Tuesday, May 22, 2012

BRAHIM ALI PEMBOHONG!!! Ini Video Samseng Perkasa / UMNO mengganas di Merlimau, polis boleh tengok sahaja


Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu melibatkan PERKASA dan Umno walau dinafikan oleh Ibrahim Ali seperti kenyatan dalam Malaysiakini. 

Namun kejadian yang berlaku bukan kerana orang yang membeli baju PERKASA sebaliknya sememangnya PERKASA dan UMNO terlibat dalam keganasan membaling batu dan telur ke arah dua ADUN DAP sehinggakan pecah cermin kenderaan dan mnegalami kerosakan.

Video ini juga diperolehi dari seorang blogger yang merakamnya kerana pihak pembangkang tidak dibenarkan merakamnya dan telah diugut akan merampas kamera sekiranya merakam kejadian ini. Kejadian tersebut betul-betul seperti keadaan di negara yang bergolak.

Dengan adanya video ini, diharapkan pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil dan tidak melindungi samseng-samseng yang mengganggu ketenteraman awam sehingga merosakkan harta benda awam serta menimbulkan kekecohan yang tidak diigini.

Malangnya pihak polis seolah-olah membiarkan keganasan ini berlaku di hadapan mata mereka.

Sumber video TV PAS Melaka dan gambar kijang59

Pemuda Bukit Katil

UMNO LEBIH ISLAM!!!Kuliah Ust. Azhar Idrus dibatalkan, gantinya 'Kuliah K-POB' di Putrajaya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4nBM_0y5B-FS0r0A6KP9hzIaxtN9Obr5RNl4wOI5n7Z-zzdKySppLU7owwy6tUGH6vuoJpJuDLca2FfeUJKNTah1c3JRQgfm_Be6OPvRfLSF4sLYhVOKNnnAkXZ-UnJ1p4c1OA0_GKOY/s1600/transformasi.jpg

tersenyum lebar dengan program melalaikan


http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/547289_3906065980473_1544000900_33133100_1893537708_n.jpg
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/389652_402557179788712_212018465509252_1263736_1951785791_n.jpg


Kumpulan K Pop : Dal Shabet
Pengisian bermanfaat menerusi Konsert K-Pop Yang bakal MENG"GEGAR"kan anak anak muda pada sambutan Hari Belia Negara di Putrajaya 23-27 Mei 2012.
http://wanitahariini.com/wp-content/uploads/2012/05/UAI-@-Masjid-As-Salam-Puchong-Perdana.jpg

Kalau tak caya korang tengok tarikh dan masa di dalam jadual tu. Sama tak dengan jadual asal Ustaz Azhar?Kerabu Bersuara

KASIHAN UMNO!!! Terpaksa guna khidmat orang tua-tua hadapi Pakatan Rakyat



Umno terpaksa menggunakan khidmat orang tua di dalam Umno bagi membantu kemenangan Umno di dalam PRU 13. Terbaru Datuk Seri Rais Yatim merasmikan Kursus Asas mengenai media baru untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno.

Nampaknya Umno sudah tidak yakin lagi dengan media tradisional yang mereka kuasai seperti televisyen dan akbar harian.


Khidmat orang lama di dalam Umno perlu dikitar semula untuk membantu kapal Umno yang hendak karam.


Dari segi logiknya Umno sudah tidak perlu kepada media baru, kerana Umno memiliki jentera kerajaan yang bergerak siang malam dan bantuan kewangan daripada kantong kerajaan.


Namun semunya tidak mampu menembusi fikiran pengundi yang celik maklumat dari kalangan generasi muda terutamanya.


Khidmat orang tua di dalam Umno terpaksa digunakan kerana “orang muda yang cerdik” dengan media baru tidak bersama dengan Umno, sebaliknya mereka ini adalah golongan yang sedang menunggu untuk menukar kerajaan di dalam PRU akan datang.


Perkara ini boleh kita kaji di dalam ruangan komen blog yang terkenal seperti Malaysiakini, Malaysian insider dan lain-lain lagi telah membuktikan askar upahan Umno Bn tidak mampu melawan askar sukarelawan Pakatan Rakyat dari segi hujah ketika berperang di medan media baru.


Persoalannya mampukah orang tua di dalam Umno melawan ledakan maklumat media baru yang begitu pantas?
Idris Ahmad 

SHAFIE APDAL!!! Politiknya makin kelam di Semporna

POLITIK SEMPORNA MULA MEMBADAI 

SKANDAL.....Apakah Skandal Seks Shafie Apdal yang akan didedahkan Dayangku Intan menjadi penamat kesombongan Shafie atau Naib Presiden UMNO ini terus GAH di persada politik tanah air?

