Sunday, September 23, 2012

SOLAT KERANA ALLAH!!!Raja Nong Chik mahu jemaah surau ingat UMNO/BN ketika solat

JEMAAH salah sebuah surau di Pantai Dalam berang dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang dilihat sengaja mahu jemaah surau tersebut mengingati Umno dan BN serta dirinya ketika menunaikan solat di surau terbabit.

Lihat gambar di bawah ini, pada bulan Ramadhan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu telah mendermakan sejumlah sejadah di surau terbabit, namun meletakkan "
pelekat kekal" dengan logo 1 Malaysia, Umno dan BN di atas sejadah tersebut.


Malah turut terpapar di atas pelekat itu ialah nama beliau sebagai penderma sejadah tersebut.

Hal ini membuatkan orang ramai yang menggunakan sejadah tersebut
menjadi tidak khusyuk ketika menunaikan solat lantaran terpandang "pelekat kekal" tersebut yang betul-betul dilekatkan pada kawasan pandangan mata ketika jemaah "Qiam" di dalam solat.



Difahamkan
ramai jemaah yang mengadu tentang hal ini kerana merasa terganggu dengan sejadah berpelekat Umno/BN itu. Tambah parah ramai jemaah berang kerana terpaksa sujud di atas pelekat Umno/BN itu ketika menunaikan solat berjemaah.

Akhirnya terbongkar bahawa ini merupakan
taktik Raja Nong Chik mempopularkan dirinya di kalangan penduduk setempat untuk bertanding di DUN Lembah Pantai pada PRU13 nanti menentang penyandang, YB Nurul Izzah Anwar.


ReJaM© "Betul-betul macam syaitan, nak bertanding punya pasal sanggup kacau orang sembahyang...


Milo Suam

JANGAN TERBODOH!!! Lakonan Wayang Lama Mahathir

Mahathir  cuba menakutkan orang Melayu lagi...











KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998.
“Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998.
“Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak
Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalur kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin serta mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain pada 2006.
Mengulas lanjut, Saifudin berkata, dakwaan Mahathir bahawa pembiaya asing bertujuan menjatuhkan beliau dan menaikan Anwar juga silap kerana Anwar sehingga kini bukan PM.
“Selepas berundur, Mahathir melantik Abdullah Ahmad Badawi dan turut berperanan menaikan Datuk Seri Najib Razak sebagai PM, maknanya apa yang dikata Mahathir itu menunjukan Abdullah dan Najib ialah boneka beliau,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat terutama Melayu mendapat maklumat dari sumber Pakatan Rakyat berhubung isu semasa yang tidak disiar media Umno BN. – Keadilan

FACEBOOKERS UMNO!!! Guna nama dan foto perempuan cantik terkantoi bila hina Tok Guru Nik Aziz


Marah benar penyokong UMNO ini apabila bendera negara tuan penasihat depa (Zionis APCO) dan pemimpin negara haram Israel itu dipijak oleh Tok Guru Nik Aziz. Padan muka hang Elly Nina Ahmed, muka tokwan tiri tokcai hang kena pijak!

Sebenarnya Elly Nina Ahmed tu bukannya perempuan. Ramai yang tidak sedar strategi dan arahan yang digunakan oleh group Papagomo untuk menjalankan propaganda mereka iaitu menggunakan nama serta foto perempuan untuk menyebar dakyah dan berhujah. 


Berlambak2 akaun guna nama perempuan tapi menonjolkan isu politik yang 'keras dan pedas' macam lelaki.

Bagaimana strategi itu mereka gunakan... nanti Kedah la akan bongkarkan sebahagian dari kertas kerja depa 'made in' Janda Baik (pusat latihan UMNO).Kedah La

APA MOTIF?!!! Ketua Pemuda UMNO Kepong cedera parah ditikam


SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.
 
Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada Sinar Harian Online.
 
"Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.


"Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi.
 
Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui."Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. 
 
Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang dari hospital.
 
"Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya. ~sinar

NAJIB TERSEPIT!!! Antara rakyat yang menolak BN dan UMNO yang mahukan Muhyiddin

Ucapan yang dilafazkan oleh Najib sejak akhir-akhir ini menggambarkan jiwanya yang sedang resah. Beliau kelihatan amat gelisah tentang masa depannya. Kedudukannya selepas pilihanraya akan datang sama ada masih mampu menghuni Seri Perdana atau tidak, masih lagi kabur dan tidak ketentuan.

