Wednesday, March 28, 2012

IMAM HASLAN ISLAMKAN 2 BANDUAN!!! Hasan Ali ceramah selamatkan akidah seluruh negara, apa pun tak da......hanya hentam PAS ......

Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. -mk

Ulasan GB

Hikmah yang tersembunyi.

Benih yang baik dicampakkan ke mana sekalipun pun ia menjadi pulau.
Walaupun dihantar ke penjara, rupa-rupanya kebenaran mendedahkan dia tetap berguna untuk agamanya.

Kamu-kamu tuan hakim yang dilemparkan kasut ke arahmu, belum tentu dapat melakukan apa yang Imam Hoslan lakukan di penjara itu.

Maka itulah hikmahNya juga, belajar tinggi-tinggi, ijazah berjela-jela, jawatan besar-besar, talileher panjang-panjang, tetapi kebenaran dan keadilan tidak dapat kamu tegakkan .. sungguh memalukan. Maka terimalah hukuman Allah itu seadanya. kasut yang layak ke mukamu.

Syariatnya, Imam Hoslan yang melempar, hakikatnya Dia juga. Ambillah pengajaran dari ayat Al-Quran di bawah ini:



فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ قَتَلَهُمْ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللّهَ رَمَى وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلاء حَسَناً إِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Maka (hakikatnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka tetapi Allah jua yang membunuh mereka. Dan bukan kamu (pada hakikatnya) yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah jua yang melempar. Dan Dia (Allah) hendak menguji orang yang beriman dengan ujian yang baik daripada-Nya (daripada Allah). Sesungguhnya Allah adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui). Al-Anfal: 17

TUN MAHATHIR!!!Orang pandai masuk PAS, orang bodoh masuk UMNO


MELAKA - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.


Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.- Bernama

NI DIA!!!Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang? Betul-betul Pejuang Melayu?

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/538590_399044086775138_100000086506684_1640985_1774601411_n.jpg

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda Umno negeri, Shaik Hussein Mydin selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat berkenaan isu Bayan Mutiara.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau sudah tidak boleh bersabar dengan sikap Shaik Hussein dalam isu berkenaan selain tindakannya yang cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai fakta tidak tepat.


Guan Eng berkata, Shaik Hussein sekali lagi menuduh beliau menjual tapak masjid dan sekolah yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju.


Menurutnya, tuduhan itu melampau kerana beliau bukan sahaja cuba mengapi-apikan sentimen perkauman, malah cuba mencetuskan isu berkaitan agama.


“Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, dia pernah menuduh Kerajaan Negeri menjual tanah Bayan Mutiara tidak melalui tender terbuka walaupun Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa penjualan tanah itu dibuat secara tender terbuka.


“Dan sekarang dia berbohong lagi dengan mendakwa saya menjual tapak masjid di kawasan itu. Ini fitnah yang melampau dan saya telah arahkan peguam untuk mengkaji perkara ini supaya kita boleh ambil tindakan undang-undang ke atasnya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Dalam pada itu, Guan Eng yang diminta menjelaskan mengenai status sebenar tapak masjid dan sekolah itu bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dan berkata hanya akan memberi penerangan mengenai perkara itu dalam mahkamah nanti.


Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Shaik Hussein mendakwa Guan Eng telah menjual tapak masjid dan sekolah di kawasan pembangunan asal Bayan Mutiara.


Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.


Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

RAMAINYA CERAMAH ANWAR!!! Namun PR tetap akan tumbang di Selangor angkara SPR

Semakin ramai rakyat menyokong PR tapi tidak mampu menghalang penipuan UMNO / BN melalui SPR

Sewaktu Pilihanraya 1999, Dr Syed Azman telah memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 9000+. Antara semua kerusi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya 1999, kerusi Kuala Terengganu adalah antara kerusi yang paling besar majoriti nya.

Namun, selepas 1999, operasi pengundi hantu telah dijalankan secara besar-besaran di Terengganu. Berpuluh2 ribu pengundi hantu telah dimasukkan ke dalam Daftar Pemilih Terengganu secara amat agresif.

Pada pilihanraya 2004, kerusi yang Dr Syed Azman menangi dengan majoriti yang sebegitu besar dan gagah itu, jatuh semula kepada Barisan Nasional dengan majoriti 300+.