SEBILANGAN besar penduduk-penduduk yang tinggal di pesisir pantai dan kepulauan Semporna yang dibelenggu kemiskinan serta kedaifan hidup telah bertekad untuk tidak lagi memberikan undi kepada tiga Adun dan Ahli Parlimen Semporna pada PRU-13.


Menurut mereka hanya kroni-kroni, saudara mara serta kaum kerabat Wakil Rakyat sahaja yang mendapat pembelaan istimewa, terutama mendapat tanah dan projek; sedangkan rakyat biasa masih dirantai kemiskinan. 


Yang paling ketara sekali daripada jumlah 49 buah kampung, 11 daripadanya yang telah di lawati oleh Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna Nazmahwati Walli baru-baru ini bersama-sama Wartawan Kanan Sabahkini.Net; termasuk Kampung Pulau Bum-Bum, Pulau Simandeh, Pulau Larapan, Pulau Tandoan, Pulau Labuan Haji, Pulau Selakan, Pulau Omadal, Pulau Bait, Pulau Pababag, Pulau Manampilik dan Pulau Denawan; ternyata telah terpinggir dan ketinggalan jauh dalam menikmati arus perdana pembangunan negara sejak 20 tahun lalu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukannya tiada pentuntukan, tetapi saban tahun tiga (3) ADUN dan ADR mendapat peruntukan beratusan juta bagi membangunkan kawasan yang diwakili, tetapi mungkin disengajakan dengan alasan kononnya kampung-kampung yang yang didiami mereka 60 peratus adalah orang asing (PATI) dan hanya 40 peratus orang tempatan sahaja .


Persoalannya bukankah pemimpin BN/UMNO seperti Dato' Seri Shafie Apdal yang menggalakan PATI terus menetap di negeri ini, khususnya di Semporna yang secara automatik mendapatkan kerayatan yang berstatus Bumiputera melalui kad pengenalan projek? Perkara ini bukan menjadi rahsia lagi.


Dalam tinjauan dan penyelidikan rambang yang dilakukan Sabahkini.net, jika empat generasi Bajau tulen yang lahir di Semporna berpaling tadah kepada pembangkang, terutama PKR, maka BN hanya akan memperolehi undi daripada suku kaum Bajau/Suluk daripada Filipina yang diberikan MyKad projek dan akan kehilangan semua kerusi (tiga DUN dan satu Parlimen) di Semporna.


Dalam pada itu desas-desus yang bertiup kencang bahawa PKR telah menamakan empat orang tokoh muda untuk menentang calon BN di Semporna, iaitu Dr Zamri bin Hj Abdul Habbi (DUN Bugaya); Lokman Ureh (DUN Sulabayan); Tahir Ariffen (DUN Senallang) dan Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang juga EXCO Wanita Negeri, Nazmahwati Walli (Parlimen Semporna).


Kini, senario politik di Semporna mula membadai dan bakal membuat kejutan kerana rata-rata rakyat di daerah ini mahukan perubahan besar dalam pelbagai aspek termasuk politik untuk mengeluarkan mereka daripada mimpi siang sejak 20 tahun berada di bawah ketiak Shafie Apdal dan ADUN yang bersilih ganti.




Walaupun Semporna kaya dengan khazanah alam semula jadi untuk menjana ekonomi rakyat, namun disebabkan ketiga-tiga ADUN dan ADR tersebut tidak mempunyai kredibiliti dan daya pemikiran yang luas; maka terdapat pelbagai kepincangan dalam sistem pentadbiran kerajaan, seolah-olah 'tidak berkerajaan lagi'.


Apapun ini, semuanya bergantung penilaian terhadap diri empat orang yang disebut-sebut sebagai calon DUN dan Parlimen yang bakal diketengah PKR pada PRU 13 untuk menamatkan penderitaan rakyat Semporna.-SK

PECAH BERITA!!! Bekas Pendakwaraya Kanan II Persekutuan, Yusof Zainal Abiden bakal sertai PAS pada 1 Jun !


Selepas Naib Ketua Pemuda Umno-APCO Kampar, Samhuri Md Zain membuat keputusan U-Turn hanya dalam tempoh 52 jam mengamuk di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta di Batu Gajah, kejutan kembali semula mewarnai arena politik tempatan.

Kesediaan Bekas Pendakwaraya Kanan II Persekutuan, Yusof Zainal Abiden menyertai pasukan peguambela Anwar jelas membuktikan bahawa ada kepincangan serius dalam sistem kehakiman negara yang sekian lama dicabuli rejim pemerintah sejak zaman Mahathir menjadi perdana menteri.


Tetapi siapa yang menyangka Yusof pun boleh membuat U-Turn meninggalkan Najib dan Gani Patail terkapai-kapai setelah bersara wajib 1 Februari lalu malahan telah meletakkan jawatannya beberapa hari sebelum keputusan dibacakan hakim Mahkamah Tinggi, Zabidin Mohd Diah.


Kita tunggu dan lihat 2 Julai nanti apakah yang akan dibuktikan Yusof dalam misi untuk membuktikan pertuduhan yang sengaja direka Pejabat Peguam Negara ini ke atas Anwar dapat membersihkan namanya yang sedikit tercalar satu ketika dulu.


Dan bukti terbaru daripada Twitter ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengatakan bahawa Yusof akan menyertai PAS pada 1 Jun ini bakal membuatkan Najib Altantuya semakin pening kepala!


Nga dalam Twitternya sebentar tadi mengatakan:


@ngakorming
Terkini : Former Solicitor General Dato Yusof will officially Join PAS on 1/6/12. More Top civil servant will be with PR to save M'sia!

@ngakorming
Terkini : Bekas Pendakwaraya Kanan Dato Yusof secara rasmi menyertai PAS pada 1/6/12. Lebih ramai pegawai tinggi kerajaan akan bersama PR untuk selamatkan M'sia!

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nor Manuty menyifatkan Yusof telah 'kembali ke pangkal jalan' apabila mengetuai kumpulan peguam Anwar Ibrahim dalam kes perbicaraan Bersih 3.0.


Beliau berkata, sudah sampai masanya Yusof berjuang bersama-sama Ketua Pembangkang itu untuk menegakkan perkara yang benar dan menolak perkara batil.


"Saya yakin penyertaan Yusof atas kerelaan beliau sendiri, bukan atas paksaan daripada mana- mana pihak. Beliau hadir bagi menuntut keadilan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.


Yusof merupakan ketua pasukan pendakwa dalam kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini.


Beliau meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes Fitnah II selepas menyaksikan Anwar bebas daripada sebarang sabitan.


Kali ini beliau bersama peguam kanan, Karpal Singh dalam pasukan peguambela Anwar dalam perbicaraan tuduhan menyertai Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.


Yusof memutuskan untuk menyertai Anwar setelah menerima tawaran melalui panggilan telefon daripada Anwar malam tadi.


Anwar dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.


Selain beliau, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut dituduh di bawah akta yang sama.


Mohd Nor berkata, Yusof yang mempunyai pengalaman luas sebagai pendakwaraya dalam kes- kes berprofil tinggi sebelum ini bakal membuka mata rakyat mengenai perjalanan kehakiman negara ini.


"Kontradiksi akan berlaku apabila beliau kali ini menyertai pasukan Pembangkang dan ia bakal membuka mata semua rakyat Malaysia. Keadilan pasti akan terjamin," katanya.

JALAN PULANG

NAJIB BUKAN 'ANAK JANTAN'!!! Selagi tak sahut cabaran debat dengan Anwar


SHAH ALAM - Debat Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia akan menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik mencabar kedua-dua pemimpin kanan itu agar muncul dalam satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama 24, bagi menjelaskan kerangka dasar parti-parti masing-masing sebelum PRu13.


Katanya, ia penting bagi negara menuju status negara maju dan selaras dengan kehendak rakyat.


"Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau ketika menutup Debat Sinar Harian sebentar tadi.

Cabaran beliau itu turut disambut positif oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini, yang jumlahnya sekitar 400 orang.


Rafizi yakin Pakatan boleh tawar pendidikan tinggi percuma



Khairy Jamaluddin bersalam dengan Rafizi Ramli sebelum Debat Sinar Harian di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, malam ini.

Menjawab asakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat menyediakan pendidikan percuma tanpa menaikkan cukai jika menguasai Kerajaan Pusat kelak.

Malah kata Rafizi, jika kerajaan memberi keutamaan kepada pendidikan, bukannya ke atas soal pembangunan fizikal semata-mata, maka adalah tidak mustahil perkara itu dapat dilaksanakan.

"Kadar cukai peratusan peribadi di Finland perlu dibandingkan dengan adil seperti epal dengan epal.

"Siapa yang buat perbandingan dengan negara Skandavia itu sebenarnya tidak semak dengan negara itu sendiri," kata beliau ketika menjawab soalan Khairy ketika muncul dalam Debat Sinar Harian bertemakan Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi di sini sebentar tadi.

Sementara itu, ketika menjawab soalan penonton tentang nasib Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah kerajaan PR jika memerintah Putrajaya, Rafizi berkata, mereka tidak pernah mendiskriminasi institusi itu.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan tempat untuk mahasiswa. "Cuma kita tidak mahu IPTS yang didirikan di rumah kedai tetapi mengenakan yuran yang tinggi dan tidak mempunyai kualiti," katanya.

Jelas Rafizi, implikasi daripada keadaan itu akan menyebabkan mahasiswa terpaksa menanggung hutang yang banyak malah, sukar mendapat pekerjaan.

Katanya, PR mahukan IPTS yang berkualiti walaupun mengenakan yuran tinggi.

Sehubungan itu katanya, soal kerangka ekonomi adalah lebih penting dan oleh sebab itu, PR meminta agar model pendidikan ditukar segera
.

MARI BACA!!! Kisah sebenar Najib terkantoi di The Dome London


“Kenapa Saya Tidak Dibenarkan Mengundi?!” – Ucapan Najib Ditenggelami Pekikan Penunjuk Perasaan Ketika Di The Dome London

 Perdana Menteri Malaysia telah merasai ketulinan demokrasi ketika dia berada di atas pentas Arena O2 di London malam semalam dan ucapannya pula ditenggelami pekikan dari segelintir para tetamu undangannya yang berkunjung dengan perasaan marah!

Ini bukanlah apa yang dia inginkan jika dia berada di kampung halamannya sendiri, di dalam ‘sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang paling sempurna di muka bumi ini’, di mana kerajaan yang diterajui BN berkuasa dengan penuh kekerasan dan kekejaman.Di UK juga, jarang sekali para penontonnya bertindak biadap ketika seseorang tokoh terkemuka sedang memberikan ucapan di hadapan khalayak ramai.


Namun, kadangkala kebiadapan penonton boleh berlaku jika si Perdana Menteri telah membuat dirinya tidak lagi popular. Pernah pada suatu ketika Perdana Menteri Britain Tony Blair dilemparkan dengan bantahan bising dari kalangan penonton wanita dari Institusi Wanita dalam tahun 2000, dan malam semalam pula merupakan giliran Najib Razak yang diganggu oleh pekikan “Bersih, Bersih”, ketika dia memberikan ucapan.


“Bolehkah anda berhenti?”

Menurut sesetengah tetamunya yang hadir, bilangan tetamu yang kira-kira 500 orang telah merasa tidak berpuas hati semasa mereka tiba di Arena O2 London itu kerana ketibaan mereka disambut oleh suasana suram dan agak malap sambil mereka makan sandwich dan popia yang kurang enak. Mutu minuman yang tidak baik mungkin telah membantu mereka berjimat di segi belanja makan malam itu, namun ianya amat tidak memuaskan bagi mereka yang tiba dari sejauh Edinburgh!
Bantahan yang ditunjukkan itu nampaknya telah dirancang terlebih dahulu dan tetap dijangkakan. Ramai yang hadir menjangkakan kemalapan keadaan dalam arena itu digunakan untuk menyembunyikan kemungkinan itu. Jika ianya sedemikian, maka taktik itu tidak berjaya kerana banyak rakaman video telah dibuat pada ketika itu.

Sebaik sahaja Perdana Menteri menaiki pentas, diterangi suatu suluhan lampu sorot, bermulalah pekikan bantahan dari sekumpulan kecil para tetamu itu!Para tetamu yang lain pula merasakan diri mereka telah diganggu oleh kehadiran ramai pegawai dari Cawangan Khas, yang telah sibuk mengambil gambar dan merakamkan maklumat peribadi tetamu-tetamu yang hadir.


Namun ramai di kalangan tetamu masih mampu ketawa dan sempat merakamkan gambar-gambar penunjuk perasaan yang bising itu.

Tuntutan-tuntutan Bersih di London


Tidakkah Najib akan membayangkan dirinya akan menghadapi keadaan sebegini ketika berhadapan orang ramai di London? Rakyat Malaysia di luar negara tetap merasa marah dengan kerajaan mereka yang tidak membenarkan ratusan-ribu orang dari kalangan mereka untuk mengundi secara pos, suatu cara pembuangan undi yang dibenarkan oleh negara-negara lain di seluruh dunia.


Pada mulanya Najib cuba meneruskan ucapannya, bercakap mengenai pengangkutan bagi para tetamu yang dijemputnya. Namun, setelah merasa terganggu Najib kelihatan melenting: “Boleh anda hentikannya?” rayu Najib secara malu-malu.