Semalam dalam ucapannya di perasmian Pusat Transformasi Bandar, sebuah kompleks yang dulunya dikenali sebagai Puduraya, Najib merayu agar beliau diberi peluang sekurang-kurangnya sepenggal lagi untuk menjadi Perdana Menteri.


Selepas itu di Johor Bahru, beliau pula berkata masa depan negara ini terlalu tinggi nilainya untuk diserahkan kepada pihak lain. Beliau juga seakan merayu agar pemerintahan BN terus dikekalkan.


Najib kononnya masih mempunyai banyak perancangan dan transformasi lagi untuk dilaksanakan dan hanya dengan terus memberinya peluang menjadi Perdana Menteri sahaja, semua itu dapat dilaksanakan.


Jika dulu nada ucapan Najib begitu tegas sambil menggariskan pelbagai transformasi yang telah dilaksanakannya, tetapi kali ini nadanya seakan-akan merayu pula. Jika dulu beliau menjerit-jerit dan mengeluarkan perkataan "haramjadah" untuk menempelak orang yang mahu mengamalkan demokrasi, kali ini rayuan dan pujukannya jelas dapat dirasai.


Jika pasangan bercinta atau suami isteri yang sedang menghadapi masalah keretakan hubungan, biasanya usaha memujuk dan merayu adalah pendekatan terakhir untuk memulihkan hubungan supaya pulih seperti sediakala.


Apakah ini menandakan Najib sudah dapat membaca isyarat rakyat yang makin menolak kepimpinannnya, lalu menggunakan usaha pujuk rayu ini dengan harapan beliau dan Rosmah terus dapat tinggal mendakap kuasa di singgahsana Seri Perdana?


Kepada siapakah rayuan itu sebenarnya ditujukan?


Najib sebenarnya bukan sahaja merayu kepada rakyat supaya terus memilih UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang tetapi juga kepada ahli dan perwakilan UMNO agar tidak menyingkirkannya jika dalam pilihanraya nanti keputusan yang mampu dicapai oleh BN lebih buruk daripada keputusan pilihanraya umum 2008.


Rakyat pelbagai lapisan kini umumnya seakan tidak sabar untuk menukar kerajaan berikutan pentadbiran UMNO dan BN selama lebih 50 tahun yang penuh dengan pelbagai masalah, skandal, rasuah dan penyelewengan. Rakyat tidak boleh lagi sekadar berdiam diri melihat hasil kekayaan negara dirompak oleh segelintir elit pemerintah sedangkan rakyat terus terbeban dengan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang semakin meningkat.


Pembaziran, pemborosan serta belanja mewah Najib sekeluarga sebagaimana yang selalu menghiasi dada-dada media juga mahu ditamatkan episodnya oleh rakyat.


Selain Anwar dan PR yang menjanjikan pelbagai pembaharuan dan kesenangan untuk masa depan rakyat, majoriti rakyat kini juga semakin sedar tentang hak dan kedudukan mereka yang sebenarnya. Rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan dengan siulan media konservatif yang sering mengalunkan irama palsu untuk membuatkan rakyat terus alpa dan terlena.


Bagi rakyat, PRU 13 adalah penentuan untuk merubah nasib diri dan anak cucu mereka. Jika perubahan dapat dilakukan, suasana dan sistem politik negara akan berubah ke arah yang lebih baik di mana semua pihak yang menjadi pemimpin selepas itu akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi segala kepentingan lainnya.


Tetapi jika perubahan tidak dapat dilakukan dalam pilihanraya ke 13 ini, ia mungkin memerlukan masa 50 tahun lagi untuk melakukan perubahan yang sama. Sebab itu, rakyat kini tidak sabar untuk melakukan perubahan dan menumbangkan BN yang telah memerintah negara lebih 55 tahun ini. Mereka tidak mahu menunggu 50 tahun akan datang untuk melakukan perubahan itu.


Kini segala transformasi dan janji-janji Najib tidak lagi melekat di hati rakyat. Ia hanya ibarat taburan buih-buih sabun yang akan lenyap ditiup angin. Bukan sahaja Najib menyedari hakikat itu, semua kepimpinan UMNO juga menyedarinya. Mahathir yang pernah bertakhta selama 22 tahun juga menyedari hakikat penolakan rakyat terhadap UMNO sekarang ini.


Selain rayuannya itu ditujukan kepada rakyat dan pengundi, Najib juga sebenarnya sedang merayu kepada ahli dan perwakilan UMNO supaya tidak menyingkirkannya jika beliau hanya mampu memberi kemenangan tipis kepada UMNO dan BN. Najib juga secara halusnya sedang merayu kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin agar tidak mengambil alih tempatnya meskipun ketika itu nanti desakan ke arah itu begitu kuat.


Najib sendiri menyedari sentimen ahli UMNO sekarang. Oleh kerana Pak Lah dipaksa undur pada 2009 kerana kemenangan hanya 140 kerusi dan hilang majoriti dua pertiga pada piihanraya 2008, nasib yang sama juga bakal menimpanya jika gagal memperbaiki pencapaian itu.


Tinjauan umum banyak mendapati bahawa agak mustahil untuk Najib memperbaiki pencapaian 140 kerusi itu. Dengan segala macam skandal dan penyelewengan berterusan, amalan kronisme dan nepotisme terus diperkukuhkan, di samping Najib sendiri dilihat lebih lemah daripada Pak Lah, hakikatnya apa sedang menunggu beliau ialah sama ada kalah atau pun hanya mampu menang dengan kelebihan yang sangat tipis. Mungkin hanya 5 hingga 9 kerusi Parlimen sahaja.


Jika begitu kedudukannya, masa depan Najb tidak boleh diselamatkan lagi. Ahli dan perwakilan UMNO akan menolaknya dengan cara yang lebih kejam daripada yang dialami oleh Pak Lah.


Sehingga ini pun, sudah banyak kedengaran suara di peringkat akar umbi yang tidak puas hati dengan Najib, terutamanya berkaitan amalan berbelanja mewah, boros serta hobi bergaya mahal yang melibatkan anak-anak dan isteri kesayangannya Rosmah Mansor.


Ramai yang bersungut dengan perbuatan itu kerana sementara ahli dan pemimpin peringkat akar umbi sering diminta berusaha menarik sokongan rakyat tetapi perbuatan yang dilakukan oleh Rosmah dan anak-anaknya jelas menyebabkan rakyat semakin menjauhi UMNO dan BN. Kontradiksi ini menyebabkan jika keadaan memerlukan, Najib pasti akan disingkirkan kerana antara punca sebenarnya penolakan rakyat adalah kelemahan Najib sendiri dalam mengawal perilaku ahli keluarganya.


Oleh sebab itu, andainya UMNO dan BN terus menang dalam piliharaya akan datang tetapi dengan majoriti yang lebih kecil atau gagal mendapat majoriti dua pertiga, Najib sebenarnya mempunyai lebih banyak alasan untuk dipaksa berundur.


Najib memang menyedari hakikat itu. Ia kini diperkatakan di mana-mana. Nama Muhyiddin juga sudah semakin kerap disebut-sebut. Perbandingan watak Najib dengan Muhyiddin juga mulai diperkatakan. Perwatakan isteri kedua-duanya juga sedang diperbualkan. Dan kesimpulan daripada semua itu, keadaan yang sedang berlaku sama-sekali tidak memihak kepada Najib.


Najib kini sedang menggunakan usaha terakhirnya untuk menyelamatkan diri dan masa depan politiknya iaitu memujuk dan merayu. Rakyat dan ahli UMNO akan terus dipujuk dan dirayu untuk memberinya peluang sepenggal lagi sebagai Perdana Menteri.


Rakyat dan ahli UMNO mungkin akan mendengar pelbagai kata-kata mendayu dan menusuk kalbu lagi selepas ini daripada Najib. Inilah usaha terakhirnya untuk menyelamatkan diri. (SH 23/09/2012)

HEBAT ROSMAH!!! Wakili Malaysia ke Istiadat Rasmi Diraja Brunei?


Nampaknya sudah hampir pasti perdana menteri Malaysia bukannya Najib tetapi suaminya sendiri yang tak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya ataupun mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, tak lain tak bukan Rosmah Mansor!

Negara serantau Asean lain seperti Thailand dan Kemboja diwakili perdana menteri masing-masing tetapi Malaysia memecah tradisi sejak mencapai kemerdekaan apabila menghantar isteri perdana menteri mengetuai rombongan kerajaan yang sudah pastinya segala perbelanjaan dibayar oleh rakyat.

Hatta di zaman Mahathir dan Pak Lah sendiri tidak pernah menghantar isteri masing-masing mengetuai delegasi rasmi kerajaan ke mana-mana majlis rasmi sesebuah negara apatah lagi Brunei merupakan sahabat akrab sejak dahulu lagi.

