Kedatangan pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang sanggup
singgah sebentar dari Jakarta, Indonesia semata-mata menghadiri majlis
hari lahir ke-87 bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad rupanya menjadi
saat paling tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.
Mana tidaknya, Shah Rukh Khan yang kononnya 'mengusik' isteri Mahathir,
Siti Hasmah Mohd Ali mengajaknya menari sebuah lagu popular dari sebuah
filem lakonannya secara spontan mengejutkan hadirin yang diundang khas
seramai 300 orang itu.
Diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, Mahathir juga dilihat
menggoyang-goyangkan badannya menari mengikut irama Bollywood yang sudah
menjadi darah dagingnya kerana keturunannya juga berasal dari India.
Jika diperhatikan, memang tidak salah sesiapa pun menari secara spontan
tetapi jika ulama Umno seperti Fathul Bari melihat video ini, apa
agaknya yang dikatakan kepada kelakuan tak senonoh ini kerana Mahathir
bukannya orang biasa tetapi pernah menjadi pemimpin negara yang kununnya
mengaku negara Islam selama 22 tahun.
Inikah contoh yang hendak ditunjukkan terhadap generasi muda yang
semakin hanyut dibawa budaya hedonisme (hiburan berlebihan) di saat usia
subsidinya sudah sepatutnya berjinak-jinak dengan tikar sejadah dan
tasbih di tangan?
Mengapa Mahathir sanggup menunjukkan kelakuan hodoh sebegini tanpa
memikirkan kesan ke atas akhlak anak muda yang sepatutnya diajar sejak
kecil lagi?
Barangkali, inilah tempias yang diterima setelah perdana menteri, Najib juga menari hodoh lagu 'Anak Kampung' semasa sambutan rumah
terbuka hari raya aidilfitiri tahun ini di Seri Perdana, Putrajaya yang
kerap ditonton semasa Jelajah Merdeka Rakyat hingga menjadi bahan ketawa
seluruh negara.
Umno dan hiburan sememangnya tidak dapat dipisahkan, jika terpisah maka
hilanglah sokongan orang muda terhadap mereka selain mengajak mereka
lalai dan jauh dari suruhan agama.
Insaflah sementara stok nyawa masih ada!
JALAN PULANG
berani ke mat fatul bari nk tegor. . ustaz fulus... kih.kih.kih....
ReplyDeleteTerompah kayuuu
ReplyDeletePertama,..itu majlis peribadi bukan anjuran kerajaan atau parti.
ReplyDeleteKedua,..aksi sedetik menggoyang-goyangkan sedikit badan itu adalah tindakan spontan bertujuan menghormati tetamu secara berlawak.
woi, nkau suma ada tengok ka gelagat anwar menari ala-ala MGR semasa majlis deepavali di Tapah ?
ReplyDeletebertandak dekat setengah jam, ooooo!
pakai topi merah dengan dengan rayban hitam lagi...malam-malam pakai cermin mata hitam. Banyak gila itu worang...
paspb tak mau tunjuk ka itu video klip ?
dalam umno gelek.joget.disco.k.ok. mcm ulam r.. pas rilek r dlu.. biasa r puok ni.. hiburan duk depan bro... enjoy.enjoy.enjoy.. bukan mcam pas tahlil je.. mane satu pilihan mu cai... kih.kih.kih...
ReplyDeletegoyang2 goyang kepala goyang,goyang deepak hoi.cuba bayangkan deepak pakai cermin mata hitam menari di malam yang hitam,kalau ko hitam macam deepak MGR
ReplyDeleteRealitinya yang menari kabaddi tu ialah Anwar bukan aku.
ReplyDeletedeepak ko ngn rosmah mana lg hebat menari
ReplyDelete