“Bersih! Kami mahukan undi kami!” pekik tetamu yang marah, suara mereka bertambah kuat!

“Boleh anda hentikannya” pinta Perdana Menteri itu dengan putus asa, “Saya bersedia berbincang nanti”, suatu cadangan yang disambut dengan gelak ketawa para tetamu yang lain.

Kemudian setelah Najib kelihatan gagal meredakan keadaan, kumpulan tetamu yang bising tadi telah diarahkan keluar dari Arena O2 oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Najib kemudiannya meneruskan ucapannya dalam keadaan yang bosan dan agak gementar sedikit.

Jika majlis itu dianjurkan untuk Perdana Menteri, maka terjejaslah imejnya selaku seorang pemimpin yang berpengaruh ataupun sebagai seorang pengubah dan ahli demokrat.

Sekali lagi mesej utama kejadian di majlis itu adalah supaya Malaysia bertindakbalas secara proaktif dan positif terhadap tuntutan Bersih yang mahukan pilihanraya yang bersih dan telus.

BERITA DARI PERANCIS!!! Najib dan Zahid akan disapina beri keterangan di mahkamah Perancis


Perdana Menteri, Najib dan Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.
 
Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.

Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda Makhzan.


Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpean yang dibuat oleh syarikat Perancis.


“Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.


“Kami memberikan nama Najib Tun Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,” kata Fadiah dengan mendapat tepukan gemuruh dari lebih 2,000 yang hadir dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching Ahad lepas lapor Free Malaysia Today.


Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.


Namun, baru-baru ini selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.


"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid.


Fadiah dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.


Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.


Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.


"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya.

 
Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi.

"Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi," kata Cheong Seng Keong.


Namun katanya, "Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka."


JALAN PULANG

NI DIA !!! Dato' Jamal penjual nasi lemak, Pengerusi Bersih 4

"Kami terdiri daripada peniaga-peniaga. Saya menjual nasi lemak. Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?"

Selamat menyambut hari lahir kepada Dato' Jamal, kami doakan supaya Dato' dipanjangkan umur, murah rezeki, diberikan kesihatan, gembira disamping org tersayang

Majlis diadakan pada 4 Ogos yg lepas di Concorde Hotel KL, Kawan-kawan Dato' dari M'sia Ferrari owner Club turut sama meraikan majlis

Majlis dikendalikan oleh Roslan Shah, antara artis&selebriti yg hadir ialah Ekin Mawi, Nur syela, Datin Noniswara, Pian cecupak, shahera (halimah jongang),Nurul Syuhada (majalah3), Teh Shuhaida (MHI)




Sumber di sini



Kawan baik Noh Omar 


PETALING JAYA - Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunos yang menganjurkan protes bernama Bersih 4.0 pada hari Khamis dan Jumaat adalah ahli Umno. “Jamal ialah ahli Umno bahagian Tanjung Karang”, kata pegawai khas Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman. Ahmad yang juga bekas ketua bahagian Umno Selayang turut menambah bahawa Jamal rapat dengan Noh.

Jamal, 41, mula mendapat perhatian media pada minggu lepas apabila beliau mengumumkan kepada media bahawa Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur akan menganjurkan protes di dalam bentuk pasar malam pada hari Khamis dan Jumaat ini di hadapan rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk S Ambiga di Damansara, Kuala Lumpur.

Protes itu dianjurkan untuk mendapatkan ganti rugi kerana para peniaga terpaksa menutup premis perniagaan mereka pada 28 April lalu ekoran dari protes ‘duduk dan bantah’ Bersih 3.0 yang diketuai Ambiga.


Menurut laporan Utusan Malaysia, Jamal memiliki 25 buah syarikat perniagaan. Beliau yang memiliki rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan mempunyai banyak cawangan khususnya di Lembah Kelang. ~
fmt

PRU 13!!! Bila tiba masanya, Najib pasti menangguhkannya

Stadium Nasional Bukit Jalil telah dibina pada tahun 1998 sebagai persediaan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel. Ia dibina khas untuk menampung 100,00 orang dengan menempatkan 87,411 duduk dan 20,000 berdiri. 

Terletak di bahagian selatan Kuala Lumpur, stadium pelbagai guna ini telah menjadi tempat pelbagai acara dan UMNO telah memilihnya sebagai tempat dimana mereka akan meraikan ulangtahun ke 66 yang berlangsung selama 13 hari.

Digelar sebagai malam 1 juta Melayu, perhimpunan gergasi UMNO ini akan berlangsung pada pukul 7 malam pada hari Jumaat, 11 May 2012. Persiapan akhir masih ditambah untuk mentransformasikan suasana stadium agar bersesuaian dengan parti yang meriah bakal diadakan.

14 khemah besar telah dinaikkan dan sebahagian kecil boleh disewa oleh peniaga dengan harga RM3000 dan mereka yang mempunyai produk dan barangan untuk ditawarkan telah pun berebut-rebut untuk mendapatkan tempat.

Namun, untuk menyertai perayaan UMNO ini percuma sahaja bukan seperti yang didakwa oleh orang-orang UMNO yang masih kurang percaya- RM300 seorang. Jika ini benar, UMNO akan mendapati tiada siapa yang akan datang, ini akan memalukan mereka sendiri.

Acara di Bukit Jalil ini akan berlangsung selama 3 hari dengan 40 aktiviti yang bakal diadakan seperti permainan, persembahan muzik, ekspo pekerjaan, pameran seni dan kraftangan, peragaan fesyen, silat, photografi, forum dan program bual bicara secara langsung yang diadakan diluar dan dalam stadium itu sendiri.

Acara gilang gemilang dikurangkan selepas BERSIH 3.0


Perdana menteri Najib Razak yang juga presiden UMNO sangat teruja untuk meraikan ulangtahun ini seperti acara karnival supaya dapat menarik ramai orang Melayu untuk menang persepsi populariti untuk mengalahkan BERSIH 3.0 yang berlangsung pada 28 April. 

Bersih yang diadakan untuk menggesa piliharaya yang bebas dan adil telah menarik 250,000 orang rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat. Ini menjadikan harapan Najib untuk kekal dikerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum yang akan datang sedikit tercalar.

Namun, kenapa UMNO begitu cepat untuk mewar-warkan keahlian seramai 3 juta orang, dan senyap tentang ulangtahun ke 66 nya? Dua faktor menjadi kemungkinan.

Pertama sekali, Bersih 3.0 telah menghancurkan harapan UMNO, walaupun Najib enggan mengakui begitu ramai yang telah menyertai bersih dan menuntut kerajaan membersihkan pilihanraya supaya ia tidak menyebelahinya untuk berkuasa selama 5 tahun lagi.

Dua, Najib telah merancang untuk menjadikan acara malam ini sebagai kemuncak bagi ahli UMNO dan mengumumkan pembubaran parlimen yang akhirnya akan memberi laluan untuk PRU ke 13 yang dinanti-nantikan.

Sekarang, Najib kurang pasti. Dia mungkin tidak akan mengumumkan pembubaran parlimen pada malam ini. Tidak apabila pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat sedang mendapat sokongan. Tidak apabila sudah jelas bahawa majoriti senyap yang Najib harapkan untuk memenangi PRU ke-13 telah bersuara pada perhimpunan BERSIH. 

Jelas dan nyata, mereka mendesak Najib dan BN bahawa mereka mahukan perubahan sebenar dan ia harus bermula dengan pilihanraya yang bersih- yang mana Najib tidak akan mampu lakukan kerana takut akan kehilangan kerajaan kepada Pakatan Rakyat.

Sememangnya, jumlah manusia yang hadir di Bukit Jalil pada malam ini dan kesudahan bagi karnival tidak akan menyamai kejayaan yang dimahukan Najib, walaupun ini akan diwar-warkan oleh media arus perdana yang dikawal kerajaan. Hakikatnya, tanpa wang dan semua perbelanjaan dibayar UMNO, tidak ramai ahli akan datang.

Cuaca juga tidak menyebelahi Najib. Hujan mungkin akan turun pada sebelah petang, dan setakat ini tiada laporan bahawa bomoh hujan UMNO dibawa untuk menghalang hujan untuk turun.

Becuti lagi


Walau bagaimanapun, dengan kemeriahan yang berlangsung, ahli UMNO dan rakyat jelata akan memerhatikan Najib dan menunggu pengumumannya tentang PRU ke-13. Ada bookie yang telahpun menerima wang pertaruhan untuk pengumuman itu. Nampaknya, tidak!

Berdasarkan senario politik pasca Bersih 3.0 dan penerimaan yang kurang bagi acara yang telah dirancang orang-orang Najib, termasuk lawatannya ke beberapa buah negeri, jelas bahawa Najib tidak sepopular seperti apa yang dikisahkan oleh media arus perdana. Realitinya, kehadiran amat mengecewakan, walaupun media arus perdana telah mengembar-gemburkan acara ini.

Apa yang akan berlaku pada hujung minggu ini bermula mala mini sehinggalah penutupannya pada hari Ahad? Sebenarnya, tidaklah banyak! Bukan sahaja Najib akan buat pusingan U daripada mengumumkan pilihanraya ke 13, dia sendiri tidak akan hadir untuk upacara penutup.

Ya, seperti yang sering dilakukannya, apabila keadaan menjadi semakin tertekan, Najib- presiden UMNO akan pergi bercuti selama seminggu, membiarkan timbalannya Muhyiddin Yasin untuk membersihkan kekotoran, secara literal dan metafora.

Cabaran terbuka untuk menentang Najib dalam UMNO


Khabar angin terbaru yang disebarkan oleh penyokong Najib adalah dia akan mengumumkan PRU ke-13 apabila sekembalinya dia nanti. PRU ke-13, seperti yang dibayangkan oleh penyokongnya akan berlaku pada bulan Mei atau Jun, hanya akan diadakan pada bulan Julai.

Tetapi, apabila tarikh itu muncul, ada pemerhati berkata bahawa Najib pasti akan mencari alasan lain untuk menangguhkannya. Yang lain berkata Najib tidak mempunyai peluang lain selain mengadakannya pada bulan Julai, paling lambat.

“Bagi Pakatan, kita berpegang pada pendapat bahawa PRU akan diadakan pada bulan Jun. Pelan besar Najib untuk mengumumkannya malam ini dalam acara yang gilang gemilang mungkin telah dibatalkan oleh Bersih 3.0, namun, PRU pada akhir Jun atau Julai berkemungkinan juga,” kata ahli PKR, MP Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

“ Bagi Najib, saya tidak fikir dia mempunyai pilihan lain. Jika dia menangguh lebih dari bulan Julai, kemelut dalaman UMNO akan terbongkar diluar. Ia bukan menjadi rahsia lagi bahawa semua menteri besar tidak gemar akan kepimpinan Najib dan mereka mahu dia berundur terutama sekali jika dia memilih untuk mengadakan pemilihan parti UMNO sebelum PRU. 

 Penagguhan juga akan menguatkan ahli-ahli liberal yang tidak menyebelahi Najib mahupun Mahathir. Menarik juga apabila kita perhatikan bagaimana mereka ini semakin mendapat tempat setelah beberapa kemelut yang berlaku didalam UMNO.
Malaysia Chronicle

LAGI SERTAI PAS!!! Bekas Timbalan Residen Miri sertai PAS

MIRI: Sekarang ini adalah musim untuk golongan professional, selebriti, dan juga bekas pengawai kerajaan menyertai PAS.

Kalau di Perak bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS dan di Miri Sarawak pula seorang bekas pegawai kerajaan merangkap bekas Timbalan Residen Miri juga telah menyertai PAS baru-baru ini.


Sempena  lawatan Pimpinan Tertinggi PAS Pusat ke Sarawak, bekas Timbalan Residen Miri, Haji Johari Bujang telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada Majlis Hi-Tea di rumahnya di Luak baru-baru ini.


Beliau semasa Pilihanraya DUN Sarawak yang lepas bertanding di DUN Lambir atas tiket SNAP namun beliau tidak menjadi ahli SNAP.


Dalam ucapannya, Johari Bujang menyebut bahawa sebelum ini beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik walaupun sebelum ini pernah bertanding di DUN Lambir dalam Pilihanraya DUN Sarawak tahun lepas atas tiket Parti SNAP.


Menurutnya lagi, beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PAS setelah sedar dan yakin akan prinsip perjuangan PAS serta begitu tertarik dengan kseungguhan PAS khususnya PAS Kawasan Miri dalam usaha membawa perubahan serta pembelaan kepada nasib rakyat.


Beliau ingin bersama-sama berada di dalam PAS bagi menyumbang secara langsung kepada perjuangan rakyat.


Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak, Jofri Jaraiee, Ketua Penerangan PAS Sarawak M Azwani, Ketua Pemuda PAS Sarawak M Arifiriazul Paijo dan setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri, Yeo Kian Leong.


Acara sederhana tersebut menunjukkan yang PAS telah diterima oleh semua golongan masyarakat.


Pada sebelah malam, Datuk Mahfuz Omar bersama rombongan PAS Miri melawat rumah panjang Empading di Sg Bakas.

Penduduk di rumah panjang tersebut menyambut dengan baik dan memberi sambutan hangat kunjungan rombongan PAS pada malam itu.


PAS Miri memberi sedikit buah tangan sebagai tanda hormat atas kunjungan ke rumah panjang tersebut dan juga memberi penerangan tentang kunjungan serta matlamat perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat.


