Friday, March 9, 2012

BUKTI PENCACAI UMNO KAKI BODEK!!! SBPA diumum dikatakan langkah yang tepat, bila SBPA dibatalkan pun dikatakan satu langkah yang tepat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDxzt-samdqvjxwJskRgQOhdNpu4X0O9tovI7JhwKrxbLCm6hLFBo3B4B7YLncs5vwT0EJNOL6WCi2ocdDTJl6cndjJnO0DK43XZ5oWUcPf6xHQh5GmqNBqqeZApgYQA2xbb4UWWtg7m_h/s400/umno+cap+ayam.jpgAPABILA Najib umumkan tentang SBPA (Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) sebelum ini, maka seperti biasa pencacai-pencacai Umno begitu ligat menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju dengan langkah Najib. Najib lah PM paling hebat, bijak dan begitu peka dengan kakitangan awam. Langkah tepat, kata mereka.

Berbeza dengan pemimpin PR, mereka semua sudah terbau plan Najib kerana Presiden Umno ini tidak akan berbuat sesuatu yang kelihatan baik jika tidak ada `udang di sebalik batu'. Maka, pimpinan PR pun buat kajian dan akhirnya PR mengambil keputusan membantah SBPA selari juga dengan bantahan yang dibuat oleh Cuepacs.

DS Anwar di dalam mana-mana ceramahnya tidak lari dari menyebut bahawa SBPA yang dirancang oleh Najib itu amat tidak adil kepada kakitangan awam. Begitu juga pimpinan PR yang lain berterusan menyampaikan maklumat kepada rakyat terutamanya kepada kakitangan kerajaan tentang ketidakadilan dari skim yang lahir dari idea tidak bijak Najib itu. Maka, bantahan rakyat membuatkan Najib tidak senang duduk maka diminta tangguh dan kaji dahulu skim ini dalam tempoh 3 bulan.

Di dalam tempoh tersebut, bantahan rakyat bertambah kuat dan dari risikan hampir 80 % kakitangan awam sudah mula meluat dengan kerajaan yang mengadakan skim yang memperbodohkan kakitangan awam itu. Ini amat menakutkan Najib kerana rata-rata rakyat kini tidak sabar-sabar untuk mengundi di dalam PRU bagi mempercepatkan `kematian' Umno. Najib tiada pilihan lain, dengan wajah selamba tanpa sedikit pun rasa malu jauh sekali dari rasa bersalah, maka Najib lakukan `U-Turn'. Diumumkan bahawa SBPA dibatalkan dan kembali semula kepada SSM.

Apa pula komen pencacai-pencacai `burung belatuk' yang awal dulu menyokong SBPA kononnya sebagai langkah tepat? Sekali lagi pencacai-pencacai ini berbunyi dengan nada yang sama iaitu langkah Najib membatalkan SBPA itu adalah langkah tepat. Ertinya, ada SBPA pun langkah tepat, dibatalkan pun satu langkah tepat. Nampaknya budaya mengampu dan tukang angguk di dalam Umno tidak pernah kurang. Justeru itu, tidak pelik jika pemimpin mereka sapu apa pun kerana mereka pasti akan kata `satu langkah tepat'. Ternak lembu dalam kondo juga langkah tepat, sapu wang zakat langkah tepat dan beli cincin RM24 juta beserta beg tangan pun langkah tepat. Kesihan mereka.

Najib pun kata, pembatalan SBPA yang diumumkan oleh beliau itu bukan disebabkan oleh desakan Pembangkang. Lucu sekali. Jika bukan Pembangkang, siapa? Bukankah kesemua pemimpin Umno bersetuju dengan SBPA dengan menyatakan satu langkah tepat? Jadi, mengapa Najib batalkan pula? Najib tidak perlu malu mengalah dengan desakan PR. Telah banyak bukti menunjukkan Najib terpaksa batalkan plan-plan beliau akibat dari tekanan Pembangkang.

