Sunday, December 23, 2012

POSKAD ANAK MUDA!!! Tanya sama Rosmah, bila mahu jawab


Pemuda PKR rancang banjiri peti surat Rosmah

Pemuda PKR akan menganjurkan pengiriman massa poskad kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengenakan tekanan terhadapnya yang berdiam diri terhadap siri pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

"Kami fikir Rosmah perlu menjawab pendedahan Deepak, dia tidak harus hanya berdiam diri.

"Dia adalah wanita yang paling berkuasa di negara ini, jadi kita berharap dia akan tampil menjawab soalan-soalan ini, rakyat mahu tahu kebenarannya," kata ketua penerangan pemuda PKR, Lee Khai Loon (kanan) ketika dihubungi.

Deepak, antara lain, mendakwa Rosmah meminta bantuannya untuk mendapat penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah (SD) kedua, untuk menyangkal SD pertama yang mengaitkan perdana menteri dengan warganegara Mongolia Altantuya Shariibbuu.

Bagi tujuan ini, Lee berkata, Pemuda PKR telah dicetak poskad khas untuk isteri perdana menteri, yang memaparkan kartunnya dengan perkataan Tanya Rosmah dan tiga soalan dalam ruang dialog.

Ianya berbunyi: Benarkah sumpah Najib yang menyatakan tidak kenal Altantuya? Benarkah Deepak diarah untuk paksa PI Bala batal akuan bersumpah yang kait hubungan Najib dengan Altantuya? dan Kenapa hingga sekarang diam diri daripada sebarang komen selepas pendedahan Deepak? Lee berkata cetakan pertama 50,000 poskad yang dilancarkan di Petaling Jaya semalam, akan diedarkan di pantai barat.

Menurutnya, lebih banyak lagi akan dicetak kemudian untuk diedarkan ke seluruh negara dan pada perhimpunan mega Pakatan Rakyat pada 12 Januari.

"Orang ramai boleh menulis soalan mereka sendiri pada poskad tersebut apa yang mereka mahu tanya kepada Rosmah dan kami akan mengumpulnya pada 12 Januari dan menghantarnya kepada beliau.

"Mereka juga boleh mengeposkannya sendiri," katanya -mk.

Pendedahan Deepak: AMK edar 50,000 poskad Tanya Rosmah
PETALING JAYA 21 DISEMBER: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan mengedar 50,000 poskad kepada orang ramai untuk bertanya kepada Datin Seri Rosmah Mansor sendiri kebenaran pendedahan Deepak Jaikrisnan, kata ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Ini usaha dan idea anak muda,” katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat Suara Anak Muda di Dataran Anak Muda, Taman Petaling Utama di sini, malam tadi, sambil memuji dan menghargai mereka yang komited mahukan perubahan.

Namun, beliau yakin bukan hanya pemimpin muda yang berani membangkitkan pelbagai isu, malah ramai yang sukarela bekerjasama untuk menjayakan program Pakatan Rakyat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, pula berkata anak muda golongan penting bagi mempertahan kemenangan Pakatan di Selangor, seterusnya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

Beliau berkata, tenaga anak muda perlu untuk mengesan pengundi berikutan 130,000 daripada 450,000 pengundi baru di Selangor, gagal dikesan.

“Anak muda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai sukarelawan pilihan raya bagi memastikan tiada penyelewengan.

“PRU sudah dekat tapi berdepan dengan Umno yang menggunakan sepenuhnya media arus perdana. Kita di ambang kemenangan.

Justeru, ayuh anak muda kita jadi jentera pilihan raya,” katanya
-KD

7 comments:

  1. HE!HE!HE!

    BETOI AKU KATA, DEEPAK, BALA, TIAN CHUA. SEKARANG KHAI LOON !

    DAH HABIS MELAYU...

    ReplyDelete
  2. Tanya Nizar,...kenapa lulus balak tanpa memanggil jawatankuasa bermesyuarat ??...masa dia jadi MB dulu!

    Kawasan balak bukan mak bapak dia yang punya !!

    Terkulat-kulat dan terlopong jer Nizar bila Zambry dedahkan didewan DUN. Zambry dah ulangi kenyataannya disidang media.

    Hah!,.apalagi puak-puak Pakatan,...samanlah MB Zambry sebab fitnah !!

    Ada berani ??...kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang taik !!

    ReplyDelete
  3. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15452-pas-perak-cabar-zambry-dedah-pr-salah-guna-kuasa

    ReplyDelete
  4. Ya ke... Tiap kali pru akn kuar crite mcm cai kata r.. 12thn doh sama je isu... Tadok crite lain ke.. Wat ni rakyat tau doh fitnah je... Cari isu panas sikit psl pakatan. Bru sedap nk komen cai.... Serik doh wei.... Kih.kih.kih... Insaflah....cai...

    ReplyDelete
  5. HE!HE!HE!

    TULIS JUGAK PADA MAT SABU, BILA NAK BAYAQ HUTANG JANDA DAN ANAK YATIM MEMALI?

    TANYA JUGAK PADA NIK AZIZ, BILA NAK PULANGKAN TANAH RAKYAT YANG DIA DAN BINI DIA AMBIK?

    ReplyDelete
  6. luncai mampos kau dalam umporno

    ReplyDelete
  7. sepandai2 luncai akhirnya jatuh dalam jamban jua

    ReplyDelete