Dalam rumah panjang tersebut terdapat 2 orang OKU (Orang Kurang Upaya) salah seorang dari OKU tersebut, Idai ak Entebang mengadu kepada PAS bahawa beliau tidak menerima BR1M, E-Kasih dan juga bantuan dari kebajikan masyarakat.

"Kita minta pihak yang berkenaan agar dapat membantu Idai ak Entebang tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik kerana beliau juga golongan yang kurang upaya yang sepatutnya dapat menerima sumbangan dari wang pembayar cukai.

"Kita ingin mengingatkan pihak yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan masyarakat agar dapat menjalankan tugas mereka dengan adil untuk semua, jangan disebabkan mereka ini tidak sehaluan dengan fahaman kita maka kita meminggirkan mereka ini tanpa balas kasihan," kata Jofri Jaraiee.
-Hrkh

SUDAH TUKAR KA!!! Dulu pendakwaraya , sekarang peguambela Anwar


Dato' Yusof Zainal Abidin yang merupakan bekas pendakwaraya kanan (kes liwat 2), tampil di mahkamah Jalan Duta hari ini sebagai barisan peguam pembelaan untuk Anwar Ibrahim. Kehadiran beliau sebagai peguambela mengejutkan banyak pihak.

Ternyata angin perubahan yang melanda negara membuatkan golongan yang semakin condong meninggalkan regim bukan sahaja berlegar di kalangan rakyat biasa, artis, bekas polis dan tentera, malah bekas pendakwaraya yang pernah menekan/menuduh Anwar Ibrahim sendiri kini sudah bersama.


Kemenangan Anwar Ibrahim dalam siri kes liwat pada tanggal 901 memberi kesan yang besar untuk rakyat bersama meninggalkan sebuah regim yang zalim dan bersedia untuk sebuah kerajaan yang baru bakal dibentuk sejurus PRU-13.


Kapal sudah semakin usang, badai kebangkitan terlalu besar untuk dihadap. Ayuh semua bersama Pakatan Rakyat, kita bentuk sebuah negara baru di mana rakyat menjadi tuan dan kebajikan menjadi keutamaan.


Tahniah Dato Yusof kerana memilih untuk membela DSAI yang suatu ketika dulu adalah seteru. Samada atas dasar profesionalisma atau sokongan terus, apa yang lebih penting ialah anda bersama di atas tajuk melawan kezaliman!


DSAI hadir di Mahkamah Jalan Duta

Yusof: Bukan ada masalah peribadi dengan AG

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah hari ini bersabitan kes BERSIH 3.0 , bekas peguam cara negara II Mohd Yusof Zainal Abiden juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat' II.

Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.

Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.

"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.

"Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari.

PRU 13!!! PAS Parit Buntar bersedia bila-bila masa


PARIT BUNTAR, 21 Mei : PAS Parit Buntar bersedia bila-bila masa menghadapi pilihanraya umum ke 13, kata Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi. Beliau berkata demikian selepas taklimat jentera pilihanraya PAS Parit buntar telah dihadiri lebih 300 orang petugas Unit Peti Undi (UPU) bagi Parlimen Parit Buntar. 
 
Taklimat dan motivasi pilihanraya telah disampaikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, YB Dr. Hatta Ramli di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong.

Dalam ucapannya  Dr. Hatta meminta semua petugas Jentera Piliharaya Kawasan meningkatkan lagi gerak kerja piliharaya semaksimum mungkin kerana PRU 13 ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja kerana tempohnya telah melebihi empat tahun. 
 
" Parlimen Parit Buntar ini menjadi tumpuan seluruh negara sebagai salah satu parlimen yang menjadi harapan untuk dimenangi dalam menuju ke Putrajaya. 
 
" Respon rakyat di seluruh negara menunjukkan Pakatan Rakyat kini menjadi pilihan rakyat yang mahukan perubahan dalam politik negara untuk mengambilalih kerajaan pusat dalam PRU 13 nanti" katanya 
 
Dr. Hatta berkata , rakyat sudah muak dan jijik dengan kerakusan BN yang mentadbir negara ini lebih 50 tahun. 
 
" Sudah tiba masanya pula Pakatan Rakyat diberi peluang untuk membuat perubahan dalam negara ini. 
 
" Sekiranya PRU 13 ini dijalankan dengan bersih dan adil, beliau optimis, Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih Putrajaya melihat kepada sambutan rakyat kepada PR diseluruh negara" katanya
 
Turut hadir  memberi ucapan termasuklah  Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa , Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin  dan , Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim.