Sunday, May 27, 2012
SKANDAL SCORPENE!!! 7 fakta mengapa Najib tidak akan terlepas
Sebelum kita pergi kepada bagaimana Najib dikatakan mempunyai kekebalan diplomatik (diplomatic immunity) sebagai seorang ketua kerajaan, adalah lebih baik jika kita melihat beberapa fakta-fakta berikut:
Fakta pertama:
Menteri Pertahanan ketika proses pembelian kapal selam Scorpene pada 5 Jun 2002 adalah Perdana Menteri ketika ini, Najib , sementara Perdana Menteri ketika itu adalah Mahathir Mohamad dan timbalannya, Abdullah Badawi. Adalah mustahil kedua-dua mereka ini tidak mengetahui langsung proses pembelian kapal selam ini kerana ia melibatkan antara sebuah kerajaan dengan kerajaan lain.
Fakta kedua:
Perjanjian yang ditandatangani antara Menteri Pertahanan yang mewakili Kerajaan Malaysia dengan DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol melibatkan nilai keseluruhan EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion) wang pembayar cukai adalah termasuk dengan komisen pembelian kapal selam bernilai EUR114 juta (RM540 jut) yang dianggap rasuah oleh Kesatuan Eropah (EU) kepada Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda, strategis Najib. -RASUAH!
Fakta ketiga:
Perolehan kapal selam yang diminta Najib daripada DCNS adalah EUR1 bilion (RM3 bilion) yang dipohon dalam kadar segera bagi tujuan yang masih tidak diketahui. - RASUAH!
Fakta keempat:
Sebahagian daripada nilai keseluruhan EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion) itu pula dipindahkan pula kepada sebuah syarikat milik Razak Baginda yang berada di Hong Kong, Terasasi Sdn Bhd bernilai EUR36 juta (RM114 juta). - RASUAH!
Fakta kelima:
Pada 3 Mei 2012, SUARAM mendedahkan bahawa ia telah mendapat akses penuh kepada kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat yang sealam ini dirahsiakan kini boleh diakses SUARAM sebagai Plaintif dalam kes sivil terhadap DCNS. - KEJAYAAN BESAR!
Fakta keenam:
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis dari pejabat Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 yang termasuk faks yang ditulis tangan dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F. DuPont bertarikh 1 Jun 2001, dialamatkan kepada Arnaud Dubus, dan salinannya dihantar kepada Baiocco dan SAUVAGEOT "PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT" sebagai subjek.
Fakta ketujuh:
Antara dokumen-dokumen penting yang ditemui adalah kewujudan invois yang difakskan oleh Terasasi Sdn Bhd (No. syarikat 524814-P) pada 19 September 2004 untuk Bernard Baiocco ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia. Invois yang dinyatakan jumlah sebanyak EUR359,450 (RM1.2 juta) untuk tujuan 'yuran kejayaan' yang akan dibayar melalui akaun Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3.000.450-8 dan mengandungi nota ditulis dalam bahasa Perancis adalah berikut:
"Razak (Najib Altantuya) demande si ce SF peut etre pris en Compte assez vite. Le Support Fee suit avec un rapport”.
Terjemahan: Permintaan Razak (Najib Altantuya) jika yang SF boleh diambil kira agak segera. Yuran sokongan berikut dengan laporan.
Apakah dengan ketujuh-tujuh fakta di atas maka Najib layak memperolehi imuniti sedangkan peringkat pendakwaan kini sudah berada di tahap akhir??
Sebenarnya, memiliki imuniti sebagai Perdana Menteri tidak dapat menghalang Najib daripada dibicarakan di Perancis atas penglibatannya dalam skandal rasuah Scorpene.
Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, Najib merupakan saksi penting kerana terlibat dalam pembelian kapal selam itu ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.
"Imuniti bukan sesuatu yang mutlak. Ia bergantung kepada asas jenayah yang dilakukan. Ia perkara yang sangat subjektif," katanya pada taklimat kes berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya semalam.
Beliau mengulas soal imuniti Perdana Menteri dan hubungan kedaulatan antara kedua negara yang dikatakan bakal menghalang Najib sebagai saksi di Tribunal Paris Grande de Instance.
Mengulas bidang kuasa Mahkamah Perancis, Cynthia berkata, mahkamah negara itu akan mengeluarkan sapina kepada saksi sebelum mengeluarkan waran tangkap di Kesatuan Eropah.
Beliau berkata, pihaknya percaya Abdul Razak Baginda - kenalan rapat Najib Altantuya dan pemilik Perimekar Sdn Bhd akan dipanggil sebagai saksi pertama selewat-lewatnya Jun atau Julai ini.
"Berdasarkan siasatan, Abdul Razak akan menjadi saksi utama. Perbicaraan terhadap saksi akan dilakukan secara perbicaraan terbuka," katanya.
Beliau turut menambah, selain komisyen kepada Perimekar sebanyak Euro 114 juta (RM540 juta), Mahkamah Perancis juga mendapati dua penemuan baru.
Ia direkodkan sebagai Doc 87 iaitu tuntutan bayaran yang dibuat Najib Altantuya bernilai RM3 bilion daripada DCNS- syarikat pembuat kapal selam berkenaan.
Manakala dokumen kedua direkodkan sebagai Doc 97, yang disalurkan kepada Terasasi Sdn Bhd, milik Abdul Razak, di Hong Kong bernilai Euro36 juta (RM114 juta).
JALAN PULANG
TERKINI!! Majlis Pecah Tanah Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai hari ini
Kerajaan Kelantan hari ini mencatat sejarah sebagai negeri pertama yang akan membina lebuhrayanya sendiri hasil inisiatif kerajaan negeri tanpa perlu bergantung kepada Kerajaan Persekutan yang menganak tirikan cadangannya sejak PAS memerintah negeri ini pada 1990.
Upacara pecah tanah fasa pertama pembinaan lebuhraya baru ini sepanjang 43 kilometer akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Machang.
Fasa pertama pembinaan ini dari keseluruhan 73 kilometer dengan empat lorong dua hala bakal memberi impak besar menggerakkan ekonomi negeri ke kawasan Kelantan Tengah dan Kelantan Selatan sebanyak RM4 bilion setahun.
Projek yang menelan belanja RM1.7 bilion itu akan dilengkapi dengan dua hentian rehat dan rawat (R n R), tujuh persimpangan bertingkat, laluan untuk binatang liar serta tidak ada sebarang pondok tol dibina kerana ia lebuhraya tanpa tol pertama dibina di negara ini.
Walaupun bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi pernah mengusulkan penbinaan lebuhraya ini semasa pilihanraya umum ke 12 namun ia tidak terlaksana kerana Kelantan kekal di tangan PAS selain ia hanya janji politik semata-mata bagi memancing undi.
Pakej pertama Kuala Krai-Machang akan bermula dari bandar Machang sebagai titik tengah kepada keseluruhan pembinaan menganjur ke selatan di Kuala Krai dan ke utara hingga ke Kota Bharu akan dilaksanakan oleh Menta Construction Sdn Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam kata-kata aluannya berkata, impian rakyat Kelantan untuk melihat sendiri kerajaan negeri membina lebuhraya untuk rakyat dan laluan khas untuk binatang memperlihatkan betapa Islam sangat adil kepada semua termasuk makhluk Allah yang hidup di muka bumi ini.
