Thursday, May 17, 2012

MAI BACA SMS UMNO!!! Kerah satu Perak untuk ganggu ceramah Anwar

Pada malam ini(18 Mei 2012) akan berlangsungnya ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Tapak Pekan Selasa Batu Kurau yg terletak dalam kawasan parlimen Larut..Sudah menjadi kebiasaan,setiap kali berlangsungnya ceramah Anwar tidak kira di mana sahaja lokasinya pasti akan menggamit kehadiran ribuan pendengar..

Fenomemona ini telah menggusarkan Umno bahagian Larut,lalu mereka telah menyusun satu strategi dgn mengaturkan satu ceramah yg lokasinya hanya sejauh 100 meter dari tempat berlangsungnya ceramah Anwar..Penceramahnya ialah musuh ketat Anwar iaitu Ummi Hafilda..Tidak cukup dengan itu,krew TV3 turut dipanggil membuat liputan.Tujuannya hanya satu,yakni mahu mengganggu kelangsungan ceramah Anwar macam yang  pernah dilakukan mereka sebelum ini..


Untuk memastikan hasrat dan misi mereka ini tercapai, Umno Larut telah meminta bantuan dari Umno bahagian lain di negeri ini supaya mengerah seramai mungkin ahli dan penyokong mereka supaya hadir ke ceramah Ummi Hafilda tersebut.Tujuannya adalah untuk menyaingi kehadiran penonton di ceramah Anwar..


Di bawah ini adalah mesej yang dihantar oleh Bekas Ketua Pemuda Umno Larut,Hasbullah Ellias kepada seluruh Umno bahagian di negeri Perak..Mesej tersebut kemudian dihantar oleh salah seorang penyokong Umno kepada Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Akmal Kamaruddin









Hai,dah ketandusan penyokong ke kat kawasan ni sampai kena import penyokong dari luar.Hehe

Persepsi Kita Berbeza

NAJIB TANGGUH BUBAR PARLIMEN!!! Bila tengok 3 laporan SB yang menyenakkan UMNO

Laporan-laporan terbaru Special Branch dan MIO telah membantutkan hasrat PM Najib Razak untuk membubarkan Parlimen yang hangat diperkatakan akan dibubarkan pada bila-bila masa. Setakat ini laporan yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat akan memenangi 95 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, yang mana situasi ini akan menyebabkan BN tumpas dengan majoriti mudah, dan kemungkinan berlaku ‘Hung Parliament’ ataupun Parlimen Tergantung. 
 
Bulan Mac yang lalu, Najib Razak memberi amaran sekiranya BN gagal mendapat majoriti selesa pada PRU13, maka ini akan member kesan perit untuk BN.

Justeru, katanya, adalah penting bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.
3 perkara yang Najib terpaksa tangguh PRU13

Pertama, pada bulan lepas, Mahkamah Perancis mendedahkan telah memperolehi bukti bahawa Najib, semasa menjadi Menteri Pertahanan, telah meminta bayaran sebanyak AS $ 1 bilion untuk Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, kroni beliau.


"Jika Perdana Menteri mempunyai integriti dan mahu dilihat sebagai seseorang yang mempunyai kemuliaan dan moral, beliau harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua keperluan undang-undang," kata naib presiden PAS.


Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.



Akhbar di Kanada yang mempersoalkan Najib dalam kes terbaru melibatkan Altantuya


Tribunal berterusan di Paris telah menyenaraikan beberapa pegawai tertinggi Malaysia, termasuk Najib dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid sebelum ini mempersoalkan kuasa tribunal untuk mengeluarkan sepina dan menggunakan Interpol untuk membantu jika saksi enggan hadir.


"Siapa mereka untuk mengeluarkan waran tangkap? Kami tidak tertakluk kepada undang-undang Perancis", Zahid berkata.


Bersih 2.0


Kedua, sudah tentu akibat Perhimpunan Bersih 3.0 yang menyaksikan Rakyat berbilang kaum dari segenap lapisan seramai lebih 250,000 Rakyat berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyatakan kebenaran dan menyatakan sokongan menentang kerajaan yang korup, penipu dan zalim.


Lebih menakutkan Najib dan UmnoBn adalah yang hadir itu datang dengan wang saku mereka sendiri, walaupun dari golongan miskin Rakyat Malaysia.

Ketiga, acara Perhimpunan Raksaksa 500,000 ahli Umno bagi meraikan Ulangtahun UMNO yang dirancang oleh Najib tidak hanya untuk memperingati ulang tahun ke-66 parti itu, tetapi ia juga adalah untuk menyediakan platform untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13.



Semasa kehadiran Najib Rosmah
Walau bagaimanapun, jumlah kehadiran yang amat mengecewakan dengan jumlah kurang 50,000 orang, telah dibuat perbandingan dengan Perhimpunan pada 28 April Bersih 3.0, di mana seramai 250,000 rakyat Malaysia berkumpul hadir secara sukarela di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Nampaknya keadaan ini telah memberikan kedua-dua pemimpin Umno ini, Najib dan Mahathir berfikir dua kali untuk melaksanakan PRU13.
Minggu lepas, Mahathir menasihatkan Najib untuk mengadakan PRU13 hanya selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri, berbeza dengan gesaan beliau pada awal bulan April, yang mengatakan ia adalah masa yang sesuai untuk Najib untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin…
Lagi lama ditangguh… lagi parah UmnoBn…!!!
Orang-orang Umno dah mula benci dengan Najib ni… tengok la nanti….

~reformis

POLIS MUDA PUKUL!!! Polis tua yang disuruh kawat cam, mana nak dapat cam?


Pemberita: Polis dalam kawat cam 'terlalu tua'

Pemberita yang mendakwa dipukul polis semasa perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu dipanggil membuat pengecaman tetapi gagal mengenalpasti penyerangnya.


Selepas meluangkan setengah jam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Radzi Razak daripada theSun berkata, seramai 20 anggota polis yang dibariskan untuk kawat cam itu terlalu tua.

Radzi berkata, ini berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini bahawa polis yang memukulnya semua "muda".

Menurutnya lagi, beliau juga sebelum ini meminta polis mencari suspek berusia bawah 30 tahun.

"Saya harap semua ini akan berakhir segera kerana sudah lama pemberita diganggu oleh pihak berkuasa. Kita tahu polis cuma melakukan tugas, tetapi pemberita juga melakukan tugas mereka," kata Radzi.

Radzi berkata, beliau akan dipanggil untuk sesi pengecaman berikutnya pada Jumaat minggu depan.

Hairan, cuba lihat polis-polis yang terlibat di bawah.

Polis yang ramai dan yang mengganas di perhimpunan BERSIH 3.0 tempohari kebanyakannya muda-muda (polis pelatih dari PULAPOL, buktinya, tiada sebarang "paku" di bahu), yang rata-rata umur mereka di dalam lingkungan 20an, tetapi yang dipanggil untuk kawad cam ialah yang tua bangka.

Apa maksud polis bertindak demikian?

Supaya tiada polis yang yang dapat dicam bagi mempastikan pesalah di kalangan anggota polis tidak dapat dikesan?

Kedua, apa yang boleh dipertikaikan sekarang, mengapa pelatih PULAPOL dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja polis sekalipun mereka belum ditetapkan di dalam jawatan mereka?

Apakah pembelasahan di BERSIH 3.0 adalah medan bagi polis pelatih ini untuk mendapat penetapan jawatan dan kenaikan pangkat?

Berbagai hal boleh terbongkar, tetpai kebenaran dari Ilahi akan mencerahkan segala-galanya. -GB










KESAL BERADA DALAM PAS!!!! Rupa sebenar Kazim Elias terserlah di pentas UMNO


Rakyat  Kampung Sri Rahmat berasa kesal dan sedih apabila ceramah UMNO diadakan di Surau Kampung Tersusun Seri Rahmat (Berhampiran Kelab Golf Clearwater) pada 16 Mei 2012.
Menurut keluhan beberapa jemaah surau berkenaan mereka berasa terkejut dan kesal kerana penganjuran ceramah oleh JASA dan pemuda UMNO bahagian Gopeng itu tidak mendapat persetujuan daripada ajk surau berkenaan untuk diadakan ceramah politik.
Walaupun tajuk ceramah yang diadakan dihebahkan bertajuk  bicara Agama bertajuk Tidak Amankah Malaysia?, hakikatnya penceramah yang dijemput pada malam itu iaitu Ustaz Kazim Elias telah menggunakan peluang berceramah di atas pentas Pemuda UMNO untuk menceritakan kekesalannya berada dalam PAS sebelum ini. 
Malah cerita-cerita picisan kononnya beliau dipinggir oleh ajk surau PAS yang dikumandangkan dalam ceramah beliau itu jelas menampilkan isi hati beliau sebenarnya yang sebernarnya telah lama menyebelahi UMNO.
Menurut Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg Rapat beliau telah menerima banyak keluhan rakyat Sri Rahmat malah yang lebih memalukan sikap Ustaz Kazim sendiri yang sanggup menyatakan bahawa beliau bukan menyokong UMNO semasa berceramah bersama Ustaz Azhar Idrus di Manjoi beberapa bulan yang lalu dan ia merupakan suatu pembohongan. Sikap sebegini tidak cocok ditonjolkan oleh seorang yang bergelar Al hafiz. 
Bekas Ketua kampong Sri Rahmat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Che Ahmad Osman menyelar penyokong UMNO Sri Rahmat yang sanggup membenarkan Pemuda UMNO Gopeng untuk memanipulasikan tajuk ceramah agama untuk memancing hadirin sebaliknya mereka menampilkan penceramah yang sebenarnya memang menyokong UMNO secara terbuka. 
Beliau juga berkata sikap Ustaz Kazim jelas akan menghilangkan penyokong ceramah-ceramah beliau memandangkan ahli PAS lah yang sebenarnya memberi sokongan dan menaikkan ceramah beliau selama ini.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat

BUANG BENDERA PAS!!! Seorang pencacai ditangkap di bawa ke balai polis

Seorang pemuda ditangkap kerana membuang bendera-bendera PAS malam ini di Kuala Nerang. Sekarang berada di IPD Kuala Nerang buat laporan..anda kenal siapa ini?
Sumber: tranungkite.net

GANYANG KJ!!! Politik matang KJ buat blogger UMNO kepanasan

Tugas baru buat cybertrooper umno yang anti Kj, tugasan baru menanti anda, sila serang dengan segera. sebab kemungkinan Kj akan insaf tak lama lagi. dia insaf sebab kebodohan2 ahli umno sendiri bukan kerana PR yang menghasut, sudah diketahui  umum sebelum ini memang ramai yang anti Kj dalam umno itu sdiri. bukan itu saja dalam media2 pro umno sendiri dah banyak tak cover makhluk2 ini antaranya Kj, maslan Ahmad dan ROsmah Mansor. Aku rasa blogger2  umno sendiri pun tak tahu ....pshyyyyyyyyyyyyy.



Boleh puji juga lah keberanian kj melawan arus Najib, adakah Kj sudah tahu bahawa Muhyiddin Yasin bakal menjadi Pm menggantikkan Najib yang kini diburu Interpol? Kahkahkah... mana ada menteri, perdana menteri yang diburu Interpol melainkkan najib sorang. 
Dikhabarkan juga Muhyiddin dah tersenyum lebar beb, mana dia nak jawab soalan wartawan pasal isu Najib dgn Kapal Selam scorpene? sini


Lantak kau lah , kau sdiri buat sdiri tanggung, berbalik pada menantu zzzz lagi best, sejak2 akhir ini keberaniannya mengkritik berdebat dgn pihak lawan cukup lantang. adakah dapat dibaca UMno bakal tumbang pru nanti? Gua harap keberanian Kj dapat mencontohi saidina Umar al-khatab.



p/s Jom ganyang umno

HANYA 2 JUTA DARI 5.7 JUTA ORANG MELAYU!!! UMNO bukan lagi wakili orang Melayu

Umno tidak boleh lagi mendakwa ia mewakili orang-orang Melayu kerana tidak sampai separuh dari orang Melayu yang mengundi parti itu.

Malah, ahli Umno sendiri pun tidak mengundi parti itu, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.


Ketika menolak dakwaan kononnya Umno mewakili Melayu itu, beliau berkata: "Calon-calon Umno mendapat hanya dua juta  undi dari 5.7 juta undi Melayu.


"Jika Umno dapat dua juta undi sahaja, ia juga bermakna satu juta ahli Umno tidak mengundi calon-calon Umno".


Oleh itu, kata bekas Adun Pulau Manis itu, Umno malah tidak boleh mendakwa ia mewakili orang-orang Melayu.


Beliau juga menyifatkan Umno sebagai punca utama perpecahan orang-orang Melayu apabila parti itu menganggap seseorang itu hanya boleh dianggap Melayu jika ia menjadi ahli Umno.

"Punca sebenar perpecahan Melayu ialah budaya Umno yang memperhambakan minda orang-orang Melayu.


"Ia adalah parti feudal yang menanamkan pemikiran feudal kepada orang-orang Melayu. Melayu dianggap Melayu hanya jika dia Melayu Umno," tegas beliau dalam tulisannya yang bertajuk "Rise against feudal Umno" atau "Bangkit menentang Umno yang feudal".


Dengan keadaan Umno yang seperti itu, Ariff mempersoalkan apa perlu wujudnya perpaduan Melayu jika ia berada di bawah hegemoni atau pengaruh kekuasaan Umno?


"(Sedangkan) hakikat sebenarnya ialah Umno tidak ada lagi hak moralnya untuk mendakwa ia mewakili Melayu," tegas beliau.


Beliau menyeru orang-orang Melayu bangkit dan bergerak ke hadapan untuk menolak perhambaan mental yang dipaksakan oleh Umnon.


Beliau mempersoalkan, bagaimanakah kita boleh berkerjasama dengan parti yang mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu.


"Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada penyamun dan perompak yang mendakwa mahu meningkatkan taraf hidup dan memelihara orang-orang Melayu sambil mengapikan-apikan konfrontasi agama," tegas Ariff.

SOGOK RAKYAT!!! Budaya negatif disemai UMNO / BN


 
 
Secara umumnya kami merasa amat terkejut dengan langkah kerajaan BN baru-baru ini yang telah mengagihkan sejumlah besar wang ringgit kepada umum dan selepas itu, kerajaan BN terus menjanjikan habuan yang lebih besar di masa yang terdekat lagi, sedangkan ekonomi dunia kini sedang menghadapi kegawatan

di mana kerajaan di kebanyakan negara sedang mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat bagi menjamin kestablian ekonomi negara masing-masing.

Persoalannya adalah, adakah Malaysia ini tidak terasa langsung dengan kegawatan ekonomi dunia sekarang? Adakah negara kita ini punyai ekonomi yang sekuat negara gergasi seperti Amerika, China, Jepun ataupun Korea yang membolehkan mereka mengagihkan sejumlah besar wang kepada orang ramai seperti tidak ada apa-apa yang sedang berlaku?


Ingin kami ketengahkan, walaupun negara sekuat mana pun baik Amerika, China, Jepun mahupun Korea, mereka ini akan tetap merasakan baham kegawatan tersebut dan negara-negara gergasi inilah yang paling cepat mengatur langkah-langkah untuk mengimbangi ekonomi negara masing-masing. Hairanya jika sekiranya kerajaan BN pimpinan perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak ini dapat mengatakan kepada orang ramai bahawa ekonomi negara ini langsung tidak tergugat oleh kegawatan ekonomi sedunia ataupun serantau.


Kalau hendak membohongi mereka-mereka yang tidak berpendidikan ataupun mereka yang menduduki kawasan pendalaman dan perkampungan yang terpencil yang tidak dapat menikmati sebarang kemudahan asas, mungkin ianya berjaya dilakukan. Bagi rakyat yang berpendidikan, mempunyai daya pemikiran yang bijak, tahu mengenai selok-belok politik dan hal-ehwal negara ini, berdaya maju, mempnyai pengetahuan dan kepakaran yang mencukupi di dalam semua bidang, bolehkah Najib melanjutkan skim penipuannya terhadap golongan ini? Sudah tentunya tidak.


Pelbagai bantuan mengejut


Kita tengoklah berbagai-bagai bentuk skim kewangan diwujudkan kerajaan BN baru-baru ini yang bertujuan untuk menggembirakan rakyat jelata. Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjumlah RM500 seorang, skim bantuan tunai segera RM100 seorang untuk semua pelajar dari tahun satu hinggalah ke tingkatan lima.


Selain daripada itu, baucar buku yang bernilai RM200 turut disalurkan kepada setiap penuntut universiti, matrikulasi dan para pelajar tingkatan enam tanpa sebarang syarat. Dan pada awal tahun ini juga, skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara1M) turut ditawarkan kepada setiap isirumah dengan janji pulangan tetap sebanyak RM50 sebulan.


Untuk mengagihkan sejumlah besar wang ringgit ini kepada rakyat jelata, kerajaan BN telah melantik beberapa buah bank-bank utama di negara ini untuk berbuat demikian. Apa yang rakyat perlu adalah pergi ke bank yang terdekat untuk menunaikan wang tersebut setelah mengemukakan baucar ataupun surat pembayaran mereka kepada kaunter bank tersebut.


Adalah dianggarkan sebanyak RM100 juta telah diagihkan melalui bank-bank yang dilantik itu. Dari manakah jumlah sebanyak RM100 juta itu datang? Sudah tentunya asalnya wang tersebut adalah daripada kalangan rakyat jelata yang telah sekian lama membayar cukai pada setiap tahun.


Persoalannya adalah apabila wang tersebut dihabiskan secara spontan untuk rakyat jelata, bagaimanakah kerajaan BN ini dapat menabung semula dengan begitu cepat sekali? Adakah Bank Negara telah diarah untuk mencetak lebih banyak wang bagi mengisi semua perbendaharaan negara? Ada kemungkinan juga? Atau mungkinkah kerajaan BN ini akan menggadaikan aset-aset negara bagi mendapatkan pinjaman dari negara-negara kaya.


Jawapan yang tepat adalah sukar didapati.


Kenaikan mendadak gaji perkhidmatan awam


Pada suku pertama tahun ini juga, kerajaan BN telah mengumumkan penyusunan semula gred gaji dan jawatan-jawatan di dalam sektor perkhidmatan awam melalui skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan melibatkan lebih daripada 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.


Untuk makluman umum, perkhidmatan awam di negara kita ini adalah merupakan majikan yang terbesar di Asia Tenggara.


Walaubagaimanapun SBPA telah menampakkan kecacatannya dari segi pengagihan kadar kenaikan gaji untuk mereka yang berpangkat rendah hinggalah ke yang paling tinggi kedudukan dan ini menyebabkan Kongress Kesatuan Sekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah dengan keras skim SBPA itu yang disifatkannya sebagai tidak adil untuk mereka yang berpangkat lebih rendah.


Akibat daripada bantahan Cuepacs, kerajaan BN terpaksa membatalkan perlaksanaan SBPA itu dan merengkok kembali kepada skim yang lama iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM).


Perkara pokok di sini adalah, kenapa para pegawai kanan kerajaan memerlukan kenaikan gaji yang begitu mendadak sekali, walaupun di dalam skim lama SSM? Kenapa tidak pula diseimbangkan kenaikan gaji para kakitangan awam yang berpangkat yang lebih rendah untuk diselaraskan dengan kemampuan mereka berdasarkan kenaikan kos harian dan kadar inflasi yang begitu tinggi?


Dan jika sekiranya ianya tidak ditangani dengan segera, adalah dibimbangi jurang perbezaan di antara mereka-mereka yang kaya, sederhana dan miskin akan bertambah buruk lagi dan di suatu hari nanti, mungkin golongan yang berpendapatan sederhana ini akan lesap sama sekali di negara ini.


Jadi cadangan asal kerajaan BN yang ingin menggembirakan semua kakitangan awam dengan skim saraan yang baru itu tidak mendapat sambutan malah menerima bantahan pula daripada Cuepacs.


Adalah jelas langkah terburu-buru oleh kerajaan BN itu adalah bertujuan untuk memastikan sokongan para kakitangan awam untuk BN di dalam pilihanraya umum yang akan datang yang merupakan suatu langkah jangka pendek yang menelan belanja yang begitu besar sekali.


Banyak agihan wang disalahgunakan


Kita tengoklah contoh yang pertama iaitu agihan wang di bawah BR1M (sebanyak RM500 seorang). Walaupun BR1M itu pada asalnya disasarkan untuk golongan yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah, namum kita dapati pengagihan wang tersebut telah banyak kali disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu.


Akibat daripada itu, kita dapati ada di kalangan golongan kaya raya turut menikmati pemberian wang sejumlah RM500 seorang itu. Malah kita juga dapati beberapa orang yang bergelar Datuk turut mendapat bantuan wang tersebut.


Apa yang sudah terjadi? Kenapa mereka yang kaya raya turut menikmati faedah tersebut?


Dalam pada itu, pemberian wang sejumlah RM100 untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah itu turut disalahgunakan, malah ada pihak yang cuba memalsukan butiran anak-anak mereka, jumlah pelajar di sesebuah sekolah “ditambah” bagi mendapatkan wang berlebihan tersebut dan banyak lagi bentuk penipuan.


Bagi baucar buku RM200 itu pula, ramai penuntut, apabila menerima baucar tersebut dengan segera mengiklankan baucar-baucar tersebut di dalam laman Facebook untuk jualan kepada umum dengan harga yang lebih murah untuk mendapatkan tunai yang cepat. Ianya untung apabila baucar RM200 itu dijual dengan harga RM150, yang si penjual itu akan mendapat untung kerana tidak mengeluarkan modal, malah yang membeli itu turut untung kerana mendapat diskaun RM50.


BN menyemaikan budaya negatif


Adalah amat tepat sekali bahawa kerajaan BN telah menyemaikan budaya yang negatif dengan agihan sejumlah besar wang ringgit kepada umum, terutamanya di kalangan anak-anak muda kita.


Apabila mendapatkan wang tersebut, akan disangka bantuan tersebut akan berterusan selama-lamanya, dan apabila pemikiran tersebut timbul, wujud pula sikap tidak perlu bekerja keras untuk menampung masa depan mereka kerana wang akan datang terus kepada mereka dengan senang.


Akibat daripada itu, golongan muda mudi ini akan menjadi boros berbelanja tanpa merasakan bertapa susahnya untuk memperoleh pendapatan dan perlunya untuk bekerja keras untuk mendapatkan wang tersebut. Apakah akan terjadi di suatu hari nanti? Anak-anak muda kita ini akan menjadi malas, tidak mahu bekerja, tidak berdaya saing, tidak mahu berusaha, tidak bersungguh-sungguh di dalam komitmen mereka dan berbagai-bagai elemen yang negatif lagi.


Persepsi yang disemaikan oleh kerajaan BN ini semata-mata untuk mendapatkan populariti murahan dan sokongan untuk pilihanraya umum yang akan datang. Memang keji akan perbuatan tersebut.


Sudahlah dengan merosakkan negara ini dengan pelbagai salahguna kuasa, penyelewengan kewangan, rasuah, penipuan dan peras ugut, ditambah pula dengan kerosakan ke atas pemikiran rakyat jelata khususnya di kalangan anak-anak muda kita.


Bayangkanlah apakah yang akan berlaku pada generasi yang akan datang jika sekiranya BN terus diberi “mandat” untuk memerintah selepas pilihanraya umum yang akan datang?


Dengan BN lah, negara kita ini mungkin akan kembali ke era tahun 1511 di mana negara ini akan kembali dijajah dan dibahagi-bahagikan oleh kuasa-kuasa asing.


Malaysia Chronicle

TAK KENAL MAKA TAK CINTA!!! Ye ke Zahida tak kenal Shafie Afdal?


Aktres terkenal tanah air, Zahida Rafik hari ini tampil menjelaskan skandalnya bersama dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden Umno-APCO, Shafie Apdal yang sedang hangat ketika ini.

Zahida yang dikaitkan dengan Shafie Apdal berkata, beliau tidak mengenali menteri itu dan tuduhan terhadapnya oleh bekas pemandu Noor Azman Azemi bohong semata-mata.


"Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri? "Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen.

"Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Mstar pada Rabu.


Semalam Noor Azman mendakwa pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie - jumlah paling tinggi pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun. Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan dia melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000, yang kandungannya kemudian didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.

Zahida menuduh bekas pemandu peribadinya, Noor Azman Ahmad yang juga anak saudara penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan sebagai bohong dan dusta tetapi tidak pula memberi dokumen dan fakta yang kukuh bagi menafikan dakwaan Noor Azman.


Sedangkan dalam sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya semalam jelas menujukkan bahawa Noor Azman adalah individu yang bertanggungjawab membawa wang tunai sehingga RM1 juta untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida sendiri!


Zahida juga menafikan dakwaan Noor Azman bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Shafie Apdal sejak skandal hubungan mereka didedahkan media hiburan tempatan pada 2010 dengan gossip mengatakan mereka sudah berkahwin di London, United Kingdom.


Sekiranya benar penafian Zahida, mengapa polis menyoal siasat Noor Azman yang direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas membuat laporan polis menafikan dakwaan Zahida bahawa dia melarikan wang tunai RM200 ribu milik Zahida yang ingin dimasukkan ke dalam akaun bank.


Mengapa pula dalam soal siasat tersebut, Noor Azman ditanya oleh pegawai polis dari Cawangan Khas dan bukannya pegawai polis yang mengambil kertas siasatan tersebut? Mengapa Noor Azman ditanya, adakah kamu mahu menghancurkan imej dan nama baik menteri (Shafie) yang berjasa kepada rakyat (kununnya)?


Tetapi yang paling menghairankan, mengapa tuntutan saman difailkan ke atas Ketua Wanita PKR,

Zuraida Kamaruddin oleh Zahida melalui peguam Umno-APCO terkenal, Muhammad Shafee Abdullah?

Bukankah Zahida boleh mengupah peguam lain yang tidak ada kaitan dengan Umno-APCO jika benar dia tidak ada hubungan dengan Shafie Apdal?Lagipun, PKR tidak berminat dengan skandal mereka berdua sebaliknya mahu penjelasan dari mana datangnya wang sebanyak itu yang diterima daripada Shafie dan untuk tujuan apa?


Kenyataan Zahida jelas bakal memakan dirinya sendiri!

JIHAD BARU ALA UMNO!!! UMNO & Punggung tidak dapat dipisahkan

Oleh kerana isu tonggeng ponggong hangat di pasaran, Gua kasi turun muat berita bergambar ini kikiki

Umno dan punggung memang tidak dapat dipisahkan..ibarat irama dan lagu........wakaka

 

http://batuvskayu.blogspot.com
 
APAKAH sebabnya Umno menyuburkan budaya kurang ajar di kalangan orang Melayu? Tidak cukup dengan menjerit-jerit serta memaki hamun dengan kata-kata kesat, membuat kecoh dan menayangkan punggung (punggung) ke arah rumah Dato' Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Lebih memalukan, ada kalangan askar-askar pencen (bekas perajurit) yang menayangkan punggung mereka itu sudah berusia dan ada yang memakai ketayap. Bersenam dalam keadaan menonggeng, menghalakan punggung ke arah rumah Ambiga.

Mereka berbuat demikian kerana mendakwa, Ambiga termasuk dalam golongan anti-Islam, anti-Melayu. Lebih teruk lagi mereka mengecam Ambiga kerana mendukung perjuangan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender).

Kita harus punyai pendirian yang jelas. Kita tidak menyokong Ambiga dalam semua perkara. Kita menyokong perjuangannya di dalam Bersih yang mahukan sistem demokrasi dalam negara dirombak dan diperbaiki.

Namun, sejahat manapun Ambiga seperti yang digambarkan media Umno-BN, tidak harus sama sekali Umno, yang mendakwa ia mempunyai ahli berbangsa Melayu dan beragama Islam yang terbesar dalam negara membiarkan individu seperti Ambiga menerima balasan sedemikian rupa.

Menyerang dan memberi tekanan kerana orang yang dibenci Umno, khususnya kebencian yang dipupuk menerusi media Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, The Star, TV3, RTM dan Astro, adalah sesuatu yang tidak wajar.

Ambiga bukan Islam. Kita tidak boleh menyekat orang kafir yang berpegang dengan fahaman mereka, kecuali mereka menyerang dan menghina Islam secara terang-terangan. Kecuali jika mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Itu Ambiga yang bukan Islam, didakwa menyokong  LGBT. Tetapi bagaimana dengan orang Islam yang menyokong LGBT? Dato' Marina Mahathir misalnya. Ada laporan menyatakan, beliau dipetik sebagai berkata:

"For the struggle, ask me. I have been defending the LGBT community’s rights for over 20 years now"

Dengan kata-kata ini, apakah kumpulan NGO yang pro-Umno sedia untuk menayang punggung mereka di hadapan rumah Dato' Marina Mahathir yang turut sama menyertai Bersih 3.0 dan juga mendukung perjuangan LGBT?

Apakah kumpulan NGO pro Umno ini dibenar membuka gerai jualan burger di hadapan rumah Marina? Atau pun mereka mengumpulkan beberapa kerat juak fanatik yang bengong berkumpul sambil menjilat ais krim? Atau ada sekelompok yang melakukan senamrobik sambil mengibas-gibaskan punggung macam Keldai?

Marina bukan calang-calang orang. Anak bekas Presiden yang paling lama dalam Umno. Bapa dia pun masih hidup lagi. Tidak henti-henti menyerang PAS, KeADILan dan DAP. Menyerang Bersih 3.0 dan sebagainya. Tetapi anak bekas Presiden Umno, sudah berbeza pandangan dengan bapanya dalam hal-hal tertentu.

Mengapa tidak golongan yang berhimpun di hadapan rumah Ambiga, beralih ke rumah Dr Mahathir Mohamad.

Pergi cakap pada dia, "Dei mamak kutty, itu anak pandikutty sokong LGBT, sokong Bersih, kita mahu cakap depan dia punya muka, kita mahu tunjuk kita punya belakang pada dia.." Kita hendak tengok apa respon Dr Mahathir jika perlakuan terhadap Ambiga diulangi di hadapan Marina.

Penulis sekadar melontarkan hipotesis. Siapapun Ambiga, siapapun Marina, kita tidak harus sesekali membenarkan mereka menerima ancaman sedemikian rupa.

Perbuatan yang tidak bermoral seperti mereka ini, tidak seharus-harus kita izinkan walau atas apa sebab sekalipun. Pertama kerana ia bertentangan dengan akhlak Islam; Kedua, ianya bukan budaya orang-orang Melayu.

Orang Melayu, orang Islam di Malaysia ada budaya dan adat istiadat yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Justeru, jangan sesekali seseorang individu tersebut dimusuhi, maka diberikan segenap ruang untuk masyarakat fanatik yang rasis melakukan serangan berbentuk fizikal terhadap mana-mana pihak.

Sebelum ini, kita dapat menyaksikan, bagaimana sekelompok NGO yang mendukung perjuangan Umno, melakukan provokasi yang amat-amat jijik serta tidak bermoral terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tidak cukup dengan ancaman hendak memukul beliau secara peribadi, diupah orang menghantar keranda, dihantar kek berupa najis, dikalungkan gambar seperti orang mati terhadap beliau.

Tidakkah ini merupakan perbuatan yang sangat kurang ajar? Apa bangsa pun, sama ada Melayu, Cina, India, Sikh, mahupun golongan mamak di Pulau Pinang, mereka harus memaksikan kehidupan mereka dengan nilai-nilai moral yang amat tinggi.

Supaya, suatu hari nanti, masyarakat dunia akan memandang tinggi tatasusila dan kesopanan seluruh bangsa Malaysia.

Malangnya yang wujud hari ini, akibat kebencian politik yang dipupuk menerusi media Umno-BN, kesopanan bangsa itu sudah tidak wujud. Bangsa sudah bertukar menjadi bangsat. Golongan bangsat politik, demi untuk mempertahankan kuasa, menyuburkan perlakukan yang amat jijik.

Mana fatwa Mufti Tan Sri Harussani Zakaria? Mana fatwa Ustaz Fathul Bari Mat Jaya terhadap perlakukan sebegini? Apakah perlakukan mereka ini sah dari sisi Islam Umno?

Apakah Islam menggalak ancaman sedemikian dilakukan ke atas Ambiga dan Guan Eng?

Apakah dengan menunjukkan punggung di hadapan rumah orang kafir seperti Ambiga, dianggap suatu jihad mereka mereka memperjuangkan Islam yang menyanggahi LGBT?

Keluarkanlah fatwa sebagaimana cabulnya mulut mufti dan ulama Umno mengecam PAS, pagi petang siang dan malam.

Beritahu kepada kami, apakah dengan menayangkan punggung di hadapan rumah orang kafir itu, suatu jihad baru cara Umno?

MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my, 17 Mei 2012

TERKINI!!! Siasatan Perancis bongkar kaitan Najib dengan semua - akhbar Vancouver Sun


KUALA LUMPUR: Inkuiri di mahkamah Perancis telah memulakan siasatan yang bakal menghubungkan segala titik mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, pembelian dua kapal selam Perancis, rasuah sebanyak RM500 juta dan pembunuhan terhadap model Mongolia oleh para pengawal beliau.

