Wednesday, December 12, 2012

TU DIA!!! Jutawan Jackpot intai peluang bertanding DUN Selama..

Di sebalik polemik yang cuba dicetuskan geng-geng daki Umno dalam PAS yang masih wujud dan belum disental habis.Kononnya PAS Larut sedang bergelora dan dilanda ribut kencang.

Semuanya bermula apabila terdapat ahli akar umbi yang hanya berapa peratus sahaja bilangannya tidak berpuas hati dengan calon yang diputuskan  PAS pusat untuk bertanding di DUN Selama pada PRU ke 13 nanti.Maka dipanggillah wartawan untuk menulis dan melaporkan tentang ketidakpuasan hati mereka itu.


Jumlah mereka yang melakukan protes dan pemulauan ini tidaklah banyak,namun setelah ditambah sedikit rencah dan perasa oleh media propaganda,maka terciptalah satu resipi dan ramuan yang direka-reka.

Kononnya 14 daripada 23 Cawangan dalam MTD Selama menolak calon yang telah diputuskan tersebut setelah dibuat satu undian pungutan suara.Nak menipu pun agak-agaklah,dalam MTD Selama hanya ada 17 Cawangan sahaja.

Pada hari sidang media itu dibuat,hanya Ketua PAS Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor dan beberapa ahli jawankuasanya sahaja yang hadir.Kalau betul ada 14 Cawangan yang menolak pencalonan Ustaz Akmal Kamaruddin,mana lagi 13 cawangan?? Kenapa hanya satu cawangan yang hadir ketika sidang media itu dibuat.Dan kenyataan yang dibuat Ahmad Zanian itu dikatakan langsung tidak mewakili kehendak dan suara majority ahli-ahli PAS yang berada pada sidang media itu.

Dikhabarkan,mereka yang hadir langsung tidak tahu menahu bahawa akan diadakan satu sidang media untuk memboikot calon PAS di situ.Mereka hanya hadir setelah dijemput untuk menjayakan program memasak bubur assyura.

Walaubagaimanpun bagi aku,inilah hikmahnya di sebalik pengumuman awal calon-calon PAS kepada ahli-ahli akar umbi.Dengan ini,segala sabotaj oleh ahli sendiri dapat dikesan lebih awal dan proses untuk menanganinya akan dapat dilaksanakan segera.Itu kita serah kepada kebijaksanaan pemimpin PAS kawasan.

Berbeza dengan Umno,sehingga kini masih merahsiakan calon mereka waima ketua-ketua Umno Cawangan Pun masih tidak mengetahuinya.

Namun maklumat dari sumber tidak rasmi mengatakan kemungkinan besar kerusi DUN Selama pada PRU 13 kali ini tidak lagi ditandingi penyandangnya sekarang iaitu YB Dato Mohd Daud kerana beliau bukanlah calon “winnable candidate” yang diyakini mampu mempertahankan kerusi itu daripada dirampas PAS.Ditambah pula dengan sokongan terhadap PAS yang semakin meningkat setiap hari di kawasan tersebut dan sewaktu PRU yang lalu Dato Daud hanya menang tipis kepada PAS.

Namun siapa calon baru yang bakal menggantikan tempat Dato’ Daud? Desas desus dan maklumat tidak rasmi daripada sumber dalaman Umno mengatakan calon tersebut adalah anak tempatan selama yang juga merupakan kroni dan Pegawai Khas kepada ADUN Selama ini
.


Inilah orang yang dimaksudkan.Nama beliau ialah Dato’ Rodzi Awang Kechik,anak tempatan Selama berasal dari Kg Kuala Nor yang kini sedang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan Umno di peringkat DUN Selama.

Setelah ditabur segala wang daripada  kocek sendiri kepada masyarakat di Selama ini,tidak mustahil namanya akan tercalon sebagai calon boleh menang Umno di DUN tersebut pada pilihan raya akan datang.

Namun ada satu cerita menarik berhubung latar belakang Datuk Rodzi ini yang ingin aku kongsikan di sini.Untuk pengetahuan semua,Datuk Rodzi sebelum ini hanyalah orang-orang biasa yang tiba2 menjadi jutawan selepas memenangi judi ekor (JACKPOT).

Berpuluh juta jugalah habuan yang diterimanya hasil daripada kemenangannya itu.Menjadi kaya secara mendadak,selang beberapa bulan selepas itu beliau telah dianugerahkan pangkat Dato’ oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Kini bukan sahaja gelaran Datuk sahaja yang berada di pangkal namanya tetapi juga Dr. Ramai yang mempertikai status Dr yang dimiliki Rodzi ini kerana dikhabarkan oleh beberapa orang rakan-rakan lamanya kepada aku yang si Rodzi  ini langsung tidak pernah sekalipun belajar di mana-mana university.

Jangan dikatakan PHD,Diploma pun dah “confirm” tak ada.Habis macam mana dia boleh dapat gelaran Dr? Haha,itu kena tanya kepada Umno la,di negara kita,macam-macam gelaran yang boleh didapat asalkan berduit lebat.

Bekas rakannya itu bercerita lagi kepada aku yang selepas sahaja si Rodzi menjadi kaya,beliau terus berubah sikap,”Ibarat kacang lupakan kulit”.Rakan-rakan yang dahulunya sama-sama bersusah dan senang dengan beliau terus ditinggalkan.

Kini si Rodzi ini lebih suka mendekati orang-orang yang setaraf dengannya.Pernah salah seorang rakannya menyapa beliau dengan gelaran nama sahaja,tetapi rakannya itu telah dimarahi oleh si rodzi ini kerana tidak memanggilnya dengan gelaran Datuk.Inilah jenis manusia yang lupa daratan.

(Datuk Rodzi bersama ketua Umno Larut,Raja Ahmad 
dan Timbalannya,Datuk Daud dalam satu program 
bersama masyarakat India di Selama)

(Di program ceramah Umno bertajuk "Bongkar penyelewengan PAS" di Selama)

(Merasmikan mesyuarat Agung Tahunan PERKASA Larut Matang&Selama)

Aku yakin dan percaya Datuk Daud selaku anak jati selama sebelum ini sudah pun mengetahui tentang “background” si rodzi ini.Namun Datuk Daud tetap juga melantik si Rodzi ini sebagai pegawai Khas beliau.

Bolehkah aku dan seluruh masyarakat di sini terutannya ahli Umno Larut tahu.Atas kepentingan apa Datuk Daud melantik si Rodzi ini sebagai pegawai Khas beliau ? Adakah beliau dibayar gaji untuk tugas itu? Jika dibayar,berapa jumlah gajinya? Adakah ia sepadan dengan status si Rodzi sebagai seorang jutawan?

Kekayaan si Rodzi ini jauh berlipatkaliganda banyaknya daripada jumlah kekayaan Datuk Daud.Relevankan jika si Rodzi ini menerima bayaran gaji dari Datuk Daud?

Atau kedua-dua mereka sememangkan ada kepentingan tersendiri yang ingin didapatkan daripada partner masing-masing.Si Rodzi ada sesuatu yang hendak didapatkan daripada Datuk Daud dan Datuk Daud pula ada sesuatu yang hendak didapatkan daripada Si Rodzi ini..

Dan mungkinkah juga Umno Larut selama ini telah menerima suntikan dana daripada daripada si Rodzi jutawan judi ini? Jika benar,ia seharusnya menjadi sesuatu perkara yang sepatutnya menggugat sensitivity ahli-ahli Umno bawahan di sini.

Lupakah kita beberapa tahun lalu di pulau Pinang,peristiwa ahli Umno beramai-ramai memulangkan wang yang diagihkan kepada warga emas oleh kerajaan negeri oleh sebab ianya datang daripada hasil judi.

Jika benar Umno Larut ada menerima suntikan dana daripada si Rodzi ini,maka ahli Umno Larut diseru agar mengembalikan semula wang yang diterima mereka.Bukankah mereka dibayar dalam setiap kehadiran di mesyuarat dan program Umno? Jangan pula jadi orang yang menjilat semula lendir kahak,dulu kata haram terima duit judi,sekarang disebabkan aku yang terima,maka dah jadi halal.hehe..

Berbalik kepada persoalan calon PAS DUN Selama.Apa yang ingin aku katakan kepada pemimpin-pemimpin Umno Larut yang dilihat begitu ghairah memberi kenyataan di akhbar berhubung krisis kecil yang berlaku dalam PAS kawasan Larut ini.

Tak kisahlah siapakah calon  yang akan diturunkan PAS untuk bertanding di DUN tersebut ,yang pasti calon itu bukanlah seorang jutawan judi dan tidak juga dibayangi hubungan dengan mana-mana jutawan judi seperti Timbalan Ketua Umno Larut,Dato’ Daud merangkap ADUN Selama.hehe

Kepada ahli-ahli PAS yang terlibat,sedarlah..kita sekarang ibarat saling bekerjasama mengemudi sebuah kapal yang didalamnya sarat dengan muatan khazanah bernilai.Janganlah pula apabila nakhoda mengarahkan supaya dinaikkan layar,maka yang dibuat oleh kita ialah menurunkan sauh,maka kita yang sepatutnya bergerak ke hadapan tetapi terkandas pula di tengah lautan.

