Sunday, June 24, 2012

UMNO GANGGU!!! Himpunan Hijau Melaka tetap dapat sambutan hebat



ALAI: Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Melaka malam ini bakal menyaksikan ceramah sebelah menyebelah antara PAS dan Umno.

Bertempat di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai, Himpunan Hijau PAS bakal menampilkan 'ayam sabungnya' Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS sebagai penceramah utama.

Tempat ceramah Umno pula hanya berjarak kira-kira 200 meter dari tempat Himpunan Hijau itu.



(Gambar: Khairul Faizi turut mempamerkan kebolehan bermain gitar.)

Biarpun ceramah Umno hanya dijangka bermula malam ini, namun pembesar suaranya sudah mula diuji dari petang ini sebaik sahaja program Himpunan Hijau bermula kira-kira 4.30 petang.

Ketika program pemuda mengambil pentas di himpunan hijau dengan ucapan dan persembahan, corong pembesar suara di tempat BN yang dihadap betul-betul menghala ke himpunan hijau dipasang lagu-lagu dan nasyid dengat kuatnya.

Beberapa pemimpin pemuda Pakatan ketika berucap mendakwa, gangguan sedemikian merupakan biasa berlaku di sekitar negeri ini.

Selain 'perang' pembesar suara, suasana di sepanjang jalan tempat ceramah juga penuh dengan bendera kedua-dua parti yang digantung di tiang-tiang dan pokok.

Permulaan memberangsangkan

Sementara itu, sambutan terhadap program himpunan hijau pada sebelah petang tadi sangat memberangsangkan.

Hampir 1,000 orang sudah membanjiri perkarangan Surau Ustaz Ali bagi mengikuti program yang akan berlangsung sehingga kemuncaknya malam ini.

Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka mengambil tema 'Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau'.

Antara program yang berlangsung petang tadi termasuklah konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Iwan Syahman, Hafiz Bandboyz dan ucapan pimpinan tempatan.

Turut hadir petang tadi Pesuruhjaya PAS Negeri Adly Zahari serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil.

UMI HAFILDA KANTOI!!! Wanita yang dituduh tampil menafikan fitnah



Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.

Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik.


"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.


"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.


Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta.


Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang.


Berikutan dakwaan itu, Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya.


Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.


Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an.


Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.


"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.


"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.

Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta.

Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi.

Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.

"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.

"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.OMAK KAU

PANAS DI KERIAN !!! Himpunan Xpresi Anak Muda PAS Parit Buntar Vs Himpunan Belia & Beliawanis UMNO Bagan Serai, Mana satu pilihan anda ?


Ini Himpunan Xpresi Hijau Anak Muda anjuran Dewan Pemuda PAS Parit Buntar
- Ada himpunan
- Ada konvoi
- Ada ucapan pemimpin
- Ada demontrasi silat

Photo: Pagi tadi berlangsungnya Program Xpresi Hijau Anak Muda parlimen Pt Buntar.
Alhamdulillah smbutan luar jangkaan.!!
Ank muda Bangkit..!!





Ini pula himpunan belia dan beliawanis anjuran Pergerakan UMNO Bagan Serai
- Ada himpunan
- Ada konvoi
- Ada ucapan pemimpin
- Ada nyanyian artis
- Ada wanita





HEBAT!!! Gelombang Hijau kini melanda Perlis pula


(Rakyat Perlis berikrar untuk menangkan Islam di perhimpunan hijau)
ARAU: Gelombang Hijau ke Putrajaya meneruskan momentumnya dengan himpunan yang diadakan di peringkat negeri Perlis pada 22 Jun lalu di Markas PAS Kampung Paya di DUN Santan dekat sini.

Meskipun buat julung kalinya, program besar seumpama ini diadakan di luar premis induk PAS Perlis samada Kompleks PAS Perlis di Kangar mahupun Markas Tarbiah PAS Perlis di Jejawi, sambutan orang-ramai amat membanggakan dengan lebih 5000 orang hadir membanjiri dataran di hadapan markas PAS tersebut.

Sambutan hangat ini diceriakan lagi dengan kehadiran begitu ramai ahli dan penyokong Umno tempatan dan luar kawasan yang sama-sama ingin mendengar ucapan dari pimpinan khususnya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan undangan khas, Tamrin Ghafar.

