Friday, July 13, 2012

DEDAH!!! Bagaimana Muhdalina boleh percaya pada Al-Mahdi mengamuk JPM


KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai.

Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.

Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?

Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.


Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.


Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.

 
 
Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?

Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.

Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.


Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan

antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; “Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?” “Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki?” “Ada lelaki boleh tembus  dinding?”

Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi.


Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut.

 
 
Kenal sejak dalam kandungan

Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi?

Kami ‘berpindah’ ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.


Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil Afandi. Saya tidak mengizinkan, tetapi dia mengugut akan menuntut cerai sekiranya dihalang. Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya membenarkan dengan syarat saya menemaninya.


Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina, dia menceritakan kepada saya bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan. Saya jadi bingung dengan kenyataan Muhdalina.


Bagi meyakinkan saya lagi, Muhdalina juga memberitahu, Khalil Afandi pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah, mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang bersamanya bagi menegakkan keadilan.


Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki baju kurung berwarna merah.


Disebabkan itu, Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi untuk berjuang. Kerana sayang, saya turuti kemahuan Muhdalina untuk tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.


Keesokan harinya, Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya.

 
Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi?

Ketika sampai di rumah itu, Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya kepada saya, “Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!”

Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu, dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir  akidah terjejas.


Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).


Bagaimanapun, semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.


Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.


Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.


Apa yang lebih pelik, dia memanggil ALLAH dengan nama ‘bos’.


Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih 'bos' yang paling tinggi. Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik, sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar- tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander. Dia sering mengatakan dirinya sebagai hero filem tersebut.


Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau, sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut
dengannya.SH

CAMNA DATO' AC MIZAL!!! Abby Abadi dah sahut cabaran debat, tak kan nak guna Persatuan Silat






Kalau dengan orang perempuan pun 'Panglima Gelang Tipu' ni goyang lutut nak berdebat apatah lagi dengan orang lelaki. Itu pun ada hati lagi lantik diri sendiri sebagai Presiden Artis Barisan Nasional.. Hehehe.. Helo bro.. Kasi buang itu telor kasi makan sama anjing laa.. Hehehe

TERKINI!!! Himpunan Oren sudah bermula..

KL: Orang ramai mula berpusu-pusu ke Kuala Lumpur dari segenap penjuru masuk ke bandaraya bagi menyertai perhimpuna Oren membantah penyenaraian Felda Global Venture Berhad (FGVH) hari ini.

Walaupun perhimpunan dijangka akan bermula jam 2 petang, namun orang ramai mulai datang ke ibu kota sejak malam tadi lagi bagi mengelakkan kesesakan. Mereka tidur di surau dan masjid di sekitar ibu kota di samping hotel-hotel murah sekitar ibu kota.


Malam tadi mereka berkumpul di Taman Melewar bagi mendengar ceramah khas yang diadakan di sana.

Sebelum ini, Koodinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata, polis telah memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini.


Para peserta himpunan dibenarkan berarak bermula di perkarangan letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta sehingga 600 meter dari pintu 3 Istana Negara.

"Kita akan hantar lapan orang wakil daripada GSF untuk mengadap Agung esok, nama mereka kita akan umumkan esok. Kita akan diringi dengan kenderaan ke Istana," katanya kepada media di pintu masuk Balai Polis Kepong selepas rundingan dengan polis semalam.

Mazlan berkata, perarakan yang dijangka sejauh 2.5 kilometer menuju ke Istana Negara akan dikawal serta diringi pihak polis dengan kerjasama 1000 anggota Unit Amal Malaysia.

Tambahnya, para perserta Himpunan Oren tidak dibenarkan menggunakan laluan utama sebaliknya menyusur ke tepi menghala ke Lembaga Peperiksaan kemudian menuju ke Segambut seterusnya ke pintu Istana Negara.

FITNAH PEMIMPIN PAS!!! Blogger UMNO terkantoi, SKMM buat tak reti

BLOGGER Umno sedang rancak menyebarkan sekeping gambar lucah memaparkan aksi seks seorang wanita bertudung.

Kononnya mereka mendakwa ini adalah gambar aksi seks pemimpin PAS. Di bawah ini screenshot dari blog salah seorang blogger Umno yang menyebarkan gambar lucah itu rujuk link untuk ke blog lembu tersebut [Lembu].



Kita sudah sedia maklum, Umno akan terus menggunakan fitnah zina, seks liwat dan sebagainya untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional. Kerana itu kita gelarkan mereka UMporNO.

Hasil tinjauan ReJaM© di Google Images, Gambar yang kononnya didakwa merupakan gambar aksi seks pemimpin PAS ini sebenarnya diambil daripada laman web lucah di internet.

Dengan menggunakan teknik "macthing images" di Google Images, kita berjaya membuktikan bahawa fitnah jahat blogger Umno terkantoi di situ. Lihat bukti di bawah ini [Google].



