Sunday, January 22, 2012
SAMBUTAN ANWAR DI SABAH!!! Najib kena fikir banyak kali untuk bubar parlimen
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sudah dua hari berada di pulau Borneo, sebentar tadi mendedahkan bagaimana seorang bekas Ketua Menteri Sabah kelapan pada zaman dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, telah menyatakan hasrat mahu memberikan tanah seluas 50 ribu ekar kepadanya sebagai hadiah atas nama ayahnya, Ibrahim.
Anwar menjelaskan lagi bahawa atas nama siapa sekalipun dia tidak akan mengambil seinci pun tanah rakyat untuk kepentingan peribadi mahupun keluarga kerana sudah dididik dengan ajaran agama dan moral sejak di bangku sekolah lagi.
Tegas Anwar, bekas Ketua Menteri yang dimaksudkan adalah Tun Sakaran bin Dandai yang menjawat jawatan tersebut pada 1994, apabila setahun kemudian dia dilantik menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) sehingga digantikan oleh Tun Ahmadshah Abdullah pada 2002.
Tegasnya lagi, jika pemimpin Pakatan Rakyat berangan-angan untuk melakukan perkara sama, dia sendiri yang akan mengusir pemimpin tersebut kerana ia merupakan amanah rakyat yang mahukan pentadbiran cekap, telus dan berintegriti.
Tambah Anwar lagi, Pakatan Rakyat semakin diterima baik di Sabah dan Sarawak, malahan buktinya, sejak semalam, hampir kesemua anggota pasukan keselamatan dari Sibu dan Kanowit di Sarawak lagi beramai-ramai menghulur tangan bersalaman tanda kesyukuran dengan pembebasannya serta bertuah dapat menatap sendiri pemimpin yang bakal menyelamatkan Malaysia dari kehancuran Umno-APCO.
Dalam ucapannya lagi, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan rakyat Sabah semasa peristiwa pembebasannya dari tuduhan fitnah liwat 9 Januari lalu.
Anwar sekali lagi menjanjikan rakyat Sabah peluang untuk membangunkan negeri dengan penyerahan royalti minyak sekurang-kurangnya 20 peratus dari hasil jualan produk petroleum berbanding hanya lima peratus yang diberikan Umno-APCO dan Barisan Najis selepas Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Tegas Anwar, semasa pilihanraya umum ke 12 pada 2008 lalu, orang Sabah serta Sarawak telah sekali lagi memberi peluang kepada BN untuk membetulkan kesilapan mereka, akan tetapi malangnya apa yang dihajatkan tidak ditunaikan sebaliknya Sabah terus berada pada kedudukan kedua paling miskin di Malaysia selepas Sarawak, walaupun dilimpahi dengan khazanah hasil bumi yang banyak.
Gelombang perubahan yang dirasai sedang bersemarak di serata Borneo dengan pencapaian lebih baik kini di mana seramai lebih 3 ribu ahli PKR baru berjaya didaftarkan di seluruh negeri itu terutamanya di Tenom, Tuaran dan Kalabakan.
Hadirin yang mendengar ucapannya bersemangat dan teruja setiap kali penegasan Anwar untuk seluruh rakyat Sabah bergema di Dewan Kian Kok, Likas, Kota Kinabalu hingga ke luar dewan yang penuh sesak dengan hadirin dari sekitar bandaraya ini.
Sambutan diserikan lagi dengan tarian singa dan pertunjukkan kebudayaan masyarakat Cina yang mendominasi majlis yang turut dihadiri seluruh pimpinan Pakatan Rakyat pelbagai peringkat.
Penjelasan Anwar membuktikan bahawa tuduhan fitnah liwat terhadapnya hanyalah rekayasa Umno-APCO semata-mata kerana tiada satu pun fail rasuah membabitkan dirinya dibuktikan semasa memegang jawatan dalam kerajaan sehingga dipecat pada 1998.
JALAN PULANG
Foto ihsan Twitter Mariah Doksil
Fakta Tun Sakaran Dandai
Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai (gambar kiri) adalah seorang ahli politik Barisan Nasional - UMNO di Malaysia.
Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah (1994) dan Yang di-Pertua Negeri Sabah (1995-2002).Beliau berketurunan Bajau dari daerah Semporna.Mengikat tali perkahwinan dengan Datuk Seri Panglima Hjh Siti Rukaiyah binti Panglima Abdullah.
