Monday, June 18, 2012

MUBARAK MESIR DAH DALAM PENJARA!!! Mubarak Malaysia dah merasa jadi wakil rakyat tapi tak puas nak jadi wakil rakyat lagi

Jika belum memiliki buku ini sila email seperti alamat diatas. Ketika Majlis Bekas Wakil Rakyat BN atau Mubarak menyatakan hasrat kepada Najib beberapa bulan lalu agar bekas-bekas wakil rakyat turut dipertimbangkan sebagai calon pilihanraya akan datang ini, ramai yang menyangka ianya sekadar gurauan atau cakap-cakap main-main sahaja.

Tidak ramai yang menyangka ia perkara serius kerana Mubarak ini dianggotai oleh mereka yang sudah pernah merasai nikmat menjadi wakil rakyat. Takkan mahu menjadi wakil rakyat lagi.


Tetapi apabila Presiden Mubarak, Aziz Abdul Rahman baru-baru ini menyatakan bahawa mereka sudah menghantar 21 nama kepada Najib untuk dipertimbangkan sebagai calon BN, ternyata mereka ini benar-benar serius ingin bergelar YB semula.


Walaupun semua orang mengakui, termasuk Najib sendiri bahawa pilihanraya akan datang ini adalah medan orang muda kerana selera orang muda yang merupakan majoriti pengundi dijangka menjadi penentu siapa menang dan siapa kalah, Mubarak nampaknya tetap merasakan orang tua harus diberikan tempat.


Pemikiran dan keghairahan Mubarak untuk turut sama dipilih sebagai calon pilihanraya sebenarnya tidak lebih menggambarkan mereka ini masih lagi golongan yang tak sedar diri, tak berubah dan kadang-kadang juga syok sendiri.


Tidakkah mereka sedar walaupun tafsiran "winnable" itu cukup terbuka sifatnya dan tiada penentuan had umur, tetapi dengan Mubarak sendiri menawarkan diri sebagai calon, dengan jumlah 21 orang pula, benar-benar suatu perbuatan yang memalukan.


Ini kerana ahli-ahli Mubarak relatifnya adalah orang-orang tua dan pernah pula menjadi wakil rakyat, EXCO Kerajaan Negeri, timbalan menteri, menteri dan sebagainya.


Trend pemimpin pilihan rakyat sekarang ialah orang muda, berpelajaran, bijaksana dan berani dalam memperjuangkan rakyat. Dengan sebahagian besar wakil rakyat BN sedia ada pun sepatutnya sudah ditukar dengan golongan muda, sebenarnya amatlah tidak logik untuk menempatkan semula bekas-bekas wakil ini untuk bertanding semula. Apatah lagi untuk meminta-minta.


Jika mereka dicalonkan semula, ia memberi gambaran bahawa UMNO dan BN bukan saja ketandusan calon tetapi juga tidak menghargai golongan muda yang menjadi penentu pilihanraya.


Sepatutnya dalam soal pilihanraya ini, Mubarak lebih sedar diri siapa diri mereka. Mereka adalah golongan yang sudah merasai nikmat menjadi wakil rakyat. Kalau pun ada di kalagan ahli Mubarak yang dirasakan sesuai, biarlah ia dipilih oleh pucuk pimpinan sendiri dan bukannya mereka yang meminta-minta.


Tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Mubarak ialah membantu parti, bukannya turut sama sibuk melobi jadi calon.


Dengan keghairahan Mubarak sehingga mahu meminta 21 ahlinya sebagai calon pilihanraya juga menunjukkan Mubarak sebenarnya tidak pernah berubah meskipun sudah pernah digugurkan sebagai calon pilihanraya sebelum ini. Jika dipilih lagi, tiada jaminan mereka ini mampu memberi khidmat yang baik dan cemerlang kepada rakyat. Mungkin hanya menambahkan kekayaan sendiri sahaja.


Sudahlah Najib dan UMNO sebelum ini dikata tidak pernah mahu berubah walaupun hari-hari melaungkan ingin berubah, sikap yang ditunjukkan oleh Mubarak ini menyerlahkan lagi hakikat bahawa UMNO secara keseluruhannya memang tidak pernah mahu berubah.


Pemimpin tidak berubah. Ahli UMNO tidak berubah. Bekas wakil rakyat UMNO pun tidak berubah juga rupanya.


Sepatutnya bekas-bekas wakil rakyat ini lebih menumpukan kepada hal-hal lain saja setelah tidak lagi menjadi wakil rakyat. Jika tiada apa yang nak dibuat, melayan anak cucu dan menjadikan kekerapan ke surau serta mendalami ilmu agama jauh lebih baik daripada secara terbuka menyatakan keinginan untuk dipilih semula sebagai calon pilihanraya.


Berhentilah berimaginasi untuk kembali muda dan kerap-keraplah memandang cermin. (SH 16/06/2012)

BILA NAJIB&ROSMAH KE LUAR NEGARA!!! Duit rakyat Malaysia jadi mangsanya, RM 26 Juta ( Dari April 2009 - Mei 2012)





KUALA LUMPUR, 19 JUN: DAP mempersoalkan tindakan kerajaan Barisan Nasional membelanjakan hampir RM26.1 juta bermula April 2009 hingga Mei 2012 yang melibatkan Perdana Menteri dan pegawai-pegawainya untuk lawatan ke luar negara.


Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata, perbelanjaan itu amat besar bagi negara Malaysia yang mana rakyat masih memerlukan pembelaan dan bukannya membelanjakan wang rakyat untuk pemimpin negara membuat lawatan ke negara-negara asing.


Beliau juga kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz tidak menjawab soalannya di Parlimen secara terperinci. Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera telah meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat apakah manfaat dari lawatan-lawatan tersebut kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.


Dalam jawapan bertulis kepadanya, Nazri hanya menjawab bahawa sebanyak 74 lawatan yang telah diadakan dari 2009 hingga 2012.

“Hampir RM26.1 juta telah dibelanjakan dan seramai 1108 bilangan pegawai turut terlibat dalam lawatan tersebut.”

Pada 14 Jun lalu, Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok telah mengemukakan soalan bertulis kepada Kementerian Kewangan mengenai lawatan kerja Perdana Menteri Amerika dan Eropah.

Nazri yang turut memberi jawapan bertulis menjelaskan bahawa lawatan Najib itu selama 11 hari pada bulan Mei lalu memakan belanja RM3 juta
. – Roketkini.com

WWW1!!! 1 twetter, Polis kalut 1Malaysia atau BN tiada modal ?





18 June 2012 – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi beberapa anggota polis di negeri Johor yang diketuai Insp Aridhasan a/l Menandi. Pasukan polis ini datang bersama Warrant yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu. 

Dipercayai berkaitan dengan isu twitter Dato Seri Nizar mengenai plat WWW1 yang menjadi konterversi baru-baru ini.Soalsiasat serta mengambil bahan gambar sumber berlansung dengan harmoni berikutan kerjasama yang diberikan pihak staf pusat khidmat ini dengan pihak polis yang mengambil masa hanya sekitar 45minit.

Menurut sumber disini menyatakan tiada sebarang bahan bukit dirampas atau dibawa keluar dari pejabat pusat khidmat kepunyaan PAS Bukit Gantang disini tadi.

IPD Johor Baharu bersama dengan Inspektor Fazurah dari bahagian Forensik Komputer. kesemua komputer di perjabat tersebut diambil untuk siasatan kes .Menurut sumber laporan , serbuan ini adalah disebab satu laporan yang dibuat oleh UMNO Bahagian Pulai mengenai isu nombor plate kereta WWW 1..


Satu persoalan yang bermain difikiran penulis kalau benar dengan alasan aduan dari pihak Umno membawa kepada waran ini amatlah malangnya senario politik Malaysia sekarang ini. Kenapa bergitu banyak laporan dari Pemuda Pas mengenai kebiadapan akhbar kosmo yang mempersenda harga nombor WWW1 tetapi hingga kini tiada susulan dari pihak berwajib keatas report ini.


Kalau bergini senarionya hanya dengan kertas undi yang akan memberi ruang keadilan kepada semua ,ayuh semua dengan keazaman kita tumbangkan Umno /Bn pada Pru 13 nanti


Nota editor: Diharap Pakatan Rakyat tidak mengkudakan PDRM sebegini rupa jika berjaya menguasai negara. Polis pun nak tunggu UMNO kalah. Penat wo! ke hulu ke hilir buat kerja bodo!


ISU AIR SIAPA CEKAP !!! PR cuma naik 12% + percuma 20m3 , pilih BN Naik 62%

Isu Forum Air Selangor : Umno-BN Yang Tak Sedar Diri

“Ada dua bentuk kehakiman di negara ini, satu kehakiman rakyat dan satu lagi adalah mahkamah. Kita boleh gunakan kedua-duanya sekali


KUALA SELANGOR, 17 JUN : Forum air Selangor yang berlangsung pada 12 Jun lalu berjaya mencari sistem yang terbaik bagi mengurus industri air negeri berbanding dengan cara Umno-BN.


Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada forum tersebut berkata penstrukturan melalui model holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memastikan aset air negeri di urus dengan lebih cekap. Model holistik juga akan memastikan harga air tidak naik lebih dari 12 peratus manakala cara pengurusan Umno-BN akan menyaksikan harga air naik sampai 62 peratus.

Fakta-fakta ini menyangkal dakwaan beberapa pemimpin Umno-BN Selangor baru-baru ini bahawa forum tersebut “syok sendiri” dan tidak mencari jalan penyelesaian. MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, forum itu menyangkal dakwaan Umno-BN yang Selangor tak cukup air di samping menunjukkan usaha penstrukturan semula bukanlah idea baru.


“Selangor mempunyai simpanan air mentah yang mencukupi, manakala kadar rizab air terawat adalah 20 peratus,” beliau berkata apabila ditemui di sini semalam. Justeru, beliau meminta Kerajaan Pusat melaksanakan penstrukturan semula air seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).