Singapura pun mengikut tatacara protokol tepat antara sesebuah negara apabila menghantar Menteri Luar, K Shanmugam mewakili republik itu dan bukannya isteri perdana menteri Lee Hsien Loong, Ho Ching.

Tidak perlulah Najib Altantuya memalukan Malaysia sekali lagi dengan tindakan tidak beradab malah menjadi buah mulut sejak sekian lama apabila Rosmah kerap mewakili kerajaan ke majlis rasmi terutamanya di luar negara.

Walaupun Najib  mempunyai jadual ketat sekalipun, protokol tetap protokol dan isteri perdana menteri tidak perlulah terlebih sibuk mencari publisiti murahan hingga pernah ditegur beberapa lama dulu kerana penampilannya tidak disenangi delegasi sesetengah negara ketika Najib melakukan lawatan rasmi ke luar negara.

Tindakan Rosmah ini bukan saja memalukan Malaysia tetapi secara tidak langsung menghina Brunei kerana tidak menghantar wakil rasmi kerajaan yang dipilih oleh rakyat atau Yang di-Pertuan Agong!

JALAN PULANG

UMNO MAKIN PANAS!!! Mahathir mula promosi Muhyiddin

Beberapa hari kebelakangan ini, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dilihat begitu banyak membuka mulutnya mengenai UMNO dan politik Malaysia. Melihat kepada amalan masa lalunya, setiap butir kata-katanya banyak mengandungi maksud tersirat, selain memahami apa yang tersurat.

Selain meramalkan BN akan terus menang dalam pilihanraya akan datang tetapi dengan majoriti yang lebih kecil, Mahathir juga bercakap mengenai tempoh seseorang pemimpin harus memegang jawatannya, memahami isyarat untuk berundur, amalan menegur pemimpin, kerajaan pimpinan Najib yang masih lemah dan pelbagai lagi.


Tetapi yang menarik untuk diperhatikan ialah bilamana beliau bercakap tentang kerajaan pimpinan Najib yang masih lemah dan isyarat yang harus difahami oleh seseorang pemimpin bila mereka seharusnya berundur daripada jawatan yang dipegangnya.


Dengan menyebut kepimpinan Najib masih lemah dan gagal menarik sokongan rakyat, apakah ini bermakna Mahathir ingin memberi isyarat kepada rakyat dan ahli UMNO bahawa Najib sebenarnya adalah pemimpin yang gagal. Jika diimbas proses peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Najib dahulu, desakan agar dipercepatkan proses itu ialah agar Najib mempunyai cukup masa untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN.


Namun selepas lebih tiga tahun berlalu dan ternyata kerajaan yang dipimpin Najib bukannya beransur pulih atau bertambah kuat, sebaliknya bertambah lemah. Ini bermakna Najib telah gagal sama-sekali sebagai Perdana Menteri.


Oleh kerana di masa yang sama Mahathir yakin UMNO dan BN akan kekal tetapi dengan majoriti yang lebih tipis berbanding 2008, bermakna kedudukan kerajaan menjadi tidak stabil. Ini sekaligus membawa maksud bahawa Mahathir mahukan ahli UMNO bersiap sedia untuk menukar pemimpin dan menggantikan Najib dengan pemimpin lain yang lebih berwibawa. Jika Najib tidak digantikan, UMNO dan BN akan menjadi terus lemah dan boleh membawa akibat yang lebih buruk dalam piliharaya umum ke 14 nanti. Itulah andaian Mahathir.


Perkara kedua yang disebut Mahathir yang menarik untuk diperhatikan ialah apabila beliau menyebut tentang isyarat yang harus difahami oleh seseorang pemimpin bila seharusnya mereka berundur. Walaupun berjaya menjadi PM selama 22 tahun dan diberikan beberapa kali isyarat oleh rakyat dan ahli UMNO terhadap kepimpinannya, kelebihan Mahahir ialah beliau akhirnya berjaya mengatasi segala rintangan itu melalui kepintaran dan kelicikannya bermain politik.


Bagi Mahathir pula, cabaran yang dihadapinya itu lebih menunjukkan sikap keterbukaannya terhadap amalan demokrasi yang diamalkan oleh UMNO itu sendiri. Sebab itu dengan bantuan kepungan kuasa, beliau berjaya menjadi PM selama 22 tahun.


Bagi Mahathir, tidak kira sama ada seseorang itu lama atau baru menjadi pemimpin, jika wujud isyarat yang mahukan seseorang itu berundur, mereka haruslah memahami dan segera respon terhadapnya.


