Wednesday, January 25, 2012

TERKINI!!! Kes samseng Jalan Kebun, sudah enam orang ditahan polis

Polis menahan enam orang remaja untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

abu ceramah disturbed 220112 05
Mereka termasuk seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan pelajar orang yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur.

Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.


Menurutnya, mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan rusuhan.



Katanya, kesemua mereka - semuanya penduduk tempatan di situ - telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi ini.


Polis juga, katanya, sedang mengesan beberapa orang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebutf.

abu ceramah disturbed 220112 03
Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, ACP Zahedi menafikan dakwaan
pihak tertentu bahawa polis terlibat atau bersubahat dengan mereka yang tertentu dalam perjumpaan atau ceramah pada hari tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, pihak polis hanya mengetahui tentang kekecohan sesudahnya ianya berlaku dan bukan sebelumnya.


abu ceramah disturbed 220112 04
Beliau juga berkata, tidak berlaku kerosakan harta benda awam di dewan tersebut.

"Jadi berita-berita yang mengatakan ada gerai-gerai dirosakkan, itu tidak betul.


"Saya sebagai ketua polis beri saranan kepada bakal penganjur, pada masa depan, supaya memaklumkan kepada polis.


"Di samping itu, pihak penganjur perlu sedar dan prihatin kepada sensitiviti penduduk tempatan, tempat yang mereka hendak anjurkan (ceramah)," tambahnya.

4 comments:

  1. Padam muka, kena marah dengan SUHAKAM. membuat kenyataan prebet yang dah nak pencen.Satu SA tahu dengan ceramah ini.Polis bolih tak tahu.Buat ceramah dalam dewan BEB.bukan padang terbuka, ganggu masyarakat setempat.

    ReplyDelete
  2. tak paham? mcm mana boleh kata ganggu masyarakat setempat sedangkan ceramah tu baru je nak mula dah kena kacau??? agak2 la wey...ini bkn thn 80-an , sekarang tiap2 rumah atau individu bole dikatakan ada komputer / laptob dan akses internet. Kami tak rely on mainstream media saja laaaah. boring2 browse facebook, kami buka la blog2 isu semasa, politik. kami baca, kami bandingkan. Kalau kami nak bukti visual kami gi youtube, apa susah? hahhh..tak susah? susah kot....susah bagi POLIS nak kelentong kami! hahahahahahah

    ReplyDelete
  3. mamat bodoh ni nye pasal, org india pandang slek je kt aku masa g bengkel dia..

    ReplyDelete