Program himpunan dimulakan dengan majlis solat hajat dan munajat yang dipimpin oleh Dewan Ulama PAS Perlis.

Kemudiannya, program kemuncak himpunan dimulakan dengan para hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS dengan diikuti bacaan surah an-Nasr oleh qari jemputan yang mambacanya dalam tiga lagu tarannum.

Pengarah Program, Mohd Anuar Tahir memulakan ucapan diikuti ucapan dari Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis, Khoo Yang Chong; Timbalan Ketua Muslimat PAS Perlis, Haton Osman; Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan dan Ketua Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob.
(Ustaz Hashim Jasin berucap dengan diperhatikan Mohamad Sabu dan Tamrin)
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Beliau menggambarkan himpunan yang diadakan pada malam tersebut adalah suatu petanda yang perlu diambil pengajaran oleh Umno/BN yang mana ianya adalah petanda kepada apa akan bakal berlaku dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Program himpunan ini kemudiannya diteruskan dengan majlis bacaan ikrar dan baiah oleh para peserta himpunan dengan dipimpin oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Semakin ramai orang Umno

Seterusnya Tamrin, tampil menyampaikan ucapan dengan memulakannnya dengan laungan 'takbir'. Ucapannya yang bersahaja menggunakan loghat utara jelas menarik minat orang ramai.

"Saya baru sama-sama dengan tuan-tuan dan Pakatan Rakyat dalam tiga bulan. Saya lihat di manapun saya pergi sambutan rakyat amat baik. Yang menariknya semakin ramai orang-orang Umno yang hadir ke program kita, jangan padang sepi lagi dengan kehadiran mereka.
(Antara orang ramai yang hadir dalam perhimpunan Hijau di Perlis)
"Inilah berkat pengorbanan dan kesabaran pimpinan PAS yang berjuang sejak dahulu lagi, ditohmah, dicaci dan dihina. Saya pun dulu ikut sama. Tapi siapa sangka hari ini, ramai orang termasuk pimpinan Umno telah meninggalkan Umno dan bersama PAS," katanya.

Tawan Johor

Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Timbalan Presiden PAS yang menggambarkan bahawa gelombang kebangkitan rakyat yang menyokong PAS/Pakatan Rakyat kini semakin memuncak di seluruh negara.

"PAS dan pakatan Rakyat sudah diterima rakyat bukan sahaja di negeri Perlis ini, tapi sekarang ni Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk menawan negeri Johor.

"Dulu Tun Daim Zainuddin kata negeri yang selamat untuk BN hanyalah tiga iaitu Johor, Pahang dan Melaka, tapi dengan pergolakan yang berlaku, hari ini kita lihat Pakatan Rakyat juga mampu mengambil-alih pemerintahan di Johor,"katanya.

TAHNIAH!!! Dr. Mursi diumumkan Presiden Mesir bagi tempoh 2012-2017

Kaherah : Allahu Akbar! Pesta kemenangan revolusi menjalar di seluruh negara Mesir, tak terkecuali di Medan Tahrir. 

Ratusan ribu bahkan jutaan rakyat Mesir mengikuti pengumuman keputusan akhir pilihanraya Presiden Mesir.

Dunia antarabangsa memantau secara langsung peristiwa sejarah demokrasi di negeri piramid tersebut.

KPU Mesir pada hari Ahad, 24 Jun 2012, pukul 21.40 (WIB)  menyatakan pemenang dalam pilihanraya Presiden Mesir adalah Dr. Muhammad Mursi, calon Ikhwan dengan meraih 13.230.131 undi, sedangkan Ahmad Syafiq meraih 12.347.380 undi.

Dr. Yasir Ali, Jubir Timbalan kepada Dr. Mursi menyatakan bahawa Presiden Dr. Muhammad Mursi akan mengucapkan janji di hadapan wakil rakyat pilihan rakyat Mesir. Memandangkan parlimen adalah badan satu-satunya yang dipilih terus oleh rakyat secara demokratik.

Sementara itu, Jamaah Ikhwanul Muslimin mengumumkan pengunduran diri Dr. Muhammad Mursi dari Jamaah Ikhwanul Muslimin dan dari Presiden Hizbul Hurriyah wal Adalah (FJP) untuk seterusnya menjadi Presiden bagi rakyat Mesir.

Allahu Akbar wa Tahya Mishr, Allahu Akbar wa Lillahil Hamd.al-ikhwan.net

KENAPA JADI BANGANG?!!! Hapus tol laluan motorsikal tak perlu perintah negeri, sekarang pun boleh hapus

UMNO Penang ni dah terlalu terdesak nak menang, buat tawaran hebat. Nak hapus tol laluan motorsikal. Nape tak hapus tol jambatan terus.

Bangangnya, nak tunggu menang perintah negeri dulu. Hoi UMNO  , kuasa hapuskan tol tu kerajaan pusat atau kerajaan negeri ? kerajaan pusat.

Tak perlu nak menang negeri, sekarang pun boleh minta kerajaan pusat hapuskan tol tu. Kuasa ditangan UMNO, apa pula kaitan nak perintah kerajaan negeri.

Buktikan dengan kuasa yang ada pada kerajaan pusat, jangan dok berjanji sedangkan kuasa dah ada ditangan.Admin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhD9zc38XZbSdDavrywuF6ms6XxdmE8bXzD_Yryn5bswlLo4YgRFIcjyY5nBuLNzW6at8bvHodfRhaC3q4_pTuTu9BghbA5U5bA3S-JFoU4R45_4Ru3dXAjaf5wXIs-20G7Pl4GtjDee0Wx/s320/musaumnopenang.pngBUKIT MERTAJAM – Barisan Nasional (BN) akan meminta Kerajaan Pusat agar menghapuskan tol laluan motosikal Jambatan Pulau Pinang jika menawan kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Janji itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.


Beliau berkata, ia merupakan salah satu perkara akan dimasukkan dalam manifesto BN negeri demi  meringankan penunggang motosikal.


Menurutnya, penghapusan tol itu sekali gus memberi manfaat kepada pengguna motosikal berjumlah kira-kira 15,000 orang yang melalui jambatan setiap hari untuk berulang-alik dari tanah besar ke bahagian pulau.


“Jika kita lihat, hanya Pulau Pinang sahaja satu-satunya negeri yang mengenakan tol untuk motosikal. Meskipun ia hanya RM1.40, tetapi jika dicampur dengan duit minyak yang perlu diisi kira-kira RM3 sehari, agak membebankan pengguna yang majoritinya adalah pekerja.


“Justeru, kita akan minta kerajaan pusat mengkaji semula untuk menghapuskan tol di jambatan sekiranya kita kembali memerintah Pulau Pinang pada PRU akan datang,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Juara Rakyat ‘Himpunan Anak Muda’ Bahagian Bukit Mertajam di Padang Awam Cherok Tokun, di sini, hari ini.


Hadir sama, Pengerusi BN Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Juara Rakyat Umno Bahagian Bukit Mertajam, Ramlan Ishak.sh

NAJIB GELABAH!!! 200 ahli akan keluar UMNO malam ini

24 June 2012

TERHOT : Najib semakin menggelabah ... 200 ahli dan pemimpin UMNO/BN akan umum keluar parti malam ni

Semalam Najib Razak terus memberi tekanan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor menjelang PRU13 yang akan berlaku bila-bila masa. Beliau mengatakan kerajaan persekutuan yang akan dipimpin oleh Pakatan Rakyat adalah kerajaan “yang tidak boleh diharap".

Ini berikutan dakwaan Presiden Umno itu bahawa Parti Keadilan yang mengawal Selangor berada dalam krisis konflik dalaman dan menyeru kepada pengundi untuk memilih parti yang "boleh menentukan kesinambungan kestabilan dan keyakinan".

“Pakatan Rakyat juga tidak menghargai kebaikan PTPTN dan mereka juga tidak merasakan keperluan untuk membayar hutang mereka". Najib memberitahu kepada 500 hadirin,"Jika kita mati tanpa membayar hutang, jiwa kita akan diseksa di akhirat nanti".

Kehancoran UmnoBn

Apabila taraf seorang Perdana Menteri dari UmnoBn sibuk membicarakan hal parti-parti dari Pakatan Rakyat, ini menunjukkan bahawa nilai taraf seorang Perdana Menteri itu diletakkan ditahap yang paling bawah sekali. Sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia, sepatutnya beliau membicarakan soal membantu Rakyat, merealisasikan pertumbuhan ekonomi yang merangsangkan dan melaksanakan pemerintahan yang bersih tanpa ketirisan, rasuah serta penyelewengan.