Beliau menerima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran Tun pada 1996, semasa menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Pada 2000 pula, beliau menerima anugerah tertinggi Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
BELA PERASUAH?!!!PERKASA cuba jadikan skandal NFC sebagai isu perkauman
Malaysiakini melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Jan — Bekas pekerja Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp) yang dikatakan membocorkan rekod kewangan syarikat ternakan lembu tersebut telah dipecat, kata Datuk Ibrahim Ali, ekoran kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.Kalau dah jenis RASIS tu tak kira apa cerita pun, semua nak dirasiskan. Pantang ada ruang sikit pun, tetap jugak nak mainkan isu perkauman. Aku pun tak faham apa yang dia nak yang dia timbulkan isu perkauman tu.
Presiden Perkasa itu berkata, eksekutif pemasaran "bukan Melayu" itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit.
Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudiannya membuat laporan polis dan memecat pekerjanya itu.
"Perkara itu berlaku sebelum ini apabila Datuk Salleh mempunyai dua pekerja bukan Melayu. Mereka menguruskan RM150,000 wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melarikan wang berkenaan," jelas Ibrahim kepada pemberita di Hotel Putra di sini. - TMI.
Takkan kut dia nak alih isu cara tu, nampak sangat keBANGANGannya.
Takkan dia tak boleh fikir, bab pekerja tu songlap duit tu cerita lain, tu salah dia dengan syarikat, takdak kena mengena dengan isu skandal NFC yang sampai tahap 'nak bela lembu dalam kondo'.
Bangsa pekerja yang songlap duit tu lagi la tak relevan dalan isu skandal NFC ni.
Bab buat kerja songlap duit ni bukan kira bangsa malah tak kira agama. Sapa saja berisiko untuk buat kerja jahat tu, tak kira apa bangsa, malah tak kira apa agama sekali pun. Cumanya kalau jenis yang beriman tu, tak kira apa agama sekali pun, aku yakin takkan tergamak nak makan duit haram.
Contohnya macam isu Jamil Khair guna duit zakat, kalau dia betul jenis kuat iman takkan dia sanggup nak guna duit zakat tu. Orang ang beriman takkan sanggup buat kerja macam tu. Kalau pun mungkin depa ada hujjah dari segi hukukm nak lepaskan diri tapi dari segi moral takdak sapa yang waras akal nak kata tindakan tu satu tindakan yang bermoral.
Sama jugak macam isu skandal NFC tu, kalau Ibrahim Ali jenis orang yang ada moral, tak patut dia timbul isu remeh macam tu untuk alih dari isu sebenar. Taktau la pulak kalau ada orang melayu yang BANGANG yang termakan mainan tak bermoral dan bangang Ibrahim 'katak' Ali tu.
Tapi, itulah, Ibrahim Ali ni aku rasa jenis muka tebal, dia sanggup buat apa saja, sanggup kata apa saja. Pada dia aku rasa takdak istilah malu...
CELUPAR MELAMPAU!!! Brahim Ali hina Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri!
Menteri besar Selangor akan berbincang dengan penasihat undang-undang negeri dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu.
Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata, mereka tidak akan akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim kerana "keceluparan melampau" yang didakwa semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.
"Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," katanya.
Ibrahim semalam dilaporkan berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Khalid bertujuan untuk memberi jalan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.
Ibrahim menjelaskan, pemecatan Hasan dan pengambil alihan portfolio berkenaan merupakan "tamparan hebat" kepada PAS, dan menggelarnya "kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat", lapor sebuah portal berita.
Dalam kenyataannya hari ini, Faekah berkata, ungkapan liwat yang digunakan menggambarkan betapa kotornya pemikiran "politikus tua" itu.
"Tindakan Datuk Ibrahim Ali yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pelantikan exco kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio hal ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanah air," katanya.
Faekah juga berkata, kritikan Ibrahim itu merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam negeri yang memberi perkenan kepada perkara itu.
"Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan.
"Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno," katanya merujuk kepada kemenangan Ibrahim dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.
Set Pol: Kenyataan Ibrahim Ali Merupakan Penghinaan Kepada DYMM Sultan Selangor
Tindakan Ibrahim Ali yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan Exco Kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio Hal Ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair. Percubaan beliau melaga-lagakan PAS dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan PAS.
Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008. Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan UMNO sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.
Kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan Exco Agama Dato' Dr Hasan bin Ali. Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor. Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam.
Tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Tan Sri Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan. Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.
Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan. Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.
Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim Ali mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt. Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini. Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini.
YAB Dato' Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana. Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan.
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
KHIANATI RAKYAT!!! Brahim Ali bakal berkubur di Pasir Mas
CERAMAH ABU!!! Polis merestui tindakan ganas, kerana pelakunya UMNO ??
