Hari ini saya terkejut bila tiba tiba dua mufti membuka balik cerita
lapuk dimana dua orang mufti iaitu Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti
Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah menggesa Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno
kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
Pelik saya memikirkan kenapa isu amanat Haji Hadi tiba tiba boleh
muncul tak kala semua orang sudah melupakan tentang amanat ini.
Kedatangan dua mufti berjumpa dengan Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad
Maslan di PWTC pun menjadi tanda tanya dan misteri? seperti ada
sesuatu agenda yang tersembunyi.
Cukup menghairankan apa pasai amanat Haji Hadi yang berusia 31 tahun ini
dihidupkan kembali ? Saya yakin semua orang terutama generasi baru
telah melupakan amanat ini dan tak mengambil kisah pun tentang amanat
ini .Tetapi hari ini isu ini sengaja ditimbulkan kembali melalui Mufti
seolah olah ada satu agenda yang tersembunyi yang cuba di bangkitkan
oleh Umno dengan memperkudakan kedua dua mufti.
Terus terang dengan tanpa berselindung saya mengatakan Mufti Perak ini
cakap tak serupa bikin. Baru semalam ada terbaca kenyataan beliau
didalam satu akhbar[gambar] konun beliau tidak cenderung dengan mana
mana parti politik atau badan NGO.
Tetapi hari ini beliau dengan egonya melangkah ke PWTC berjumpa dengan
ketua Penerangan Umno untuk bercakap pasai Amanat yang sudah basi
isunya .Kenapa dia menjadi jurucakap Umno sedang mulutnya berkata tidak
mahu bersekongkol dengan mana mana parti politik. Pelik pelik !! saya
memikirkan bila mana mufti ini duduk semeja bersama Ketua penerangan
Umno di PWTC bercakap dan menyerang Haji Hadi atau Pas.
"Selagi seseorang Islam itu
mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh
dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata
Mufti Perak.
Sebagai seorang yang berilmu adakah dia lupa tentang perkara perkara
yang boleh membatalkan syahadah? Saya tak kata Umno ...tapi untuk semua
yang bergama islam kena tau apakah perbuatan atau tingkah laku yang
boleh membawa tergelincirnya akidah manusia.
Sebenarnya, dalam ucapan Haji Hadi di Banggol Peradong, Kuala Terenggan
pada 1981 yang dimomokkan sebagai amanat oleh UMNO, Haji Hadi hanya
tolong menyampaikan maksud beberapa Ayat al-Quran, antaranya Ayat 44 -
49 daripada Surah al-Maidah yang membawa maksud bahawa "Barang siapa
yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka
itu kafir (44), zalim (45), fasiq (47).
Oleh sebab kerajaan UMNO tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan
oleh Allah, tetapi berhukum dengan hukum yang direka cipta oleh manusia
[sekular], maka UMNO yang terasa pedasnya akibat sindiran dari ayat
itu.
Kesimpulannya, bukan Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO, tetapi Haji Hadi
hanya menyampaikan mesej al-Quran.Dengan kata lain, Ayat ayat Allah SWT
yang mengecap manusia itu sama ada kafir atau zalim atau paling
minimum, fasiq.
Maka isunya disini kenapa Umno terdesak memangggil kedua orang mufti ini
ke PWTC hanya untuk bercakap dan menghidupkan kembali tentang AMANAT
HAJI HADI ?tak lain tak bukan hanya untuk menjadi senjata pilihan raya
untuk Umno.
Saya jamin media talibarut Umno akan memainkan isu AMANAT HAJI Hadi yang
telah di lontak oleh dua mufti ini semaksimun yang boleh mulai dari
hari ini sehingga ke tarikh mengundi.
Umno sebenarnya ketandusan isu untuk menyerang Pas maka Amanat ini di hidupkan kembali untuk dimomokkan kepada pengundi melayu.~ ayuh kita tolak sekular
Umno sebenarnya ketandusan isu untuk menyerang Pas maka Amanat ini di hidupkan kembali untuk dimomokkan kepada pengundi melayu.~ ayuh kita tolak sekular
Batu vs Kayu
Amno pembelit no 1 malaysia...klu tak pandai putar belit,pembohong,penipu bukan amnolh namanya
ReplyDeletesape tak kenal dengan mufti chipsmore... budak budak umno suka r.. cis wat malu ke mat gian je... belajar agama tinggi... Ni kita panggil Bengong 2ekor ni... Jenis Puok Setan di kenali.. Tukang laga Islam.. Ni jenis Jual Agama nok Makan Kedarah. ... mu 2ekor molek wat panjat nyiur kapung molek... Kami ank muda bukan bodo wei.. Murtad 250 ribu wei.. kbo ke brahim melayu ramai murtad.. ape cite ni... Mampus bru tau berasap Kubuuuuuuuur.......... Insaflah mufti wei... jgn cari makan dengan Agama.... Insaflah......... masa masih ada lg.....
ReplyDeleteTuhan kata! Barangsiapa merubah ketetapan yg sudah tertulis dlm AlQuran nescaya dia menempah ticket ke neraka. Ingat2 la tok peti amanah yg dipikul
ReplyDeleteHarun Taib kata mufti-mufti jangan campur politik,..tutup mulut !!
ReplyDeletenampaknya Pas nak mengasingkan agama dengan politik. Dulu tuduh Umno, kini tuduhan tersebut kembali semula kepada mereka !!
aik rakab hidup lg mu.mu jahil xthu,jangan cakap semberono.inilah ajaran setan
ReplyDelete