Dengan kata lain, begitu hebat dan jitunya program pengundi hantu ini sehingga kerusi Parlimen yang mulanya dimenangi dengan majoriti 9000 lebih pun boleh ditundukkan.

Program di Terengganu pada 2004 itu sedang dilaksanakan di Selangor secara BESAR-BESARAN.

Diberitakan kepada Tulang Besi, sejumlah lebih kurang 100ribu lebih pengundi hantu telah selamat didaftarkan dalam Daftar Pemilih Selangor bagi pilihanraya pada bulan Jun 2012 kelak.

Ini bererti semua kerusi2 yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008 yang lepas dengan majoriti 6000 ke bawah bakal jatuh dengan mudah kepada UMNO dan BN.

Atas sebab itulah muka Najib begitu berseri-seri sekarang ini. Dia berucap di Ampang dan beberapa tempat dengan begitu yakin dia menyatakan Selangor akan jatuh semula kepada Barisan Nasional.

Tulang Besi sedang belajar hakikat bahawa peluang untuk mempertahankan Selangor amat tipis.

Peluang 5 tahun sebelum ini tidak digunakan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memerangi penipuan di dalam Daftar Pemilih.

Wang lebih banyak dibelanjakan bagi tujuan2 yang tidak diketahui tetapi untuk pembersihan daftar pemilih amatlah sukar wang tersebut hendak dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Walaupun dijanjikan jumlah yang sebegitu besar untuk memerangi penipuan pilihanraya (khabarnya sekitar RM6juta) tetapi hakikatnya tak sampai RM70k telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk tujuan memerangi penipuan pilihanraya.

Dalam keadaan genting sekarang ini pun, kerajaan negeri Selangor masih tidak mahu membelanjakan wang tersebut kerana mungkin mereka masih dibuai mimpi sebagaimana kerajaan PAS Terengganu sebelum 2004.

Tulang Besi nak ulangi sekali lagi, peluang untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor adalah AMAT TIPIS.

Hanya bantuan dari langit sahaja yang akan membolehkan Pakatan Rakyat mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor.

Tapi, sebelum Allah SWT hendak menurunkan malaikat2Nya, sudah tentulah Allah SWT akan bertanya apakah yang telah dilakukan Kerajaan Negeri Selangor bagi membenteras penipuan ini.

Jangan terkejut kalau Allah SWT tidak menurunkan apa-apa bantuan pada bulan Jun 2012 kelak.

ULASAN: Kita tidak lihat bekas2 Menteri Besar di Kedah berkumpul dan membuat ikrar seperti di bawah. Yang lebih menghairankan Tan Sri Mike Tyson pun turun sama memberi ikrar selepas beberapa tahun mendiamkan diri.

Kenapa di Kedah kita tidak lihat Syed Razak, Mahadzir Mat Khir, Dato' Syed Nahar Shahabuddin atau Dato Osman Aroff berkumpul sebegini dan melahirkan keyakinan mereka menawan semula negeri Kedah?

Hatta di Penang sekalipun, mengapa bekas2 Timbalan Ketua Menteri dari UMNO seperti Ibrahim Saad ataupun Dato Hilmi Yahya berkumpul melahirkan keyakinan sebegini.

Ketahuilah, kesemua bekas2 MB Selangor ini telah pun mendapat maklumat bahawa kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah hampir pasti.

Apa yang berlaku di Terengganu pada 2004 akan berlaku di Selangor bulan Jun 2012 nanti.

Atas sebab itulah bekas2 Menteri Besar seperti di bawah ini cepat2 melahirkan sokongan mereka kepada UMNO sebagai "modal pelaburan" untuk mendapat ganjaran2 yang sewajarnya selepas Jun 2012 nanti.

Sekiranya Pakatan Rakyat dijangka menang bulan Jun 2012 ini, sudah tentulah bekas2 Menteri Besar di bawah ini tidak akan keluar beramai2. Mereka lebih baik diam ataupun menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Sekurangnya kepentingan2 mereka tidak akan terganggu di bawah penggal kedua kerajaan Pakatan Rakyat.

Dengan pernyataan sokongan terbuka di bawah, jelaslah mereka 100% yakin Kerajaan PAkatan Rakyat Selangor bakal tumbang bulan Jun nanti.