Inkuiri berkamera yang diketuai hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire, yang cukup berpengalaman dalam kes korupsi dan hak asasi manusia, akan cuba membongkar samada syarikat pertahanan Perancis, DCNS dan rakan projeknya Thales International telah membayar rasuah untuk mendapat kontrak pada 2002 untuk membekal dua kapal selam Scorpene kepada tentera laut Malaysia.

Inkuiri tersebut adalah berdasarkan penyiasatan selama dua tahun dan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.

Kontrak tersebut dimeterai ketika Najib masih menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian khusus diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh kawan karib dan penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda.

Pegawai berkuasa Perancis telah memaklumkan bahawa mereka sangat berminat terhadap dua bayaran yang dibuat oleh pembuat senjata Perancis.

Satunya berjumlah Euro 114 juta yang dibayar kepada syarikat Malaysia bernama Perimekar untuk kemudahan pengangkutan.

Pada waktu itu, Perimekar dalah dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.

Pihak majistret Perancis juga ingin mencari kebenaran di sebalik pembayaran Euro 36 juta kepada sebuah syarikat bernama Terasasi, yang pada asalnya dikorporatkan di Malaysia sebelum dipindahkan pendaftarannya ke Hong Kong, di mana berdasarkan Asia Sentinel adalah antara 142 syarikat yang mendaftar di Wan Chai.

Pengarah berdaftar Terasasi adalah Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda.

Persoalan mengenai pembelian kapal selam menjadi hangat dan tajam pada Oktober 2006 selepas cebisan mayat model Mongolia dan penterjemah Altantuya Shaariibuu dijumpai di hutan di luar Kuala Lumpur.

Beliau telah ditembak di kepala dan terdapat cubaan untuk memusnah mayat beliau dengan bom C4 milik tentera.

Altantuya merupakan bekas kekasih Razak Baginda dan beliau kali terakhir dilihat di luar rumah kekasihnya yang menimbulkan situasi tidak senang.

Beberapa tahun yang lalu, Altantuya merupakan seorang model di Perancis dan pada2004 beliau mengiringi Razak Baginda sebagai penterjemah semasa beliau merunding kontrak Scorpene.

Dalam satu surat tulisan beliau yang dijumpai selepas beliau dibunuh, menyatakan beliau ingin berdepan dengan Razak Baginda dan menuntut USD 500 juta sebagai harga untuk menutup mulut beliau dalam kontrak pembelian Scorpene.



(Aktivis Suaram dan peguam mereka [kanan sekali] di Perancis)

Kes ini tidak dapat diendahkan oleh mahkamah Malaysia, yang dikuasai golongan politik.

Walaupun Razak Baginda dan dua orang bekas pengawal Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa dengan pembunuhan, keputusan kes tersebut adalah pincang dan tidak menjawab banyak persoalan.

Dalam satu drama mahkamah yang menakjubkan, Razak Baginda tidak dipanggil untuk menjawab tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, dan dilepaskan dan kini tinggal di Britain.

Para pengawal peribadi Najib telah menerima padah dan telah dijatuhkan hukuman mati. Mereka sedang dalam proses rayuan tetapi pendengaran telah ditangguhkan.

Spekulasi berkata pendengaran itu tidak akan berlaku sehingga lepas pilihanraya umum yang bakal tiba, dijangka Jun, di mana jika Najib dan kerajaannya mengekalkan kuasa, dijangka satu cara akan difikirkan untuk membalas kesetiaan pengawalnya.

Selepas gagal mendapat penyiasatan penuh ke atas skandal Scorpene di Malaysia, ramai aktivis hak asasi manusia dan keluarga Altantuya telah meletakkan harapan kepada penyiasatan Perancis.

Namun demikian, terdapat sedikit kekecewaan apabila mengetahui bahawa hakim Le Loire dan Tournaire hanya boleh menyiasat tuduhan rasuah dan bukan pembunuhan Altantuya.

Akan tetapi, 10 hari yang lepas, Suaram Malaysia telah diberikan kebenaran untuk memberikan penerangan kepada hakim secara peribadi.

Jurucakap Suaram berkata mereka telah menceritakan skandal Scorpene ini daripada konteks politik Malaysia dan memberikan hakim senarai saksi-saksi yang dikehendaki.

Antara senarai itu ialah Razak Baginda, dan telah ada laporan bahawa hakim akan cuba mengeluarkan subpoena terhadap beliau daripada Britain.

Tetapi akan ada yang tidak mengendahkan senarai itu, termasuk nama Najib.

Namun begitu, ayah Altantuya, Setev Shaariibuu berkata beliau ingin ke Perancis daripada Mongolia dan percaya perbualan terakhir bersama anak perempuannya akan dapat menghubungkan segala titik yang tergantung dalam skandal Scorpene ini kepada hakim di sana.
----------------------------------
Berita ini diterjemah secara bebas daripada Vancouver Sun.