Wednesday, January 25, 2012

MAKLUMAT RISIKAN!!! BN hanya akan menang 5 negeri, Najib tak jadi bubar parlimen pada bulan Mac


Maklumat terbaru yang dipetik dari unit risikan Majlis Tertinggi Umno-APCO menyatakan bahawa BN hanya akan menang di lima buah negeri sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan sekitar Mac hingga Jun tahun ini.

Justeru itu, bagi meningkatkan kembali sokongan terhadap mereka, sumber itu juga turut menyatakan pilihanraya umum sudah pasti akan diadakan pada bulan Disember tahun ini.


Lima negeri tersebut adalah Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu dan Johor.


Manakala lain-lain negeri akan menyaksikan pertarungan sengit seperti Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis.


Adalah dipercayai, maklumat ini adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh unit khas yang dilantik selain daripada maklumat risikan polis dan tentera sepanjang November hingga Disember tahun lalu.


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikhabarkan sudah memanggil kembali surat arahan pengosongan premis milik kerajaan seperti sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dihantar akhir Disember tahun lalu.


Antara faktor yang menyebabkan pembubaran parlimen tidak diadakan pada bulan Mac seperti ramalan sesetengah pihak adalah kerana isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang kini masih dalam siasatan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain dari senarai calon pilihanraya yang masih belum dikemukakan kepada ibu pejabat Umno-APCO di PWTC.


Penangguhan rayuan kes fitnah liwat Anwar Ibrahim sehingga tiga bulan juga dikatakan antara faktor utama kerana pembebasan Anwar dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat setelah isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali kini selesai.


Najib selaku perdana menteri rejim telah dimaklumkan perkara ini dan meminta Umno-APCO mengemukakan laporan segera kepada ibu pejabat tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sokongan yang terus merosot di sebalik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dalam proses pengagihan.


Negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti Selangor dan Perak sudah diarahkan supaya mengadakan program lebih kerap termasuk turun padang setiap dua minggu sebagai langkah susulan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang memihak Pakatan Rakyat.


Menurut laporan itu lagi, jentera pilihanraya sudah diminta supaya bekerjasama dengan SPR bagi menambah senarai daftar pengundi termasuk memasukkan sekali nama isteri anggota penjawat awam seperti polis dan tentera sebagai pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.


Kelantan dan Pulau Pinang sudah dianggap gagal kerana laporan tersebut juga menyebut aliran sokongan kekal tidak berubah dengan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dijangka memperolehi kerusi hampir sama seperti pilihanraya umum Mac 2008 lalu.


Pulau Pinang pula kekal milik Pakatan Rakyat dengan dijangka penurunan sedikit majoriti undi di beberapa kawasan parlimen "panas" seperti Bukit Gelugor, Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Kepala Batas.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng dijangka tidak menghadapi masalah mempetahankan kerusi parlimen Bagan selain kekal memegang kerusi DUN Air Putih dengan sedikit penurunan majoriti tetapi masih dalam keadaan selamat.


Perak dijangka kembali kepada Pakatan Rakyat dengan mandat lebih besar berbanding pilihanraya umum Mac 2008, dengan menyaksikan pertambahan kerusi DUN daripada 31 pada empat tahun lalu kepada 37 kerusi, selain berupaya menguasai 13 kerusi parlimen daripada 23 kerusi yang terdapat di negeri tersebut.


JALAN PULANG

FAKTA!!! Johor dalam bahaya bagi BN , PRU 13 mungkin lewat

http://www.umnojb.com.my/johor.gifKetika BN berangan-angan ingin merampas kembali negeri –negeri yang ditadbir oleh PR , tiba - tiba seorang pensyarah universiti membayangkan bahawa Johor berada dalam keadaan bahaya bagi BN.

Johor sebenarnya bukan lagi kubu kuat UMNO selepas pilihanraya 2008 apabila dua kerusi UMNO telah ditawan oleh PAS . Dua orang professional PAS telah berjaya memenangi kerusi Sungai Abong dan Maharani.

Walaupun begitu , pilihanraya 2008 masih menyaksikan pengaruh UMNO masih kuat di kebanyakan kerusi lain. Manakala undi orang Cina dan India walaupun berubah ke PR , tapi masih kecil hanya menjangkau purata 55 % sahaja.

Inilah yang menyebabkan UMNO masih memenangi majoriti kerusi di Johor walaupun jumlah pengundi bukan Melayu besar di kebanyakan kerusi di Johor.

Perubahan undi Cina yang tidak cukup besar ini juga menyebabkan DAP cuma mampu menawan 1 kerusi Parlimen iaitu Bakri dan 4 kerusi DUN iaitu Bentayan,Mengkibol, Skudai, Senai. MCA dan Gerakan masih mampu bertahan di Johor walaupun tsunami melanda negeri-negeri lain.

Bagi pilihanraya umum ke 13, mood pengundi Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Akibat rasisnya kempen UMNO dibantu oleh PERKASA dan NGO ciptaan UMNO. Kemarahan orang Cina terhadap UMNO ini disedari oleh PR . Oleh kerana itulah , PR melalui DAP terutamanya begitu aktif mendaftar pengundi bukan Melayu.

Naib Presiden UMNO Shafie Afdal pernah memberi amaran bahaya pertambahan pengundi bukan Melayu di Johor.

Pengundi India pula tidak banyak berubah , UMNO mendakwa pengundi India sudah kembali kepada BN. Sebenarnya , pengundi India boleh berubah kepada PR dan kepada BN bergantung kepada pendekatan parti politik ini terhadap orang India. Maksudnya, pengundi India masih 50-50

Hanya orang Melayu menjadi harapan UMNO di Johor . Namun begitu, terdapat perubahan orang Melayu terutama di kalangan generasi muda dan pengundi Bandar. Kemenangan PAS di Sungai Abong dan Maharani adalah bukti orang Melayu berubah.

Purata undi Melayu kepada PR masih di antara 10 hingga 35 %. Ada kerusi yang mencapai 35% tapi banyak kerusi masih di bawah 25%. Malah ada yang hanya 10%.

Perubahan pengundi Cina ini boleh menjangkau 75% di kerusi ditandingi DAP dan 65 % di kerusi yang ditandingi PAS dan PKR. Maknanya, melebihi purata undi pada pilihanraya 2008 iaitu 55% .

Hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO adalah , jika peratus undi Cina ini mencapai tahap 55% DAP sudah berjaya memperoleh 1 parlimen dan 4 DUN. Manakala PAS mendapat 2 DUN. Berapa kerusi yang diperoleh oleh PR jika undi orang Cina menjangkau sehingga lebih 60%?

Bagi kerusi DUN , UMNO dan BN cukup berada di dalam kedudukan bahaya di 19 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen yang mengandungi pengundi Melayu di bawah 50 %. 19 daripada 56 kerusi DUN sudah cukup menjadikan PR pembangkang yang kuat. 8 daripada 26 kerusi Parlimen sudah banyak membantu PR menuju Putrajaya.

DUN : Pengundi Melayu bawah 50%

1. Jementah

2. Tenang

3. Bekok

4. Tangkak

5. Bentayan (DAP)

6. Yong Peng

7. Pengaram

8. Layang-Layang

9. Paloh

10. Puteri Wangsa

11. Johor Jaya

12. Stulang

13. Pangkalan Ranting

14. Skudai (DAP)

15. Nusa Jaya

16. Bukit Batu

17. Senai (DAP)

18. Mengkibol (DAP)

19. Pekan Nanas

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 50%

1. Segamat

2. Labis

3. Bakri

4. Tebrau

5. Pasir Gudang

6. Gelang Patah

7. Kulai

8. Kluang

Terdapat 9 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%. Semua kerusi ini adalah tidak selesa bagi BN , PAS menang 2 kerusi di kerusi mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%.

28 kerusi DUN mempunyai pengundi Melayu di bawah 55% hanya memerlukan 1 kerusi lagi bagi membolehkan PR memerintah Johor.