Tambahnya lagi, ia sekaligus dapat merancakkan sektor pelancongan dan perindustrian negeri kerana saban minggu jalan raya di Kelantan menghala ke ibu negeri penuh sesak dengan kenderaan pelancong sejauh Singapura semata-mata mahu melihat keindahan dan keunikan negeri Serambi Makkah ini.
Justeru adalah wajar bagi rakyat supaya menyokong usaha pembinaan lebuhraya baru ini dengan menderma sedikit daripada gaji kita untuk merealisasikannya.
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd melalui akaun Bank Islam bernombor 3036 01 000 3031.
Sementara itu, Kerajaan Kelantan meminta pihak luar memberi peluang kepada kerajaan negeri membina ‘lebuh raya rakyat’ tanpa mengeluarkan persoalan negatif apa lagi berbaur tidak sihat.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Husam Musa, berkata sebaiknya berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan negatif berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian kepada media semalam ketika mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Fatmi Che Salleh, yang mendakwa pembinaan lebuhraya oleh kerajaan negeri tidak akan berjaya.
Pada sidang medianya itu Husam seterusnya berkata, kerajaan negeri telah memilih lima daripada sembilan syarikat yang berhasrat untuk membina lebuhraya ini.
“Kita buat saringan akhirnya daripada lima syarikat dan hasil daripada pemerhatian itu, kita telah memilih dua daripada sembilan syarikat yang memohon.
“Syarikat ini kebetulan pula syarikat yang terkenal dan mana-mana pihak yang meraguinya boleh menyemak track recordnya sebelum ini,” ujar Husam lagi.
Beliau turut mempersoalkan kenyataan negatif pihak berkenaan, adakah munasabah sebuah syarikat besar tiba-tiba ingin menyerah diri untuk melaksanakan projek yang tidak ada jaminan pembayaran.
“Kalau saya adalah pemilik syarikat itu, saya tidak akan menerima projek besar ini yang langsung tidak dijamin pembayarannya.
“Kerana dia yakin kerajaan negeri akan membayar berdasarkan strategi yang kita aturkan dengan syarikat berkenaan,” ujarnya.
Atas keyakinan itu katanya, syarikat berkenaan menawarkan diri, ia bukan syarikat tepi jalan yang tidak ada pengalaman iaitu Menta Contraction untuk fasa pertama.
Jadi katanya, Fatmi boleh menyemak latarbelakang kemampuan syarikat itu sebelum ini.
“Pilihanraya dijangka tidak akan diadakan pada tempoh yang terdekat ini, jadi kita ada peluang untuk melihat lebuhraya ini ada progress ataupun tidak,” ujarnya.
Beliau turut mengambil contoh Jambatan Sultan Yahya Petra yang pernah disindir akan pembinaannya oleh pihak Umno dan akhirnya dengan sokongan rakyat, ianya berjaya dibina.
“Andainya Jambatan Sultan Yahya dianggap satu perkara mustahil, lebihraya ini juga bukan suatu yang mustahil. Sebagai sebuah kerajaan negeri, kita mempunyai cara, kemudahan, untuk melaksanakan projek sperti itu.
“Ia akan menjadi tunggak kepada kejayaan pembinaan pembangunan yang lain pada masa akan datang termasuk pendaratan gas dan minyak,” katanya.
Menyentuh ada pihak yang membandingkan pelabuhan darat di Kuala Krai dan jambatan di Palekbang, Tumpat yang tidak berjaya dilaksanakan, Husam mendakwa ianya bukan projek kerajaan negeri.
Katanya, Jambatan Palekbang dicadangkan oleh sebuah syarikat swasta yang juga bakal memajukan Hotel River View yang ada sekarang.
Menurut Husam lagi, Hotel River View telah beroperasi kecuali jambatan kerana telah berlaku kegawatan ekonomi pada tahun 1997, di mana syarikat Ardona dari Pulau Pinang itu telah membatalkan projek berkenaan.
“Perkara ini dipersetujui bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan ini bukan projek kerajaan negeri, sebaliknya projek swasta,” ujarnya.
Sambungnya, berlainan pula dengan projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang diusahakan oleh kerajaan negeri, begitu juga pelabuhan darat.
Katanya, pelabuhan darat dicadangkan oleh pihak swasta di atas tanah mereka sendiri dan bukannya dari kerajaan negeri.
Menurutnya, kegagalan itu kerana masalah kegawatan ekonomi menyebabkan tanah syarikat tesebut terpaksa dilelong.
“Kerajaan negeri hanya bekerjasama dalam beberapa perkara khususnya berhubung kelulusan bagi membolehkan pelabuhan darat itu diadakan sebahagiannya pula dari kementerian di peringkat Pusat,” ujarnya lagi.
Sambungnya, antara kerajaan dan syarikat suatu yang berbeza.
Katanya, pembinaan lebuhraya ini 100 peratus diusahakan dan milik kerajaan negeri.
“Tetapi saya tidak mahu berkata apa-apa sekarang, fokus kita insyaallah kita akan buat apa yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri,” katanya.
Husam seterusnya menambah, pihak di luar sana diharap memberi peluang pada kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat rakyat tanpa sebarang kenyataan negatif.
Apa yang penting sekarang ini, jelas Husam peluang amat wajar diberikan pada kerajaan negeri untuk meneruskannya dan bukannya membuat sebarang spekulasi.
PENDEDAHAN TERKINI!!! Skandal Scorpene: Lampiran tertulis 'C4' dalam sampul surat dibongkar
Nota: Hasil sidang media SUARAM jam 1 tengah hari tadi di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Jalan Maharajalela, di ibu negara.
(Gambar: Pengerusi SUARAM, Dr Kua Kia Soong, Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel dan peguam Perancis yang dilantik, Joseph Brehem).
Awal minggu ini, sebuah akhbar di Hong Kong telah mendedahkan 'skandal kapal selam Scorpene yang mengaitkan Perdana Menteri Najib , kawan karib Baginda Razak sehingga penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh dengan kejam pada 2006.
Dalam laporan berita, yang telah dipetik oleh beberapa blog di Malaysia, Najib telah digambarkan sebagai pelaku utama di sebalik konspirasi untuk menyendoki komisen yang besar daripada pembelian 2 kapal selam dari DCNS Perancis, pembuat senjata untuk kerajaan Malaysia.
Beliau juga dikaitkan dalam pembunuhan Altantuya, di mana dua bekas pengawal peribadi beliau telah dihukum gantung manakala Razak Baginda kontroversi dibebaskan.
Akhbar Hong Kong juga melaporkan bahawa mahkamah Perancis telah memanggil Najib untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes rasuah yang difailkan oleh SUARAM Malaysia terhadap DCNS.
Altantuya berusia 28 tahun, dipercayai telah bercinta dengan kedua-dua Najib dan Razak Baginda, adalah penterjemah yang telah dibunuh kerana peranannya sebagai orang tengah dalam kes itu, di mana Najib dan Razak Baginda telah dituduh mengumpul sogokan haram bernilai lebih daripada RM500 juta.
Dia ditembak di kepala dalam hutan yang dibersihkan di Malaysia pada tahun 2006 dan mayatnya dibom dengan bahan letupan C4 gred tentera untuk mencegah dari dikenalpasti.
Lebih banyak dana diperlukan untuk kuku pesalah-pesalah
Sementara itu, SUARAM telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan Ops Scorpene 2.0 untuk mengumpul dana untuk melawan DCNS di mahkamah Perancis. Ia telah mengeluarkan kenyataan di bawah.