Maka, di bawah pentadbiran UMNO pasca Jun 2012 kelak, segala kepentingan mereka akan terjamin selamat. Mereka sudah tidak perlu takut dengan Pakatan Rakyat lagi kerana kerajaan Pakatan Rakyat bakal tumbang.

Memandangkan perangai beberapa orang "pimpinan" dalam Pakatan Rakyat yang berkuasa menghalang penipuan ini tetapi sengaja membiarkannya, Tulang Besi merasakan amat tipis peluang kita menghalang penipuan yang bakal berlaku Jun 2012 kelak.

Tulang Besi akan dedahkan segala maklumat selepas kerajaan Selangor bertukar dari Pakatan Rakyat kepada UMNO nanti


KLIK IMEJ


Tulang Besi

TU DIA!!! Gambar terkini ceramah UMNO , inilah wasatiyyah anjuran UMNO

UMNO cukup terdesak, untuk menarik hadirin sanggup buat apa sahaja. Bagi duit poket, sediakan bas dan makanan.. dan yang terkini sediakan hiburan tari menari untuk menarik orang ramai hadir ke ceramahnya..

Kah..kah..kah.. inilah wasatiyyah yang di anjurkan oleh PM Najib..

PUNYA NAK BUAT FITNAH!!! Salam di kedai kopi, dituduh lompat parti

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Hanya kerana bersalam dengan Ketua Pemuda Umno, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) dituduh mahu melompat parti.

Salleh yang kebetulan berjumpa dengan pemuda Umno itu ketika sedang menjamu selera di sebuah kedai mi udang di Sungai Dua.

"Ketua Pemuda Umno datang jumpa saya, bagitahu abang iparnya sudah meninggal dunia, dan memang saya kenal sebab duduk satu kampung," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau baru pulang dari Mekah dan tidak mengetahui kematian abang ipar Pemuda Umno berkenaan.

Semasa menghubungi Harakahdaily, kedengaran beliau ceria dan bergelak tawa sebaik sahaja diajukan dakwaan itu.

Kebetulan pula, menurut beliau, pemuda dan wanita serta puteri Umno pun menjamu selera di kedai yang sama.

"Mungkin mereka yang ambil gambar saya bersalam dengan pemuda Umno sudah membuat persepsi saya keluar PAS. Ingat senang-senang ke nak lompat parti? Tuduhan tak kena orang," katanya.

Salleh yang menganggap tuduhan itu sangat terdesak dan mempamerkan ketidakcerdikan orang yang melaporkan tanpa bersandarkan kepada sumber yang tepat.

"Saya minta, rakyat Pulau Pinang jangaan terpengaruh dengan dakyah Umno. Mereka tidak ada modal. Saya dan PAS Pulau Pinang berdiri teguh dengan Pakatan Rakyat di bawah pentadbiran Lim Guan Eng," katanya yang meminta pihak berkenaan tarik balik kenyataan itu.

Salleh Man menafikan spekulasi bahawa beliau merancang untuk melompat atau meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan DAP.

Adun Permatang Pasir berkata, dakwaan itu dibuat oleh "budak Umno" yang menangkap gambarnya bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dan penyelaras BN Permatang Pauh, Rahim Man.

Saleh berkata, mereka hanya bersalaman dan tidak banyak bercakap sebelum beliau beredar selepas mendapati sekumpulan anggota Puteri Umno mengadakan pertemuan di situ.

Sebelum ini, terdapat dakwaan di blog yang tidak dikenali berhubung spekulasi melompat parti itu dengan menyandarkan kepada gambar pertemuan itu.

BANGKAI LEMBU!!Tender baru NFC untuk tutup kesalahan Najib


KUALA LUMPUR, 28 Mac: PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

“Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit,” kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.


Beliau memberi beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan.


Ini, katanya termasuk pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa, bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan.


Selain itu, tambah Rafizi, pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat.


“Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin,” ujarnya.


Beliau menambah, persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil.


Tambahnya, tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.


“Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak,” ujarnya lagi.


Justeru, tegasnya PKR berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ia cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.


“Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC,” katanya lagi.


Beliau menegaskan, hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Shahrizat.


Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan, katanya.