“Kita telah buktikan bahawa forum air itu dibarisi oleh pakar atau yang berpendidikan tinggi terutama dalam pengurusan air.

“Mungkin Kerajaan Pusat tidak faham apa yang cuba kita sampaikan,” katanya.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengatakan forum air itu tidak menyelesaikan masalah rizab air terawat yang beliau dakwa semakin berkurangan di Selangor. Media pro-Umno-BN turut melaporkan kenyataan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang mendakwa forum air Selangor hanyalah ‘forum syok sendiri’.


Tambah Dr Dzulkefly, Kerajaan Selangor mampus mengurus air dengan lebih baik seperti negeri lain yang sudah menstrukturkan industri mereka di bawah seperti Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Manakala Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata Model Holistik akan memastikan tarif air tidak akan melebihi 12 peratus setiap tiga tahun.


Ini jauh lebih baik berbanding kenaikan 62 peratus jika penstrukturan tidak dilakukan. ”Kerajaan Negeri menitikberatkan faktor kepentingan pengguna supaya tidak terbeban dengan kenaikan tarif air yang melampau,” kata Xavier yang juga Adun Sri Andalas.




Tambahnya, walaupun permintaan terhadap air di Selangor adalah tinggi, projek gergasi pemindahan air mentah dari Pahang (Langat 2) tidak diperlukan kerana hanya menguntungkan kontraktor.


Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa terdapat sumber-sumber alternatif seperti air bawah tanah. Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor akan meneruskan usaha untuk menyusun semula industri air seperti yang terkandung dalam WSIA.


“Sekiranya Kerajaan Pusat ingin melaksanakannya atas dasar politik, jadi kita tunggu semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Ada dua bentuk kehakiman di negara ini, satu kehakiman rakyat dan satu lagi adalah mahkamah. Kta boleh gunakan kedua-duanya sekali,”
tegasnya.

MEMANG PANAS!!! Video, gambar , berita ADUN UMNO halau pemimpin PR dan penduduk

Pengkalan Pegoh- 16 Jun 2012 
Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti yang memainkan peranan  besar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan.
 Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi Zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.
Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk Hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee”, demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir.
Menurut saudara Anuar Ibrahim Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan tanah padang rakyat tanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri oleh Radzi mahupun YB Dr Lee sendiri.
“ Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk Taman Pegoh Aman yang bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama rakyat”, jelas Radzi Zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat.
Rata-rata pengundi Taman Pegoh Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan. 
Selepas sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang hasrat umat Islam membina sekolah agama.


Isu sekolah agama tersebut boleh dilayari [DISINI]
Lebih memalukan, Haji Nawawi Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang belia Cina dengan ungkapan ‘lancau lu punya padang’. Adakah ini sikap sebenar seorang pemimpin melayu Islam?

Terdahulu Pakatan rakyat Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012. 
Kini beliau hadir atas nama dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya, dan  hanya berucap di hadapan penyokong UMNO sahaja. 
Rakyat Taman Pegoh Aman berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon UMNO di DUN Sungai Rapat.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat

MALAYSIA CAKAP BESAR!!! Tapi Najib paling pengecut


Najib Razak dalam keadaan tidak menentu dan masih tidak dapat menetapkan tarikh pilihanraya. Beliau masih berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat yang sudah semakin ketandusan untuk parti yang dipimpinnya dan setiap hari dengarnya beliau sentiasa berada dikaca TV untuk berkempen menjelang tibanya pilihanraya ini. Pengumuman demi pengumuman dibuat melalui “acronym” yang besar-besar tetapi tidak juga nampak hasilnya.

Tetapi yang lebih jelas Najib sudah begitu “paranoid” terhadap Anwar Ibrahim seolah-olah Anwar akan menyiat-menyiat kulit dari dagingnya (Najib). Begitu ramai yang menjadi paranoid dengan Anwar dan Najib bersama Dr Mahathir Mohamad lah yang menghadapinya yang paling jelas. Ini bukan isu Anwar. Sebenarnya ini adalah isu rakyat an BN yang sudah hilang keyakinan mereka (rakyat).


Semalam Najib mengkritik Anwar kerana beliau (Anwar) telah mencadangkan supaya negara memohon
bantuan IMF semasa beliau menjadi Menteri Kewangan sebagai cara penyelesaian terhadap krisis ekonomi yang kita hadapi pada tahun 1997 dahulu. 

Najib telah menuduh Anwar telah cuba untuk menggadaikan kedaulatan negara kepada IMF tetapi Mahathir telah membantahnya dan bertindak dengan tidak meminjam dari perbadanan kewangan antarabangsa itu.

Ini dijadikan sebagai isu politik oleh Najib kerana BN sudah tidak lagi tinggal banyak modal kempen untuk menghadapi pilihanraya yang tidak lama lagi akan tiba. Dalam kita menghadapi kemerosotan ekonomi mana-mana negara semasa itu, pemimpin-pemimpin negara telah mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi negara.


Jika Anwar mencadangkan untuk mendapatkan bantuan IMF itu semata-mata untuk mencari jalan penyelesaian kepada kegawatan ekonomi negara semasa itu dan bukannya untuk menjual kedaulatan negara kepada IMF dan pihak luar. Kenyataan Najib ini hanyalah kenyataan politik yang sempit dan beliau merasakan isu ini mudah untuk meyakinkan pengundi untuk percaya kepada kenyataan beliau itu.

Cuba kita perhatikan dikeliling kita khususnya negara-negara Asia yang hampir kesemuanya menghadapi masalah kegawatan pada masa itu. Korea Selatan, Indonesia dan beberapa negara lain telah menerima bantuan IMF untuk menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi negara masing-masing. Cuba kita lihat negara-negara itu sekarang ini.

Korea Selatan yang meminjam dan meminta bantuan IMF sekarang ini telah jauh lebih maju dari negara kita dan telah pun menyelesaikan hutangnya kepada IMF. Begitu juga Indonesia yang mana IMF merupakan badan yang menyelamatkan ekonominya semasa kegawatan itu.



Kalau kita ambil contoh kedua-dua negara ini, Malaysia telah ketinggalan dalam bidang ekonomi jauh dibelakang mereka. Tidak timbul isu menjual maruah dan kedaulatan negara mereka, malah negera-negara itu lebih berdaulat dari kedaulatan yang ada kepada negara kita. Kedudukan ekonomi Indonesia dan lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan ekonomi negara Korea Selatan, Malaysia jauh ketinggalan dibelakang, malahan kita hanya setaraf dengan kedudukan negara Myanmar yang baru sahaja mengenali apa itu ekonomi.

Malaysia yang bercakap besar tidak ada dimana-mana dikalangan negara yang menunjukkan prestasi pembangunan pesat seperti yang berlaku di Vietnam dan negara-negara serantau yang lain. Kita masih lagi menyanyikan slogan-slogan yang selama ini membuktikan kesemuanya itu merupakan slogan-slogan kosong yang tidak membawa apa-apa faedah kepada negara.

Isu yang dibanggakan kerana menolak bantuan IMF itu adalah satu isu yang bodoh sombong dan tidak membuktikan kebaikannya. Korea Selatan begitu prakmatik dan telah keluar dari kemelut kewangannya dan sekarang sedang meninggalkan kita jauh dibelakang dalam semua bidang kenegaraan. Jika kita tidak payah menerima bantuan IMF itu, ia bukannya satu kesalahan tetapi tidak boleh menyalahkan orang lain jika bantuan dari perbadanan kewangan antarabangsa itu dijadikan satu “alternative” untuk penyelesaian kemelut kewangan Asia pada masa itu.

Najib bolehlah menggunakan isu negara tidak memerlukan bantuan IMF itu sebagai satu cara untuk meyakinkan rakyat untuk menyokong pentadbiran beliau, tetapi Najib tidak sedar yang isu-isu lain yang begitu besar yang kita hadapi masih tidak mendapat perhatian dari pentadbirannya sehingga ke saat ini.

Yang orang ramai tahu sekarang, hanya satu perkara, perubahan tidak boleh tidak mesti dilakukan. Negara mesti di selamatkan dari dikuasai oleh pimpinan pada hari ini…itu sahaja.


— aspanaliasnet

TAK MAHU JADI KAMBING HITAM!!! Kenapa Ling Liong Sik suruh hakim Skandal PKFZ tarik diri?


Bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik yang diperintah membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memohon hakim yang mendengar kesnya menarik diri kerana didakwa berat sebelah.

Liong Sik yang diwakili peguam Wong Khian Keong memfail permohonan itu 5 Jun lalu di Mahkamah Tinggi di sini dan berikutan itu perbicaraan yang sepatutnya disambung hari ini ditangguhkan sehingga Khamis.


Sehubungan itu, Hakim Ahmadi Asnawi berkata, kedua-dua pihak akan mengemukakan hujah masing-masing Khamis ini.


Menerusi notis usul, Liong Sik memohon Hakim Ahmadi menarik diri daripada mendengar dan memutuskan kes perbicaraan melibatkannya dan ia akan didengar dan diputuskan oleh hakim yang lain.


Liong Sik mengemukakan alasan bahawa komen-komen yang diberikan oleh Hakim Ahmadi ketika memutuskan beliau membela diri pada 9 Mac lalu adalah berat sebelah yang nyata.


TRIVIA: SKANDAL PKFZ



Perdana Menteri Najib dan Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi adalah antara saksi penting yang perlu dipanggil dalam perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perkara itu dinyatakan peguam yang mewakili bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik, Wong Kian Kheong di Mahkamah Tinggi hari ini.


Beliau berkata pendakwaan gagal memanggil Dr Mahathir, Abdullah, Najib , Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim (ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri) serta 19 menteri lain sebagai saksi, tanpa sebarang alasan.


“Dr Mahathir merupakan saksi penting dalam kes ini kerana berdasarkan dokumen secara kronologi, beliau mempunyai peranan peribadi dan aktif dalam projek PKFZ. Abdullah juga perlu dipanggil kerana KDSB (Kuala Dimensi Sdn Bhd) menulis sepucuk surat bertarikh 4 Julai 2001 kepada beliau mengenai projek PKFZ.


“Najib juga adalah saksi penting kerana beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet pada 27 Jun 2007, manakala (Datuk Seri) Dr Rais (Yatim) pula memberi pandangan bahawa tanah itu harus dibeli berdasarkan terma yang ditawarkan KDSB,” katanya.


Menurut Wong, Liong Sik hanya dijadikan kambing hitam dan kabinet sememangnya dimaklumkan mengenai faedah pada kadar 7.5 peratus setahun, lapor Bernama.


Katanya, anak guamnya juga tidak memberikan gambaran yang salah kepada kabinet bahawa kadar RM25 bagi satu kaki persegi (skp) dan faedah 7.5 peratus itu telah disahkan serta dipersetujui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).


Beliau berkata meskipun Dr Ling adalah penandatangan surat kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad bertarikh 29 Jun 2002 serta nota bertarikh 29 Okt tahun yang sama, kedua-dua dokumen tidak disediakan sendiri oleh tertuduh.


“Dr Ling tidak terlibat langsung dalam memberikan apa-apa maklumat kepada Mahathir melalui surat berkenaan. Selain itu, tidak ada bukti yang menunjukkan Dr Ling meminda draf kedua-dua eksibit itu,” katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan.


Wong juga berkata penilaian JPPH pada kadar RM25 skp dalam surat jabatan itu pada September 2000 tidak termasuk jumlah keseluruhan faedah yang perlu dibayar.


Wong berkata, Kementerian Kewangan turut terlibat secara aktif bersama Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Kementerian Pengangkutan dalam projek PKFZ, serta mempunyai pengetahuan mengenai surat JPPH.


Beliau berkata selain itu, pendakwaan gagal membuktikan bahawa semua anggota kabinet terutama Dr Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi (bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu) dan Najib  (yang mempengerusikan mesyuarat kabibet pada 2007), telah diperdayakan.


Dr Ling, 68, didakwa menipu Kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.


Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.


Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.
JALAN PULANG

JOM KITA BACA!!! Bukti-bukti UMNO pecahbelahkan orang Melayu

Dalam Seerah Nabawiyyah, apabila Nabi Muhammad s.a.w. membawa Islam, mengajak kaumnya meninggalkan sembahan berhala, sembahan kepada manusia, judi, zina, penindasan, dan kezaliman, maka kaum musyrikin Mekah yang didominasi oleh kaum Quraisyh, sebangsa dengan Nabi Muhammad s.a.w., mengatakan Muhammad s.a.w. adalah pemecah belah kaum dan bangsa sendiri. 

Bangsa Quraisyh bertanya apakah kamu Muhammad mahu mengajak kami meninggalkan agama dan cara serta tabiat hidup nenek moyang kami?
Apabila PAS mengajak UMNO meninggalkan sembahan manusia ke atas manusia, melaksanakan hukum dan peraturan Islam, meninggalkan judi, menghadkan arak, menutup pintu maksiat dan kejahatan, berhenti songlap duit rakyat dan harta negara, berhenti menghina hukum Allah, maka orang-orang Melayu UMNO kata PAS pecahbelahkan orang Melayu seperti mana bangsa Arab kata pada Nabi s.a.w. bahawa Muhammad pecahbelahkan bangsa Arab. 

Bangsa Melayu UMNO bertanya apakah kamu PAS mahu mengajak kami meninggalkan agama dan cara serta tabiat hidup nenek moyang kami?

Dalam sejarah Melayu di Malaysia,
  • UMNO pecahbelahkan orang Melayu apabila UMNO ditubuhkan oleh penjajah untuk mewarisi undang-undang penjajah; UMNO memerangi Tok Ku Paloh, Tok Kenali Kelantan Abdul Rahman Limbong Pahang, Tuan Hj Hussin Kedah, Mat Kilau Pahang dan ramai ulama dan pahlawan Melayu yang menentang penjajah.  Orang Melayu yang tidak setuju menjadi talibarut penjajah tidak mahu bersama UMNO. http://albangi.wordpress.com/2011/09/01/learn-unlearn-relearn-sejarah-malaysia/
Lambang UMNO yang penuh dengan simbol  dan falsafah Zionis
 

jom kita baca

KENAPA NAJIB & ZAHID TAK BERANI!!!Pegawai Kanan Abdul Razak Baginda akan pergi ke mahkamah Perancis




PETALING JAYA, 16 JUN:
Seorang bekas pegawai kanan Abdul Razak Baginda, akan tampil di mahkamah Perancis bagi memberikan keterangan berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Jasbir Singh Chahl, yang merupakan pegawai Perimekar, sebuah syarikat kepunyaan Abdul Razak, telah disapina oleh mahkamah negara itu supaya hadir untuk memberi keterangan.

Pengarah SUARAM Cynthia Gabriel berkata Jasbir mempunyai banyak maklumat untuk dikongsikan dan beliau telah sahkan kehadiran beliau pada pendengaran kes tersebut.