"SUARAM berharap bahawa dengan bermulanya kes Kapal Selam di Perancis, kita boleh menghantar satu mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia tidak akan duduk dan menerima ahli-ahli politik korup dan aktiviti rasuah yang berleluasa di Malaysia.
Skandal komisen kapal selam, salah satu rompakan terbesar Malaysia dalam zaman moden, bukan satu satu isu tetapi mencerminkan penyalahgunaan meluas pentadbiran Barisan Nasional (BN) dengan lingkaran kesan domino, bagaimana cukai pembayar wang yang telah digunakan dan disalahgunakan.
SUARAM adalah sebuah pertubuhan hak asasi manusia, yang dikenali untuk bersuara tanpa takut dalam mempertahankan hak asasi manusia, tadbir urus yang baik dan sebuah masyarakat yang terbuka dan bertanggungjawab.
Kami meneruskan kes mahkamah untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan untuk rakyat Malaysia yang wang yang telah disalahgunakan.
Selama lebih 20 tahun SUARAM telah bekerja untuk mendedahkan amalan rasuah, tadbir urus yang lemah dan memperjuangkan hak-hak manusia sebelum keuntungan.
Jadi untuk meneruskan perjuangan untuk membongkar skandal di sebalik pembelian kapal selam, dan menurut kes yang sedang berlaku di Perancis, SUARAM perlu banyak bantuan dan derma daripada rakyat Malaysia.
Kempen ini perlu diteruskan tanpa sebarang gangguan dan dengan sokongan penuh rakyat Malaysia.
Kos adalah sangat tinggi dan akan kekal sedemikian rupa untuk beberapa tahun akan datang sehingga kes itu dilupuskan dan kebenaran menguraikan, sekali dan untuk semua. "
Mengumpul dana kempen Kedua
Ops Scorpene 2.0 adalah kempen kutipan derma dan kesedaran kedua (yang pertama adalah pada bulan Julai 2011) untuk terus mengejar dan menanggung perbelanjaan kes itu di mahkamah Perancis, yang telah meningkat kepada menjadi satu isu besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.
Ia bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat Malaysia untuk mempersoalkan perbelanjaan persenjataan dan ketelusan dalam perolehan senjata negara.
Majlis makan malam tersebut akan diadakan pada 15 Jun 2012, 7.30 petang di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.
Ops Scorpene bertujuan untuk mengumpul RM300 ribu dari makan malam kutipan dana ini dan akan digunakan untuk menanggung yuran guaman peguam yang bekerja untuk memastikan kejayaan kes itu.
Cynthia Gabriel dari SUARAM, Joseph Breham, salah seorang daripada 2 peguam Perancis, dan pemimpin-pemimpin politik seperti Saudara Mat Sabu, Ahli Parlimen Tian Chua dan Tony Pua akan menangani perkembangan terkini di sekitar kes itu.
Terdapat juga beberapa persembahan dan gerai untuk NGO untuk mendapatkan mesej dan kempen mereka ke hadapan (tatal ke bawah untuk butir-butir event).
Bagaimana ia bermula
Pada 5hb Jun 2002, Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol untuk perolehan dua kapal selam kelas Scorpene .
Kontrak perolehan secara rundingan terus dengan syarikat-syarikat pembuatan, dengan perkhidmatan Perimekar Sdn Bhd. Razak Baginda adalah pemilik syarikat Perimekar.
Menurut kepada penjelasan Kerajaan, kontrak itu dibahagikan kepada dua bahagian:
Kos dua kapal selam Scorpene bersama-sama dengan pakej yang meliputi Sokongan Logistik Bersepadu dan latihan yang berjumlah Euro 969.15 juta (Walau bagaimanapun pada 14 Mei 2008, Najib Altantuya memberitahu Parlimen bahawa ini sebahagian kos Euro 999.15 juta)
Pembayaran kepada Perimekar Sdn Bhd di atas nama "perkhidmatan koordinasi" untuk tempoh enam tahun, jumlah wang itu ialah Euro 114.96 juta.
Dengan kadar pertukaran pada masa itu, kos adalah bersamaan dengan:
Pembayaran bagi kos kapal selam antara: RM 2.14b (Euro = RM3.2 pada tahun 2002) - RM 5.43b (Euro = RM5.6 pada tahun 2008) (kini Euro = RM4.7)
Suruhanjaya: mungkin kira-kira RM540 juta (kadar pertukaran pada masa pembayaran dilakukan)
Aduan yang difailkan dalam harapan memulakan siasatan
Pada 23 Disember 2009, SUARAM melalui rangkaian di Perancis menghubungkannya dengan hak asasi manusia peguam terkemuka di Perancis, memfailkan aduan dengan sistem kehakiman Perancis, dengan harapan bahawa suatu penyiasatan awal akan dimulakan.
Ini dilakukan untuk membolehkan akses kepada maklumat, kepada kontrak kerajaan yang ditandatangani dengan Perimekar dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia kerajaan di Malaysia.
Pada April 2010, peguam yang mewakili SUARAM dimaklumkan bahawa mahkamah telah menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah bagi pembayaran berjumlah 114 juta Euro yang dibuat sebagai komisen dari DCNS kepada Perimekar.
Perancis, mengamalkan sistem Undang-undang Sivil di mana seorang hakim memikul peranan pengadil melit dan penyiasatan, sehingga jauh disimpan penemuan siasatan sulit.
Walau bagaimanapun, peguam SUARAM telah dimaklumkan bahawa penyiasatan akan datang berakhir, dan perlu berpindah ke perbicaraan penuh selepas ia memutuskan sama ada atau tidak terdapat keterangan yang mencukupi untuk meneruskan perkara itu di mahkamah terbuka.
Pada 16 Mac 2012, mahkamah Perancis telah membuka siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan dan penyalahgunaan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian 2 kapal selam kelas Scorpene, kembali pada tahun 2002.
Mahkamah kelas pertama: Saksi-saksi termasuk Najib dicadangkan
Suatu siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan dan penyalahgunaan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, kembali pada tahun 2002, bermula pada 19 April 2012 (Khamis) di Paris Tribunal de Grande instance (TGI), yang dikenali sebagai ijazah mahkamah pertama yang berkaitan dengan perkara-perkara litigasi sivil.
Penyiasatan ini akan dijalankan di hadapan dua hakim, Hakim Roger Le Loire dan Hakim Serge Tournaire.
Pada 20 April SUARAM telah diwakili oleh Dr Kua Kia Soong (Pengarah dan salah satu pengasas SUARAM), diikuti oleh Cynthia Gabriel (Ahli Sekretariat) dan peguam Fadiah Nadwa dari Lawyers For Liberty (LFL).
Mereka muncul di hadapan Hakim Roger Le Loire dengan peguam Joseph Breham.
Dr Kua membentangkan kes bagi SUARAM, menyematkan harapan pada pendengaran kehakiman di Perancis selepas percubaan mengecewakan lebih pembunuhan Altantuya, siasatan SPRM tidak berkesan, penindasan maklumat di Malaysia dan kekurangan ketelusan dalam soalan-soalan parlimen ke atas komisen Scorpene.
SUARAM sewajarnya dicadangkan maka Menteri Pertahanan dan semasa Perdana Menteri Najib Altantuya, Abdul Razak Baginda, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi , PI Balasubramaniam, bapa Altantuya, Setev Shariibuu; Jasbir Singh Chahl, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan sebagai saksi yang berpotensi sebagai saksi utama.
Pada 3 Mei 2012, SUARAM mendedahkan bahawa ia telah mendapat akses penuh kepada kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat dirahsiakan kini dicapai untuk SUARAM sebagai Plaintif dalam kes sivil terhadap DCNS.
