Saturday, March 24, 2012
VIDEO PENDEDAHAN (1)!!! Kerajaan UMNO Terengganu belasah tanah beri kepada 5 wakil rakyat UMNO
KUALA TERENGGANU 25 Mac: Sebagaimana dijanjikan, Pesuruhjaya PAS Terengganu mendedahkan nama penerima tanah dari kerajaan negeri Terengganu di kalangan wakil rakyat Umno.
(Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menunjukkan gambar-gambar tanah yang didakwa milik Adun dan Ahli Parlimen BN.)
Mohamad Abdul Wahid Endut mendedahkan sebahagian dari nama-nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ‘dianugerahkan’ tanah oleh kerajaan negeri.
Pendedahan kali ini lanjutan dari dakwaan yang dibuat pada 18 Mac 2012 lalu yang tidak disebut nama-nama Adun-MP terbabit.
Antara nama-nama pemimpin Umno-BN yang diberi keistimewaan memperolehi tanah seluas satu hektar seorang termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.
“Pertama, Ahli Parlimen Besut, Dr Abdullah Muhammad Zin. Dia dikurniakan tanah seluas satu hektar di kawasan Dendong, Mukim Tembila, Besut dengan No. Lot PT6964.
“Kedua, Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh. Bekas MB Terengganu dan dia (Idris) dapat juga di kawasan yang sama dengan keluasan satu hektar dan No. Lot PT6902.
“Ketiga, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, juga di lokasi tanah yang sama, keluasan juga satu hektar dengan No. Lot PT6904. Keempat, Muhammad Pehimi Yusoh iaitu Adun Kota Putera juga di kawasan sama, keluasan satu hektar dengan No. Lot PT6903.
“Pemimpin kelima, Adun Batu Rakit, Karzan Che Mat. Tanah itu di kawasan Mengabang Bakong, Mukim Batu Rakit, Setiu. Keluasan tanah 0.9965 hektar, dengan No. Lot PT30794,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, 24 Mac lalu.
Abdul Wahid mendakwa mempunyai senarai ramai di kalangan pemimpin terdiri dari wakil rakyat Umno-BN yang dianugerahkan tanah berharga di tepi laut oleh kerajaan Terengganu.
Namun, katanya pendedahan nama-nama pemimpin berkenaan akan dibuat secara berperingkat mengikut keadaan semasa.
(Wahid dedahkan lima nama pemimpin Umno yang dapat tanah)
“Hari ini, saya akan dedahkan lima nama dulu. Kita (PAS) tidak mahu dedah semua sekaligus. Kita akan buat macam idu Nasional Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd jugalah lebih kurang.
“Kita (PAS) dedah sikit-sikit nak tengok reaksi dia (pemimpin Umno). Kita akan bahas lagi perkara ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu pada 23 hingga 26 April 2012, depan.
Menurutnya, jumlah satu hektar seorang kepada pemimpin Umno-BN tertentu tidak wajar dalam keadaan rakyat dinafikan hak tersebut.
Ini kerana, katanya, jika satu hektar itu dibahagikan kepada lapan bahagian untuk rakyat sebanyak 20 lot tanah boleh diagihkan.
“Satu hektar itu, jika dijadikan lot perumahan boleh diagihkan kepada 20 lot untuk 20 orang rakyat biasa. Jadi hak rakyat 20 orang telah dinafikan oleh seorang wakil rakyat BN yang dikurniakan tanah itu.
“Jadi untuk lima orang Adun dan Ahli Parlimen BN itu, kerajaan boleh berikan kepada 100 orang rakyat yang memerlukan tanah penempatan masing-masing,” ujarnya
Menurutnya, tindakan pemimpin Umno-BN tersebut tidak selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”.
KENA PERIKSA DALAM PUSAT HIBURAN!!! Jika wakil rakyat PR dah lama terpampang dalam Utusan, terlolong dalam TV3
Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.
Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.
Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian saringan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).
Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.
“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).
PILIHANRAYA QUEENSLAND!!! Parti Julia Gillard kawan rapat Najib kalah teruk
Parti Buruh adalah parti bagi Perdana Menteri Australia Julia Gillard kawan rapat Najib Razak. Julia Gilliard telah mendapat kritikan hebat dari rakyat Australia kerana perjanjian berkaitan pendatang asing dengan Malaysia.
Perjanjian berkenaan mendapat kritikan kerana Malaysia tidak menepati syarat PBB berkaitan penempatan pendatang asing.
Pemerhati politik berpendapat Parti Buruh juga akan tumbang dalam pilihanraya memilih Perdana Menteri Australia tahun depan.
Labor’s Bligh Concedes Defeat in Queensland Poll Landslide
Queensland Premier Anna Bligh conceded defeat in today’s elections in the Australian state as the Liberal National Party ended 14 years in power for Labor, deepening its challenge before next year’s national ballot.
“It is absolutely clear tonight that Queenslanders have spoken with the strongest possible voice and they have voted for a change of government,” Bligh told Labor supporters at an event in Brisbane. She congratulated Liberal National leader Campbell Newman, who thanked voters for their trust as he claimed victory.
The landslide defeat in Queensland leaves Labor out of power in all but the two smallest of Australia’s six states, with Prime Minister Julia Gillard facing a federal election within 20 months. The Liberal Nationals have secured 77 of the state parliament’s 89 seats, with Labor winning 8, according to Australian Broadcasting Corp. projections.
“The scale of the trashing in Queensland is a wake-up call to Gillard that voters won’t tolerate any more mistakes from Labor,” said Andrew Hughes, who conducts political-marketing research at the Australian National University in Canberra. “The result isn’t a sea-change, it’s a tsunami that’s completely wiped out Labor” in Queensland.
Bloomberg News
240 000 UNDI POS PETUGAS SPR!!! Apa jaminan undi mereka tidak diubah dalam simpanan SPR, rujuk kes PRK Manek Urai?
Cuba lihat undi pos bagi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil. Hanya 1 undi diberi kepada PAS , sedangkan kakitangan kerajaan yang menyokong PAS yang bertugas sebagai petugas SPR ramai di Manek Urai. Mereka mengundi secara undi pos , mustahil hanya seorang yang mengundi PAS.
Masalahnya, apa jaminan undi pos ini tidak diubah semasa dalam jagaan SPR.Boleh percayakah undi mereka tidak diubah bila keputusan diumumkan.
Justeru itu, SPR yang menjadi komponen tak rasmi BN pastinya akan bersungguh-sungguh mempertahan sebagai undi pos kerana ini sahaja talian hayat UMNO/BN.
Setelah undi polis dan tentera guna kaedah undi awal. Tentunya, petugas SPR ini juga boleh mengundi guna kaedah undi awal. Tapi SPR berkeras dengan pelbagai alasan yang tak masuk akal. Nak tahu kenapa? rakyat dah boleh baca.......Admin
Perlukah 240,000 Petugas Spr Sebagai Pengundi Pos?
Oleh Riduan Mohd Nor
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa terkejut dengan pendedahan oleh YB Dr Hatta Ramli bahawa jumlah pengundi pos SPR seramai 240,000 orang. Bagi DPPM, jumlah yang dilaporkan itu terlalu ramai dan cukup untuk memberi impak yang besar dalam pilihanraya umum ke 13.
DPPM mempersoalkan mengapa SPR mendaftarkan seramai 240,000 petugasnya sebagai pengundi pos. SPR sepatutnya menghadkan petugasnya sebagai pengundi pos agar tidak mengganggu sebarang keputusan di mana-mana peti undi. Pengundi pos dari kalangan petugas SPR perlu dihadkan kepada mereka yang hanya perlu sahaja mendapat peruntukan itu, bukan kesemuanya sekali.
Dalam sejarah pilihanraya umum di negara ini, sudah acapkali undi pos menjadi faktor kemenangan calon dan ia mampu mengubah keputusan pilihanraya. Jumlah yang dicatatkan ini belum ditambah dengan pengundi pos yang sedia ada dari kalangan tentera, polis serta pasangan mereka.
Dengan jumlah seramai ini, ia akan menambah prejudis rakyat bahawa SPR berniat untuk memastikan kememangan mudah sebelah pihak seperti mana yang berlaku dalam pilihanraya sebelum ini. Rakyat mengesyaki modus operandi yang sama akan digunakan pada PRU ke 13 kali ini bagi mengelakkan kekalahan satu pihak yang sedang terdesak.
Oleh itu, DPPM mendesak agar SPR segera mengurangkan jumlah petugas SPR sebagai pengundi pos bagi mengelakkan berlakunya pertikaian rakyat. DPPM mengingatkan SPR agar berlaku telus dan bersikap adil dalam mengendalikan PRU ke 13. Rakyat tidak bersedia untuk ditipu buat sekian kalinya dalam sistem pilihanraya di negara ini.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia