Beginilah
apabila orang perasan bercakap! Bercakap tapi tak sedar apa yang terkeluar dari
lubang mulut! TPM Muhyiddin Yasin ‘menghasut’
orang Melayu untuk konon bersatu mempertahankan nasib bangsa sendiri daripada
ancaman yang dibawa kelompok tertentu konon daripada bangsa Melayu sendiri.
Ancaman daripada kelompok tertentu bangsa Melayu sendiri?
Nak ajak
orang-orang Melayu agar pandai berdebat untuk membentuk fikiran yang cerdik, cerdas
dan kritis – ini ancaman daripada bangsa sendiri ?
Nak
ajak orang Melayu menjauhi sifat membazir
yang sangat dibenci oleh ajaran Islam – ini ancaman daripada bangsa sendiri?
Nak ajak
orang Melayu berakhlak mulia dengan menjauhi budaya fitnah, budaya video lucah,
budaya samseng, budaya tunggeng buntot, budaya K-Pop tunjuk seluar dalam,
budaya buat pilihanraya musim haji dan
seumpamanya – ini ancaman daripada bangsa sendiri?
Nak ajak
orang Melayu menentang rasuah, pecah amanah dan amalan kronisme dalam kalangan
pemimpin Umno/Bn – ini ancaman daripada bangsa sendiri ?
Nak ajak orang
Melayu menyokong pendidikan percuma untuk para pelajar hingga ke peringkat
Universiti– ini ancaman daripada bangsa sendiri?
Nak ajak
orang Melayu sokong penghapusan PPSMI – ini ancaman daripada bangsa sendiri?
Nak ajak
orang Melayu menentang orang yang kata sekatan sementara PTPTN kepada pelajar
Unisel yang ramainya pelajar berbangsa Melayu baru-baru ini, sebagai tindakan
yang adil – ini ancaman daripada bangsa sendiri?
Nak ajak
orang Melayu tuntut kembali Pulau Batu Putih dan tanah KTM di Singapura – ini ancaman daripada bangsa sendiri?
Nak ajak
orang Melayu sokong hapuskan Tol – ini ancaman daripada bangsa sendiri?
Nak ajak
orang Melayu sokong turun harga minyak yang mana kenaikan harga minyak sangat
menekan kehidupan rakyat yang majoritinya bangsa Melayu – ini ancaman daripada
bangsa sendiri?
Nak ajak
orang Melayu menentang petualang-petualang yang menyebabkan ketirisan berbilon wang
negara – ini ancaman daripada bangsa sendiri?
Nak ajak
orang Melayu menentang pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR Malaysia yang
kotor dan tidak adil – ini ancaman daripada bangsa sendiri?
Nak ajak
orang Melayu selamatkan tanah rezab Melayu di Felda dan di mana-mana dalam
tanah air daripada digadai dan tergadai oleh tindakan Umno – ini ancaman daripada
bangsa sendiri ?
Nak ajak seluruh
orang Melayu (tambah pulak kini golongan
artis antara yang mendahului dan ramai
yang sedar dan insaf bahawa Islam adalah satu cara hidup) kembali mengamal Islam sebagai cara hidup –
ini ancaman daripada bangsa sendiri?
Nak ajak
orang Melayu terutama yang telah berusia dan yang telah bersara kembali
menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan perjuangan menegakkan Islam dan
mengerjakan dakwah – ancaman daripada bangsa sendiri?
Kalau
semua itulah yang dikatakan ancaman dan ianya dipercayai sepenuhnya oleh orang Melayu,
memang Melayu itu, Melayu bodoh!
Dan kalau
semua yang tersenarai itu dimaksudkan sebagai ancaman kepada bangsa Melayu
daripada bangsa Melayu sendiri, maka aku redha bangsa Melayu itu diancam dengan
ancaman-ancaman itu! Dan aku adalah bersama dengan pasukan bangsa Melayu yang
dimaksudkan ‘pengancam’ itu!GaramLada
Berita dipetik:
Orang
Melayu Diseru Bersatu Hadapi Ancaman Kaum Sendiri - Muhyiddin
JOHOR BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata sudah sampai masanya Orang Melayu bangkit dan bersatu mempertahankan
nasib bangsa daripada ancaman yang dibawa kelompok tertentu daripada bangsa
Melayu sendiri.
Beliau
berkata orang Melayu perlu teguh untuk menghadapi pemimpin yang mendukung
ideologi yang bertentangan dengan agama, adat resam, cara hidup budaya bangsa
Melayu kerana mereka hanya memikirkan soal politik daripada membantu kaum
sendiri.
"Bagi
saya sudah sampai masanya kita bangkit dan bangun mengukuhkan jemaah kita hari
ini. Saya menyebut begini kerana saya sedar tentang ancaman yang dihadapi oleh
kita yang datangnya dari puak-puak kalangan orang Melayu juga, membawa ideologi
bertentangan dengan agama, adat resam, budaya cara hidup kita yang sudah
terkanun sekian lama.
"Tindakan
sesetengah pemimpin menyokong ideologi songsang seperti jika sokong parti
berkenaan akan masuk syurga adalah fahaman yang merosakkan akidah,"
katanya ketika berucap pada Program Sembang-Sembang Bersama Pemimpin anjuran
Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor (Warisan) di sini, Sabtu.
Majlis turut
dihadiri oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden
Pertubuhan Warisan Melayu Johor (WARISAN) Datuk Abd Rahman Yunos serta lebih
3,000 ahli persatuan itu dari seluruh negeri ini. Muhyiddin kerkata jika orang
Melayu terus tidak bersatu untuk menentukan hala tuju bangsa, mereka akan
tersisih daripada arus pembangunan lebih-lebih lagi dalam era dunia tanpa
sempadan pada masa kini.
. -BERNAMA