Polis
Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang
bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah
berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman
sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Timbalan Ketua Polis Kedah, Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara
tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak
yang menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan.
“Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal
pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan
dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu
juga sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi.
“Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba
motor, masing-masing nak tunjuk hebat. Bila tak puas hati panggil
kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu.
“Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari
sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada
masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu
dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar,” katanya.
Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan
kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang.
Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima
yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat
daripadanya sudah dibenarkan pulang.
Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada
kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan.
“Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru,
Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya
dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah
semata-mata.
“Polis akan
terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan
sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada
rusuhan,” katanya.
Berhubung
seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang
bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai.
“Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan.
“Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama,” katanya.
Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani
bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui
Facebook, Twitter atau sistem pesanan ringkas (SMS) daripada pihak tidak
bertanggungjawab kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang
mendorong kepada perkara tidak sihat.
Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan
tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu
dan India di daerah Kuala Muda.
Sehingga
kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan
aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu
berkenaan.
Bagus.. Molek.. Kes budak lumba je.. Jgn msuk campur hal budak. Biar polis urus. Setel.... Jom ke putrajaya pru13... Hidup Pakatan... Kih.kih.kih..
ReplyDeleteHE!HE!HE!
ReplyDeleteKENA BAGITAU MILOSUAM...
mampus luncai
ReplyDelete