Dr.Zaiyadi
Awang Noh adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan dan pernah
bertanding di Parlimen Bachok atas tiket BN tapi kalah kepada PAS, kini
dilantik oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi AMANAH
Negeri Kelantan dalam satu majlis anjuran UTTV Cakna UT di Kelantan
Trade Center KTC pada tahun 10 April 2012 lalu.
Seorang yang masih berpengaruh di Bachok yang mana ibu beliau adalah
bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Bachok. Zaiyadi telah di 'tohok' atau
dibuang dari berperanan oleh UMNO Negeri Kelantan dan UMNO Bachok kerana
bimbang ketokohan beliau akan terserlah dari pemimpin UMNO Negeri
Kelantan yang lain sekiranya Zaiyadi diberi tempat dan peranan yang
berguna dalam UMNO.
Baru-baru ini Zaiyadi telah mengadakan program ceramah atas pentas
AMANAH di Bachok yang mana lebih 5000 orang hadir mendengarnya, sambutan
yang mengalakkan itu telah memberi semangat kepada Zaiyadi untuk terus
turun ke gelanggan bagi menyebarkan isu-siu yang mesti diketahui oleh
rakyat khasnya rakyat Bachok kenapa UMNO tidak boleh disokong lagi.
Zaiyadi
masih lagi ahli UMNO walaupun beliau dilihat telah secara terbuka
mengutuk kepimpinan PM Dato' Najib Tun Razak dan Dato' Awang Adik
Husein, Ketua UMNO Bahagian Bachok. Apa masaalah sebenar yang membuat
beliau begitu berani menghentam UMNO dan Dato' Awang Adik Husein belum
dijelaskan oleh beliau.
Maka PAS Bachok akan memberi pentas kepada Zaiyadi Awang Noh pada 10hb.
Januari 2013 ini iaitu hari khamis malam jumaat bertempat dikampung
halaman Zaiyadi sendiri untuk memberi peluang kepada Zaiyadi memberi
tahu orang Bachok khasnya kepada keluarga besar beliau yang masih
menyokong UMNO kenapa beliau benar-benar benci kepada UMNO.
Adalah satu keputusan yang tepat sekiranya pada malam tersebut Zaiyadi
akan terus mengulangi kata-kata beliau bahawa dalam UMNO sekarang ini
banyak perkara yang busuk sedang berlaku dan menjawab apa yang Dato'
Zahid Hamidi memberi tahu orang UMNO Bachok dulu.
Yang
paling dinanti-nanti oleh rakyat Bachok sekarang ini tak kira orang
PAS, UMNO atau pun PKR serta atas pagar mereka semuanya mahu mendenagr
dari mulut Zaiyadi sendiri tentang prinsip kepartian beliau, adakah
beliau masih mahu 'bertawakuf' atau bersama dengan rakyat untuk
menentang kerajaan yang zalim dan mungkar,.
Rakyat Bachok tidak mahu Zaiyadi berselindung disebalik 'Tawakuf" dan
berharap pada malam tersebut rakyat mahu lihat 'kejantan' Zaiyadi
berpolitik. Rakyat Bachok kini mahu melihat perkara yang tersurat kerana
rakyat Bachok dah bosan dengan yang tersirat. Percayalah Zaiyadi mampu
melakukannya sekiranya beliau masih ada darah perjuangan daripada Mak Su
Limah.
Sekiranya pada malam tersebut Zaiyadi berani istihar keluar UMNO maka
bertambahlah bekas pemimpin UMNO Kelantan keluar UMNO untuk bersama-sama
PR bagi menentukan Kelantan terus dibawah kerajaan pimpinan ulama yang
diketuai oleh YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. dan Malaysia dibawah
kerajaan PR.newkk
No comments:
Post a Comment