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan ganas ala gengster pihak tertentu mengganggu majlis ceramah Asal Bukan Umno (ABU) dan mencederakan salah seorang pesertanya, di sini kelmarin.
DERA RAKYAT!!!! Nak dapat RM 500 tunggu berjam-jam sampai pengsan hanya untuk menghadap pemimpin UMNO / BN dahulu
PENERIMA BR1M RM500 DILAYAN MACAM ANJING KURAP!!!!
Kerana kesempitan hidup dan RM500 cukup amat bernilai bagi warga yang berpendapatan rendah dan miskin, maka pemimpin-pemimpin mengambil kesempatan dengan melayani mereka seperti anjing kurap yang kelaparan dan kehausan....dibiarkan beratur selama beberapa jam dibawah matahari terik..ini berlaku di Klebang Ipoh semalam bila pemberian yang dihulur sendiri oleh Menteri kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah...lebih dari 2,500 penerima menjadi mangsa tidak berperikemanusian dan berhati perut kerajaan UMNO 1M'sia ini.
Mengapa perlu ada Menteri,Menteri Besar, Timbalan Menteri, Exco Kerajaan, Ahli Parlimen dan ADUN sendiri yang menyerahkan wang RM500 BR1M sendiri ketangan penerima yang layak?...mengapa perlu diadakan upacara khas?...sudahlah mereka susah disusahkan lagi...tidak boleh kah terus saja hantar kepada yang layak dan berjaya melalui pos atau pun menerusi panggilan talipon.. diborang permohanan sudah diberikan alamat dan no talipon yang boleh dihubungi...sikap dan tata kelola sebuah kerajaan yang baik,efisen dan berniat ikjhlas ialah memudahkan urusan dengan rakyat bukannya menyusahkan rakyat...
Jelas sekali niat BR1M adalah cuba nak beli dan tambat hati rakyat mengundi UMNO/BN pada PRU 13 nanti.. tetapi hasilnya akan menjadi sebaliknya...bak kata Seniman S.Shamsuddin dalam filem Nujum Pak Belalang....KALAU INI MACAM BERAPA LAMA MAU HABIS HAA!!!!...KALAU INI MACAM BAGI AKU YANG KIRA......kalau macam ini cara pemberiannya.. berapa lama mau habis selesai rakyat yang layak dapat ha?..... kalau ini macam bagi pula Pakatan Rakyat tadbir urus Putrajaya..
Hello UMNO... rakyat sekarang bukan bodohlah...hentikan cara berpolitik zaman purba .. ok?.. omakkau
Pengsan empat jam beratur tuntut baucar RM500 BR1M
Sinar Harian difahamkan, wanita berkenaan, Ros Geboy, 43, dari Kampung Orang Asli Kelaka hadir ke dewan itu seawal kaunter itu dibuka iaitu pada jam 8 pagi.
Menurut adiknya, Wahab Geboy, 42, kakaknya beratur hampir empat jam dari jam 8 pagi hingga kira-kira jam 12.30 tengah hari.
“Kakak saya tidak menghidap sebarang penyakit tetapi mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan terpaksa beratur panjang menyebabkan dia pengsan.
“Kakak saya pengsan selama setengah jam sebelum ambulans datang menghantarnya ke Hospital Jelebu,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kakitangan bank yang bertugas bertindak menuntutkan baucar BR1M milik Ros setelah mendapati dia pengsan ketika beratur.
“Saya juga keletihan akibat menunggu terlalu lama tetapi tidak kisah kerana sudah biasa beratur panjang.
“Cuma mungkin disebabkan cuaca panas, ia menyebabkan orang mudah pening,” katanya.
Sementara itu, tinjauan mendapati jumlah penerima yang ramai menyebabkan proses tuntutan baucar memakan masa hingga ada yang terpaksa beratur di luar dewan.
Dalam pada itu, seramai 488 penerima baucar BR1M bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klawang menghadiri majlis penyerahan bantuan berkenaan.
Penyampaian baucar itu disempurnakan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan.
FACEBOOK EDISI CINA!!! Najib tersungkur di gelangang internet
Sekali lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang pelbagai reaksi negatif - yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup "kreatif".
Bermula dengan laman sosial Facebook versi bahasa Cinanya yang dibanjiri sindiran dan kritikan tajam, seterusnya diperlekehkan pula apabila warga internet menubuhkan laman Ah Jib Soh (makcik Ah Jib, merujuk kepada isteri PM), dan terkini, laman sosial Facebook Ah Wah Gor (merujuk Anwar Ibrahim) - menarik bilangan peminat yang lebih daripada Ah Jib Gor dalam tempoh 24 jam selepas ditubuhkan.
Sejumlah 14,697 orang warga internet yang menekan butang "like" di laman rasmi Ah Jib Gor pada jam 7.16 petang 21 Januari 2012, longgakan sejak ditubuhkan pada 13 Januari 2012. Sementara Ah Wah Gor, yang ditubuhkan pada 20 Januari 2012, mencatat 18,594 "like" pada masa yang sama. Malah, menurut admin Ah Wah Gor, laman ini berjaya memintas Ah Jib Gor dalam tempoh 19 jam. Sehingga jam 12.26 awal pagi 22 Januari, Ah Jib Gor mencatat 15,418 like, sementara Ah Wah Gor mencatat 24,890 like.
Perlu diingatkan bahawa laman Ah Jib Gor adalah laman sosial rasmi versi bahasa Cina untuk Najib, dikesahkan Setiausaha Politiknya Wong Nai Chee, malah sesetengah soalan yang diajukan dijawab oleh Najib sendiri, sebelum diterjemahkan, menurut Wong Nai Chee.
Ah Wah Gor pula, ditubuhkan oleh penyokong Anwar Ibrahim secara tidak rasmi, menyatakan bahawa tujuannya bukan sekadar untuk memintas bilangan peminat Najib, tetapi ia adalah "pertarungan maya" sokongan kedua-duanya - untuk menaikkan semangat orang ramai. Malah, admin Ah Wah Gor mengalu-alukan "perbincangan politik", dengan peringatan agar warga internet tidak menggunakan ruang itu untuk serangan peribadi, penghinaan terhadap agama dan institusi Raja.
Pengamatan MerdekaReview mendapati kebanyakan komen yang ditinggalkan di laman Ah Wah Gor adalah positif untuk Anwar Ibrahim - luahan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen ini. Malah ada yang menyifatkan pertarungan antara Ah Wah Gor dengan Ah Jib Gor sebagai pemilihan calon Perdana Menteri dalam PRU 13.
Sementara Ah Jib Gor pula masih dibanjiri komen yang negatif terhadap Perdana Menteri, meskipun komen yang emosi telah berkurang (tidak pasti dipadamkan atau kerana disiplin warga internet), namun kritikan dan soalan yang tajam terus diajukan.
Pada masa yang sama, laman Ah Jib Soh pula mencatat 8,018 like pada jam 12.26 awal pagi 22 Januari 2012. Identiti adminnya tidak diketahui, tetapi dengan terang-terang "menyamar" sebagai isteri PM melalui status yang diperbarui. Dengan status yang bernada "sindir" dan jelas untuk memerli isteri PM, Ah Jib Soh kini menjadi "penghibur" kepada peminatnya.
Baca: Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.
BELANJA RM 325 RIBU!!! Najib dan Ro$mah saman la akhbar Australia jika tak betul laporannya
PERKASA TERIMA TAKLIMAT NFC!!! Brahim Ali minta NFC buat laporan polis nafi seleweng kad kredit
Presidennya Datuk Ibrahim Ali secara spesifik menyebut laporan itu mesti dibuat oleh pengarah eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh yang tampil menafikannya sebelum ini.
"Baru-baru ini adalah laporan polis oleh sekumpulan yang memakai baju hitam bertulis JINGGA 13 yang membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi.
"Jadi saya cabar Izmir, oleh kerana itu laporan polis yang tidak betul, supaya minta dia buat laporan polis pula.
"Saya cabar Izmir kalau kalau di pihak yang betul, kamu (Izmir) kata itu tak betul, itu fitnah, saya cabar Izmir ini pula, kamu pula buat laporan bahawasanya itu laporan palsu," katanya.
PERKASA dan beberapa NGO Melayu hari ini diberikan taklimat oleh pengerusi NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail - yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil - lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
JINGGA 13 - minggu lalu membuat laporan polis terhadap empat anggota keluarga mereka yang didakwa membelanjakan hampir RM600,000 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.
NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu juga mempersoal sama ada benar wang itu tidak dibelanjakan untuk kepentingan peribadi atau berpoya-poya, sebaliknya untuk perbelanjaan pengurusan projek lembu atau NFC.
Dalam sidang media selepas itu, Ibrahim berkata, beliau difahamkan laporan polis itu akan dibuat atau jika tidak PERKASA akan "simpan kepercayaan" atas penjelasan isu itu hari ini.
Ibrahim juga berkata, dalam dialog dengan 12 NGO hari ini, mereka difahamkan perbelanjaan tinggi kad kredit itu itu dibuat atas nama aktiviti syarikat.
"Tetapi mereka pergi ke Australia untuk promosikan itu dan ini, jadi syarikat bayarlah guna dia punya kad kredit. Ini aktiviti syarikat," katanya lagi.
Malaysiakini
HARTA SIAPA PALING BANYAK!!! Itulah cara isytihar harta yang menteri UMNO mahu
Oleh Aspan Alias
Sekarang isu pengisytiharan harta oleh ahli Jemaah Kabinet menjadi bahan perbincangan rakyat ramai di mana-mana. Belum pun habis dengungan saranan yang anjurkan oleh DAP serta MACC, Nazri Aziz, seorang menteri kanan kerajaan negara, dengan pantas tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Nazri memberikan alasan yang jika dilakukan pengisytiharan harta itu ia akan merbahayakan keselamatan individu itu.
Selangor telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli Exconya dua tahun lepas dan P Pinang telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli majlis mesyuarat kerajaannya dan boleh dilihat melalui internet oleh semua rakyat. Contoh-contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ini patut diikuti oleh kerajaan BN di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang ditadbirnya.
Dalam kes pengisytiharan harta ini nampaknya pihak Pakatan Rakyat lebih telus dan nampak kesediaan harta mereka dilihat dan diketahui umum. Bak kata Lim Guan Eng, DAP merasakan rakyat sepatutnya tahu tentang harta-harta yang ada pada mereka yang menduduki jawatan awam terutamanya yang mewakili kumpulan legislatif dalam kerajaannya.
Keengganan Nazri dan yang lain-lain dalam Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan harta secara terbuka menunjukkan yang kumpulan pemimpin dalam BN ini mempunyai banyak perkara yang hendak dilindungi dari pengetahuan umum.
Pengisytiharan harta ini merupakan amalan yang biasa bagi negara-negara yang maju dan mengamalkan pentadbiran mengikut undang-undang dan etika yang tinggi. Di negara-negara maju memang inilah amalannya. Selagi pengisytiharan harta ini tidak dilakukan selagi itulah kerajaan itu tidak boleh dianggap sebagai negara yang telus pentadbirannya dan tinggi etika kepimpinannya.
Jika menteri-menteri kita hanya mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja ia tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengisytiharan harta itu. Jika cara Nazri ini dilakukan hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu dan tidak akan dapat ‘public scrutiny’ seperti yang berlaku di negara-negara maju.
Jika hanya Perdana Meneterri sahaja yang tahu, paling mampu yang dilakukan oleh Perdana Menteri ialah untuk membandingkan di antara jumlah harta yang dikumpulkan oleh Nazri dan harta yang dikumpulkan oleh Perdana Menteri dan isterinya.
Kenyataan Nazri itu amat mengecewakan ramai dan ia hanya memberikan gambaran yang pemimpin-pemimpin kita tidak berani untuk menunjukkan bagaimana harta-harta yang menggunung itu didapati oleh mereka. Dalam isu pengisytiharan harta ini kita akan nampak dengan jelas yang di sebelah BN dan UMNO, pemimpin mereka tidak menggemari ini dilakukan dan hanya pihak Pakatan Rakyat sahaja yang berani melakukannya.
Maka stigma UMNO itu adalah kumpulan perasuah semakin diyakini oleh orang ramai dan sebaliknya keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu bertambah utuh dan kuat. Di sini kita boleh lihat yang UMNO tidak berdaya untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sahsiah dan kejujuran mereka.
Hanya satu suara dari Kabinet Negara yang menyambut pengisytiharan harta ini dengan baik, iaitu Ismail Sabri Yaacob. Secara peribadi saya juga pernah mendengar yang menteri ini tidak pandai mencari duit luar dari jawatannya. Jika Ismail mahu bersama untuk membersihkan negara dari rasuah yang keterlaluan ini, saya berharap Ismail bersama PR kali ini.
Tetapi Nazri bolehlah mengisytiharkan harta beliau kepada Perdana Menteri. Kita tahu jika itu dilakukan oleh Nazri, maka Perdana Menteri hanya akan dapat membandingkan harta yang Nazri kumpulkan dengan harta yang PM sendiri kumpulkan.
Selepas itu elok Perdana Menteri mengisytiharkan hartanya kepada Nazri pula. Nanti Nazri dan Najib sama-sama tahu jumlah harta yang mereka masing-masing kumpulkan.