Itulah bertuahnya jika negara ini mempunyai Pembangkang yang kuat. Pemerintah tidak akan mampu melakukan sesuatu yang merugikan rakyat jika kita mempunyai Pembangkang yang mantap. Kerana kekuatan Pembangkang lah maka rakyat dapat menikmati RM100 bantuan sekolah, bantuan RM500 (BR1M) dan kini terbatalnya SBPA. Di masa Umno kuat tahun 2004, adakah rakyat merasa bantuan seperti itu? Pada ketika itu yang rakyat dapat adalah kenaikan harga minyak dan harga barang.

Oleh itu, tiada cara lain untuk membalas budi baik Najib melainkan meletakkan Najib dan Umno pula sebagai Pembangkang di Parlimen pada PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com

SAMAN BALAS!!! PKR saman Shahrizat, ada ruang dokumen kes NFC boleh dibawa ke mahkamah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYniWoSwClK9r9LYb-ngUi6KpSL7NK1J9X4Sr2L4kefZXKZVA3fb3BVQUN-X8lcpqFzPMmqiWtojexNgzN1zkxUhx5G78HOngd5bbjnZ6ReaNdBhyphenhyphenfU5TnHbQbl5aGusc8udljwXIlI9Fb/s640/Shahrizat-nfc-jomrileks.gifKEADILAN mengemukakan saman balas terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung penyelewengan dana awam berjumlah RM250 juta dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Saman difailkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.


“Demi kepentingan nasional dan setelah berbincang dengan peguam-peguam, saya mengambil keputusan untuk mengemukakan saman balas kepada Datuk Seri Shahrizat atas kata-kata berbaur fitnah yang diucapkan di dalam ucapan pembukaan beliau pada Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 30 November tahun lalu.

“Saman balas ini memberi ruang kepada saya untuk memastikan bahawa kes NFC ini akan terus dibawa ke mahkamah dan dokumen-dokumen penting dapat dikemukakan di mahkamah bagi pengetahuan umum,” kata Rafizi pada sidang media di Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya hari ini

Rafizi berkata, tindakan saman balas itu diambil kerana khuatir Shahrizat akan menarik balik saman tersebut.

“Saya khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen-dokumen penting dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diheret ke mahkamah memberi keterangan,” katanya.

Sebelum ini, Shahrizat memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Rafizi dan Zuraida berhubung isu yang sama.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau dan Zuraida sudahpun memfailkan pembelaan berhubung saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Kertas pembelaan itu turut dihantar ke peguam Shafee&Co yang mewakili Shahrizat.

Pada sidang media Rabu lalu, Zuraida berkata Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar dicadangkan sebagai antara saksi penting dalam kes saman itu.

Ini kerana katanya, Najib ialah individu yang meluluskan projek itu yang diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi, manakala Muhyiddin ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa projek berkaitan Lembu itu diluluskan.

Sementera Noh Omar ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini di mana beliau turut didakwa memberi kenyataan mengelirukan berhubung skandal itu.

JANJI BELASAH DUIT RAKYAT!!! Projek RM 22 Juta Kementerian Noh Omar dibina tanpa prosedur , tak ikut undang-undang di Selangor

Gara-gara obses dengan projek pembangunan yang menjanjikan pulangan lumayan untuk parti, kroni dan diri, undang-undang tidak lagi menjadi persoalan bagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Projek yang sepatutnya melalui prosedur dan kelulusan pihak tertentu sebelum kerja pembinaan dimulakan juga dipandang sebelah mata sekaligus menjadikan kemudahan yang dibina bakal menjadi satu lagi projek gajah putih BN.


Terbaru, projek pembinaan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Bagan Pasir Penambang yang hampir 90 peratus siap juga tidak mendapat kelulusan mana-mana pihak termasuk kelulusan kerajaan negeri.


Menurut Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri hari ini, projek yang menelan kos lebih RM22 juta itu juga tidak memiliki pelan yang diluluskan oleh pihak Majlis Daerah.

“Sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan mestilah kemukakan Permohonan Kebenaran Merancang dari pihak kerajaan tempatan dan pihak berkaitan dengan mengemukakan Pelan Pendirian Bangunan dan Pelan Susunatur.

“Contohnya kelulusan Jabatan Alam sekitar, Jabatan Penilaian, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pembangunan, Indah Water, TNB, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancangan Pembangunan dan kesemuanya lebih kurang ada 19 pihak perlu meneliti sesuatu projek.

“Oleh kerana ia melibatkan pembinaan jeti, projek ini juga mesti dapatkan komen dan kelulusan dari jabatan maritim atau pun marin.

“Komen-komen dari jabatan-jabatan atau agensi yang saya sebutkan ini amat penting sebab ia melibatkan struktur bangunan itu sendiri supaya tidak timbul isu keselamatan atau bangunan runtuh apabila diduduki nanti.

“Jadi bila dah tak ada kelulusan pelan pembinaan, macamana pihak MDKS nak bagi sijil menduduki (CF) bila siap nanti sebab dah tentu mereka tahu tiada jaminan jeti itu selamat digunakan.

“Saya pasti Jeti itu nanti akan jadi satu lagi projek gajah putih BN sebab tak boleh dapat CF.

“Ini memang jelas, kalau tanya pada pihak majlis pun, mereka akan ‘confirm’ tiada kelulusan” ujar Yahya.

Sebagai indikasi tentang keraguan status projek itu, papan tanda di tapaknya tidak mempunyai nombor rujukan dan tarikh kelulusan seperti yang lazimnya terpapar pada mana-mana tapak pembinaan.

Juga meragukan, papan tanda itu tidak mencatatkan tarikh pembinaan projek tersebut.

Tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan peruntukan RM22 juta terhadap projek yang tidak mendapat kelulusan RM22 juta juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Kenapa Menteri Pertanian, tergesa-gesa mengeluarkan peruntukan yang besar tanpa mahu berbincang dengan kerajaan negeri dan menunggu pemeriksaan pihak berkuasa tempatan untuk dapatkan kelulusan?

“Adakah semata-mata mahukan projek ini jalan supaya dapat habuan untuk kroni, parti dan diri sendiri sahaja, maklumlah sekarang dah dekat pilihan raya dah ni.

“Sekiranya projek ini beri manfaat kepada rakyat Selangor dan mematuhi undang-undang saya pasti pihak kerajaan negeri tentunya tidak akan menghalang,” katanya lagi.

Selain itu Yahya turut mempersoalkan infrastruktur yang belum dibina meskipun proses pembinaan bangunan tersebut telah mencapai lebih 80 peratus.

Menurut beliau lagi, keadaan ini berlaku disebabkan ketiadaan pelan perancangan yang diluluskan.

Yahya turut menggesa pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) segera campur tangan dalam isu yang melibatkan kepentingan awam ini.

http://penyapusial.blogspot.com/2012/03/jeti-lkim-tanjung-karang-rupanya-projek.html

TULISAN FITNAH!!! Dipadam kerana Dr. Mashitah dah insaf atau takut disaman

"Tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan bertarikh 2 Mac 2012 di akhbar Sinar Harian telah dipadam. Tulisan yang mengutuk serta memfitnah peminpin PR termasuk Datuk Haji Hadi tidak lagi kelihatan di akhbar tersebut. Mungkin dia telah insaf. Semalam kali terakhir ia dilihat masih terdapat di ruang kolumnis, tetapi hari ini dibuang. Kini hanya tinggal tulisan sebelumnya Dana Yahudi untuk pilihan raya? bertarikh 24 Februari 2012.

Hilangnya tulisan tersebut, ia memberi menggambar bahawa;
Sememang Dr Mashitah mengakui tulisan bersumberkan 'tepi longkang' itu sememang fitnah dan tak terpakai. Dia mengakui ketelanjurannya.
Mungkin juga ia diarahkan oleh pihak UMNO sendiri kerana tulisan dengan fitnah keterlaluan boleh memudharatkan UMNO sendiri, lantas ia terpaksa dibuang.