Jika isyarat berundur ini dikaitkan dengan kepimpinan Najib, ia sebenarnya sudah banyak kali muncul. Cuma Najib saja yang tidak mahu memahaminya kerana merasakan belum puas mengempuki kerusi kuasa sebagai Perdana Menteri.


Najib sendiri pun sebenarnya memahami penolakan rakyat yang makin melebar terhadap kepimpinannya. Sementara Najib menganggap penolakan rakyat itu belum sampai ke tahap isyarat untuk berundur, Mahathir pula cuba memberi bayangan sebaliknya. Sebab itu sehingga ini beliau masih belum terjumpa tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya. Dengan mengumumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO tahun ini akan diadakan pada 27 November hingga 1Disember depan, kebarangkalian yang nyata ialah pilihanraya tidak mungkin diadakan pada tahun ini.


Pilihanraya mungkin diinjak ke penghujung tarikh luput pembubaran Parlimen iaitu April 2013. Dengan menunda tarikh pilihanraya, Najib mengharapkan beliau masih mempunyai ruang dan masa untuk menarik semula sokongan rakyat, terutama melalui Bajet 2013 yang akan dibentangkan 28 September depan.


Sebagai langkah untuk menarik sokongan rakyat, sambutan Thaipusam, tahun baru 2013 dan Tahun Baru Cina pada awal tahun depan dipercayai akan dimanfaatkan sepenuhnya oeh Najib dengan beberapa pengumuman serta pemberian habuan lagi.


Apa yang menarik, Mahathir sebenarnya sudah beberapa kali bercakap mengenai kerajaan pimpinan Najib yang semakin lemah sekarang ini. Meskipun Mahathir dilihat rapat dan sentiasa menyokong Najib, tetapi beliau seringkali juga menyebut mengenai isu kerajaan yang lemah ini.


Mengenai isyarat berundur pula, beliau pernah menyebutnya lama dahulu. Tetapi dengan menyebutnya kembali di ketika ini, di ketika Najib sedang bergelut antara hidup dan mati dalam politik, ia tentunya mempunyai maksud tersendiri. Dan mengenali perwatakan Mahathir, cakapnya jarang tidak mempunyai maksud.


Cubalah ingat kembali ketika beliau berkrisis dengan Musa Hitam dan Anwar Ibrahim dahulu. Banyak ucapannya ketika itu yang mempunyai maksud tersirat lebih daripada yang tersurat. Beliau menyindir tentang gandingan 2M dan beberapa kali menyebut tentang sejarah Brutus yang sanggup menikam Julius Ceaser. Begitu juga ketika beliau tidak mahu lagi menyokong Ghafar Baba yang dicabar oleh Anwar Ibrahim, ungkapannya penuh sindiran ketika itu.


Sebenarnya itulah stail Mahathir. Beliau akan memberi bayangan dan sindiran terlebih dahulu terhadap sesuatu perkara yang ingin diusahakannya. Kemudian membiarkannya menjadi khabar angin dan diperkatakan oleh ramai orang. Akhirnya ia akan meresap dalam pemikiran dan tidak ada sesiapa yang terperanjat jika ianya menjadi kenyataan.


Dalam konteks pilihanraya yang semakin hampir dan pemilihan UMNO selepas itu, Mahathir kini seperti memulakan langkahnya sebagai pencatur dalam menentukan kepimpinan UMNO seterusnya. Sebagaimana beliau berjaya menjatuhkan Pak Lak melalui gerakan dan road show ke seluruh negara dahulu, Najib kini bakal menerima nasib yang sama.


Beliau mula menyebut tentang kerajaan yang lemah dan kegagalan Najib memulihkan keadaan. Kemudian beliau juga menyebut tentang isyarat berundur yang harus difahami oleh seseorang pemimpin itu. Jelas bahawa ia ditujukan kepada Najib.


Meskipun tidak ada pemimpin atasan UMNO yang mengulasnya tetapi ia kini mula menjadi percakapan di pelbagai peringkat dalam UMNO. Pemimpin atasan bercakap, pemimpin bahagian bercakap, pemimpin cawangan juga bercakap. Ahli UMNO biasa dan broker politik juga mulai bercakap mengenainya.


Dan secara automatiknya nama Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO mulai menjadi sebutan di mana-mana sebagai watak yang bakal mengisi kedudukan Najib sekarang. Mahathir nampaknya telah berjaya mempromosi nama Muhyiddin sebagai bakal pengganti Najib. (SH 21/09/2012)