DUN : Pengundi Melayu bawah 55%

1. Buluh Kasap

2. Pemanis

3. Sg. Abong (PAS)

4. Maharani (PAS)

5. Tiram

6. Permas

7. Kempas

8. Bukit Permai

9. Mahkota

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 55%

1. Sekijang

2. Ledang

3. Batu Pahat

4. Simpang Rengam

5. Sembrong

6. Johor Bahru

7. Pulai

8. Tanjung Piai

Terdapat 6 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 60 %. Walaupun agak sukar kepada PR namun tidak mustahil PR boleh merampas kerusi-kerusi ini.

PR hanya mampu memerintah Johor jika 34 kerusi DUN yang mempunyai pengundi Melayu di bawah 60% dapat ditawan PR. Manakala 17 kerusi parlimen pula sudah lebih daripada cukup membantu PR memerintah Malaysia.

DUN : Pengundi Melayu bawah 60%

1. Kamelah

2. Jorak

3. Gambir

4. Bukit Naning

5. Parit Yani

6. Sengarang

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 60%

1. Ayer Hitam

Berdasarkan fakta jumlah pengundi bukan Melayu yang besar inilah menyebabkan UMNO dan BN berada dalam kegelisahan menghadapi PRU 13. Presiden UMNO juga mengetahui hakikat ini, justeru itu tarikh pilihanraya juga mengambil kira mood pengundi di Johor.

Jika silap perkiraan , UMNO bukan sahaja tidak berjaya merampas kembali negeri yang diperintah PR. Sebaliknya, kubu kuat UMNO juga bakal terlepas kepada PR.

http://tulahan.blogspot.com/

PRU13 : Misi PR tawan Johor

KUALA LUMPUR – Selepas berjaya merampas negeri Selangor dan tiga negeri lain yang dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), kini Pakatan Rakyat menyasarkan sebuah lagi negeri yang menjadi kubu kuat BN - Johor.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, adalah tidak mustahil untuk merampas negeri Darul Takzim itu kerana yakin rakyat Johor telah mula ingin melihat wahana politik baru di negeri itu.

Azmin melahirkan keyakinan itu ketika negara bersiap sedia untuk mengadakan PRU13, yang ramai menjangkakan akan diadakan menjelang pertengahan tahun ini.

Pada Mac 2008, PR yang dianggotai PAS, DAP dan PKR menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak, selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990.

Bagaimanapun PR hilang kerajaan negeri Perak pada awal 2009.

“Jika Johor berjaya dirampas, ini merupakan permulaan yang baik untuk Pakatan Rakyat (PR) menyusun langkah bagi menawan Putrajaya tetapi perkara ini tidak mungkin berlaku jika Sabah dan Sarawak tidak berada dalam genggaman,” kata beliau dalam satu wawancara bersama Sinar Harian Online semalam.

“Dalam usaha untuk menawan Johor, kami juga akan berusaha untuk mempertahankan Selangor dan dalam masa yang sama kami akan memperluaskan pengaruh ke daerah-daerah yang telah ditakluki,” katanya.

Sementara itu, Azmin turut mengulas kenyataan terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yang meminta kepimpinan BN Selangor untuk merampas Selangor dengan apa cara sekalipun.

“Jelas kenyataan itu menunjukkan Najib menggalakkan ahlinya boleh menghalalkan apa cara sekalipun termasuk rasuah, mengugut ataupun merampas demi mencapai matlamat yang ingin dicapai.

“Jika beliau (Najib) merupakan kelompok yang sederhana, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana boleh membimbangkan rakyat,” kata Pengerusi PKR Selangor ini.

Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak menambah, Najib sebagai seorang pemimpin yang demokrat sewajarnya menghormati keputusan rakyat Selangor yang telah memilih PR sebagai peneraju baru negeri itu.

Beliau bagaimanapun tidak bimbang tentang situasi ini kerana merasakan apa yang berlaku sekadar retorik dalam politik semata-mata.