Atau sememangnya pihak Sinar harian sendiri merasakan buruknya tulisan tersebut dan ia terpaksa dipadam.

Jadinya kalau Mashitah begitu sayangkan UMNO, ingin menulis untuk menangkan UMNO jangan menjadi seperti blogger pencacai, sesedap rasa ingin menulis. Ini kerana dia seorang Ustazah bertaraf Menteri, yang tulisannya dipakai puak-puak pokai ilmu!! ~siasahkini

SIASAT SEMULA!!! Kes altantuya 'banyak perkara yang tidak kena'

KUALA LUMPUR 9 Mac: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana “banyak perkara yang tidak kena” dalam kes itu.

Selain itu katanya, berlaku “penyembunyian bukti material dan juga manipulasi” dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat.


Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.


Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti.

“Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang).
“Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti.

“Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.

“Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG,” katanya lagi.

Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan “bukti palsu” yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda.

Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28063

KANTOI!! Ada bukti dokumen Najib guna duit rakyat biayai majlis pertunangan anaknya

KEADILAN hari ini mendakwa bahawa kos majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan seorang pemuda warga Kazakhstan pada tahun lalu telah dibiaya oleh Pejabat Perdana Menteri. Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli mendedahkan dokumen tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri La yang mengendalikan majlis pertunangan tersebut di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya mencatatkan jumlah sebanyak RM409,767.

"Sejurus selepas majlis itu pimpinan KEADILAN mempersoalkan perbelanjaan tersebut sehinggalah ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Dr. Tan Kee Kwong tampil menyebut bahawa ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

"Apa yang saya kemukakan ini adalah bukti jelas terhadap dakwaan iaitu ia dibiayai dari Pejabat Perdana Menteri," kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini.


Menurutnya lagi, perbelanjaan sebanyak RM409,767 itu meliputi kos jamuan VIP seramai 39 orang dengan kos RM18,792, kos jamuan tetamu seramai 862 orang kos RM309,975 serta kos pengendalian sebanyak RM81,000.


"Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka.


"Tetapi kenapa tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu mirip santapan diraja termasuk daging panggang Australia yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa," kata beliau lagi.


Menurut Rafizi, beliau telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.


"Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAN berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh perdana menteri termasuk barisan kabinet yang lain.


"Kita juga akan berbincang dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang akan bermula minggu depan," sambung beliau lagi.


Pada sidang media itu, Rafizi turut mendedahkan dokumen 'Banquet Event Order' dari sebuah hotel di Kuala Lumpur yang menunjukkan semua urusan dilakukan dari Pejabat Perdana Menteri.


Bukti dokumen pembayaran majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang dibayar oleh Jabatan Perdana Menteri.Agensi berita Bernama tahun lalu melaporkan tentang majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa dengan seorang pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Dokumen tersebut menamakan setiausaha sulit kepada Perdana Menteri, Mohd Po'ad Jelani sebagai individu yang perlu dihubungi bagi urusan majlis tersebut.


Dokumen tersebut turut mencatatkan makluman dari pihak Hotel Shangri La tentang surat persetujuan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh 15 Jun 2011. ~
keadilankini

PRU 13!!! Pakatan umum pendirian bubar DUN 13 Mac


MELAKA - Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan membuat satu ketetapan pada Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.


Petanda pilihan raya umum akan datang "sudah dekat" berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelarasan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam hari ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri penutupan Forum Ketua Menteri dan Gabenor Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Thailand-Malaysia (IMT-GT) di sebuah hotel di sini, hari ini.


"Ini adalah satu petanda pilihan raya (umum ke-13) sudah dekat, kemungkinan selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 12 April depan atau mungkin pada bulan Mei depan," katanya.


Sambil mengesahkan bahawa beliau akan terus bertanding di Pulau Pinang, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP akan terus bekerja keras mempertahan semua kerusi yang telah dimenangi.


Pada 17 November tahun lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun Kerajaan
Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

PR yang dianggotai PKR-DAP-PAS memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 2008. Bernama