Apabila dikatakan pemberian pendidikan percuma itu membankrapkan Negara, penurunan harga petrol RON95 membankrapkan Negara, pemberian Air Percuma membankrapkan Negara... ini mempamerkan sikap hati yang busuk dari seorang pemimpin tertinggi Negara terhadap rakyat... Apabila Rakyat dibantu, Negara akan bankrap... tidak pula bankrap Negara jika anak menteri diberi projek jutaan dan billion Ringgit serta ratusan juta Ringgit diberi kepada keluarga Menteri hanya untuk membela lembu.

Ratusan Ahli & Pemimpin Bn Keluar Parti

Belum lagi reda kemusnahan yang akan melanda BN Sabah dalam waktu terdekat nanti, malam ini akan berlaku satu lagi kehancoran kepada UmnoBn apabila Ratusan Ahli dan juga Pemimpin-pemimpin Bn akan mengumumkan keluar parti.

Pengumuman keluar parti anggota dan pemimpin Bn akan berlaku semasa Program Merdeka Rakyat yang akan diadakan di Nibong Tebal, Pulau Pinang, pada jam 9 malam nanti. Kita tunggu dan lihat...

Najib Razak sibuk mendendangkan dan melayani masalah-masalah kecil Parti dari Pakatan Rakyat... dalam masa yang sama UmnoBn semakin hari semakin hancor apabila terperangkap dengan strategi Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang...

Ayuh !!! Teruskan permainan ini... Anak-anak muda semakin hari semakin jijik dengan UmnoBn... Reformis Anak Muda

BERSEDIA!!! Andaikan PRU13 esok


JERLUN - Ahli Pas diminta buat andaian bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan esok, berikutan tarikh pilihan raya masih belum diumumkan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehubungan itu juga semua ahli Pas diminta melaksanakan Ops 100 hari agar sentiasa bersedia pada bila-bila masa.


“Hingga ke hari ini, tiada kepastian bila PRU13 akan diadakan, tetapi saya yakin Pas bersedia jika PRU13 diadakan pada bila-bila masa.

 
Gerakan jentera di semua peringkat sudah lama bersiap siaga. Sebab itu saya minta kita andaikan esok adalah PRU13, jika esok tidak bubar Parlimen, kita andaikan esok lagi, hingga tiba tarikh sebenar,” katanya, selepas
merasmikan Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas kawasan Jerlun.

Hadir sama, Yang Dipertua Pas kawasan Jerlun, yang juga Exco Kerajaan Negeri, Abd Ghani Ahmad.

Mahfuz berkata, selain dijadikan motivasi kepada jentera parti, ia juga sebagai persiapan awal ahli untuk sentiasa bersedia ekoran sukar untuk meramal tarikh PRU13.
“Bermula sekarang, saya mahu Operasi (Ops) 100 hari dilancarkan di semua kawasan Pas seluruh negeri.

Bagi tempoh itu, semua perlu sedia termasuk peringkat Unit Peti Undi (UPU), Majlis Tindakan Dun (MTD), lokaliti dan cawangan,” katanya.


Menurutnya, sekiranya dalam tempoh itu tidak berlaku PRU13, Ops 100 hari diteruskan bagi peringkat kedua sehingga tiba tarikh sebenar.


“Dalam tempoh itu juga perlu ada ceramah dan merayu undi seolah kita akan mengundi 100 hari lagi.
 
Setelah berakhir 100 hari pertama, kita buat penilaian dan rangka peringkat kedua untuk penambahbaikan,” katanya. Mahfuz berkata, pihaknya yakin jalan menuju ke Putrajaya terbentang luas pada PRU13, ekoran pendekatan parti kini lebih efisien dan mesra pengundi.

“Setiap negeri ada pendekatan tersendiri. Contohnya Kedah, Sejuta Risalah diterbitkan Kerajaan Negeri memaparkan perbandingan BN dan PR, UPU perlu edar ke rumah yang jadi sasaran,” katanya.

Katanya lagi, pengundi kini lebih berpengetahuan dan bijak menilai, dan Pas perlu menggunakan pendekatan berbeza berbanding PRU12.SH