau pemimpin Pakatan Rakyat yang kutuk kenyataan perdana menteri, Najib aku boleh terima lagi.
Tapi kali ni benda ni datangnya dari kaum kerabat rejim Umno sendiri, MIC!
S Vell Paari yang merupakan anak kepada bekas Presiden MIC, Samy Vellu
sebentar tadi menempelak Najib yang jelas menghina kaum India
dengan mengatakan bahawa kaum itu sememangnya menjadi 'simpanan tetap'
undi untuk Barisan Nasional (BN).
Dalam kenyataan yang dibuat menerusi sebuah portal berita berbahasa
Inggeris, Vell Paari mengutuk ucapan Najib semasa merasmikan
perhimpunan agung tahunan parti itu Ahad lalu di Kuala Lumpur.
Dia yang juga merupakan ketua penerangan parti itu mengutuk Najib dengan mengatakan kununnya presiden Umno itu sudah mula
mengikut jejak langkah Pakatan Rakyat melabelkan kaum ketiga terbesar di
negara ini dengan ungkapan yang menghina intelektual kaum mereka.
Tambah Vell Paari lagi, walaupun dia mengakui dengan jujur kaum India
tidak menyokong BN semasa pilihanraya umum lalu tetapi dengan kenyataan
terbaru Najib ini, mereka bukan setakat menjauhkan diri dari
MIC khasnya dan BN amnya, tetapi lebih parah lagi undi mereka pasti akan
kekal bersama Pakatan Rakyat terutamanya gerakan NGO Hindraf yang gagal
dineutralkan bekas perdana menteri, Abdullah Badawi dan kini Najib
sendiri.
Walaupun ahli parlimen Pekan itu menjemput Hindraf supaya duduk semeja
dengan BN kunun bagi menyelesaikan isu melibatkan kaum itu, keengganan
Najib menarik balik pengharaman yang dibuat ke atas NGO itu
nyata menghina majoriti kaum India.
Semalam, beberapa pemimpin kaum India termasuk pengerusi bersama Bersih,
Ambiga Sreenevasan dan sebuah NGO kaum itu, Saya Anak Bangsa Malaysia
(SABM) mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan yang dilempar Najib terhadap komuniti mereka.
Ambiga dalam kenyataan balasnya yang dipetik semalam mengingatkan Najib jangan sesekali menghina kredibiliti kaum India hanya kerana
gagal memperolehi undi mereka seperti yang dibuktikan dalam pilihanraya
umum lalu.
Bukti paling ampuh menghapuskan ego BN dan Najib apabila
parlimen Kota Raja yang majoriti pengundi di sana merupakan kaum itu
mengangkat Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud untuk mewakili mereka
mengenepikan calon BN dari kaum mereka sendiri, P Komala Devi dengan
majoriti besar lebih 12 ribu undi empat tahun lalu.
Esok, satu perhimpunan besar-besaran terhadap isu kaum India yang masih
tidak memperolehi kad pengenalan akan diadakan di Putrajaya bagi
mendesak rejim Umno menyelesaikan masalah mereka atau berdepan
dengan kehilangan undi yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan
datang.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dijangka mengetuai himpunan tersebut
dan kini terpulanglah kepada Vell Paari dan MIC membuktikan bahawa
parti itu serius mahu memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri di
tanah air yang sudah didiami lebih 40 tahun lalu.
Tahniah dan syabas buat Vell Paari kerana berani menghentam Najib kerana dia sendiri pun tahu isteri Rosmah Mansor itu kini
tertekan mempertahankan kerusi empuk yang didudukinya sejak April 2009
hasil kelemahan pentadbirannya sendiri!
JALAN PULANG
Blogger Jalan Pulang [JP] cuba mengelirukan pembaca kononnya masyarakat India rasa terhina dengan kenyataan Najib tentang perlunya masyarakat India kembali menjadi simpanan tetap BN.
ReplyDeleteDimanakah penghinaan yang dimaksudkan itu ??....Statement itu adalah berdasarkan realiti bahawa undi kaum India banyak lari dari BN di masa PRU yang lalu.
Ini diakui sendiri oleh blogger JP dengan memberikan fakta keputusan PRU 2008 parlimen Kota Raja.
Seruan Najib supaya masyarakat India menyokong kembali sepenuhnya kepada BN tidak menggambarkan sebarang penghinaan pun. Cuma blogger haprak Pas ini sudah sebati dengan sifat mengadu domba sesama manusia.
Deepak tau x makna simpanan tetap.. Kampung org panggil LEMBU kena Cucuk Hidung wei.... Kalau aku.. Lama doh lari.. Tunggu apa lg.. Baham Bodo je. ..... Kih.kih.kih..
ReplyDeleteoh rakab bangang, bukan blogger tu yg kata tapi anak samy vellu pemimpin mic yg kata
ReplyDeleteMemang Vel Paari yang kata tapi blogger haprak tu yang memilih untuk menyebarkan dengan tujuan mengadu domba.
ReplyDeleteLawaklah si rakab ni..... Komen isu terpilih je. Aku nak tengok komen dia kat isu tanah umno kat selangor terus takda.macam idola dia jugak takde telor.... Roti rakab satu......
ReplyDeleteKih.kih.kih...
ReplyDelete