Buat pengetahuan anda ini bukan kali pertama gabungan blogger Umno membuat fitnah lucah yang jijik seperti ini. Sebelum ini mereka menggunakan gambar gay Filipina untuk memfitnah Adam Adli rujuk sini [Adam Adli]

ReJaM© "Umno dan fitnah lucah, bagaikan irama dan lagu..."

BELASAH TANAH LAGI!!! Kali ini pemimpin UMNO buat kolam udang


SHAH ALAM: Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.

Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.

Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.

Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.

Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.

(Kolam ternakan udang di atas tanah milik Noh Omar)

“Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang,” katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS.

Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck.

Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995.

Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.

“Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu.

“Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?” soalnya.


Beli tanah kerajaan

Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri.

Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal.

Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas.

SURAU DI PADANG KOTA!!! Ini la bukti tuduhan UMNO 'PAS boneka kepada DAP'

(Yusof menunjukkan tapak surau yang akan dibina)

GEORGETOWN: Hasil cadangan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS akhirnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau berhadapan Pusat Peranginan Padang Kota Lama.

Ahli Majlis MPPP, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pembinaan surau tersebut meleraikan kegelisahan Umat Islam untuk menunaikan solat takkala berada di tepian pantai menghirup udara nyaman bersama keluarga


Baginya, ia satu kejayaan apabila suara PAS didengari walaupun PAS hanya mempunyai dua orang wakil dalam MPPP.

"Umat Islam patut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana adanya dua orang wakil PAS dalam MPPP pembinaan surau di Padang Kota Lama menjadi kenyataan. Nak biarkan Umno bersuara sampai bila pun tidak berani, " jelasnya ketika bersama Harakahdaily meninjau lokasi surau berkenaan.


Pembinaan surau itu tambahnya, tetap mengutamakan warisan asal dengan mengekalkan tiang dan bumbung sedia ada di tempat letak kenderaan memandangkan kawasan Georgetown telah diiftiraf 'Tapak Warisan Dunia' oleh Unesco.


Di sana nanti akan dibina dua bilik sembahyang lelaki dan perempuan, tempat wuduk serta tandas.


Sejak 50 tahun lalu katanya, Umno samada melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau pun Ahli Majlis MPPP langsung tidak berminat untuk menyuarakan betapa pentingnya sebuah surau di lokasi tersebut.


Mereka sambungnya, hanya mementingkan hiburan dan pembinaan infrastruktur di keliling Padang Kota seperti lampu hiasan, laluan pejalan kaki dan medan selera walhal perkara wajib untuk Umat Islam tidak difikirkan langsung.


"Inilah yang dikatakan Umno mereka tidak berfikir untuk kebaikan umat Islam keseluruhanya melainkan perkara menuju keseronokan semata-mata.


"Mana dia pemimpin Umno dan Ahli Majlis yang dilantik ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu, " tegasnya yang juga Yang Dipertua PAS Jelutong.


Sekarang ini sebut harga telah dikeluarkan oleh MPPP di mana lima kontraktor melayu telah membida untuk masuk tender.


"Kelulusan tersebut merupakan lonjakan politik PAS di kaca mata masyarakat Islam terutamanya. Umat Islam boleh menilai yang mana untung berada di era BN atau Pakatan Rakyat, " ujar beliau.


Pada bulan Mei lalu buat pertama kalinya juga laung azan Magrib dan Insya berkumandang di padang Kota Lama di progran santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Sham Kamekaze dan Ali XPDC sempena Karnival Kepenggunaan Pulau Pinang.

UTUSAN MELOYA!!! Rasis, Pembohong, Porno

Ketirisan (bahasa lemah lembut untuk rasuah, korupsi dan pembaziran) di Malaysia berjumlah RM26 bilion sahaja, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung semasa sesi soal jawab sewaktu debat di antara Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek baru-baru ini. 
 
Walau pun ‘ketirisan’ wang negara RM26 bilion, lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, tak tulis apa apa pun. Yang Utusan mainkan ialah menyerang kerajaan Pakatan rakyat Selangor dengan isu Talam, kononnya berlaku rasuah tapi tak dapat dibuktikan sampai sekarang, yang akhirnya makan diri sendiri.
 
Itulah bagai dikata, “kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak” atau buat-buat tak nampak? Nak tutup pekung sendiri, dijaja cerita sana sini.
 
Apa nak jadi dengan kerajaan BN, hidup pun dengan duit cukai rakyat. Sedarlah sikit.
 
Alahai Utusan, cedok sana cedok sini tak ada modal

Elok tak ada angin, tak ada beruk, tak ada pokok pun yang bergoyang, tiba-tiba Utusan muntahkan pula cerita DAP nak bertanding 90 kerusi Parlimen. Aduhai lah sayang….

Kata Mahfuz, “Ini mengarut!”
 
Kata Lim Kit Siang; Utusan Malaysia “akhbar pembohong”.
 
Tak payah Kit Siang dan Mahfuz kata pun, kita semua dah naik jelak dengan Utusan. Peganglah pada fakta dan realiti. Jangan ingat pandai kononnya nak gaduhkan PKR dan PAS dengan DAP, atau nak bangkitkan kemarahan Melayu terhadap DAP yang sudah dicop sebagai parti kaum Cina oleh Utusan.
 
“Sekarang, propagandis UMNO telah melakukan kempen menakut-nakutkan rakyat untuk menyemarakkan rasa curiga dan saling tidak percaya antara kaum.” Benar kata Kit Siang.
 
Melayu pun Utusan hentam

Tak habis isu fitnah Selangor, Pulau Pinang dan DAP, Utusan hentam Kelantan pula dengan mendakwa ‘emas Kelantan dirompak’ dan rugi jutaan ringgit sebab perlombongan emas haram. Seolah-olah kerajaan negeri tak buat kerja. Oh, maknanya jenayah yang makin berleluasa sekarang ni sebab pihak polis tak buat kerjalah. Bukan kita kata, itu tafsiran Utusan.
 
Habis tu, bagaimana pula dengan puluhan juta hasil balak yang berjaya dikutip kerajaan PR negeri Kedah. Masa akhir zaman BN tahun 2007, mereka cuma dapat kutip hasil RM7 juta sahaja. Tapi di bawah kerajaan PR diterajui Ustaz Azizan Razak, tahun 2010 kerajaan negeri dapat kutip RM53 juta.
 
Kenapa Utusan tak mahu highlight semua ni? Letaklah di muka utama, “Kerajaan Melayu Kedah berjaya tingkat hasil balak” Katanya bangga sangat dengan ‘Melayu’.
Dulu ada menteri UMNO kata jangan percaya sangat dengan media baru. 
Blog-blog ni banyak pembohong, kata dia. Tapi sekarang, mereka yang kutip dan jilat semula apa yang telah diludahkan. Tengok sajalah budaya kurang ajar para bloggers upahan UMNO. Tragis!

TERKINI..!!! Selama Perak dilanda ribut selepas omong kosong Muhyiddin

12 Julai 2012 ~ Selama Perak : 4 buah kampung dan lebih 80 keluarga di Selama dalam perlimen Larut terjejas dan mengalami kerugian besar apabila ribut yang membawa angin kencang telah merosak-kan kediaman serta harta benda penduduk disini.

Kejadian ribut kencang ini dilaporkan berlaku pada sebelah lewat petang sejurus berakhirnya program Muhyiddin Yassin di kg Sg. Seputeh yang juga didalam DUN Selama Larut Perak.

Dalam program Perasmian mini RTC ini Muhyiddin ada menegaskan bahawa pemimpin UMNO BN sanggup turun kebawah untuk mendengar rintihan rakyat dan tiada kerajaan didunia ini yang lebih baik selain UMNO BN dan ini telah terbukti ujar Muhyiddin.

Terbukti..?? Apa dah jadi...? Sebaik habis saja program tersebut,seolah-olah Allah menguji akan apa yang Muhyiddin katakan dan lain-lain pemimpin UMNO terutamanya di Larut Perak.. Kejadian ribut yang merosakan puluhan rumah penduduk kampung berlaku sejurus majlis selesai,dimana rombongan UMNO yang dikatakan turun kebawah..? 

Apa yang berlaku ialah lepas program berakhir  semua orang-orang kuat UMNO cabut balik, MB Zambry balik,Shafie Afdal pun balik semua hilang cabut balik...tinggallah omong-omong kosong Muhyiddin serta tinggallah rakyat yang sedang menderita akibat ribut.

Syukur tiada kejadian cedera dan kehilangan nyawa berlaku ujar Ust Akmal Kamarudin yang turun kelokasi bersama skuad prihatin PAS Larut. Ust Akmal yang mengetuai skuad prihatin PAS Larut bergegas ketempat kejadian sejurus mendapat laporan dari penduduk disini. Segala permasaalah penduduk didengari dan InsyaAllah akan dibantu secepat mungkin bagi memulihkan keadaan penduduk disini kata Ust Akmal lagi.

Skuad Prihatin PAS Larut bertungkus lumus dari awal kejadian hingga lewat malam tadi membantu penduduk kampung. Skuad Prihatin PAS berkhidmat tidak mengira masa dan tidak mengira fahaman politik,semua akan dibantu,bukan sekadar pandai omong kosong saja. Perlaksanaan adalah keutamaan dalam membantu rakyat yang menghadapi musibah seperti ini ujar salah seorang ahli Skuad Prihatin PAS Larut. Berikutan itu rata-rata penduduk disini mengucapkan terima kasih kepada rombongan Skuad Prihatin PAS Larut yang tampil membantu mereka.Orang ni

 
Atap atas pokok manggis.

Sedang meneliti senarai mangsa 

Sebaik dimaklumkan, Ust Akmal segera melawat mangsa ribut pada malam tadi  
Isteri En Karim nie sudah lumpuh 3 tahun, semasa kejadian beliau mengangkat isteri dan membawa keluar dari rumahnya

Inilah bilik En. Karim yang dilanda ribut


- rakan sumber : Teratak kampung