Undang-undang Perancis menyediakan kekangan beberapa kawasan akses.
Manakala SUARAM tidak mampu untuk mendapatkan satu salinan keras dan mengedarkan salinan sekitar, Walau bagaimanapun berhak kepada pandangan yang penuh dengan dokumen dan dapat memetik daripada mereka kepada media dan orang ramai.
Penemuan baru
Pada PC SUARAM mendedahkan baru mendedahkan dan penemuan dalam:
a. Dokumen 87
b. Dokumen 144
Dokumen 87
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis dari pejabat En. Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 yang termasuk faks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F. DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada Arnaud Dubus, Sk kepada BAIOCCO dan SAUVAGEOT "PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT" sebagai subjek.
Encik DuPont terperinci kronologi lawatan dan tindakan masa depan semasa dalam perjalanan di Malaysia di mana terdapat pelbagai akujanji dirancang dalam mesyuarat rundingan tertentu dengan Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli pengurusan daripada Perimekar semasa yang dua kontrak cadangan (2) akan disebut (dari DCNI kepada Perimekar serta antara Perimekar dan Kerajaan Malaysia).
Beliau akhirnya menunjukkan mesyuarat dengan DATO 'SRI NAJIB di Perancis pada 14 Julai 2001 dengan syarat bahawa DCNI menawarkan jumlah maksimum sebanyak USD1 bilion untuk penginapan (di Perancis) Perimekar.
Sampul surat dengan sub folder bertajuk 'C4'
Pejabat pendakwa atas arahan telah diterima daripada Thales International Asia, sampul surat pada 22 Ogos 2011.
Sampul surat yang terkandung mengandungi:
- Satu folder sub bertajuk "C4"
- Satu folder sub bertajuk "invois"
- Fail dalam format PDF
- Sebuah pemacu mudah alih USB
Antara dokumen-dokumen penting adalah kewujudan invois difakskan oleh TERASASI Sdn Bhd (Syarikat No.524814-P) pada 19 September 2004 untuk Bernard BAIOCCO ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia. Invois yang dinyatakan jumlah sebanyak Euro359,450,00 untuk tujuan yuran kejayaan yang akan dibayar kepada Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3.000.450-8 dan mengandungi nota ditulis dalam bahasa Perancis adalah berikut:
"Razak demande si ce SF peut etre pris en Compte assez vite. Le Support Fee suit avec un rapport”.
Terjemahan: Permintaan Razak jika yang SF boleh diambil kira agak segera. Yuran sokongan berikut dengan laporan.
Waris-Najib dan Baginda?
Oleh itu ternyata bahawa Thales International Asia tidak boleh mengabaikan bahawa jumlah yang dibayar kepada TERASASI Sdn Bhd akhirnya mendapat manfaat Najib Razak Menteri Pertahanan dan / atau perunding beliau, Abdul Razak Baginda.
Ia telah menjadi jelas bahawa ini menjadi salah satu rompakan kerajaan Malaysia ke atas rakyat!
Ia tidak lagi hanya Euro 114.9 juta komisyen kepada Perimekar yang membentuk asas aduan kepada Mahkamah Perancis yang berada dalam soalan.
Ia telah diperbesarkan ke dalam syarikat pelancongan yang melibatkan membunuh syarikat yang ditubuhkan untuk merumitkan penyembunyian rompakan terang-terangan wang pembayar cukai Malaysia dan Perancis '.
Lebih banyak-komisen retro telah muncul membenarkan penyalahgunaan badan-badan seperti dana haji (Lembaga Tabung Haji) dan dana pencen tentera (Lembaga Tabung Angkatan Tentera).
JALAN PULANG
BELUM PUN MENANG!!! Pemimpin UMNO Kedah dah berebut nak jadi Menteri Besar
Desas-desus Mukhriz akan menjadi calon Utama MB Kedah telah bertiup
kencang dan dari sumber dipercayai beliau telah mengatur strategi untuk
bertanding di DUN Kuah. Banyak aktiviti dan program telah diatur
dikawasan Dun Kuah semenjak akhir ini dan dibantu oleh Tun Mahathir.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah bimbang isu calon Menteri Besar daripada Barisan Nasional Kedah akan menimbulkan pepecahan di kalangan anggota parti.Sambil berharap persoalan siapa bakal calon Menteri Besar itu ditamatkan, beliau berkata sudah wujud suasana ketegangan yang tidak perlu akibat daripada timbulnya isu berkenaan beberapa hari lepas.
“Saya bimbang sekiranya isu berkenaan terus dimainkan ia akan menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti. Harus kita ingat UMNO dibina berdasarkan pasukan iaitu kesepaduan kesemua pemimpin, Kita bergerak sebagai satu pasukan, bukan secara individu,”.
“Maka apabila ada pihak tertentu cuba cetus persoalan calon Menteri Besar, ia boleh menyebabkan rantaian tindakan yang boleh menjejaskan kesepaduan parti terutama kita sudah hampir pada pilihan raya,” katanya.“Saya amat berharap isu itu ditamatkan. Ia tidak membantu parti malahan merosakkan imej parti, parti pembangkang akan berkata tengok BN, belum menang negeri sudah berebut dikalangan mereka untuk menjadi Menteri Besar,”.
“Saya ingin nyatakan biar kita menang dahulu, kemudian kita serahkan kepada Perdana Menteri untuk tentukan calon Menteri Besar dan siapa sahaja yang dipilih akan disokong semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Persiapan Pilihan Raya kepada Pengerusi Unit Pilihan Raya Parlimen Alor Setar di sini, hari ini.
Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN Kedah berkata, sekiranya BN menang kelak, semua calon daripada UMNO yang menang pada pillihan raya nanti layak menjadi Menteri Besar
TERLALU AWAL BERCAKAP SOAL CALON MB -Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata
terlalu awal untuk berbincang siapa calon Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional menguasai Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata cerita-cerita menyebut beliau adalah calon Menteri Besar Kedah juga berupa satu khabar angin semata-mata."Ia berupa spekulasi semata-mata dan juga terlalu awal. Soal pelantikan menteri besar hanya boleh ditentukan selepas pilihan raya," jelasnya.
Mukhriz berkata beliau bersedia bertanding di mana-mana kerusi.
"Saya tidak fikir ia sudah diputuskan sama ada saya bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)...dari segi persediaan, saya sudah umumkan bahawa saya tidak bermasalah dengan mana-mana keputusan."Sekiranya pucuk pimpinan BN berasa saya perlu kembali untuk bertanding kerusi DUN di Kedah, saya tidak bermasalah dengan itu. Sekiranya mereka kata saya perlu duduk di peringkat persekutuan, saya juga tidak bermasalah.
Media memetik seorang sumber dalaman parti sebagai berkata Mukhriz dipercayai merupakan calon terbaik untuk jawatan menteri besar kerana beliau popular di kalangan pengundi berusia bawah 50 tahun.Bagaimanapun, Mukhriz berkata, kajian terbaru menunjukkan faktor belia bukan menjadi kriteria utama untuk dipilih sebagai calon.Katanya, pengundi muda inginkan calon yang mempunyai kriteria mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah mereka sama ada di bandar atau kawasan luar bandar.
Bagaimanapun, katanya pembangkang tidak boleh lagi memerintah kerajaan negeri Kedah dan mereka tidak menyelesaikan semua masalah malah menimbulkan lebih banyak masalah.
UMNO KEDAH UMNO RECYCLE- Pandangan Ahli Biasa UMNO
UMNO KEDAH MERUPAKAN PARTI UMNO YANG TIDAK MEMPUNYAI MUKA-MUKA BARU UNTUK DIKETENGAHKAN DALAM PRU 13. Ini kerana sudah menjadi budaya UMNO Kedah supaya pemimpin pelapis baru tidak mempunyai tempat di dalam UMNO Negeri.
Ini terbukti bila UMNO KEDAH dan UMNO Bahagian mencalunkan semua muka-muka "RECYCLE" yang sudah ditolak oleh rakyat pada PRU 12. Muka-muka recycle ini tidak tahu malu dan masih lagi ingin menjadi calun sedangkan PILIHANRAYA sekarang bukang seperti pilihanraya dulu. Kalau letak monyet, monyet akan menang asalkan guna logo BN.
Tetapi kini rakyat sudah celik dan bukan senang untuk menang sekadar guna logo BN. logo BN pula kini ibarat logo yang tidak disukai rakyat kerana dikaitkan dengan Barang Naik.
UMNO Kedah pula asyik suka sangat kepada pemimpin yang sudak ditolak rakyat namun masih lagi ingin berkuasa di negeri kedah. Almaklumlah itulah budaya UMNO ... UMNO untuk TUO-TUO saja. Budak dan remaja cari parti lain.
Bila ramai remaja mula menjadi Pemimpin di DUN dan Parlimen kerana sikap Parti Keadilan, DAP dan PAS membuktikan bahawa PAKATAN RAKYAT adalah parti yang lebih sesuai untuk remaja.
UMNO cuma adalah sebuah parti yang lebih suka bagi RM 50 sekali sekala untuk menjadi PENCACAI dan PELAWAK. Bayangkan setiausaha Politik Pemimpin Pakatan ramai yang berkelulusan Diploma dan Ijazah. Tetapi di dalam UMNO, lebih-lebih lagi UMNO Kedah, kebanyakkan mereka cuma kelulusan SRP, LCE dan SPM.
Dalam UMNO kalau TAU CAKAP ... dan TAU AMPU cudah cukup untuk menjadi pemimpin di UMNO KEDAH.Kedah.kini
SPR HILANG MANDAT!!! Tidak dipercayai rakyat untuk menguruskan pilihanraya
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Tinjaun terbaru di Dataran Merdeka membuktikan bahawa pengundi sudah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya kini termasuk peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata pemerhati Bersih hari ini. Menurut Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, natijah kepada tinjauan terbabit telah mendapati bahawa sistem pilihanraya berusaha untuk menubuhkan sebuah pasukan untuk memenuhi keperluan politik bagi PRU akan datang.
Tinjauan itu dilakukakn sehari selepas ribuan perusuh berhimpun pada Bersih 28 April lalu yang menemukan sembilan daripada sepuluh pengundi mahukan sistem pilihanraya yang bersih sebelum menjelang PRU ke-13. Tinjauan oleh Merdeka Centre berhasil mendapatkan hampir separuh daripada 1,019 pengundi yang berdaftar yang percaya daftar pemilih mempunyai pengundi diragui termasuk warga asing.
"Keyakinan rakyat adalah isu besar, rakyat sedar bahawa SPR tidak melaksanakan tanggungjawab mereka untuk meyakinkan rakyat bukannya keluar mendabik dada."SPR hanya pekerja dan telah lama mendapat kepercayaan rakyat," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.
Apabila ditanya mengenai tinjauan yang membawa keputusan bahawa SPR sudah kehilangan mandat
sebagai badan bebas pilihan raya negara ini, Ambiga berkata :"Ya, saya percaya."
"Ini menunjukkan bukan sahaja kaji selidik tersebut, tapi dibuktikan dengan kehadiran 250,000 ketika perhimpunan Bersih."Beban itu bukan sahaja ditanggung SPR, tapi pihak berkuasa juga perlu memastikan pembaharuan pilihan raya dilaksankan," katanya. Kaji selidik itu menyebelahi Bersih," kata Ambiga.
Beliau berkata hasil kaji selidik itu turut menunjukkan pengundi Malaysia menuntut akauntabiliti daripada SPR dan suruhanjaya itu tidak boleh membiarkan perkara itu."Rakyat tidak membeli penyelesaian ... SPR juga tidak seharusnya memikirkan yang masyarakat tidak mengetahui apa yang mereka perkatakan, mereka bukan bodoh."
Kaji selidik Merdeka Centre mendapati 92 peratus daripada pengundi menuntut untuk daftar pemilih dibersihkan dan hanya 44 peratus menyatakan keyakinan terhadap pilihan raya di Malaysia bebas dari unsur salah guna kuasa.
48 peratus respondan bersetuju daftar pemilih tidak tepat dan "dibelenggu" dengan pengundi meragukan seperti warga asing, mereka yang dipindah tanpa pengetahuan atau individu yang memiliki identiti lebih dari satu."
Perhimpunan Bersih 28 April lalu adalah yang ketiga dalam tempoh lima tahun menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.Selepas demonstrasi Julai tahun lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas untuk mengemukakan cadangan terhadap sistem pilihan raya dan diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan laporan lengkap.
Bagaimanapun, Bersih mengadakan protes yang menegaskan jawatankuasa itu gagal memenuhi tuntutan
mereka termasuk membersihkan daftar pemilih, pengundi pos, media bebas, dan penggunaan dakwat kekal.Namun Merdeka Centre berkata dalam kenyataannya, kaji selidik yang dijalankan antara 14 April hingga 26 April itu mendapati 39 peratus responden memahami pembaharuan tuntutan pilihan raya.
Bagaimanapun, 34 peratus percaya jawatankuasa dwipartisan itu ikhlas untuk memperbaiki sistem pilihan raya. Perhimpunan yang menyaksikan ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan hujung bulan lalu dan menyaksikan pertempuran antara perusuh dan polis telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) menuduh pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan melalui demonstrsi.
BAKAL TERDEDAH!!! Siapa Menteri UMNO kantoi akibat nafsu serakah?
gambar hiasan
Menteri terbabit dipercayai sudah melangsngkan perkahwinan kali kedua tanpa pengetahuan isteri pertamanya di luar negara dan selama ini berjaya menyimpan rahsia itu kerana beliau diatakan tidak menunjukkan unsur-unsur yang mencurigakan, termasuk sentiasa bermalam di rumah setiap malam kecuali jika ada tugasan di luar kawasan.
Bagaimanapun isterinya yang dikatakan sudah mendengar 'bisik-bisik burung' bahawa suaminya telah menikah lagi satu sejak beberapa bulan lalu, tidak terus mempercayainya sebaliknya telah mengupah seorang penyiasat persendirian untuk mengintip gerak-gerinya suaminya itu.
Hasil daripada pengintipan dan bukti-bukti yang diperolehi melalui hasil kerja penyiasat persendirian itu akhirnya mengesahkan bahawa menteri terbabit bukan saja didapati sudah berkahwin lagi, bahkan dikatakan sudah memperolehi seorang anak hasil perkahwinan keduanya itu.
Isteri keduanya yang dipercayai dinikahi di luar negara itu adalah bekas seorang model dan tidaklah terlalu popular dan glamour seperti Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Shafie Afdal.
Oleh kerana perkahwinan yang cuba disembunyikan itu sudah terkantoi, kini hubungan menteri terbabit dengan isteri pertamanya berada dalam 'zon perang dingin' dan menteri berkenaan juga didapati sudah kurang muncul di dada-dada media sama ada bercakap tentang isu politik mahupun melibatkan tugasan kementeriannya.
