Saturday, December 1, 2012

VIDEO TERKINI!!! Mantan 3 Pengarah Institut Perguruan, Jabatan Pelajaran Johor, Felda Plantation dan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu sertai PAS







BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.


 


(Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi)

Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.

Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.

Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat neger

14 comments:

  1. Akhirnya! Ada jugak org nak masuk parti kita.. Hu.. Hu.. Terharu.. Kalau tak, asyik org keluar pas je sbb dah muak jadi khadam dap. Cuba bayangkan, sampai kita nak ust hadi jd pm pun diaorg cakap hanya layak jadi nelayan? Mmg tak patut..

    ReplyDelete
  2. Wah.. Smart betul ust hadi, tapi badan dah semakin berisi. Ermm.. Sbb umno zalim ke badan ust hadi blh naik mcm tu? Pemimpin pas lain pun perut dah semakin ke depan.
    Cuba korang fikir, kalaulah betul umno/bn zalim, takkan pemimpin pas bdn semakin sihat?

    ReplyDelete
  3. wahai sedara pecacai2 UMNo/BN....tak teringin ker nak join ker.....marilah...jgn malu-malu.....hihihihi

    ReplyDelete
  4. Akhirnya nanti yang tinggal dalam Umno cumsa mereka yang buta huruf dan buta hati aje.

    ReplyDelete
  5. Dalam PAU Najib pun kurang yakin pemimpin Umno akan kekal bersamanya menghadapi PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  6. Hanya mereka yang buta hati akibat makan rasuah saja akhirnya mati dengan Umno.

    ReplyDelete
  7. Keadaan Umno yang separuh mati kini adalah lebih sengsara dari mati.

    ReplyDelete
  8. Anon 1814,1902,1906,1908 n 1911 anon yg sama.
    Kalu dbandingkan Muktamar Pas / PAU 2012 jelas sekali Muktamar Pas lesu ahli tak berani nak bersuara takut kepada pemimpin. Pemimpin2 pula dah expired tak ada pemimpin pelapis yang berkalibar hanya sekadar layak dipentas ceramah di kampong2 aja. Fikirkan ketua pemuda serban aja besar dan muslimat selepas Dr. Lo Lo meninggalkan kita LESU.

    ReplyDelete
  9. Anon 1841, aku pun dulu mcm ko jugak, ahli pas yg jadi hamba dap dan anwarinas. Tapi syukur sbb skrg aku dah sedar

    ReplyDelete
  10. lama kelamaan umno tinggal beruk je la. ada sekor yg rajin komen di sini

    ReplyDelete
  11. Bukan nak komen ini kenyataan la ni yg join Pas pun mantan tak berapa hari jadi santan kotttt. He HEEEE

    ReplyDelete
  12. anon 19:41 mana ada anon 18:14...yg ada anon 18:41....akulah anon 18:41...jeng..jeng..jeng....tapi jgnlah nak fitnah aku pulak yg tulis pada anon yg lain tu.....itu semua member2 aku yg akan terus berhujah dgn beruk UMNO/BN disini....dan pada anon 21:07....aku kesian kat ko.....sbb kau dah sedar yg kau tak sedar2 lagi....hihihihihi

    ReplyDelete
  13. Ada ke patut PR kata kami lembu lembu Shahrizat.

    ReplyDelete
  14. Apasal kami di panggil beruk umno pulak.

    ReplyDelete