Katanya, maklum balas yang diterima oleh rakyat Selangor terhadap kepimpinan PR adalah sangat positif terutamanya kini rakyat Selangor dapat merasai hasil dari khazanah negeri itu.SH

MB Johor Akui Kini Negerinya Tidak Selamat..

"Cakap cakap kebanyakan orang umno Johor, Menteri Besarnya Datuk Seri Ghani Osman diberitakan sangat leteh atau dengan kata lain betul betul leteh.Tidak kurang juga yang merasa amat kasian.

Dia kata dah leteh kerana lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan.Yang peliknya ada yang berkata Hasilnya kosong.bermakna tak mendapat habuan politik. Memang kasihan sungguh MB ini.

Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak kelihatan leteh kerana turun pandang bagi memastikan rakyat yakin dengan BN. Atau dengan kata lain dihati rakyat hanya Barisan Nasional bukan Pakatan yang buat janji kosong itu.

Dalam perhimpunan Agung umno tahun 2010 Datuk Seri Shafie Afdal meluahkan perasaan tak senang hati dengan perkembangan politik di negari johor kubu kuat umno itu.

Niab Presiden umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan umno dalam PRU 13 nanti.

Perkara ini telah dinyatakan MB Ghani Osman yang melawat semua kawasan Parlimen di bandar 2 di Johore akan jatuh ka tangan Pembangkang, termasuk lah NUSAJAYA.

Menteri Besar Johor telah membuat anggar 15 kawasan Parlimen di negeri Johor kedudukannya boleh dikatakan tak selamat.

Ada orang umno sendiri yang kata padan muka Ghani Osman menandakan marah sekali rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corp.yang mengalami kerugian besar.

Johor Corp yang di bena oleh Tan Sri Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai asset hampir bernilai RM14 billion.

Sejak Tan Sri Ali Hashim berhenti dari J.Corp ,Ghani dikatakan telah menjahanamkan perjalanan J.Corp dengan membawa masuk beberapa orang luar ,budak2 yang belum tahu apa itu bisnes tak pandai mengendalikan J,Cop dan anak2 syarikatnya.

Terutama sekali Ia membelakangkan pengurusan J.Corp yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun.Siapa yang tidak marah.Bagaimana perasaan budak ini saperti Kamaruzaman,Jamal,Ahmad Mohamad.

Yang sedehnya dato,penasihat sebenar di belakang Ghani ia lah Mr Lim"superman"Sekarang tugas mereka ini ialah untuk 'merompak 'asset J.Corp yang amat berharga saperti KFC dan QSR.Tanah2 Commesial dan akhirnya estate 2 yang di miliki oleh Kulim.

sesetengah berkata jika umor panjang tulis dalam buku dairy masing masing apa yang berlaku itu dalam masa lima tahun semua harta2 ini habis.

J.Corp yang mempunyai hutang hampir RM3 billion,nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini,tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang J.corp menjadi RM 5.5 billion melalui anak syarikatnya.

Sebab itu Tan Sri Ali marah sekali,malangnya komennya tidak di siarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah di block.- blogpenggalikubur

PENCERAHAN KES KUIN!!! Selagi UMNO perintah Malaysia selagi itu AUKU mencengkam mahasiswa

oleh Anak Kedah 007

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/10feb/azizan.jpghttp://www.thechoice.my/images/resized/images/tc/lead_story/kuin_200_200.jpghttp://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/10feb/azizan.jpg

Bukan ke KUIN tu adalah sebuah IPT yg berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KERAJAAN PUSAT).

Jadi kesemua sijil / diploma / sarjana muda / sarjana yg dikeluarkan oleh KUIN diiktiraf oleh Malaysian Qualified Agency (MQA) yg juga di bawah KERAJAAN PUSAT.

5 pelajar yg digantung itu dikenakan hukuman yg telah ditetapkan dalam AUKU yg juga dicipta oleh Kerajaan Pusat.

Seandainya Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan KUIN sewenang-wenangnya mengetepikan dan menolak AUKU yg telah termaktub dalam undang2 di Malaysia, pelajar-pelajar KUIN bersedia tak untuk KERAJAAN PUSAT menarik semua MQA yg telah dikeluarkan utk semua sijil2 mereka?

Bila Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan AUKU ni?

SETELAH Pakatan Rakyat memerintah MALAYSIA. Bukan sekarang yg baru menang berapa negeri je. Boleh ke nak buat MQA sendiri?

Susah la kalau belajar tinggi2 jadi mahasiswa tapi tak boleh fikir secara rasional.

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2012/january2012/18/m_pasdemo.jpg
hangpa buat rayuan dak..??

Saya pernah dgr ucapan Ustaz Azizan dalam temuramah. Beliau tegas untuk semua pihak MENGIKUT SALURAN YANG BETUL dalam mengatasi masalah ini.

Malah beliau secara bijak sebenarnya telah memberi CLUE kepasa pelajar2 yg digantung ini untuk MEMBUAT RAYUAN. Takkan la Ustaz Azizan nak ckp terang2, "Korang buat rayuan, nanti aku bagi lepas la..." Persoalannya, rayuan tu dibuat ke tak?

Kerana 5 orang nie hangpa maki dia berkandaq sampai nak suruh dia letak jawatan tapi masa dia dok buat komplek KUIN yg baru di KUALA KETIL sana hangpa tak mau puji... jadi pada2 la bro nak bantai orang tua nie pon... Gua pon jika tak kena gua bantai jugak...

Bank Islam tawar RM330 juta


Zukri Samat (dua dari kiri) menyerahkan dokumen perjanjian kemudahan kewangan kepada Jahubar Sathik Abdul Razak sambil diperhatikan Azizan Abdul Razak (tengah) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Bank Islam (M) Bhd. (Bank Islam) telah menawarkan kemudahan kewangan Islam bersindiket bernilai RM330 juta kepada Kedah Sato Sdn. Bhd. (KSSB) untuk projek pembinaan pembinaan dan pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, Baling, Kedah.

Kedah Sato adalah kontraktor kelas A yang juga merupakan anak syarikat Bina Darulaman Bhd. (Bina Darulaman).

Bank Islam dilantik sebagai pengatur utama pembiayaan bagi kemudahan itu bersama-sama Affin Islamic Bank Bhd. (Affin Islamic) yang bertindak sebagai pengatur bersama.

Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat berkata, sebagai pengatur utama, pihaknya membiayai RM200 juta untuk kemudahan itu manakala baki RM130 juta lagi dibiayai oleh Affin Islamic Bank Bhd.

Katanya, di bawah pembiayaan itu, Kedah Sato akan membayar balik pembiayaan tersebut dalam tempoh 15 tahun, termasuk tempoh tertangguh selama tiga tahun... [Selebihnya disini..]

http://anakkedah007.blogspot.com/

SELEPAS KELANTAN!!! Kedah juga sedia isytihar harta

http://www.humanrightspartymalaysia.com/wp-content/uploads/2010/01/kedah-1.jpgALOR SETAR - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah belum membincangkan isu sama ada wakil rakyat perlu mengisytiharkan aset dan harta milik mereka, namun bersedia berbuat demikian sekiranya diarahkan oleh pimpinan Pusat.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Ke­dah yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya tiada halangan untuk menyenaraikan harta milik setiap wakil rakyatnya, kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.


“Buat masa ini kita belum bin­cang mengenai perkara ini. Jika ianya menjadi arahan Pusat, kita akan lakukan,” katanya.


Menurutnya, pengisytiharan harta oleh Kerajaan PR Pulau Pinang membuktikan keprihatinan kerajaan yang berjiwa rakyat dan telus, ter­masuk kepimpinan Ketua Men­terinya, Lim Guan Eng yang berani mendedahkan aset kesemua wakil rakyatnya kepada umum.


Hasil pengisytiharan itu, Exco Kebajikan, Kesihatan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh menjadi Exco paling kaya iaitu memiliki tanah dan rumah di New Zealand bernilai RM1.39 juta, kereta Alphard bernilai RM169,000 dan beberapa unit saham.


