Wednesday, May 9, 2012

LEBUHRAYA BEBAS TOL!!! Kerajaan PAS Kelantan peruntukkan RM 200 juta bina Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai

Jajaran lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer milik Kerajaan Kelantan akan membawa impak ekonomi besar di Kelantan Tengah dan Selatan sebanyak RM4 bilion setahun.

Pembinaan Lebuhraya jajaran Kota Bharu-Kuala Krai sejauh 73 kilometer yang tergendala sebelum ini bakal dibina akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Husam Musa, berkata sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk pembinaan yang merangkumi tiga fasa itu.

 
Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya semalam.
 
Husam bagaimanapun berkata, tarikh pecah tanah untuk pembinaan lebuh raya ini akan diputuskan dalam tempoh dua hari ini.
 
Beliau juga turut memberitahu, kerajaan Kelantan telah menerima cadangan dari pemaju untuk membina lebuh raya berkenaan dan cadangan itu telah disemak dan dinilai oleh sebuah jawatankuasa.
 
“Selepas ianya disemak oleh jawatankuasa berkenaan kerajaan negeri bersetuju memilih dua syarikat untuk menguruskan projek sebagai peneraju utama.
 
“Tempoh pembinaan lebuh raya ini dua tahun setengah yang dibina atas tanah kerajaan.
 
“Bagi baki pembinaan di atas tanah milik orang ramai, kerajaan negeri menyerahkan pada JKR untuk menguruskan pengambilan balik tanah,” ujarnya.
 
Menurutnya, konsep yang dipakai untuk lebuh raya itu berkonsepkan lebuhraya negeri yang tidak akan melibatkan pembayaran tol oleh rakyat.
 
Katanya, ianya berkonsepkan bebas tol dan akan dibiayai oleh kerajaan negeri sepenuhnya.
 
Tambahnya, kerajaan negeri berharap cita-cita rakyat Kelantan untuk melihat sistem perhubungan yang cepat, selamat dan selesa akan terlaksana.
 
Katanya, kedua-dua kontraktor berkenaan akan bertanggungjawab kepada sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang dilantik khusus oleh exco untuk memantau serta mengendalikan pembiayaan lebuh raya itu.
 
“Syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana Kelantan Sdn Bhd) telah ditubuhkan untuk memantau projek ini dan seluruh prasarana di negeri itu pada masa akan datang,” ujarnya.
 
Menurutnya, syarikat itu diilhamkan sendiri oleh Menteri Besar.
 
Katanya, pembinaan lebuh raya itu akan membuka minda dan usaha sedemikian boleh dilakukan oleh kerajaan negeri dan sekatan yang dilakukan oleh pihak lain terhadap negeri ini akan terhenti.
 
Dengan cara itu, katanya rakyat di negeri ini akan dapat menikmati kemudahan asas sebagaimana di negeri-negeri lain.
 
Jelasnya, lebuh raya itu melibatkan tiga fasa, di mana fasa pertama melibatkan tanah-tanah kerajaan.

JUAL TANAH KEPADA BUKAN MELAYU!!! Inilah buktinya UMNO beriya-iya nak rampas Selangor

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/05/tanah-yang-didakwa-dijual-crop1.jpg

Nazli Ibrahim

SHAH ALAM, 8 MEI: Umno Tanjong Karang didakwa menjual lima lagi bidang tanah di Tanjong Karang yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Kerajaan Selangor Umno-BN yang dulu.


Pendedahan terbaru ini sekaligus menjadikan sebanyak tujuh bidang tanah yang telah dianugerahkan kepada Umno Tanjong Karang oleh kerajaan negeri Umno-BN terdahulu.


Tanah-tanah ini kemudiannya dijual kembali bagi membolehkan parti itu memperolehi keuntungan mudah.


Demikian beritahu Naib Yang DiPertua PAS Tanjong Karang, Misran Serman kepada TVS hari ini.


Menurut Misran, tanah tersebut sebelum ini merupakan kawasan hutan simpan pemampan hakisan pantai yang terdiri dari hutan paya bakau.


“Lima bidang tanah yang saya sebutkan ini sebenarnya hutan simpan paya bakau iaitu kawasan pemampan hakisan pantai.


“Malangnya, kerajaan negeri dahulu dah anugerahkan tanah-tanah ini kepada Umno Tanjong Karang.


“Pindah milik bagi lot nombor 25862 dibuat pada 1996 dan empat lagi bernombor lot 26429, 26431, 26430 dan 26428 pula dipindah milik pada 2001.


