Wednesday, March 14, 2012

PEGAWAI PELAJARAN TERLAMPAU!!! Aksi penjilatnya memalukan Jabatan Pelajaran



Ingat lagi surat yang diedarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang ditandatangani oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tawau dengan tujuan untuk menyenaraikan kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan tiga kategori iaitu ‘Putih’, ‘Kelabu’ dan juga ‘Hitam’?

Rupa-rupanya ianya dikeluarkan untuk tujuan menjilat pemimpin BN saja.. tak ada kena mengena dengan Kementerian Pelajaran..

Menjilat dan membodek bagi membuktikan kesetiaan Pegawai tersebut kepada Barisan Nasional yang tidak berbelah bagi.

Ini kerana menurut Pegawai yang menandatanganinya iaitu Darman Shah (gambar atas), arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah..

Alasannya lagi bila dah kantoi “ Ia adalah satu kesilapan dan surat tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.

“Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik” katanya..

Hmmm… alasan biasa macam yang pemimpin UMNO gunakan bila dah kantoi.. salahkan apa saja yang ada disekelilingnya…

Ini surat itu.. yang dipertikaikan ketulenannya oleh seorang pencacai UMNO (tengok kat SINI siapa dia)ASD

Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas..





Dari Malaysiakini

PRU 13!!! UMNO dah tidak yakin pertahan Johor

JOHOR BAHRU – Gara-gara kedatangan dan ucapan yang dikeluarkan oleh dua pemimpin tertinggi negara ke negeri Johor dalam jarak yang singkat nyata membayangkan tahap kegusaran pimpinan UMNO negeri ini yang berada dalam kebimbangan yang amat sangat.

Terbaru, dalam kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ketika mengadakan lawatannya jumaat lepas telah mencetuskan keraguan apabila ungkapan ‘rasa’ terpacul daripada mulut pemimpin nombor wahid itu.


Hal ini menunjukkan tahap keyakinan untuk mengembalikan zaman kegemilangan BN suatu masa dahulu kini berada pada aras yang paling rendah maka tidakpun ia mungkin boleh dimuziumkan dalam jangka waktu terdekat ini.



”Alhamdulillah jelas rakyat Johor ceria dan rasa-rasanya masih lagi sebuah negeri yang terasnya BN.

”Saya boleh rasa seperti mana yang telah saya beritahu Menteri Besar, mesti bekerja keras dengan semua kelompok rakyat Johor dan seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat,” katanya lagi yang dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, dalam laporan Ibn bacoks sebelum ini menyebut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri ke Parlimen Simpang Renggam dipercayai dibuat bagi menyaingi asakan pembangkang yang berkubu di situ pada program Jom Ubah.
Bagaimanapun, ucapan Muhyiddin kepada orang ramai di Machap itu belum cukup untuk menyakinkan rakyat kerana masalah lalat yang menghantui penduduk di situ belum menunjukkan tanda-tanda penyelesaiannya.

Dalam pada itu, apabila Puteri UMNO bahagian terbabit yang turut melancarkan program Projek Puteri Prihatin Klinik Bergerak bagi mengesan dan membantu golongan pesakit kronik kawasan tersebut telah menguatkan lagi dakwaan bahawa keyakinan untuk mengekalkan prestasi sebagai deposit tetap BN bakal berkubur dalam PRU 13 nanti.

Malah, Datuk Razali Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini dengan menyeru jentera parti mereka tidak hanya bersandarkan kepada sokongan rakyat semata-mata.

Hal ini, kerana tsunami politik yang berlaku pada PRU 12 yang lalu mengubah landskap BN untuk berdepan dengan PRU 13 berikutan ia pasti tidak menjanjikan kemenangan mudah buat sebuah parti ‘veteran’ sedemikian.

TOLAK ISA SAMAD!!! Dari Timbalan Pengarah kepada 'Tukang Gunting'

http://dppwp.files.wordpress.com/2011/12/isa-felda.jpgSetiausaha Koperasi Permodalan Felda (KPF) Abidin Abdul Rahman dilaporkan telah ‘disingkirkan’ ke Jabatan Perdana Menteri kerana didakwa membantah pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi koperasi itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Abidin yang juga adalah Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, kata Mahfuz, hanya diberikan tugas menggunting keratan akhbar untuk perpustakaan di jabatan itu sejak 1 Mac lalu.

Menurut beliau, Abidin terpaksa menanggung akibatnya apabila menyuarakan kebimbangan ahli pada Disember lalu berhubung cadangan melantik Isa, yang merupakan pengerusi Felda untuk memimpin KPF. Langkah itu dianggap melanggar peraturan koperasi.

Mahfuz berkata Abidin memaklumkan bahawa beliau hanya akan menerima pelantikan Isa sebagai pengerusi KPF jika bekas menteri besar Negeri Sembilan itu adalah seorang ahli koperasi.

"Dan untuk menjadi ahli, Isa mestilah sama ada seorang peneroka Felda atau kakitangan operasinya," kata Mahfuz kepada Malaysiakini semalam.

Mahfuz juga mendakwa bahawa pada asalnya lembaga pengarah Felda mencadangkan supaya Abidin dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi oleh kerana Felda adalah sebuah badan berkanun manakala JPA adalah entiti kerajaan, maka, ia tidak menjadi kenyataan.

Beliau ke Jabatan Perdana Menteri, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Ini tindakan memalukan (oleh kerajaan) untuk mengaibkan pegawai kerajaan," kata Mahfuz.

Sebelum ini, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab pula terpaksa mengambil cuti belajar selama sembilan bulan kerana membantah pelantikan Isa.

Adalah difahamkan juga kedua-dua pegawai kanan Felda itu juga membantah cadangan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.


Malaysiakini

GERAKAN SINGKIR KU LI!!! Bergerak dalam UMNO Gua Musang, adakah Najib di belakangnya?


Tidak sukar untuk menelah pergolakan dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Umno-APCO tidak kira di peringkat mana sekalipun kerana mereka semua telah sebulat suara mempersetujui satu perkara.

Wang. Duit. Money.


Dalam kes bekas Menteri Kewangan, Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali dengan Ku Li, Umno-APCO bahagian telah mendapat arahan supaya Ku Li mesti disingkirkan walaupun tidak jelas arahan tersebut datangnya dari siapa di ibu pejabat.


Tetapi sumber terbaru mengatakan bahawa Najib sendiri yang mengarahkan supaya Ku Li disingkirkan sebagi langkah keselamatan sekiranya pemilihan Umno-APCO terpaksa dilakukan November nanti.


Najib tidak melihat Muhyiddin Yassin sebagai ancaman tetapi lebih melihat Ku Li yang menggerakkan AMANAH lebih berupaya mengancam kedudukannya selaku Perdana Menteri.


Justeru, tidak hairanlah mengapa Ku Li semakin lama semakin garang dalam diam mampu menggegar kedudukan Najib kerana Ku Li disokong oleh pemimpin lama dan mempunyai akar umbi yang kuat terutamanya di Kelantan.


Pun begitu, Mustapa Mohamed selaku bos Umno-APCO negeri juga mengharapkan Ku Li ditendang bagi membolehkan orang-orangnya menguasai Gua Musang kerana selama ini Ku Li kuat mempertahankan legasinya selain berupaya menggegar seperti yang dibuktikan pada pilihanraya kecil DUN Galas dua tahun lalu.


Pertembungan yang semakin menarik ini pasti akan melemahkan lagi kedudukan Umno-APCO di Kelantan yang sudah semakin tidak bermaya!


JALAN PULANG


Gerakan pinggir Ku Li di Gua Musang


Legasi Umno Gua Musang di bawah Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) yang kini melewati 43 tahun mungkin tidak mampu bertahan lagi ekoran muncul suara-suara sumbang di bahagian berkenaan kebelakangan ini.


Malah sekarang muncul pihak yang menggelarkan mereka sebagai Kumpulan 16 secara terang-terangan mengharapkan anggota parlimen terbabit berundur.


Anggota Jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus tampil mendedahkan perkara itu berkata, sudah sampai masanya Ku Li berundur dan tidak lagi mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.


“Pembangunan Gua Musang bukan lagi hasil usaha Ku Li, tetapi sejak PAS mentadbir Kelantan sehingga kini melewati tahun ke-22 pembangunannya saya lihat lebih pesat.


“Saya tidak nampak lagi apa peranan ahli Parlimen Gua Musang sekarang. Bantuan kerajaan pun lebih banyak disalur agensi-agensi kerajaan pusat seperti Kesedar,” katanya ketika ditemui sini.


Baru-baru ini media tempatan melaporkan Tengku Razaleigh tetap mahu mempertahan kerusi parlimen Gua Musang biar pun tidak dicalonkan Umno.


Hasrat Ku Li itu turut mendapat sokongan Adun Galas, Abdul Aziz Yusof yang juga Setiausaha Umno Gua Musang.


Abdul Wahab yang mendakwa mengetuai ketua-ketua cawangan Umno Gua Musang berkata, Ku Li akan berdepan kesukaran lagi mempertahan parlimen tersebut kerana popularitinya semakin menurun.


Sebelum ini Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin pernah dilapor mahu mencabar kedudukan Ku Li pada pemilihan Umno akan datang.


Difahamkan Bazlan juga mendapat sokongan Ketua Wanita Umno Bahagian, Senator Hazani Mohd Noor dan dikatakan bergabung pula dengan bekas Adun Galas, Saupi Deraman.

KISAH BENAR!!!! Polis pengecut dengan Samseng Taik Minyak UMNO

SHAH ALAM, 14 MAC: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim kesal dengan tindakan pihak polis yang masih gagal mengambil tindakan terhadap samseng Umno yang didalangi pemimpin Umno Tanjung Karang memukul beliau dua tahun lalu.

Dua tahun lalu Ng mendakwa dipukul kira-kira 30 hingga 50 ahli dan pemimpin Umno Tanjung Karang yang didalangi Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Shafiee Asmawi.

Menurut Suee Lim, sepatutnya kes tersebut dapat diselesaikan dengan cepat kerana pihak polis turut dibekalkan bukti bergambar dan nama-nama mereka yang terlibat dalam keganasan tersebut.

“Dah dua tahun saya buat laporan kes itu tetapi sampai sekarang pihak polis masih tak dapat selesaikannya.

“Sedangkan gambar berserta nama-nama orang terlibat ada diserahkan sama dan orang-orang itu juga mudah ditemui.

“Terutama Setiausaha Politik Datuk Seri Noh Omar, Datuk Shafiie Asmawi memang jelas dia turut bersama ahli-ahli Umno yang memukul saya,” beritahu beliau.

Suee Lim turut memberitahu pada peringkat awal siasatan, pihak polis ada memanggil beberapa orang yang terlibat dalam kejadian tersebut tetapi tidak diendahkan oleh pihak terbabit.

“Tak lama lepas kejadian, pihak polis ada panggil beberapa orang yang terlibat untuk kawad cam, tetapi tak ada yang datang.

“Ini menggambarkan mereka ini memang tak hormati undang-undang dan berani engkar arahan pihak berkuasa.

“Sepatutnya pihak polis boleh dapatkan waren atau sebagainya mengikut saluran undang-undang untuk memanggil mereka datang ke balai untuk kawad cam.

“Tetapi ini tidak berlaku seolah-olah polis pun takut nak bertindak terhadap samseng-samseng Noh Omar ini.

“Saya harap polis dapat jalankan tugas mereka dengan lebih profesional tanpa memilih bulu atau tunduk kepada tekanan politik,” katanya lagi.

Suee Lim turut menafikan dakwaan Noh Omar bahawa kedatangan beliau ke Kampung Sawah Sempadan pada 4 November 2010 bertujuan untuk membuat demontrasi di kampung itu.

Sebaliknya menurut beliau kedatangan beliau ke kawasan terbabit atas undangan beberapa penduduk untuk minum pagi sambil berbincang tentang harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi yang dihadapi oleh pesawah di kawasan terbabit.

“Tak masuk akal saya datang cuma tiga, empat orang termasuk pemandu nak buat demontrasi, itu cuma alasan dia sahaja nak letakkan kepada kesalahan orang lain.

“Sebenarnya penduduk yang pelawa saya bersarapan di sana sambil berbual tentang masalah harga padi rendah dan potongan basah terlalu tinggi yang dihadapi pesawah di kampung itu,” kata beliau lagi.

Dalam kejadian terbabit Suee Lim telah dipukul dan ditendang oleh sekumpulan kira-kira 30 hingga 50 lelaki di bahagian perut, kepala dan tangan berhampiran kunci air di Kampung Sawah Sempadan.

Selain itu, dua pembantunya turut mengalami kecederaan ringan dan kereta milik pengiringnya juga kemik di bahagian pintu belakang.
-selangorku-

SIAPA YANG GAGAL?!!! UMNO perintah 54 tahun tak boleh nak buat , PR perintah 4 tahun dah boleh buat

Oleh : PUTERI BULAN

Amboi...Tok Bashah...dok jaga tepi kain orang...tepi kain sendiri koyak rabak tak pulak teringin nak jaga.
Janganlah pandai dan memandai nak pertikai masalah orang lain...nak ganggu rumahtangga orang...rumahtangga sendiri lintang pukang..

Apa bersabit masalah kerajaan negeri..masalah yang diibaratkan oleh MB Kedah Ustaz Azizan ' ribut dalam cawan' dah selesai dan kedua-dua mereka telah menerima semula perlantikan sebagai exco....perkenan Sultan lagi....


Itulah kelebihan dalam PAS, terjadi pergolakan, perselisihan..kita rujuk kepada lebih atas...tak ada langsung nak cantas mencantas..bukan macam budaya UMNO haprak yang sanggup ' kawan makan kawan' janji tembolok sendiri kenyang..penuh dan padat.


Jawatankuasa Pemandu tu wujud sejak 1990 lagi..MB kedah sendiri menganggotainya...bila ada krisis..besar ke kecik kena ada orang tengah untuk buat penyelesaian...barulah kedua-dua yang berkrisis dapat disatukan semula...macam dimahkamah...bila bicara...kita guna peguam...macam tulah Tok Bashah oiiii...takkan hang tak faham..!

Tidak timbul masalah Pas Kedah gagal tadbir negeri...negeri Kedah terus berkembang maju mengikut perancangan...nak Puteri ulas...tentulah banyak..tapi mungkin Tok Bashah saja-saja buat tak nampak atau Tok Bashah saja buat-buat tak tau..!


Berapa banyak benda yang kerajaan PR kedah buat yang kerajaan UMNO haprak dulu tak buat.


1. Bantuan kafalah RM500

2. Penurunan cukai tanah hingga ke 75%
3. Bantuan sekolah agama rakyat dan sekolah-sekolah cina
4. Peruntukan untuk kaum bukan melayu untuk aktiviti kebudayaan mereka
5. Pengurangan elaun lembaga pengarah GLC dari RM7 juta setahun ke RM2 juta setahun
6. GLC menyumbang sehingga RM100 juta kepada kerajaan negeri
7. Bantuan kepada pelajar IPT dari RM200 hingga RM400
8. KENAIKAN HASIL BALAK DARI RM8 JUTA SETAHUN PADA TAHUN 2007 SEHINGGA
RM80 SETAHUN PADA TAHUN 2011.
9. Peningkatan pelaburan di KHTP dari purata RM1.6 billion setahun ( masa zaman UMNO ) hingga
RM2.57 billion setahun dan peningkatan sehingga RM6 billion pada penghujung tahun 2011.
10. Ladang rakyat....hasil produk pertanian orang kampung dikormesialkan..

DAN BANYAK LAGI YANG PUTERI TAK LAAAARATTTTT NAK TULIS...



Gagal lagi ke..Tok Bashah..kalau yang hampa tak boleh buat dulu...kami boleh buat...
PLAZA TUNKU YAKKOB YANG TERBENGKALAI TU PUN KAMI BOLEH LAKSANAKAN..

Gagal tu dipihak UMNO haprak...kerana gagal nak perbodoh rakyat...lagi banyak mereka cuba reka cerita dongeng..makin banyak kesilapan mereka dibongkar...cyber trooper dan blogger UMNO pun asyik dok bawa cerita basi...cerita yang direka-reka tanpa fakta tapi penuh auta...kenapa tak belek kain sendiri..yang bukan saja koyak rabak malah dah berlemuih dengan taik kucing, taik lembu, taik itik dan macam-macam taik lagi...