Manakala Exco paling tidak berharta ialah Exco Agama, Perda­gangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malek Kassim yang hanya mempunyai sebuah ke­reta Proton Tiara bernilai RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000 yang baru dibeli meng­gunakan pinjaman kerajaan negeri.


Sejurus itu, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria turut membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.


Baru-baru ini pula, Pengerusi Lem­baga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh mencadangkan kera­jaan mewajibkan semua anggota Kabinet dan ahli keluarga terdekat ter­masuk anak dan pasangan masing-masing menyerahkan salinan doku­men pengisytiharan harta kepada SPRM bagi meningkatkan integriti kerajaan.

PANAS !!! Pereka fesyen Carl Kapp diugut ke Malaysia ?


Wartawan gosip akhbar The Sydney Morning Herald yang mencetuskan berita sensasi terhadap isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor, berikutan pendedahan permbelian barangan berjenama mahal di butik milik rakannya, Carl Kapp, di Sydney, Australia, kini dikhabarkan tidak berani datang ke negara kita.

Dalam satu pesanan melalui laman mkiroblog Twitter kira-kira 53 minit lalu, Hornery menulis:


@hornery
I wont be holidaying in Malaysia anytime soon. Ive been hung, drawn and quartered in print there. Shoot the messenger when the truth hurts?

@hornery
Saya tidak akan bercuti di Malaysia dalam waktu terdekat. Saya "digantung, dipotretkan dan dikerat dari akhbar di sana. Serang pemberi maklumat bila kebenaran menyakitkan?

Apa yang Hornery maksudkan adalah kesemua akhbar dan media arus perdana telah menekannya serta memburuk-burukannya sebaik saja berita tersebut disiarkan ke seluruh dunia.


Tambahnya lagi, tuduhan terhadap kredibilitinya sebagai seorang wartawan paling teruk di negaranya hanyalah dibuat oleh pihak yang menggunakan indentiti orang lain yang sebenarnya menghabiskan masanya di dalam penjara!


Dia juga menafikan dirinya seorang gay yang cuba difitnah kununnya dia ada hubungan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, padahal sebenarnya gambar yang disiarkan secara meluas di blog pro Umno-APCO sebenarnya rakan baiknya, Scott Weston (gambar bawah, kanan) semasa mereka menghadiri sebuah majlis tiga tahun lalu.


Walaupun mengaku rakan baiknya itu seorang gay, tetapi dia menafikan dirinya sendiri sebagai seorang gay dan mencabar pihak yang menuduhnya supaya membuktikan dirinya berperangai sedemikian.



Pendedahan Andrew membuktikan adanya cubaan mengugutnya diapa-apakan sekiranya dia datang ke Malaysia bagi "mengorek" rahsia pembelian dan skandal yang menggemparkan seluruh dunia ini.

Pereka fesyen dan pemilik butik Carl Kapp dijadualkan datang ke negara ini pada awal bulan Februari namun berikutan pendedahan skandal ini ada kemungkinan terpaksa dibatalkan.


Andrew terkenal di Australia sehingga digelar Ratu Gosip berikutan kemampuannya membongkar skandal orang ternama dan artis sejak menyertai akhbar itu 12 tahun lalu.


Sama-sama kita nantikan penjelasan seterusnya tidak lama lagi.


JALAN PULANG



Australian "Gay" Gossip Queen Is Jealous?


Failure to learn the hard lesson for counting on white-men with no credibility as defend witnesses in Anwar’s case, the opposition once again turned to a white-journalist with no credibility, for help. This time, to demonize the PM’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor.


Andrew Hornery, Sydney Morning Herald’s journalist wrote that Datin Seri Rosmah had spent RM325,000 on a shopping spree in Australia.


The motive of such writings is unclear but it is purely in line with the opposition’s strategy to promote Datin Rosmah as a lavish woman in order to instill hatred among the people towards her, and eventually Datuk Seri Najib.


Therefore, we can’t help but perceive Andrew’s writings as an act of offering a hand to help spread the Malaysian’s oppositions’ agenda.


Or maybe he was just doing his job that is spreading rumours since he is actually a gossip journalist.


Not just that, he had once been ‘crowned’ as the worst gossip journalist in Australia. On 9th October 2009, in a website that features the worst journalist in Australia, http://www.australiasworstjournalist.com.au/media/newspaper/sydney-morning-herald/1-andrew-hornery, a comment on him wrote, “Numerous factual errors. Andrew Hornery, unable to transcribe accurately factual matters or deliberately engages in falsehoods to degrade his subject, and heighten his vitriole. Persons contacted by this dishonest journalist should not afford him an interview, as quotations will be altered to suit the journalist’s purpose.”


For your information, Andrew is also called the Gossip Queen of Australia for his immature writings despite his high ambition to write about serious issues such as murder or corruption and the like.


But why is he called the Queen and not the King of gossip when he is actually a guy? Could it be because he is not a real, straight guy but a gay instead? Well, Andrew had no problem admitting this in the open through his twitter. And if you surf the net looking for facts on Andrew, you would find that he has written many articles on gay rights and condemning those who ‘discriminate’ gays.

KASIHAN SAIFOL!!! AG dah merayu , tapi terpaksa tunggu 3 bulan lagi mengikut Akta Penghakiman Mahkamah



Pengadu dalam kes fitnah liwat II, Saiful Bukhari Azlan nampaknya kena banyak banyak bersabar!

Ini kerana rayuan yang dikemukakan melalui pejabat Peguam Negara hanya akan dipertimbangkan selepas sekurang-kurangnya tiga bulan dari tarikh rayuan dikemukakan.


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dituduh oleh Saiful juga perlu menunggu sehingga tempoh yang sama kerana mengikut Akta Penghakiman Mahkamah, pihak yang memfailkan rayuan bersabit sesuatu keputusan yang dijatuhkan perlu menunggu transkrip penghakiman bertulis terlebih dahulu.


Prosedur biasa membenarkan hakim yang membuat keputusan diberikan tempoh sehingga lapan minggu untuk menyiapkan alasan penghakiman sebelum diserahkan kepada pihak yang terlibat (pendakwaraya dan pasukan peguambela).


Dalam kes Anwar, pendakwaraya perlu menunggu ulasan penghakiman bertulis sebelum membuat keputusan sama ada memfailkan petisyen rayuan.


Jika pihak pendakwaan merasakan bahawa selepas mendapat keputusan tersebut, ada asas-asas yang kukuh untuk mencabar atau melihat keputusan penghakiman boleh dirayu, maka mereka akan mengemukakan rayuan rasmi, jika tidak ia terhenti di situ saja.


Menurut ketua peguam Anwar yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, Peguam Negara mempunyai hak prerogatif untuk mengemukakan rayuan.


Ini prosedur biasa kerana Karpal juga pernah menasihatkan pelanggannya supaya tidak membuat rayuan selepas memperolehi alasan penghakiman secara bertulis.


Penjelasan Karpal dibuat selepas bertemu dengan setiausaha hakim yang membacakan keputusan bersejarah pada 9 Januari lalu, Zabidin Mohd Diah, mengenai perkembangan penghakiman bertulis sama ada sudah siap atau sebaliknya.


Zabidin yang bercuti selepas membacakan keputusan mahkamah bahawa Anwar tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat belum dapat ditemui untuk mendapatkan komen lanjut kerana mempunyai urusan mustahak sambil meminta apa-apa perkembangan mengenai nota penghakiman tersebut supaya merujuk kepada setiausahanya.


Ini bermakna, Saiful sekali lagi terperangkap dalam prosedur mahkamah kerana kununnya tindakan memfailkan rayuan di saat-saat akhir pada Jumaat lalu mampu mengheret kembali Anwar ke mahkamah secepat mungkin.


Satu lagi karma untuk Saiful berjaya dibayar secara "tunai" kerana fitnah yang tak pernah berkesudahan!


JALAN PULANG

SERANG ORANG INDIA!!! Polis pun turut bersama jadi samseng?

Mamat nih ke?
KUALA LUMPUR, 25 JAN - Perkembangan terbaru berhubung insiden kekecohan yang berlaku dalam ceramah anjuran bersama Asalkan Bukan UMNO (ABU) dan Hindraf hari ini mendakwa Ketua kumpulan yang melakukan serangan itu merupakan seorang anggota polis.

Menurut Penyelaras ABU, Badrul Hisham Shaharin, dakwaan itu ekoran tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis semasa kejadian itu berlaku, malah pihak polis juga dilihat berbual-bual dengan kumpulan penyerang terbabit meskipun telah dimaklumkan orang ramai.


"Beberapa orang telah mengenalpasti salah seorang daripada penceroboh itu yang masih berada di tempat kejadian dan telah memaklumkan kepada anggota polis mengenainya. Namun kemudian kelihatan anggota polis sedang bersembang dengan orang tersebut. Kami kemudian diberitahu yang beliau (penyerang) adalah seorang pegawai polis tidak berseragam,"katanya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata demikian ketika menyerahkan memorandum kepada
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam) berhubung kegagalan pihak polis bertindak secara profesional terhadap pihak yang menyerang dan menimbulkan kekacauan semasa program ABU pada Sabtu lalu.

Tegasnya, pihaknya kesal apabila pihak polis telah pun mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut tanpa melakukan sebarang siasatan ke atas penyerang-penyerang yang didakwa melakukan kekecohan di Dewan Orang Ramai MBSA, Jalan Kebun, Shah Alam.


"Apa yang kami persoalkan ialah tindakan pihak polis yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penyerang-penyerang yang masih berada di tempat kejadian. Sebaliknya pihak polis menyuruh kami yang menganjurkan program secara aman memberhentikan acara tersebut. Ini dengan jelas menandakan yang pihak polis tidak mampu mengawal keadaan dan menjaga keselamatan orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut,"ujar beliau.


Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pesuruhjaya Suhakam, Muhamad Sha’ani Abdullah di pejabat Suhakam tengah hari tadi. Aktivis lain yang juga turut hadir adalah Hindu Rights Action Force (Hindraf), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Parti Sosialis Malaysia.


ABU juga turut mendesak Suhakam untuk melaksanakan beberapa tuntutan, antaranya adalah :


1) Menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian ini dan umumkan laporan penyiasatan tersebut.


2) Memastikan penyerang-penyerang yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang.


3) Mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan menggunakan kekerasan dan intimidasi perkauman bagi menghalang hak orang awam berhimpun serta bersuara secara aman.


4) Menyiasat samada pihak polis ada bersubahat dengan penyerang-penyerang yang terlibat.


Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah yang diadakan di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.


Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.
~antarapos

Addin :

Inilah Malaysia tanah tumpah darahku..

TERKINI!!! Kes samseng Jalan Kebun, sudah enam orang ditahan polis

Polis menahan enam orang remaja untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

abu ceramah disturbed 220112 05
Mereka termasuk seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan pelajar orang yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur.

Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.


Menurutnya, mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan rusuhan.



Katanya, kesemua mereka - semuanya penduduk tempatan di situ - telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi ini.


Polis juga, katanya, sedang mengesan beberapa orang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebutf.

abu ceramah disturbed 220112 03
Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, ACP Zahedi menafikan dakwaan
pihak tertentu bahawa polis terlibat atau bersubahat dengan mereka yang tertentu dalam perjumpaan atau ceramah pada hari tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, pihak polis hanya mengetahui tentang kekecohan sesudahnya ianya berlaku dan bukan sebelumnya.


abu ceramah disturbed 220112 04
Beliau juga berkata, tidak berlaku kerosakan harta benda awam di dewan tersebut.

"Jadi berita-berita yang mengatakan ada gerai-gerai dirosakkan, itu tidak betul.


"Saya sebagai ketua polis beri saranan kepada bakal penganjur, pada masa depan, supaya memaklumkan kepada polis.


"Di samping itu, pihak penganjur perlu sedar dan prihatin kepada sensitiviti penduduk tempatan, tempat yang mereka hendak anjurkan (ceramah)," tambahnya.