Saturday, December 15, 2012
UMNO DAH TERGELINCIR!!! Datuk Mokhtar Hamid sertai PAS
DUNGUN: Tokoh korporat, Datuk Mokhtar Abd Hamid yang baru menyertai PAS petang tadi mendakwa Umno tergelincir dari perjuangan asal mereka iaitu membela Melayu.
Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam ini, Mokhtar, 68 berkata, pemimpin Umno kini hanyalah perompak duit rakyat.
"Suatu masa dulu Umno perjuangkan bangsa dan agama tapi kini mereka (ibarat) kereta api tergelincir dari landasan.
"Mereka sesat lagi menyesatkan. Menangis di Perhimpunan Agung Umno kononnya Melayu berpecah belah, tak bersatu padu tapi sebenarnya merekalah puncanya," katanya yang merupakan anak kelahiran Paka.
Beliau berkata, sudah tiba masanya beliau berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi kepentingan agama dan negara.
"Inilah masanya sebab saya mungkin tak ada masa panjang untuk berjuang bersama PAS.
"Kita mesti hentikan kejahatan kerajaan sekarang. Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berjuang tapi kalau rakyat tak menyokong mereka tak boleh buat apa juga.
"Marilah sama-sama kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir kira-kira 50,000 hadirin.
Mokhtar menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang petang tadi.
Wow... Ramai org mri. ada jolok ke ni. Umno gelincir.. nak jatuh gaung doh.. dok lama doh wei.. tau mu aku ajor jkkk baham tanah daru bayam. Berasap kubur baham tanoh. .. kih.kih.kih..
ReplyDeleteHah! Berape la agak nye Pas dah byr kat dato' ni. Yg pasti p'cair bn dah takde modal. Isu lapuk yg dah basi
ReplyDelete