Pengumuman ini yang dibuat di Majlis Makan Malam Kutipan Dana Ops Scorpene semalam, disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Jasbir merupakan antara saksi yang disenaraikan oleh Suaram untuk disapina oleh mahkamah Perancis bagi kes Scorpene yang akan dibicarakan di negara tersebut.

Saksi lain yang telah dipanggil oleh mahkamah tersebut adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Razak yang merupakan bekas pembantu kanan Najib, turut dipanggil mahkamah tersebut.

Turut tersenarai adalah Bapa mendiang juru bahasa Altantuya Shaaribu, Dr Setev Shaaribu, pengarah pengurusan Boustead Tan Sri Lodin Wok Kamarudin, penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam dan isteri Abdul Razak, Mazlinda.

Cynthia turut memberitahu, walaupun pihaknya menghadapi pelbagai rintangan untuk membawakan kes

ini di Mahkamah Perancis, tetapi ianya semakin berjalan lancar.Beliau juga berkata walaupun kes ini cuba disisihkan oleh media pro-Umno-BN, ia semakin mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

Makan malam di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya itu juga dihadiri beberapa Ahli Parlimen termasuk Tony Pua, Nurul Izzah Anwar dan Sivarasa Rasiah.
Juga hadir Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim.

Di dalam ucapannya, Tony menyelar sikap menteri Umno-BN yang tidak mahu menjawab soalan berkaitan skandal ini di Parlimen dengan alasan dokumen berkaitan kes itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Di Parlimen tak boleh dedahkan kononnya dokumen sulit itu tertakluk di bawah OSA, tetapi bila jual pada firma negara asing RM142 juta, ‘kaw tim’,” kata beliau.

Sebelum ini, seorang peguam Perancis, Joseph Breham, mendedahkan dokumen sulit Tentera Laut Diraja Malaysia dijual kepada syarikat pembina kapal Perancis, DCNS.

Dokumen tersebut didakwa dijual dengan harga RM 142 juta oleh oleh syarikat Terasasi (Hong Kong) Limited yang dimiliki oleh Abdul Razak dan bapanya, Abdul Malim Baginda.

Sementara itu, Makan Malam tersebut berjaya mengumpul RM 200,000 bagi membiayai perbelanjaan pengurusan kes itu di Perancis.



Jumlah tersebut diperolehi dari hasil jualan tiket bagi setiap meja makan yang bernilai dari RM10,000 hingga RM1,000, lelongan kemeja-t bertandatangan Cynthia dan lakaran kartun oleh kartunis terkenal, Zunar.


Sebanyak 10 helai kemeja-t bertandatangan itu dilelong dengan format ‘tender terbuka’ dengan bidaan tertinggi bernilai RM2,000 sehelai.


Lelongan lakaran kartun yang memaparkan kapal selam scorpene membawa ‘rakyat Malaysia’ sambil memegang ‘C4′ dan sedang cuba merempuh lelaki berlabel ‘Najib’ pula telah mendapat bidaan tertinggi bernilai RM5,000.

ANTARA HARUSSANI & DR JUANDA!!! Terserlah KeUmnoan Harussani memberi hujah?

Ini sudah bagus...
Ini yang kita tunggu2...

Ini yang dikatakan sihat...
Berselisih pendapat dalam Islam adalah baik pada pengembangan Ilmu...

Tapi besa la kan...
Mana boleh lari dari persepsi orang sekeliling yang melihatnya...
Yang kena dan selari ngan naluri depa, mesti depa kata dia tu cerdik...
Tapi yang berlawanan dengan kehendak depa, mesti depa kata bangang nak mampuih kurang bijak...

Tapi, betoi ka Dr Juanda Nampak Lebih 'Cerdik' Dari Harussani? Hampa baca dan nilai sendiri laahh... Tengok sendiri camana Sinar Harian pelaga dua mufti ni dalam satu hari yang sama...



Depa kata Dr Juanda Jaya lebih 'cerdik' dan lebih rasional. Usul dan hujahannya lebih boleh dipakai dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani berkaitan isu ini.

“Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang-orang politik,”


“Jika benar ia diumumkan dalam musim haji nanti, baru kita menyatakan hukum kerana bercakap mengenai hukum terhadap perkara yang belum berlaku agak kurang cerdik dan boleh mendatangkan huruhara,”
kata Dr Juanda.
Tan Sri pula terus menghukum....

“Umat Islam yang mencukupi syarat wajib haji perlu menunaikan ibadah haji kerana sekiranya ditangguhkan, ditakdirkan bakal haji meninggal dunia pada waktu tersebut, kematian itu dalam keadaan seorang Yahudi atau Nasara,”
kata Harussani.

Harussani senada dengan Mufti Selangor yang berkata bahawa membatalkan niat menunaikan fardu haji kali pertama adalah haram.


Nasi tambah...
Apa2 pun, sejarah telah membuktikan yang Umno telah menggunakan senjata ini menghadapi pembangkang di era Mahathir dulu. Sebab tu Tuan Ibrahim Tuan Man bangun mengusulkan usul ni pada pendokong2 perjuangan PAS...

Ahh... Baik Juanda atau Harussani, depa telah bercakap berdasarkan ilmu didada mereka. Cerdik atau tidak, Tuhan lebih mengetahui... cewahh...
Tapi bagi aku la, sesapa yang buat PRU dalam musim Haji ni dah tentu lah paling tak cerdik dan bangang sebangang bangangnya...Shalehudin

KEJAM !!! Nota Mengharukan Penyeksaan Tahanan ISA , apa beza kekejaman pemerintah Malaysia dengan Syria?

NONEEKSKLUSIF “Nota penyeksaan” yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.

Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.

Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.



Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:
  • Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik"  daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman".
  • "Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)".
  • "Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk".
  • Minyak panas dilumurkan ke kemaluan.
  • Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan.
  • Melumur pes cili ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari.
  • Mencucuh kemaluan dengan api rokok.
  • Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari.
Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.Malaysiakini

SPRM MACAM SARKIS!!! Terus buka siasatan bila tengok laporan muka depan Utusan

Apa lah punya kartun penguatkuasa di negara aku. Macam neh pun boleh? Korang baca larh sekejap citer kartun kat bawah neh der ;


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima bukti baru berkaitan pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali daripada ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali.

Menurut Ummi Hafilda, bukti tersebut yang berupa beberapa dokumen diserahkan kepada pegawai penyiasat SPRM dalam satu pertemuan dengan mereka di ibu kota, Rabu lalu. Katanya, tindakan pantas SPRM tersebut dibuat ekoran laporan muka depan Utusan Malaysia pada hari berkenaan, mengenai bukti yang ada pada beliau berhubung kes itu.

"Ekoran laporan akhbar tersebut, saya difahamkan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengarahkan pegawainya untuk menemui saya pada hari itu juga. "Pegawai yang saya temui itu memaklumkan SPRM akan membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun Anwar dan abang kandung saya sendiri iaitu Azmin, berdasarkan bukti baru itu,"

Selasa lalu, Ummi Hafilda mendakwa, beliau 'menyimpan' bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun Anwar serta pemilikan harta Azmin dan menyatakan kesediaan menyerahkannya kepada agensi itu sekiranya diminta berbuat demikian. - Utusan-

Owhh..

Time ummi merepek kat paper, dan2 SPRM terus amek tindakan. Time chegu bard melolong terpekik ke sana ke mari pasal cincin yang di bawa masuk atas nama rosmah haram nak siasat. Tak masuk paper ke kenyataan chegu bard tue?

Masuk juga. Tapi apsal SPRM buat penyiasatan terpilih? Aku takde hal pun SPRM nak siasat azmin or dsai. Bahkan aku alu2kan sangat. Mungkin itu cara terbaik untuk clearkan nama azmin dan dsai sebagaimana nama dua adun dari pkr, tgna dan menantunya di clearkan dari pertuduhan rasuah. Ini termasuk kes khalid ibrahim.

Tapi yang aku heran pasai pa SPRM boleh begitu teruja dengan kes 15 tahun lepas? Kenapa tidak kes yang membabitkan BN? Kenapa ada penyiasat berpihak kat sini? Based via newspaper pun depa siasat apatah lagi based on evidence yang chegu bard edarkan sebelum tue. Napa tiada tindakan?

Aku tak tuduh lah cincin USD24million tue sah2 hak milik rosmah oke. Aku cuma harap siasatan dilakukan dengan terperinci. Kalau hak dia, of course aku nak marah, kalau bukan hak dia, at least aku dan dia sama2 dapat pencerahan tapi kenapa SPRM tak siasat sampai la neh? Why?

Kenapa mesti kes dsai dan pr jek depa sibukkan? Itupun selepas 15 tahun dan2, ummi ada bukti? Kenapa bukan 10 tahun lepas? Ketika dsai baru keluar dalam penjara? Kenapa bukan 12 tahun lepas? Ketika dsai masih dalam penjara? Kenapa mesti sekarang? Kenapa mesti time PRU? Kenapa bukan dulu2?

Memang sarkis lah SPRM kat malaysia neh. Kalau hari neh aku amek alih SPRM, esok saksikanlah negara tunggang langang sebab aku akan dakwa seme tanpa kompromi. Bagi jawatan ko tue kat aku sekarang. Aku betul2 tak puas ahti dengan SPRM sekarang. Loserrrrrrrr.

Ameno : Kes rasuah membabitkan taib dan najib siap masuk paper antarabangsa lagi.. ada SPRM nak siasat? HARAMMMM

MUHYIDDIN DATANG TABUR!!! Rasuah projek 1.5 Juta di Larut,UMNO tertekan nak kalah



Aku berpeluang meninjau sekitar program Jelajah Janji ditepati yang berlangsung di kawasan parlimen Larut dan Taiping semalam..

Mungkin ada justifikasinya yang tersendiri kenapa kedua-dua buah kawasan Parlimen ini dipilih untuk dilawati Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diumumkan pula pemberian projek jutaan ringgit.

Taiping dipilih kerana ia merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat yang sukar ditembusi BN..Parlimen Taiping dan dua Dun di bawahnya telah menjadi milik Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu..Hanya satu DUN sahaja di Parlimen Taiping yang dimenangi oleh BN iaitu DUN Kamunting..

Penyandangnya ialah YB Zahir yang juga merupakan exco pendidiikan yang dilantik oleh kerajaan haram BN di negeri ini.Itupun kerana DUN kamunting memiliki Jumlah Pengundi POS yang agak tinggi.

Wujud sebanyak 5 kem tentera yang sudah tentunya akan menjadi factor kemenangan mudah BN.Namun untuk sebuah kawasan separa Bandar seperti ini,kekalahan 3-1 memang cukup memalukan mereka.

Tidak cukup dengan penambahan undi pos yang naik secara mendadak,BN juga telah berusaha untuk menaburkan pelbagai janji kepada masyarakat di kawasan ini pada siri jelajah kali ini.Tujuannya agar pada pilihan raya akan datang mereka memilih BN dan menolak Pakatan Rakyat..

Seterusnya bagi Parlimen Larut pula,pada PRU yang lalu Pakatan Rakyat tewas 4-O di tangan BN.BN memenangi kerusi parlimen Larut dan ketiga-tiga DUN di bawahnya iaitu DUN Batu Kurau,Kubu Gajah dan Selama.

Namun sejak mutakhir ini,memang tidak boleh dinafikan,momentum sokongan masyarakat di kawasan ini terhadap Pakatan Rakyat meningkat dengan begitu drastic sekali dan ianya diakui sendiri oleh pimpinan Umno bahagian Larut.

Dalam setiap program yang dianjurkan PR mutakhir ini ternyata berjaya megundang kehadiran yang tidak pernah menghampakan.Contohnya,beberapa minggu yang lalu PAS kawasan Larut telah berjaya menganjurkan program konvoi raksasa yang telah disertai hampir 5000 orang anak muda.Satu pencapaian yang agak membanggakan biarpun mereka-mereka ini tidak dibayar sesen pun oleh pihak PAS supaya hadir.

Fenomena ini berlaku mungkin disebabkan kewujudan akses maklumat yang meluas dalam kalangan generasi muda di kawasan ini.Ia secara tidak langsung telah berjaya menyuntik satu kesedaran baru kepada mereka untuk membuat perubahan dengan menolak sebuah kepimpinan yang penuh dengan rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa.

Tidak cukup dengan itu,Umno begitu gusar dan tertekan sekali apabila seorang anak jati Larut yang juga merupakan individu yang cukup berpengaruh di kawasan ini telah mengisyhtiharkan kemasukannya ke dalam PAS.Beliau adalah Dato’ Fauzi Shaari yang pernah berkhidmat dalam PDRM.

Jawatan terakhir yang disandangnya sebelum bersara ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(CID) iaitu merupakan jawatan ketiga tertinggi dalam PDRM.

Umno telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan kedudukan mereka di kawasan ini kembali utuh setelah masyarakat di kawasan ini mula beralih sokongan terhadap PR.Salah satu daripada tindakan itu ialah dengan berbohong di media-media seperti RTM dan TV3 kononnya 866 ahli PAS Larut keluar parti dan menyertai Umno.

Mereka fikir dengan mengambil tindakan berbohong itu,sokongan masyarakat di sini terhadap BN akan kembali seperti sedia kala.Tapi tanpa mereka sedari tindakan mereka itu menambahkan lagi kebencian masyarakat di sini terhadap parti itu apabila Dewan Pemuda PAS kawasan Larut berjaya membongkarkan pembohongan tersebut.

Seorang warga emas yang turut serta dalam majlis penyerahan borang tersebut mengakui dalam laporan akhbar Harakah dan Sinar Harian mendakwa beliau telah diupah untuk berlakon oleh Umno BN.Yang sebenarnya,tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar PAS dan menyertai Umno.Pembongkaran komplot terancang ini sememangnya cukup memalukan mereka.

Tekanan demi tekanan yang dihadapi Umno Larut memaksa mereka mengaturkan lawatan Second Big Boss Umno ke kawasan ini.Dalam lawatan Muhyiddin ke Larut semalam,beliau telah mengumumkan peruntukan berjumlah 1.5 juta dalam usaha membangunkan infrastruktur dan menaiktaraf pekan Batu Kurau,Larut.

Inilah rasuah politik yang terpaksa dilakukan Umno bagi memastikan kemenangan terus berada di tangan mereka.

Namun tanpa mereka sedari,zaman kejatuhan Umno BN sudah semakin hampir.Buatlah apa cara sekalipun,umumlah berapa juta sekalipun,ia sedikitpun tidak berjaya meredakan kemarahan rakyat di Negara ini yang sudah mula muak dan jelik dengan Umno BN..

Dosa dan pengkhianatan mereka terhadap agama dan bangsa selama lebih 54 tahun berkuasa sememangnya tidak mampu ditebus dan dibayar oleh pengumuman projek jutaan ringgit malah pemberian segunung intan dan emas permata.Dan ini adalah mesej daripada anak muda kepada mereka..Hancur! Hancur! Hancur! BN!!PersepsiKitaBerbeza