“Semakan saya di Pejabat Tanah Dan Galian mendapati Nombor hak milik tanah-tanah ini adalah PN 11222, PN 80339, PN80345, PN 80346 dan PN 80348.


“Lepas itu Umno Tanjong Karang jualkan kepada syarikat-syarikat dengan harga yang tidak diketahui sekaligus sekali lagi jadi jalan mudah Umno Tanjong Karang buat duit,” beritahu Misran.


Dari hasil carian yang diperolehi di Pejabat Tanah dan Galian Shah Alam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, mendapati tanah bernombor lot 25862 dengan keluasan 28.3 hektar telah dijual kepada Prestige Sdn Bhd.


Manakala Lot 26429 dengan keluasan 12.5 hektar pula telah dijual kepada Camaroe Aquaculture Sdn Bhd.


Natural Adept Sdn Bhd pula membeli dua bidang tanah bernombor lot 26431 dan 26430 dengan keluasan masing-masing 4.048 dan 4.049 hektar.


QQ Sea Food Sdn Bhd turut membeli sebidang tanah bernombor lot 26428 dengan keluasan 4.038 hektar.


Menurut Misran, pada masa ini syarikat-syarikat terbabit terlibat menjalankan penternakan udang di atas tanah-tanah yang dibelinya itu.


Misran turut mempersoalkan dakwaan Umno sebelum ini yang mengaku kononnya mempertahankan hak dan kedudukan orang-orang Melayu.


“Umno kata mereka pertahankan hak Melayu, tapi dalam kes ini kita dapat lihat kebolehan Umno menjual tanah yang diberi kerajaan negeri kepada bukan Melayu.


“Sudahlah tanah itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri,lepas itu senang-senang mereka jualkan untuk dapat untung atas angin, tindakan mereka langsung tak menguntungkan orang Melayu,” kata beliau lagi.


Misran juga memberitahu, perkara ini akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam masa terdekat.


Dalam pendedahan sebelum ini, dua bidang tanah di Pekan Tanjong Karang dan Jalan Sungai Kajang yang diberi milik kepada Umno Tanjong Karang turut dijual parti politik terbabit kepada syarikat swasta.

BANTAHAN TIADA SAMBUTAN!!! Samseng UMNO tinggal kain rentang tanpa tuan

HULU TERENGGANU – Sumber dalaman Umno Bahagian Hulu Terengganu memaklumkan bantahan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terhadap ceramah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Taman Sungai Bajar Kuala Berang adalah didalangi oleh kumpulan yang ‘terbuang’.

Sumber tersebut memberitahu, kumpulan tersebut juga yang telah cuba ‘mempalitkan lumpur’ dengan ‘melempar batu sembunyi tangan’ dalam kes yang kononnya bangunan Umno Hulu Terengganu disimbah dengan cat sewaktu PAS menganjurkan program Itqan al-Muluk Bi Takdi as-Suluk pada bulan Januari lalu.

Pada Selasa 8 Mei, beberapa individu yang mendakwa mereka adalah penduduk Sungai Bajar telah mengangkat kain rentang dihadapan kedai serbaneka di hadapan Taman Sungai Bajar berhampiran lokasi ceramah Pra Bubar yang dianjurkan PAS.

Walaupun begitu, ceramah tersebut telah berjaya diadakan pada Selasa malam tanpa sebarang gangguan dan dihadiri hampir 1000 orang khalayak.

Turut menyampaikan ceramah adalah Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Pengerusi DAP Pahang YB Leong Ngah Ngah dan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

[Gambar ; bantahan tidak mandapat sambutan....akhirnya kain rentang ditinggalkan tanpa tuan]

Pada 10 Januari lalu, menurut sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Setiausaha Eksekutif Umno Bahagian Hulu Terengganu, Tuan Razilah Mohd Said dilaporkan membuat laporan polis kononnya bangunan Umno Hulu Terengganu dan Pejabat Khidmat Masyarakat Umno Telemong disimbah cat.

Namun, sehingga kini tidak ada individu yang ditahan dan disiasat berhubung simbahan cat tersebut.BO

NAJIB DAH TERUK!!! Bergantung kepada orang-orang pencen

HULU TERENGGANU – Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) parti ‘bankrap’ kerana ‘kehabisan modal’ dan terpaksa menghadapi Pakatan Rakyat dengan elemen-elemen diluar parti itu.

Beliau berkata, tidak ada siapa di kalangan menteri kabinet an majlis tertinggi Umno yang mempertahankan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak menghadapi tuduhan kes Scorpene dan BERSIH kecuali orang-orang sudah pencen.