Berhati-hatilah dengan perangkap Umno.Ingat,perkara asas yang perlu diketahui dalam sesebuah peperangan adalah mengenali siapa musuh kita dan musuh kita sekarang adalah Umno.Janganlah prinsip yang terbina sejak sekian lama ini tergadai hanya kerana calon yang kita minati tidak dipilih.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak,tetapi nasihat aku,akurlah dengan apa sahaja keputusan yang telah ditentukan pimpinan  selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat.Itulah adab dalam berjemaah.PersepsiKitaBerbeza

15 comments:

  1. Nasihat aku pada pas, dengarlah suara akar umbi, jgn hanya patuh pada arahan anwarinas dan dap. Ini sbb ahli akar umbi yg akan jagi penggerak kpd perjuangan kebajikan parti pas.

    ReplyDelete
  2. penulisan yang amat cantik gua amat setuju,ayoh kita humbankan bn/umno/apco.

    ReplyDelete
  3. Paspb ni tak tau malu ke? Akar umbi menyatakan bantahan pun salah umno. Dengar dan fahami kenapa mereka buat bantahan, bukannya terus menuding jari pada umno..

    ReplyDelete
  4. Jgn lah memukul ular yg sedang memakan tikus. Ini membuat tikus bertambah banyak

    ReplyDelete
  5. Tak ke ah jib kata kena terima calon pucuk pimpinan. Ada lagi ke yg tak faham? Sendiri berak,tak ngaku. Org berak, cepat je menghidu....

    ReplyDelete
  6. Betul tuuuuuuuu.. Kena ikut akar umbi... Bnyok mne umbi dgn akar x setuju.. Kna fikir... Dalam Pas pun ramai yg gila pangkat.jawatan.projek... Jenis ni kita panggil SYOK.. Kita rakyat tentukan siapa yg kita pilih... Inilah masa pakatan Nilai calun.. Ingat Kita Berjuang bukan kerana Pangkat atau Jawatan.. Pemimpin kena ingat AMANAH RAKYAT.. Jangan jadi macam Umno..Ingat Rakyat Melihat... Insaflah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sbb buat pendedahan dalam pas pun ramai yg giler pangkat. Pas skrg memang begitu, mengamalkan kroni dan mengutamakan jawatan dan pangkat

      Delete
  7. Saki baki Hasan Jati. Nasarudin masih ada. Tp kampung. org panggil kena selumbar je.. Sekejap je sakit.. Tp dalam Umno Nanoh terus... Busuk tak teramat sangat... Nok muntah rasa.....Kih.kih.kih.....

    ReplyDelete
  8. Kepada biawak-biawak UMNO yang gatal mulut membuat komen kat sini, simpanlah komen anda itu kerana bila UMNO/BN mengumumkan senarai calon nanti, kau orang tengoklah berapa ramai golongan makhluk perosak yang akan muncul di kalangan kau orang.

    ReplyDelete
  9. Tak perlulah nak perburukkan Umno Larut sebab Umno belumpun mengumumkan siapa calonnya di situ.

    Realitinya sekarang ialah pergolakan berlaku dalam Pas di situ. Akar umbi Pas sedang memberontak. Mereka tak mau calon pilihan pucuk pimpinan.

    Kalau hasrat mereka tidak dipedulikan juga maka jentera Pas akan di sabotaj dan ahli tidak mahu keluar mengundi.

    Berbeza dengan Umno Larut yang sehingga kini tetap kekal padu dan bersatu.

    ReplyDelete
  10. waduh! Nampaknya puak Anwarinas makin ketara menguasai senarai calon Pas untuk PRU13.

    kok, baru empat bulan masuk Pas udah bisa jadi calon !....alahai, calon dari golongan ulamak pas semakin pupus.

    ReplyDelete
  11. Pas memang memperjuangkan kebajikan, tapi kebajikan kroni. Tulah sbb ahli sendiri memberontak

    ReplyDelete
  12. Mungkin puak ni biasa dpt kain pelikat kot. Bila tak dpt, mula nak berentak. Rakab!!! Bila kain pelikat nak sampai?

    ReplyDelete
  13. kain pelikat yang bapak kau pakai,..itu ler dia!

    lagi mau tanya bila sampai pulak!.

    ReplyDelete
  14. Byk kenyataan bodoh kluaq dr pnyokong amenu sampah..puiii..

    ReplyDelete