Malahan jika diperhatikan wajah terbarunya yang sesekali muncul di akhbar dan tv, kelihatan raut wajahnya tidak lagi ceria, sedikit susut dan bagaikan sudah hilang aura sebagai seorang pemimpin yang diharapkan untuk masa depan UMNO.
Tindakan menteri terbabit berkahwin lagi dan menambah bilangan isteri sebenarnya tidak menimbulkan apa-apa masalah kerana beliau memang berkemampuan tetapi sebagai seorang menteri dan anggota pentadbiran kerajaan sepatutnya menghormati undang-undang syariah Malaysia yang menetapkan bahawa mana-mana lelaki yang ingin menikah lagi harus mendapat kebenaran daripada isteri pertama terlebih dahulu.
Adalah amat jelek dan menimbulkan kecacatan kredibiliti bahawa seorang menteri pun sanggup melanggar undang-undang hanya kerana gagal mengawal nafsu sendiri.
Selain itu, tindakan menteri terbabit berkahwin lain juga menimbulkan persepsi tidak baik kepada masyarakat dan seolah-olah mengesahkan kebenaran tanggapan umum selama ini bahawa antara hobi pemimpin UMNO dan kerajaan bila disaluti kuasa dan kemewahan ialah menambah bilangan isteri, dan bukannya melipatgandakan perkhidmatan kepada rakyat.
Dengan beberapa orang menteri UMNO yang sebelum ini turut diketahui mempunyai lebih daripada seorang isteri dan mempunyai pelbagai hubungan terlarang walaupun diketahui 'tidak sekacak mana', terbongkarnya rahsia seorang lagi menteri ini pastinya menambah-burukkan imej UMNO di mata umum.
Itu belum didedahkan lagi bagaimana kemewahan yang dilimpahkan kepada isteri barunya itu dan ia akhirnya akan meleret pula kepada bagaimana sumber-sumber kemewahan itu diperolehi sebagaimana yang terjadi kepada Shafie Afdal.
Jika itu terbongkar nanti, UMNO dan kerajaan juga yang menanggung bebannya. Harapan kemenangan UMNO dan BN secara keseluruhannya pasti akan terjejas dalam PRU 13 ini kerana perlakuan sebegini adalah bukti bahawa pemimpin-pemimpin UMNO tidak mahu berubah walaupun kuasa yang dipegang kini sudah berada di tepian gaung.
Sebagaimana kata-kata seorang bekas menteri, " orang lelaki yang bekahwin lebih dari satu tidak boleh dipercayai cakapnya kerana mereka akan berbohong sepanjang masa".
Kalau isteri dan keluarga pun boleh dibohongi, rakyat apatah lagi!! (SH21/05/2012)
KES NAYA!!!Orang UMNO kena tipu hidup-hidup oleh Taukeh Sekinchan Ikan Bakar
Mungkin ramai yang berkata “ Apa ke bodoh sangat Datuk Jamal Pengerusi BERSIH 4.0 nak jadikan Lamborghini sebagai hadiah cabutan bertuah bagi yang ‘Like’ Facebook BERSIH 4.0 tu?”
Mungkin ramai yang berkata “ Apa ke bodoh sangat Datuk Jamal
Pengerusi BERSIH 4.0 nak jadikan Lamborghini sebagai hadiah cabutan
bertuah bagi yang ‘Like’ Facebook BERSIH 4.0 tu?”
Sekali
lalu tindakannya itu memang kelihatan bodoh kerana sebelum ini beliau
telah mendakwa mengalami kerugian akibat Himpunan BERSIH 3.0 yang lalu.
Tetapi ramai yang tidak mengetahui, meskipun Tun Mahathir telah
mengatakan hanya orang-orang bodoh yang kini bersama UMNO, yang memimpin
ahli-ahli UMNO itu tidaklah sebegitu bodoh sebenarnya.
Perlu kita akui dalam beberapa hal, pemimpin UMNO ini sangat bijak
terutama sekali menipu dan memperbodohkan ahli-ahlinya dan juga rakyat
Malaysia.
Mereka bijak dalam hal membina kekayaan dengan memperbodohkan penyokong-penyokong dan juga ahli UMNO sendiri.
Berbalik kepada Datuk Jamal, adakah beliau begitu bodoh untuk
menjadikan sebuah Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta
itu sebagai hadiah utama cabutan bertuah begitu saja tanpa mengharapkan
pulangan?
Meskipun beliau berulangkali menegaskan itu adalah sebagai menghargai
kepada yang memberikan sokongan kepada gerakan BERSIH 4.0..
persoalannya di sini kenapa perlu berbelanja di Restoran Sekinchan Ikan
Bakar miliknya untuk menyertai cabutan bertuah itu?
Kenapa tidak diberikannya begitu saja BMW530 kepada yang menjadi
sahabat ke 150,000 dan Lamborghini Gallardo tersebut kepada sahabat yang
ke 1,000,000?
Sila baca syarat-syarat yang dikenakannya ini..
Meskipun potongan harga sebanyak 30% iaitu RM15 akan diberikan dari
setiap pembelian yang bernilai RM50 di mana-mana cawangan Restoran
Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) bayangkan jumlah yang Datuk Jamal ini akan
kutip dari 150,000 orang yang menjadi sahabat kepada “Fanpage – BERSIH
4.0 Cintakan Keamanan” itu..
150,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM5,250,000
RM5.25 Juta itu adalah anggaran untung kasar..
Oleh kerana banyak pihak mengatakan harga ikan bakar di Restoran
Sekinchan Ikan Bakar itu mahal gila, kita anggap beliau memperolehi 40%
keuntungan dari setiap jualan.
40% dari RM5.25 Juta ialah RM2.1 Juta..
Dengan meletakkan sebuah BMW 530 model 2005 yang bernilai RM225,000, beliau bakal mengaut keuntungan mencecah RM1.9 Juta..
Itu keuntungan yang dikaut beliau andaikata 150,000 berjaya dijadikan
mangsa pembodohannya, bagaimana pula jika beliau Berjaya mendapatkan
1,000,000 mangsa.
1,000,000 mangsa yang tertarik dengan Lamborghini Gallardo model 2009
bernilai RM1.2 juta yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan
bertuah.
1,000,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM35,000,000
Untung kasarnya ialah RM35 Juta sahaja..
40% dari RM35 Juta pula ialah RM14 Juta..
Lebihkurang RM14 Juta bakal dikaut beliau sebelum akhir bulan jun 2012, jika 1,000,000 orang berjaya diperbodohkannya..
Lamborghini Aventador LP 700-4 |
Dengan RM14 Juta itu beliau mampu memiliki 7 buah Lamborghini model
2012 iaitu Aventador LP 700-4 yang berharga sekitar RM2 Juta sebuah.
Adakah Datuk Jamal bodoh?
Beliau tidak bodoh… tatapi beliau bijak mempergunakan dan mengambil
kesempatan dari orang-orang yang bodoh untuk mengaut keuntungan
sebenarnya..
Berikut adalah syarat-syarat yang sudah tidak lagi kelihatan dalam “Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan”…
Oleh itu… jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO!!
JOM BACA!!!Yang akan hilang kuasa ialah UMNO, bukan Melayu
Mari kita lihat tektik UMNO dalam menipu bangsa Melayu..
- Justeru itu kami berasa terpanggil bagi mendidik generasi muda melayu bagi memahami situasi yang meruncing serta merugikan bangsa melayu islam seluruhnya.
- Tektik UMNO ini adalah pengaruh yahudi dengan mengunakan tentera-tentera dajalnya bagi melemahkan daya pemikiran umat islam di seluruh kepulauan Melayu ini dari bangkit meperjuangkan hak mereka dalam beragama.
- Tektik UMNO untuk menggugut pengundi Melayu. Kata mereka kalau UMNO kalah dalam pru-13, orang melayu akan hilang kuasa. Sebenarnya UMNO yang hilang kuasa, bukan orang Melayu. Kalau calon Melayu UMNO kalah, calon Melayu PKR dan PAS lah yang akan menang. Bukankah calon Melayu PKR dan calon Melayu PAS juga Melayu?
- Bersandarkan fakta kedudukan Dewan Rakyat selepas PRU-12 (2008) dibandingkan ketika PRU-11(2004), jumlah calon melayu (2004) adalah sebanyak 123 orang, manakala jumlah calon Melayu (2008) adalah sebanyak 130 orang.
- Walaupun selepas UMNO kalah 5 negeri kepada pakatan rakyat, jumlah calon Melayu yang menang bertanding telah meningkat sebanyak 7 orang. Peningkatan dari 58.1% dari tahun 2004 kepada 62.8% di tahun 2008. Jelas dari fakta ini, kenyataan dari UMNO dan Barisan Nasional bahawa Melayu akan hilang kuasa jika UMNO kalah di PRU-13 ini adalah sesat semata-mata.
Rakyat sudah bijak menilai fakta yang sedia ada dan tidak mudah
ditipu oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional melalui media murahan
mereka yang sentiasa suka melacurkan etika kewartawanan demi kuasa diri,
keluarga dan kroni-kroni.
Hancurkan UMNO, hancurkan Barisan Nasional, negara selamat.jomkitabaca
DEDAH!! Wakil Rakyat BN salah guna kuota pembelian rumah kos rendah semasa perintah Selangor?
Senarai nama ADUN dan ahli parlimen yang menyalah-gunakan kuota
pembelian rumah kos rendah untuk kepentingan peribadi dan ahli keluarga
terdekat akan didedahkan.
Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim, pihaknya menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
(LPHS) akan membuat pemantauan secara terperinci untuk memastikan kuota
yang diperuntukkan itu diagihkan dengan betul .
“Ketika pemerintahan kerajaan BN, setiap ADUN diperuntukkan kuota untuk mengagihkan rumah kos rendah kepada mereka yang layak .
“Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008,
kuota yang diamalkan sejak sekian lama itu telah dimansuhkan kerana
diragui ketelusannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Serah
semula rumah
Menurut Khalid, pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari
ini, beliau juga telah mengarahkan pemantuaan dibuat terhadap setiap
kakitangan kerajaan yang memiliki rumah kos rendah sejak 2004 sehingga
sekarang.
“Ba
gi kakitangan kerajaan yang telah memiliki rumah kos rendah, mereka
akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan jika terdapat unsur-unsur
penyelewengan dalam pemilikan itu, tindakan sewajarnya akan diambil.
“Kakitangan kerajaan ini juga akan diminta untuk menyerahkan semula
rumah berkenaan kepada Kerajaan Negeri untuk dijual kepada mereka yang
benar-benar layak,” katanya.
Khalid berkata dalam kes dua pegawai kanan kerajaan negeri – Sharipah
Marhaini Syed Ali dan Hanizah Katab, mereka telah diminta menyerahkan
semula unit yang dimiliki kepada kerajaan negeri untuk dijual.
“Tindakan ini tidak bermakna kerajaan negeri cuba menyekat mana-mana
kakitangan kerajaan daripada memiliki rumah kos rendah asalkan mereka
benar-benar layak serta menepati syarat dan prosedur yang telah
ditetapkan,” katanya.
Menteri Besar Selangor itu juga berkata pihaknya mahu memastikan
pengagihan rumah kos rendah dibuat secara adil sejajar dengan prinsip
ketelusan dan kebertanggungjawaban yang ditekankan dalam pentadbiran.
MUSNAHLAH HARAPAN!!! Setpol Najib tersungkur di kaki MCA
Di antara pegawai Najib yang paling ghairah untuk menjadi calon
pilihanraya ialah Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua UMNO
Bahagian Wangsa Maju di Wilayah Persekutuan. Beliau juga adalah
Pengerusi BN Wangsa Maju dan Ketua Penerangan UMNO WP.
Sejak bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju pada 2008 lagi, antara umpan kempen yang sering digunakannya ialah beliau boleh "berbisik" dengan Najib supaya mengembalikan kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA kepada UMNO.
Atas kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Najib di Kementerian Kewangan dan gembar-gembur tentang hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri, umpan yang digunakan itu memang mudah menambat hati ahli dan perwakilan UMNO. Ia kemudian diperkukuhkan lagi apabila tidak lama selepas memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian, beliau juga berjaya meyakinkan pucuk pimpinan agar memberikannya pula jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju yang sebelum ini dipegang oleh Yew Tiong Look daripada MCA.
Namun perkembangan dalam politik semasa sekarang ini memperlihatkan bahawa Najib tidak akan menukar ketetapan kouta antara parti-parti dalam komponen BN yang telah dipersetujui sebelum ini. Ini bermakna, sekurang-kurangnya dalam konteks WP, pembahagian kouta adalah kekal sepertimana dalam pilihanraya 2008 lalu.
UMNO akan terus bertanding di Putrajaya, Setiawangsa, Titiwangsa dan Lembah Pantai sahaja sementara lain-lain kerusi akan ditandingi oleh MCA dan Gerakan. Najib dipercayai tidak mahu menanggung risiko perpecahan di kalangan komponen BN dan kehilangan sokongan bukan Melayu pula jika beliau bertindak menukarnya dalam suasana sekarang.
Ini bermakna harapan UMNO dan Shafie Abdullah untuk melihat kerusi Wangsa Maju dikembalikan kepada UMNO tidak akan kesampaian dalam PRU ke 13 ini.
Tersungkurnya harapan Setiausaha Politik Najib untuk bertanding di Wangsa Maju diperkuatkan lagi bilamana MCA akan menganjurkan jamuan makan tengahari besar-besaran bersama NGO-NGO dan persatuan penduduk seluruh Wangsa Maju pada Ahad, 27 Mei ini di Kampung Pengantin, Jalan Genting Kelang yang akan turut dihadiri oleh semua pucuk pimpinan MCA termasuk Dr Chua Soi Lek dan mereka yang memegang menteri, timbalan menteri dan sebagainya.
Di majlis itu nanti, semua pemimpin atasan MCA akan diselerakkan untuk duduk dan bergaul dengan pemimpin-pemimpin masyarakat pelbagai kaum yang terdapat di Wangsa Maju.
Keberanian MCA mengadakan majlis jamuan yang dijangka dihadiri oleh lebih 1,000 orang itu dan kesediaan semua pimpinan kanan MCA turun ke Wangsa Maju adalah indikator jelas bahawa kerusi MCA akan terus kekal ditandingi oleh MCA dalam pilihanraya akan datang ini.
Tetapi jika indikator itu belum memadai, pada 29 Mei ini pula Najib sendiri akan turun ke Wangsa Maju dalam satu majlis di Kolej Tunku Abdul Rahman atau TAR Kolej yang merupakan IPTS milik MCA. Ini bermakna sekali lagi sebahagian besar pemimpin kanan MCA akan berada di Wangsa Maju.
Dua majlis yang diatur oleh MCA dalam tempoh seminggu itu termasuk kesediaan Najib sendiri turun bersama MCA adalah petanda yang cukup jelas bahawa Shafie akan terus "menggigit jari" untuk menjadi calon piliharaya di Wangsa Maju, bahkan beliau akan terpaksa bekerja kuat memastikan kemenangan calon MCA demi maruah UMNO dan Najib walaupun mengambil sikap yang keras dan bermusuh dengan pemimpin MCA Wangsa Maju sebelum ini.
Calon MCA dalam pilihanraya 2008 ialah Yew Tiong Look tetapi beliau kalah dengan 150 undi kepada calon PKR, Wee Choo Keong. Bagaimanapun Wee kini telah meninggalkan PKR dan menjadi calon Bebas yang menyokong BN serta kepimpinan Najib.
Dengan gagalnya misi "berbisik" kepada Najib untuk memperolehi kerusi Wangsa Maju, Shafie dijangka tidak mudah patah semangat dan akan mencuba "berbisik" buat kali kedua untuk membolehkannya bertanding sama ada di Parlimen Setiawangsa mahupun di Titiwangsa pula.
Kerusi Setiawangsa paling menjadi idaman beliau kerana kawasan itu adalah sebahagian daripada Parlimen Wangsa Maju sebelum berlakunya pecahan kawasan pada 2004, selain terdapatnya puluhan ribu undi pos di situ yang lebih memudahkannya untuk memperolehi kemenangan.
Shafie juga turut mengintai untuk bertanding di Titiwangsa bagi mengulangi sejarah tahun 2004 di mana Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju ketika itu, Astaman Abdul Aziz telah dipayungterjunkan untuk bertanding di Titiwangsa menggantikan Drs Suleiman Mohamad.
Jika misi "berbisik" dengan Najib kali kedua itu juga menemui kegagalan, beliau mungkin terus "berbisik" buat kali ketiga pula tetapi kali ini mungkin dengan memperlahankan sedikit nada suara bisikannya iaitu dengan meminta dilantik sebagai Senator pula.
Sekurang-kurangnya dapat juga bergelar Yang Berhormat!! (SH 25/05/2012).
Sejak bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju pada 2008 lagi, antara umpan kempen yang sering digunakannya ialah beliau boleh "berbisik" dengan Najib supaya mengembalikan kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA kepada UMNO.
Atas kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Najib di Kementerian Kewangan dan gembar-gembur tentang hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri, umpan yang digunakan itu memang mudah menambat hati ahli dan perwakilan UMNO. Ia kemudian diperkukuhkan lagi apabila tidak lama selepas memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian, beliau juga berjaya meyakinkan pucuk pimpinan agar memberikannya pula jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju yang sebelum ini dipegang oleh Yew Tiong Look daripada MCA.
Namun perkembangan dalam politik semasa sekarang ini memperlihatkan bahawa Najib tidak akan menukar ketetapan kouta antara parti-parti dalam komponen BN yang telah dipersetujui sebelum ini. Ini bermakna, sekurang-kurangnya dalam konteks WP, pembahagian kouta adalah kekal sepertimana dalam pilihanraya 2008 lalu.
UMNO akan terus bertanding di Putrajaya, Setiawangsa, Titiwangsa dan Lembah Pantai sahaja sementara lain-lain kerusi akan ditandingi oleh MCA dan Gerakan. Najib dipercayai tidak mahu menanggung risiko perpecahan di kalangan komponen BN dan kehilangan sokongan bukan Melayu pula jika beliau bertindak menukarnya dalam suasana sekarang.
Ini bermakna harapan UMNO dan Shafie Abdullah untuk melihat kerusi Wangsa Maju dikembalikan kepada UMNO tidak akan kesampaian dalam PRU ke 13 ini.
Tersungkurnya harapan Setiausaha Politik Najib untuk bertanding di Wangsa Maju diperkuatkan lagi bilamana MCA akan menganjurkan jamuan makan tengahari besar-besaran bersama NGO-NGO dan persatuan penduduk seluruh Wangsa Maju pada Ahad, 27 Mei ini di Kampung Pengantin, Jalan Genting Kelang yang akan turut dihadiri oleh semua pucuk pimpinan MCA termasuk Dr Chua Soi Lek dan mereka yang memegang menteri, timbalan menteri dan sebagainya.
Di majlis itu nanti, semua pemimpin atasan MCA akan diselerakkan untuk duduk dan bergaul dengan pemimpin-pemimpin masyarakat pelbagai kaum yang terdapat di Wangsa Maju.
Keberanian MCA mengadakan majlis jamuan yang dijangka dihadiri oleh lebih 1,000 orang itu dan kesediaan semua pimpinan kanan MCA turun ke Wangsa Maju adalah indikator jelas bahawa kerusi MCA akan terus kekal ditandingi oleh MCA dalam pilihanraya akan datang ini.
Tetapi jika indikator itu belum memadai, pada 29 Mei ini pula Najib sendiri akan turun ke Wangsa Maju dalam satu majlis di Kolej Tunku Abdul Rahman atau TAR Kolej yang merupakan IPTS milik MCA. Ini bermakna sekali lagi sebahagian besar pemimpin kanan MCA akan berada di Wangsa Maju.
Dua majlis yang diatur oleh MCA dalam tempoh seminggu itu termasuk kesediaan Najib sendiri turun bersama MCA adalah petanda yang cukup jelas bahawa Shafie akan terus "menggigit jari" untuk menjadi calon piliharaya di Wangsa Maju, bahkan beliau akan terpaksa bekerja kuat memastikan kemenangan calon MCA demi maruah UMNO dan Najib walaupun mengambil sikap yang keras dan bermusuh dengan pemimpin MCA Wangsa Maju sebelum ini.
Calon MCA dalam pilihanraya 2008 ialah Yew Tiong Look tetapi beliau kalah dengan 150 undi kepada calon PKR, Wee Choo Keong. Bagaimanapun Wee kini telah meninggalkan PKR dan menjadi calon Bebas yang menyokong BN serta kepimpinan Najib.
Dengan gagalnya misi "berbisik" kepada Najib untuk memperolehi kerusi Wangsa Maju, Shafie dijangka tidak mudah patah semangat dan akan mencuba "berbisik" buat kali kedua untuk membolehkannya bertanding sama ada di Parlimen Setiawangsa mahupun di Titiwangsa pula.
Kerusi Setiawangsa paling menjadi idaman beliau kerana kawasan itu adalah sebahagian daripada Parlimen Wangsa Maju sebelum berlakunya pecahan kawasan pada 2004, selain terdapatnya puluhan ribu undi pos di situ yang lebih memudahkannya untuk memperolehi kemenangan.
Shafie juga turut mengintai untuk bertanding di Titiwangsa bagi mengulangi sejarah tahun 2004 di mana Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju ketika itu, Astaman Abdul Aziz telah dipayungterjunkan untuk bertanding di Titiwangsa menggantikan Drs Suleiman Mohamad.
Jika misi "berbisik" dengan Najib kali kedua itu juga menemui kegagalan, beliau mungkin terus "berbisik" buat kali ketiga pula tetapi kali ini mungkin dengan memperlahankan sedikit nada suara bisikannya iaitu dengan meminta dilantik sebagai Senator pula.
Sekurang-kurangnya dapat juga bergelar Yang Berhormat!! (SH 25/05/2012).