“kes pendedahan Scorpene, yang dia (Najib) minta RM3 bilion (dan) kes BERSIH, tidak ada sesiapa yang bersama dalam kabinet dia, bersama dalam majlis tertinggi Umno mempertahankan Dato’ (Seri) Najib,

“yang mempertahankan dia (hanyalah) orang (yang telah) pencen; Tun Dr Mahathir (dan) tiga orang bekas ketua polis,”tegasnya.

Beliau berkata, mereka yang sedang berkhidmat dengan Najib, yang menjadi menteri kabinetnya lebih suka kalau Najib segera melepaskan jawatannya.

Mahfuz berkata demikian ketika berucap pada ceramah Pra Bubar  yang diadakan di Kuala Berang di sini pada Selasa malam, 8hb Mei.

[Gambar - Dato' Mahfuz menunjukkan sebahagian daripada 5,000 senarai pengundi ragu yang baru ditemui yang didaftarkan pada suku pertama tahun ini]

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan tuduhan Tun Haniff Omar keatas Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai satu tuduhan yang melampau.

Beliau berkata kerajaan Umno dan BN kita tidak berupaya menghadapi kebangkitan rakyat.

Menurutnya, selain mengggunakan ‘orang-orang pencen’ Umno-BN terpaksa menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan ‘mengharamkan’ BERSIH 3.0 kerana tidak mahu melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil.

“keadaan kerajaan (Umno-BN) yang sangat terdesak tidak berkeupayaan untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat, tuntutan (lapan perkara) kita tidak diendahkan, yang dicanang kononnya kita nak menggulingkan kerajaan,

“sehingga terpaksa guna Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa haram menyertai demonstrasi (BERSIH 3.0),”jelasnya.

Oleh itu, katanya, Umno-BN ‘bankrap’ kerana terpaksa menggunakan semua elemen-elemen di luar Umno dan BN untuk memberi perlindungan dan membela Najib dan kerajaan pada hari ini.

Justeru beliau yakin, ia adalah satu gambaran yang menunjukkan, sudah sampai waktunya rakyat menolak Umno-BN pada pilihanraya umum yang akan datang.

Turut menyampaikan ucapa pada ceramah tersebut adalah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Pengerusi DAP Pahang YB Leong Ngah Ngah.

UTUSAN KENA SAMAN LAGI!!! Fitnah Khalid Ismath secara terang-terangan

Aktivis siswa mahu saman Utusan, Kosmo!
Aktivis pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut.

Pada sidang media petang ini, Khalid berkata, tindakan saman itu diambil berikutan berita yang dipaparkan kedua-dua akhbar itu tidak benar.


"Saya kini sedang berbincang dengan peguam dan beberapa aktivis pelajar. Saya akan saman
Utusan dan Kosmo! kerana memaparkan berita dan gambar saya.

"Berita tersebut mencalarkan reputasi saya sebagai seorang mahasiswa dan mengaibkan nama keluarga saya yang sebelum ini dikenali dengan keluarga yang baik kerana mereka mengatakan saya ganas," katanya.


Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.



'Menteri kata bukan saya'

Khalid berkata, beliau rasa teraniaya apabila ditahan polis ekoran penyiaran gambar lelaki yang didakwa sebagai dirinya itu.
NONE"Saya tak pernah pakai style macam ini. Dan kalau orang yang waras, boleh tengok dengan jelas dari segi gaya rambut, warna kulit dan sebagainya berbeza dengan saya.

"Saya rasa teraniaya bila polis tiba-tiba menahan saya sedangkan saya datang ke sana (balai polis) atas kerelaan untuk membantu polis. Nak buktikan yang saya bukan pelaku dalam gambar itu," katanya.


Khalid juga memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sendiri memaklumkan di Twitter bahawa individu yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu bukan dirinya.


"Dalam satu
tweet , Saifuddin mengatakan, dia dapat info daripada seorang SB UiTM yang mengatakan imej gambar dalam akhbar itu bukan saya.

"Kerana menurutnya, SB sentiasa ada bersama mengikut saya," katanya lagi.

DALAM DIAM!!! Orang India paling kuat sokong Pakatan di Selangor


(Keputusan kajian yang dibuat UMCEDEL di Selangor)

KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati sokongan kepada Pakatan Rakyat lebih baik berbanding Barisan Nasional di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Kajian ini menolak gembar gembur yang dibuat BN sekarang bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di ketiga-tiga negeri itu akan jatuh dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut kajian itu, masyarakat India paling kuat menyokong Pakatan di Selangor iaitu 60 peratus menyokong Pakatan, 20  peratus BN dan 20 peratus lagi tidak pasti.

Untuk masyarakat Melayu pula, kajian itu mendapati BN mendapat 34 peratus, Pakatan (33 peratus) dan tidak pasti (33 peratus).

Di kalangan orang Cina pula, 49 peratus dari mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan, BN (hanya 16 peratus) dan tidak pasti (35 peratus).

Bilangan responden kajian ini adalah 2282 orang.

Kajian ini dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina, etnik India dan lain-lain.

(Keputusan kajian UMCEDEL di Kedah)

Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Kajian lapangan dilakukan pada 31 Mac 2012 – 15 April 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian ini melibatkan 43 orang enumerator dan 3 orang penyelia.
Kajian ini dijalankan sebelum isu PTPTN dan BERSIH 3.0.

Projek penyelidikan ini dibiayai oleh Fundamental Research Grant Scheme (FRGS).


Kedah dan Kelantan


(Keputusan kajian UMCEDEL di Kelantan)

Menurut kajian ini juga, Pakatan mendapat sokongan pengundi Melayu di Kedah iaitu 43 peratus berbanding BN hanya 33 peratus manakala 24 peratus lagi tidak pasti.

Pengundi Cina juga menyokong Pakatan Rakyat iaitu 50 peratus berbanding BN (38 peratus) dan tidak pasti (12 peratus).

Namun begitu, 65 peratus pengundi India menyokong BN berbanding Pakatan (10 peratus) dan tidak pasti 25 peratus.

Sokongan rakyat kepada Pakatan juga meninggalkan BN di Kelantan iaitu Pakatan 44 peratus, BN (27 peratus) dan tidak pasti (29 peratus).

Namun begitu, mengikut kajian ini, BN akan terus menang di Perak dan Negeri Sembilan serta peringkat nasional.
Kajian tidak dibuat untuk negeri Pulau Pinang dan lain-lain negeri.

HANIF OMAR KA!!! Baik lantik Najib terus ketuai panel bebas yang tak bebas



Bersih 3.0: Haniff tak sesuai ketuai panel bebas

TEMERLOH, 9 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap pelantikan Tun Haniff Omar sebagai ketua panel siasatan bebas menangani perhimpunan Bersih 3.0 adalah tidak sesuai sama sekali.
Katanya, ini disebabkan latar belakang Haniff sendiri sebagai bekas Ketua Polis Negara sedangkan penyiasatan menjurus kepada dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika perhimpunan aman tersebut pada 28 April lalu.

“Lagipun beliau sendiri sudah membuat kenyataan bias sebelum ini mengatakan perhimpunan Bersih mahu menggulingkan kerajaan dan disertai komunis 1970-an.

“Jadi dengan kenyataan kontroversi yang sejak awal-awal lagi, mana mungkin mampu mendapatkan penyiasatan yang adil, telus dan berwibawa,”
tegasnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini pelantikan enam ahli panel penasihat bebas yang diketuai Hanif untuk menyiasat dan melaporkan kejadian sebenar ketika perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.


Ahli-ahli lain ialah bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian, Datuk Husammuddin Yaacub; Penasihat Undang-undang Akhbar Sin Chew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah dan pakar psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Ruszmi Ismail.


Kerajaan dipercayai terpaksa melantik panel tersebut dipercayai berikutan menerima tekanan pelbagai pihak yang menyaksikan keganasan polis menangani lebih 200,000 rakyat yang berhimpun menuntut keadilan.


Namun demikian, perhimpunan menuntut 8 pembaikan dalam pilihan raya itu cuba dipusingkan dengan mengaitkannya sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.


Tuan Ibrahim berkata, seelok-eloknya dilantik bekas hakim atau bekas Peguam Negara atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sendiri sudah memadai dengan ditambah kuasa penyiasatan.


“Jadi dengan pelantikan tersebut saya percaya masyarakat masih belum melihat ada panel yang betul-betul bebas bagi menyiasat keganasan polis pada hari tersebut terhadap rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil,” jelasnya.


Beliau mengingatkan, ketika peristiwa mata lebam Anwar Ibrahim dulu juga dilantik panel penyiasat di kalangan polis untuk menyiasat polis tetapi tidak ditemui. Tetapi selepas dilantik Suruhanjaya Diraja barulah ditemui yang membelasah Anwar ialah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor.


Mengenai durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Felda Jengka 8 semalam, Tuan Ibrahim berkata jumlah yang ‘runtuh’ itu, iaitu RM5,000 diberi tunai dan RM10,000 dalam dua fasa lain tidaklah sehebat pada sangkaan awal.


“Pada mulanya kita ingatkan peneroka betul-betul akan tersandar dan tertiarap kerana terkejut dengan pengumuman macam dari langit itu. Kalau setakat RM5,000 itu, sekali peneroka jual hasil sawit pun dapat banyak tu.


“Lagipun wang peneroka sudah banyak yang tersangkut pada Felda antaranya penipuan kadar perahan gred (KPG), wang tabung tanam semula (TTS) yang belum dikembalikan, ses, isi rong dan banyak lagi.


“Di sini juga PAS mahu kerajaan dan Felda turut mempertimbangkan agar bonus dua bulan setengah gaji yang diperolehi oleh kakitangan Felda seperti diumumkan, supaya turut diberi kepada bekas kakitangan yang kini berpencen kerana mereka juga telah berjasa besar,” katanya.


Tuan Ibrahim mengingatkan, jika tidak dengan tawaran Pakatan Rakyat dan perjuangan Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) yang begitu gigih memperjuangkan nasib peneroka tidak mungkin Najib mengumumkan durian runtuh itu.


Beliau juga mengingatkan masih banyak janji kerajaan di kalangan peneroka masih belum tertunai antaranya pembesaran jalan raya Kampung Awah ke Jengka dan menaik taraf loji air ketika janji semasa pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dulu. -HD

BERSIH: Haniff Omar ketuai panel siasatan

Bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar dilantik mengetuai panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika menangani perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Dilaporkan panel itu akan disertai enam anggota termasuk bekas hakim, wakil media dan ahli akademik.

Beliau baru-baru ini mencetuskan konstroversi apabila mendakwa pihak yang simpati terhadap komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata, terma rujukan panel itu akan ditetapkan dalam tempoh beberapa hari lagi dalam mesyuarat pertamanya.

Anggota lain panel itu termasuklah:

* Bekas ketua hakim Borneo Tan Sri Steve Sim.
* Editor Pengurusan Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub.
* Penasihat undang-undang Media Chinese International Liew Peng Chuan.
* Pengurus besar kanan hal ehwal korporat Petronas Datuk Medan Abdullah.
* Ahli psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata panel penasihat ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka.

Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat bangunan Kementerian Dalam Negeri.

Menurutnya pada masa yang sama, polis akan terus dengan siasatan mereka berhubung kejadian rusuhan itu, dan mengemukakan hasilnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Hishammuddin berkata panel itu akan diberikan kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka.

Katanya beliau ada mendengar syor sesetengah pihak untuk mendapatkan bantuan kepakaran pihak luar, contohnya jabatan polis New York atau polis United Kingdom bagi membantu siasatan, namun menurutnya akhirnya ia terpulang kepada keputusan panel berkenaan.

"Harapan kita adalah untuk orang ramai ketahui apa yang sebenarnya berlaku, hari ini ada bermacam-macam saluran, banyak tuduhan dan ada kecenderungan pihak tertentu hanya melihat kepada satu aspek sahaja terhadap apa yang berlaku pada hari itu, jadi cerita menyeluruh mesti dikemukakan panel ini.

"Kalau ia dikemukakan pihak Kementerian Dalam Negeri atau polis, mungkin ada pihak yang dah begitu prejudis, hingga apa yang kita cakap pun mereka tidak akan percaya, jadi panel ini ditubuhkan bagi tujuan itu," katanya.

Hishammuddin berkata penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.

Katanya beliau percaya anggota panel itu cukup diyakini untuk memuaskan hati semua pihak.

Beliau berkata pada pandangannya penemuan panel itu juga dapat membantu kerajaan untuk melihat ke hadapan, khususnya dengan penampilan rang undang-undang berhubung perhimpunan aman, hasil transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Insiden seperti ini boleh membantu kami merangka masa depan, saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, ini peluang untuk meneliti dan melihat ke hadapan bagi memastikan bagaimana undang-undang sedia ada dapat diimbangi antara keperluan kebebasan dan hak asasi, dengan keselamatan negara," katanya.
-mk


Ulasan GB

Jika awal-awal lagi sebelum dilantik anggota panel bebas, bekas KPN itu telah membuat kenyataan yang berpihak kepada polis), bagaimana boleh dikatakan panel itu panel bebas?

Samalah seperti J/K Panel Khas Parlimen Mengenai Pilihanraya & Lynas, semuanya "wayang" Najib untuk menipu rakyat.

Betul-betul rakyat cuba diperbodohkan lagi.Kelab Greenboc