Thursday, March 15, 2012

BELANJA BESAR!!! Bab pelingkup duit rakyat bagi kepada Ro$mah dan Najib



KUALA LUMPUR, 15 Mac: Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh berbelanja besar untuk pertunangan anaknya, tentu dia sanggup berbelanja sebanyak mana pun untuk mempertahankan kuasanya, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"(Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri) Abdul Kadir (Sheikh Fadzir) yang mendedahkan Barisan Nasional (BN) membeli undi sejak 40 tahun lalu mendakwa amalan itu tidak akan dilakukan oleh kepimpinan Najib sekarang.

"Mengharapkan Najib tidak membeli undi dalam pilihan raya sama seperti mengharapkan keluarga (Tan Sri) Lim Goh Tong menutup dan meruntuhkan pusat perjudian milik mereka di Genting Highlands. Ia tidak akan berlaku," katanya.

Mohamad berkata, etika apa yang boleh diharapkan dari orang yang dilaporkan berbelanja sebesar RM409,767 hanya untuk pertunangan anaknya.

"Sekarang pejabat Perdana Menteri mendakwa kononnya jumlah mewah yang menyindir kesusahan dan penderitaan rakyat itu dibayar oleh Najib sendiri dan bukan oleh pejabat Perdana Menteri.

"Saya bersetuju bahawa sukar hendak dinafikan pandangan yang menyatakan semuanya boleh dipinda dan diubahsuai untuk menunjukkan kononnya Najib sendiri yang membayar jumlah itu, begitu juga dengan perbelanjaan kira-kira RM80,000 untuk menyambut hari jadinya.

"Saya bersetuju bahawa semuanya boleh dipinda untuk mendakwa bahawa bukan pejabat Perdana Menteri yang membayar semua itu dengan duit rakyat," kata beliau.

Bagaimanapun, jika Najib berbelanja sendiri sebanyak itu, kata Mohamad, ia menimbulkan persoalan yang lebih besar lagi.

"Najib khabarnya ada lima anak, jika seorang anak dia berbelanja kira-kira setengah juta untuk pertunangan seorang anak sahaja, lima anak bermakna hampir RM2.5 juta. Tentu anak lain mahu layanan yang sama di hari pertunangan mereka.

"Itu baru belanja majlis pertunangan, belum lagi lagi pelbagai persiapan lain dan belum diambilkira lagi belanja pernikahan. Tentu jauh lebih besar lagi," katanya.

Najib, kata Mohamad, benar-benar mengamalkan apa yang dia kempenkan, iaitu rakyat didahulukan.

"Najib pernah suruh rakyat ubah gaya hidup. Memang benar, rakyatlah yang terlebih dahulu mesti mengubah gaya hidup.

"Najib tak perlu dan dia boleh terus berboros dan bermewah. Maklumlah, rakyat didahulukan," sindir beliau.

Bagi Mohamad, apa yang berlaku itu membuktikan Najib adalah pemimpin yang pembohong.

"Dia tak habis-habis bercakap untuk menunjuk-nunjuk seolah-olah dia sangat bagus. Tetapi semuanya dia tak buat dan dia hanya mahu orang lain yang melakukan kebaikan.

"Dia bercakap tentang demokrasi terbaik tetapi dia memburukkan lagi demokrasi di Malaysia. Semuanya bohong," kata beliau.

Sebab itulah, kata Mohamad lagi, angan-angan bahawa kepimpinan Najib tidak akan membeli undi dalam pilihan raya hakikatnya lebih buruk dari angan-angan Mat Jenin.

Walaupun cuba bermain kata-kata bahawa kepimpinan Najib tidak akan membeli undi, Abdul Kadir tetap mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.

ANTI HADIS !!!!Apa beza hujah terbaru Mahathir dengan Kassim Ahmad


  • Dalam tulisan terbaru Tun Mahathir beliau berterima kasih kepada seorang remaja yang bernama Hilal Asyraf kerana membuat teguran terhadap ucapan Mahathir di UNIMAS tempoh hari.
  • Namun sebelum menjawab teguran daripada adik Asyraf dan seterusnya membetulkan kesilapan beliau, Mahathir mahu terlebih dahulu agar adik Asyraf menjawa beberapa soalan. Soalannya berbunyi seperti berikut di bawah:
    1. Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?
    2. Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?
    3. Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.
    4. Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?
    5. Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.
    6. Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari? (Di sini jangan mula cap saya sebagai anti-hadith. Saya pegang kuat kepada hadith asalkan ia tidak berbeza, bercanggah dan menafi ayat-ayat Al-Quran. Saya sedar saya tak mungkin tahu bagaimana sembahyang jika saya pegang semata-mata kepada ayat-ayat dalam Al-Quran. Menuduh seseorang itu anti-hadith seperti menuduh seseorang itu kafir adalah cara mereka yang tidak dapat pertahan kefahaman dan pendapat mereka).
    7. Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna akal dan berfikir?
  • Sebenarnya soalan dari Tun Mahathir di atas sekali gus menjawab kenapa dia membuat kenyataan kontroversi sebelum ini.
  • Soalan tersebut di atas adalah sama dengan soalan-soalan yang diutarakan oleh Kassim Ahmad, Syed Akhbar Ali dan mereka-mereka yang seumpama dengannya yang menolak Hadith sebagai sumber rujukan membuat hukum.
  • Mereka yang seumpama itu amat tidak bersetuju dengan Imam As-Syafie yang dikatakan sebagai antara ulama yang menjadikan Hadith sebagai salah satu sumber rujukan utama menentukan hukum selain daripada Al-Quran.
  • Sebagaimana dengan Kassim Ahmad, Tun Mahathir juga menafikan beliau sebagai anti-hadith. Beliau cuma mempertikaikan terdapatnya hadith-hadith yang dikatakan bertentangan dengan Al-Quran.
rujuk Blog Che Det

Warta Subhi

BUAT HAL LAGI!!! Puak-puak UMNO ganggu ceramah Pakatan di Pekan

PEKAN, 15 Mac - Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit. Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam.

Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP. Selepas itu barulah mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Dato' Ariff Sabri Abd Aziz menyampaikan ceramahnya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP. Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.

Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya. "Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi.

Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka", kata Ariff Sabri. Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini.

Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya. Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri. Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan. Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini.

Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya. "Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah. Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai. Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini", katanya.

Sementara itu Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis. "Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus.

Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ", kata Mat Sabu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah. "Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini keja puak-puak UMNO.

Depa dah tak ada isu", kata Mat Sabu lagi. Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Katanya, Pakatan Rakyat kini berpeluang cerah untuk menakluki Putrajaya. ~pahangdaily

Lihat gambar di sini.