Masalah kemiskinan yang sering dimainkan oleh pemimpin UMNO sehingga kini tak dapat diselesaikan. Rakyat terus dibelengu kemiskinan tetapi pemimpin UMNO sibuk menambah harta..belanja anak bertunang saja mencecah RM500 ribu...sedangkan rakyat marhein berhempas pulas...bekerja siang malam mencari rezeki untuk keluarga...tetapi masih dibelenggu dengan kos sara hidup yang semakin meruncing. Wang negara berlegar untuk pemimpin atasan...


Masalah sosial semakin parah..pembuangan bayi...seks bebas, aid, dadah, minuman keras, sumbang mahram, jenayah...dll..apa tindakan UMNO sebagai pemerintah...ternyata kegagalan sistem pendidikan yang tidak meletakkan "Rubbubiyah" tidak akan membawa kemana-mana. Hasilnya...perolehi genarasi cerdik tapi melawan Islam, rasuah, penzina, pemabuk dan sebagainya...ini sebagai kegagalan
BESAR UMNO dalam pentadbiran...GAGAL MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BOLEH DIJADIKAN PEMIMPIN YANG BERKALIBER PADA MASA HADAPAN.




Tapi UMNO hanya menuding jari pada ibu bapa dan guru-guru..lebih ghairah membina bangunan-bangunan kerana kat situ mereka boleh cari makan...

Tanya saja ketua penerangan UMNO negeri...yang popular dengan gelaran ulama tapi apa dah jadi dengan duit zakat...tanya saja bekas MB kedah dulu...macam-macam dok dengaq..tak mau Puteri tulis kat sini...apa jadi hubungan Tok Bashah dengan Mee Din...kenapa Tok Najib tak respect ketua perhubungan UMNO negeri tetapi lebih cenderung kepada orang lain..Tok Bashah dah tak dihati Tok Najib agaknya...pergolakkan dalam UMNO lagi hebat....kenapa Kak Jat letak jawatan..( bukan letak jawatan...dah sampai tempoh..heheheh)..kenapa Kak Fidah suruh bebenor kak Jat letak jawatan ketua wanita UMNO...


Dalam PAS kalau krisis pun cuma berlainan pendapat...tak wujud berebut jawatan atau berebut projek..kalau dalam UMNO....jawatan untuk projek..( tentu Tok Bashah. angguk dengan tulisan Puteri ni )...tak ada jawatan..susah nak naik..susah nak jadi calon..susah nak dapat projek..pendekata...atau panjang kata..susah kesemuanyalah..


Cuma Puteri nak Tok Bashah tolong senaraikan apa yang kerajaan PR Kedah tak tunaikan janji lagi...mana tau..kut-kut Tok Bashah ke ada kelebihan..kashaf...orang lain tak nampak..dia nampak...boleh tolong bagitau...barulah betul sebagai pembangkang kat kedah ni....tolong pebetui mana-mana tak betui..bukan tolong keronyeh mana-mana yang betui...


Tok Bashah...kalau nak tau apa peranan Jawatankuasa Pemandu tu...mai la mengadap MB Kedah...jangan dok teropong kut jalan je...


Puteri : teruja dengan jawapan MB kedah kelmarin.

"Tara UMNO perintah 52 tahun pun semua manifesto tak dapat dilaksanakan...inikan pula kerajaan pakatan rakyat yang baru perintah 4 tahun...nak suruh laksana semua...."



Puteri ketawa tanpa suara jelah...baca statement tu.....heheheh..betul jugakkan....umur 52 tahun pun tak boleh khatam Quran lagi...inikan budak umuq 4 tahun....

Kedah La

NI APA HAL!!! Umur 60 tahun pun boleh diterima jadi polis dan askar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6SsUVnXZKF0J1yEHEJLLNZhLe6fOBZtrfZXIT-rurKOfdZKO7LDe0gLTXtEliHr7YEF976YDfgyVpR2vEyy1vuWMhNykjph9rbRWE3K-lD8SyZBnP2p-tVrDjaw3JUj4Yk4GIJyuv4cM/s1600/spr+love+umno.jpgAhli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini mendakwa seramai 3,959 pengundi di seluruh negara telah ditukar status menjadi pengundi tentera atau polis.

Fuziah berkata perkara itu tidak masuk akal kerana pengundi berkenaan berusia lebih 30 tahun.


"Had umur untuk menyertai tentera dan polis ialah 30 tahun. Tetapi ada di antara pengundi yang ditukar status ini berusia sehingga 60 tahun," dakwanya.


Bercakap kepada media di lobi parlimen, Fuziah juga mendakwa nama pengundi berkenaan telah dikeluarkan daripada daftar pengundi induk untuk suku ketiga tahun lalu tetapi muncul semua dalam senarai pengundi pos dalam suku tahun seterusnya.

BUKTI DAH ADA!!! Teruk punya Menteri, nak bukti apa lagi?

Malaysiakini telah mendapat maklumat bahawa bukti mengenai skandal 'Copgate' yang diminta oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memulakan siasatan terhadapnya, 'sudahpun ada'.

Sebahagian daripada maklumat ini adalah dalam bentuk surat bertarikh 12 September 2007, yang dihantar kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom oleh peguam bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff.

Surat itu menyebutkan tindakan Pejabat Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu yang membawa kepada terdedahnya identiti pemberi maklumat polis yang telah membantu penangkapan penjenayah Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku Goh.

NONEHishammuddin (kanan dalam gambar), dalam reaksinya kepada
laporan Malaysiakini pada hari Ahad, telah meminta bukti-bukti berhubung dakwaan wujudnya pakatan di kalangan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan sri Musa Hassan; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tengku Goh untuk menutup satu siasatan mengenai rasuah.

Laporan itu menyatakan bagaimana pemberi maklumat - yang maklumatnya membawa kepada penangkapan Tengku Goh pada tahun 2007 - telah dipaksa untuk membabitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Reaksi Menteri Dalam Negeri pada hari Isnin lalu ialah: "Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan."

Surat dari peguam Ramli kepada Johari - timbalan menteri dalam negeri ketika itu - menyatakan bahawa berikutan penangkapan Tengku Goh dan diletakkan di bawah "kediaman terhad" di Jeli, Kelantan, pada 8 Ogos 2007, maklumat telah dibocorkan kepada beberapa organisasi media, yang melaporkan bahawa BPR sedang menyiasat dakwaan salahguna kuasa dalam "penyiasatan, penangkapan, penahanan dan pengeluaran perintah kediaman terhad" terhadap Tengku Goh.

Laporan berita itu juga mendakwa bahawa Tengku Goh telah dibersihkan.

NONEBerikutan laporan media itu, satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Peguam Negara seminggu kemudian pada 15 ogos 2007 - di mana yang hadir termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (paling kiri), bekas Timbalan Ketua Polis negara, Datuk Mohd Najib Abdul Aziz , bekas ketua pendakwaan Mohd Yusof Zainal Abiden dan Ramli.

Siasatan yang membawa kepada penangkapan Tengku Goh telah dibincangkan dalam mesyuarat itu dan telah ditegaskan bahawa identiti pemberi maklumat yang membantu dalam penangkapan tersebut, mesti dirahsiakan.

Ramli berhujah bahawa identiti pemberi maklumat polis tidak perlu didedahkan kerana ia akan melanggar Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

Apa yang berlaku seterusnya ialah Ramli menerima arahan dari BPR bertarikh 20 Ogos 2007 mengkehendakinya menyerahkan fail kes asal, bersama-sama dengan kenyataan pemberi maklumat dan identiti mereka.Malaysiakini

BELASAH DUIT RAKYAT!!! RM79,053 untuk sambut hari jadi Najib, sambut hari jadi Ro$mah berapa banyak pula?



PKR sekali lagi mendakwa bahawa dana pembayar cukai telah digunakan untuk urusan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kali ini membabitkan RM79,053 untuk sambutan hari jadi beliau.


Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri-La kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).


Menurut dokumen itu, majlis tersebut diadakan untuk 100 orang pada 24 Julai tahun lepas di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.


Di majlis itu, kata Rafizi, 47 hidangan antarabangsa disajikan, termasuk daging panggang yang diimport dari New Zealand, hidangan Jepun dan masakan Barat.


Rafizi memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini.