Sunday, October 28, 2012

BERUK ATAS POKOK CERMAI!!! Peribahasa tapi UMNO parti Melayu tak faham bahasa

Datuk Seri Mahdzir Khalid menyelar kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang seperti beruk atas pokok cermai."

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu berkata, sebagai Menteri Besar, Azizan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.


“Dia (Azizan) kata Ketua Pemuda Gerakan ‘beruk atas pokok cermai’, mana boleh kata macam tu.


“Jangan cakap orang seperti itu sebab dia tu seorang ulamak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa Azizan mengibaratkan Ketua Pemuda Gerakan ibarat "beruk atas pokok cermai."


Laporan itu menyebut, Azizan menyifatkan tindakan Keng Liang yang berterusan mendesaknya membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan sebagai politik tidak matang.


Azizan secara berseloroh menggadaikan situasi Keng Liang yang sering mendesak beliau umpama pepatah Melayu ‘jangan usik beruk atas pokok cermai’.


“Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dan usik kita, jika kita pun sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payahlah layan, jika kita layan sampai bila pun tak habis,” katanya.

SOI LEK MAKIN CELUPAR!!! UMNO makin tak berani, berlakon pembela Islam di hadapan orang Islam

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/562043_10151215648055040_1581467921_n.jpgKeceluparan Presiden MCA mempertikaikan hukum hudud nampaknya makin menjadi-jadi. Ada saja perkara baru yang dibangkitkannya dari semasa ke semasa yang menarik untuk dijadikan bahan berita tetapi cukup menyakitkan hati umat Islam.

Jika sebelum ini beliau mempertikaikan hukum hudud itu secara umum dan mengugut akan keluar BN jika hukum itu dilaksanakan, minggu lalu beliau mengeluarkan kenyataan bahawa 1.2 juta rakyat akan kehilangan pekerjaan jika hudud dilaksanakan. Tidak cukup dengan itu, beliau juga menyebut tentang dapatannya bahawa kebanyakan negara yang mengamalkan hudud adalah negara yang paling korup.


Terbaru dalam portal berita Star, beliau mencabar Menteri Agama, Jamil Khir untuk berdebat serta menyarankan melakukan "homework" secukupnya apabila Jamil Khir menyatakan jika hudud dilaksanakan ia tidak melibatkan orang bukan Islam.


Pelbagai rentetan isu hudud yang ditimbulkan oleh Soi Lek ini seperti memperlihatkan beliau lebih memahami serta membuat kajian yang mendalam mengenai hukum itu berbanding Jamil Khir dan umat Islam sendiri.


Sudah tentu keceluparan Soi Lek ini mengguris hati umat Islam seluruhnya kerana beliau nampaknya tidak memahami bahawa hudud bukanlah hukum ciptaan Pas atau mana-mana pihak, sebaliknya ia merupakan hukum Tuhan yang diturunkan untuk menjaga keamanan serta kesejahteraan hidup di dunia ini.


Di mana-mana orang bercakap tentang sikap Soi Lek itu dan rata-ratanya merasakan ia merupakan penghinaan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh sesiapa di sebuah negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasminya.


Tetapi tidak menghairankan kenapa Soi Lek sampai seberani itu. Selain Najib sendiri yang tidak berani menegur dan meminta Soi Lek berhenti daripada bercakap soal hudud, Mahathir sendiri seperti menggalakkan beliau daripada terus bercakap sesuka hatinya mengenai hudud.


Mahathir dilaporkan pada minggu lalu sebagai berkata bahawa tiada salahnya apa yang dilakukan oleh Soi Lek itu kerana ia hanya bertujuan menarik sokongan pengundi Cina yang selama ini menyokong DAP untuk menyokong MCA pula.


Sudah tentu dengan lesen besar yang diperolehi daripada Najib dan Mahathir ini, Soi Lek tidak akan berhenti bercakap. Meskipun sudah ada demonstrasi dan bantahan terhadap beliau, umat Islam haruslah bersedia untuk menerima kata-kata yang lebih pedih dan mengguris hati lagi berkenaan hudud di masa-masa akan datang.


Sebabnya ialah kerana Najib dan Mahathir sudah memberi lesen besar kepada Soi Lek. Dengan lesen besar tanpa tarikh mati itu, sudah tentu Soi Lek boleh berkata apa saja dan bila-bila masa saja.


Dalam usaha UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang dan keyakinan Najib bahawa pengundi Cina amat penting serta kepercayaannya mereka akan kembali menyokong BN jika ditakut-takutkan berhubung isu hudud, percayalah Soi Lek akan terus bersuara dengan nyaring lagi selepas ini.


Dalam hal ini Najib dan Mahathir seakan-akan lupa atau buat-buat lupa bahawa isu hudud bukanlah satu-satunya isu yang menyebabkan pengundi Cina berubah angin dan menyokong pembangkang dalam pilihanraya 2008 lalu. Membangkitkan isu hudud untuk meraih sokongan pengundi Cina tidak lebih menggambarkan kecetekan pemikiran UMNO dan BN serta gambaran tidak mahu berubah.


Pengundi Cina pada umumnya memikirkan soal ekonomi dan urus tadbir kerajaan yang berkaitan dengan rasuah, skandal, penyelewengan, ketelusan dan sebagainya sebagai teras untuk memilih sesebuah parti itu. Jika perkara itu dapat diperbaiki atau gambaran bahawa ia akan lebih baik selepas ini, tanpa ditakut-takutkan isu hudud pun, pengundi Cina akan kembali menyokong BN.


Tetapi dengan mengekalkan kerajaan yang lemah, urus tadbir yang celaru, skandal, rasuah serta penyelewengan makin menjadi-jadi serta suasana ekonomi yang tidak berkembang, tentulah agak sukar pengundi Cina untuk kembali menyokong BN. Bagi mereka, setelah 50 tahun lebih menyokong BN dan kini terdapat alternatif yang dirasakan lebih baik, meneruskan sokongan kepada BN hanyalah umpama terjun ke dalam gaung yang penuh duri dan sampar-sarap.


DAP pula dalam isu hudud ini nampak lebih berhemah dan tidak sampai mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum Islam itu. Malahan dalam konteks penghinaan Soi Lek itu, DAP secara terbuka menentang apa yang dilakukan oleh MCA itu.


Dalam masa yang sama, isu hudud yang dibangkitkan secara berterusan oleh Soi Lek ini juga akan membangkitkan kemarahan secara senyap di kalangan pengundi Melayu dan Islam atas pagar. Jika selama ini ini mereka menyokong UMNO dan BN atas keyakinan itulah parti yang diyakini untuk mentadbir negara, tetapi dengan pelbagai kemelut serta skandal yang bertali arus ditambah dengan penghinaan Soi Lek dan MCA terhadap hudud, pengundi Melayu dan Islam atas pagar ini pasti memberi hukuman dalam piliharaya kali ini.


Selama ini hanpir semua kerusi yang dimenangi MCA adalah di kawasan majoriti Melayu. Di kawasan bandar dan majoriti Cina, MCA sebenarnya sudah lama ditolak. Oleh itu, dengan penghinaan Soi Lek terhadap hudud ini, peralihan sokongan pengundi Melayu atas pagar pasti akan berlaku dalam jumlah yang besar kerana tidak ada orang Islam yang rela dan reda hukum Allah itu dihina oleh Soi Lek.


Jika ditambah dengan penolakan pengundi Melayu dan Islam yang kecewa dengan ketidaktegasan Najib menangani isu hudud dan Soi Lek ini, pastilah jumlah kehilangan undi yang bakal diterima oleh BN dalam pilihanraya akan datang lebih besar lagi jumlahnya.


Soi Lek sudah terlanjur menyerang hudud dan tidak mungkin menarik balik kata-katanya. Najib dan Mahathir juga sudah terlajak memberi sokongan dan lesen besar kepada Presiden MCA itu, juga mustahil menarik semula sokongan yang diberikan itu. Kini hudud yang ditimbulkan itu hanya menunggu masa untuk menjadi lowongan besar yang bakal mengambas UMNO dan MCA didalamnya, Insya Allah. (SH 29/10/2012)

TERKINI !!! Najib terpaksa ke Sabah lagi, abang ipar Speaker DUN Sabah sertai PKR

 
Kedatangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berulang kali sejak awal tahun ini semakin membuahkan hasil buat Pakatan Rakyat!

Barisan Nasional (BN) kini ditinggalkan seorang lagi pemimpin masyarakat Sabah.
Balanting Erom, abang ipar kepada Salleh Tun Said mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kampung Raganan, Tuaran sebentar tadi.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR).
Borang menyertai KEADILAN diserahkan sendiri Balanting kepada Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah dalam satu ceramah 'Bicara Rakyat - Kebangkitan Rakyat Menuntut Perubahan' di kampung itu malam tadi.


Balanting merupakan antara tenaga penggerak mengemudi perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat termasuk penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pengembalian Hak Tanah Adat (NCR) di Sabah.


Kedua-dua isu tersebut kini digalas pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang juga ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing yang keluar dari Barisan Nasional (BN) awal Julai lalu. Seorang lagi pemimpin BN yang keluar dan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Lajim Ukin turut mendekati rakyat terutamanya di kalangan kaum bumiputera Islam di pantai barat negeri itu.


Bekas ahli parlimen kawasan itu dari BN, Monggoh Orow turut bersama dengan APS membantu Ansari meneruskan kegiatan mendekati para pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman sejak Bumburing meninggalkan BN.


Tugas mereka kini mendekati masyarakat Lotud Tuaran yang terdiri daripada Monggoh sendiri; bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Nulu, Mohd Fairuz Bandar; bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) DUN Sulaman, Dominic Ombilod Onul, Richard Libau; Balanting dan bekas Ketua Bahagian BERJAYA DUN Sulaman, Sylvesyer Saraban Daniel.Kedahkini

BILA SAMSENG UMNO MULA MENGANAS!!! Polis kecut , lari tinggalkan kamera

Kenyataan Umum SAMM

Pada 27 Okt.kira kira jam 8.45mlm saya hadir ke MARKAS PAS Bandar Seri Alam,Masai. Program Ceramah Umum PR anjuran DAP-PR


Ketika saya sampai dan duduk dikawasan yg dijadikan Pentas seorang yg saya pasti anggota Polis datang memasang kamera di depan rostrum.


Sebaik sahaja prog hendak dimulakan jam 9mlm dari Balai Raya berdekatan (50meter) mereka yg dikenali oleh penduduk tempatan sebagai orang Umno memasang speaker besar dgn kuat memainkan rakaman ceramah. Dengan jelas cuba ganggu ceramah.


Menurut penganjur mereka telah memaklumkan kpd polis dua minggu awal secara bertulis dan program PR mendapat kebenaran pihak polis.


Jelas tindakan memasang speaker dgn nada amat kuat utk ganggu ceramah PR dan membuat provokasi. Kami cuba berbincang,namun malangnya hanya ada sekitar 10-12 org remaja termasuk seorang perempuan menguncikan diri mereka dalam balai raya membalas dengan teriakan dan perkataan lucah.


Penganjur membuat panggilan kpd polis, saya sendiri cuba menelefon polis tp jaminan utk datang tidak ditunai. Malah anggota polis dicari dikawasan ceramah yg beruniform semua hilang, ada yg tidak beruniform hanya membatukan diri.  Tiba masa saya berucap,umno tinggikan lagi volume suara.


Keadaan mula tegang..saya bertanya kepada anggota polis sila muncul kita perlu bincang. Ada org yg menunjukkan kamera dengan mengatakan mesti ada polis dia pasang kamera ini tadi.


Saya tanya 3 kali dan waktu jarak untuk minta polis tampil ke depan. Org ramai sahut dan turut teriak panggil polis. Seorang pun tak muncul. Ada yg mula rapat dgn kamera polis dlm keadaan marah.


Saya minta semua petugas SAMM kedepan kawal keadaan. Provokasi umno berterusan tp saya kawal kerana jika bergaduh tentu remaja yg dibuat umpan oleh Umno itu teruk dipukul malah kamera polis juga mungkin dirosakkan.


Saya minta kamera polis itu ditutup/lipat dan diselamatkan. Saya meninggalkan lokasi ceramah awal utk ke satu lagi lokasi di Taman Dahlia.


Saya akan menyerahkan kamera tersebut melalui satu laporan polis siang nanti. Dalam perjalanan pulang ke Seremban saya dihubungi perbagai anggota Polis dari Pegawai bertugas, Timbalan OCPD, Datuk Ramli (KCK Johor). Meminta saya memulangkan kamera. 


Mereka kebanyakan tidak ada di lapangan keliru. Isunya bukan saya curi tp semalamatkan. Mereka kata ada anggota lihat saya yg bawa kamera pergi. Ini bermakna ada anggota polis yg sengaja biar dan diamkan provokasi umno maka bila termakan provokasi PR akan dipersalahkan.

Saya rakam simpati dgn anggota polis yg kena bertugas ikut telunjuk Umno. Ramai yg hadir dan semua rasa kecewa Umno diberi peluang dan dilindungi untuk membuat kecoh.


Laporan polis saya menyerahkan kamera video tersebut akan membuktikan anggota polis hadir ttp diam saja melihat provokasi Umno...


Saya simpati dan InsyaAllah dibawah PR nanti institusi polis akan dibebaskan dari tekanan politik.


Sekian


cheGuBard

Dalam perjalanan pulang melepasi ayer keroh. 2.10pg
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

INILAH POLIS MALAYSIA!!! Samseng UMNO dibiarkan , yang datang ceramah pula polis jadikan tebusan

http://www.rontogdaily.com/wp/wp-content/uploads/2011/12/bard.jpgJohor 28 Okt: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas ‘Abu Sayyaf’ apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.

 Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah. “Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya.

 “Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum,” katanya lagi. Katanya, beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua.

 “Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera,” katanya. Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.

“Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga,” katanya lagi. Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi. “4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam.

Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu,” katanya lagi. - SUMBER

MAI TENGOK!!! 10 OO Samseng UMNO cuba kacau Jelajah Merdeka Rakyat di Sungai Besar


Selepas selesai lokasi pertama di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, bas Jelajah Merdeka Rakyat kini meneruskan perjalanan dan tiba di lokasi kedua di Sungai Besar, Selangor.

Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Besar, Khalid Ibrahim disambut meriah oleh lebih 1,500 rakyat yang sudah menanti ketibaan pemimpin Pakatan Rakyat sejak jam 1 tengah hari lagi.


Bagaimanapun, samseng Umno yang dianggar lebih 10 orang mula melakukan provokasi memegang sepanduk mengecam Anwar konon dia tidak diterima di parlimen tersebut.


Insiden sama berlaku awal pagi tadi di Bandar Tun Razak di mana samseng diupah Umno membuat bising dengan membunyikan hon motosikal masing-masing tetapi tidak dihiraukan penyokong yang sudah tiba sejak jam 9 pagi.


Anwar berucap di hadapan sebuah restoran di pekan Sungai Besar sambil skuad keselaamatan memantau pergerakan samseng Umno bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Rakyat pelbagai kaum tidak menghiraukan cuaca yang agak panas mendengar amanat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat malah ada yang berteduh di beberapa buah khemah yang disediakan khas bagi memberi sedikit keselesaan kepada mereka.


Sebelum itu, orang ramai tidak melepaskan peluang untu bersalaman dan bergambar dengan Anwar serta Khalid yang ceria melihat sambutan hebat walaupun mendapat maklumat kehadiran bas jelajah tersebut kurang seminggu lalu.


Pengerusi KEADILAN Selangor yang juga timbalan presiden, Azmin Ali dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang bagi menyertai rombongan bas meneruskan perjalanan ke parlimen Sabak Bernam dan Hulu Selangor selepas ini.


JALAN PULANG

SOI LEK JADI PENASIHAT AGAMA UMNO!!! Jika Jamil Khir , Fathul Bari tidak berani sahut cabaran debat Soi Lek



Oleh: Tok Janggut

Kalau sudah berkali-kali dengan rasa sombong, megah dan ego Presiden MCA dan pemimpin Gerakan berani menghina Islam, menghina syariat Allah tetapi tiada siapa yang mampu menegur atau memberi amaran, maka elok sajalah Soi Lek ini dilantik sebagai Penasihat Agama UMNO seumur hidup atau dilantik sebagai Ketua Agama negara kerana Ketua Agama yang ada sekarang pun tidak mampu dan tidak berani memberi amaran kepada "bapak syaitan" ini, maka apa lagi yang boleh umat Islam harapkan untuk menjaga kesucian agama Islam dan syariat Allah dari terus dihina dan dicaci?


Punca utamanya sehingga membuatkan MCA dan Gerakan berani menghina Islam ialah UMNO sendiri. Kalau UMNO yang selama ini dilihat oleh MCA dan Gerakan sebagai penganut Islam tetapi seringkali menghina dan mempersendakan syariat Allah dan Sunnah Nabi, maka MCA dan Gerakan yang selama ini menjadi tempat berpautnya UMNO untuk meneruskan nyawanya sudah tidak ada rasa segan silu lagi melakukan perkara yang sama sebagai menunjukan betapa benci dan antinya mereka terhadap Islam selama ini.


MCA dan Gerakan juga tahu bahawa UMNO tidak akan berani berbuat apa-apa apatah lagi untuk mengambil tindakan atau menghalau mereka keluar dari gabungan BN kerana tanpa mereka UMNO sudah lama berkubur. Oleh kerana UMNO ini lebih sayangkan MCA, Gerakan dan undi orang Cina maka UMNO tidak peduli apa yang akan terjadi pada Islam dan umat Islam. APAKAH MASIH ADA ORANG MELAYU YANG MENGAKU BERIMAN YANG AKAN TERUS MENYOKONG DAN MENGUNDI UMNO LAGI?


Dimana tokoh agama UMNO, Mufti UMNO? Ulama muda UMNO, penasihat agama UMNO? Jakim? Sudah tidur atau sedang seronok dengan kemewahan hidup? Apakah kerja mereka selama ini hanya sekadar sibuk untuk memantau penceramah agama di masjid, memastikan orang yang berkhutbah Jumaat mempunyai tauliah, membaca doa, merasmikan musabaqoh Al Quran, menerima cek wang zakat atau sekadar untuk memastika kuato jemaah haji cukup dan sebagainya sahaja?


Kalau setakat inilah sahaja fungsi mereka untuk menjaga Islam, maka mereka ini samalah tarafnya dengan Soi Lek itu. Patutlah hidup umat islam makin merempat, masjid dan surau boleh dirobohkan tanpa halangan. Pemimpin negara bebas merompak wang rakyat, merampas tanah rakyat, menipu dan menindas rakyat, puncanya adalah kerana semua tokoh agama yang menyokong UMNO sudah dikunci mulut mereka dengan pangkat, wang dan kemewahan hidup. Mereka inilah sebenarnya syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia yang menjual ilmu agama anugerah Allah dengan harga yang murah demi kerana mengejar dunia.


Oleh itu insaflah semua umat Islam, selagi UMNO dibarkan berkuasa, maka nasib umat Islam, masa depan negara serta aqidah penganut Islam berada dalam keadaan kritikal dan bahaya. Bulatkanlah hati dan tekad supaya bersama-sama kita tumbangkan UMNO dalam PRU13 tanpa rasa ragu dan bimbang lagi. Masa sudah terlalu suntuk.


Bagaimana seorang bukan Islam begitu bebas bercakap tentang Islam dengan tujuan untuk menghinanya? Siapa mereka? Selama ini kita umat Islam amat berhati-hati malahan tidak mahu langsung bercakap tentang hal yang berkaitan dengan agama penganut agama lain tetapi mereka bagitu berani dan lantang boleh bercakap tentang Islam yang mereka sendiri tidak faham.


Dimana maruah umat islam sebenarnya? Jika zaman para sahabat dahulu apabila berlaku keadaan begini, mereka akan istiharkan perang tetapi kita sekarang hanya mampu berpeluk tubuh, mengangguk dan boleh lagi bersahabat dan ketawa dengan mereka ini? Repot polis untuk apa?


Ini hal berkaitan dengan Islam, dengan Allah dan Rasul! Polis mampu ke untuk bertindak terhadap puak kesayangan UMNO ini? Ini urusan agama! Beginilah hinanya kita dizaman sekarang ini. Wang, pangkat, projek, kawasan balak, kereta mewah sudah jelas mampu menjadikan kita syirik kepada Allah.


Islam kita sekarang hanya pada nama dan pada kad pengenalan sahaja. Solat kita hanya kerana sudah masuk waktu, puasa kita hanya kerana sudah masuk bulan Ramadhan, zakat kita kerana wang banyak dan haji kita kerana sudah ada kemapuan TETAPI semuanya dilakukan BUKAN kerana ALLAH dan ajaran RASUL. Semuanya hanyalah lakunan dunia yang bersifat luaran sahaja. Dari segi aqidah dan iktiqad sebenarnya sudah ramai yang rosak dan batal kerana jahil bab tauhid kepada Allah. Maka apa yang berlaku sekarang adalah kutukan dan penghinaan dari Allah terhadap kita kerana semua.


Cakap agama berdegar-degar, sambut Maulidul Rasul sehingga habis jalanraya ditutup, buat musabaqoh sehingga dijemput seluruh dunia umat Islam menyertainya, buat masjid sanggup habis berjuta-juta ringgit malahan ratusan juta dengan kubahnya diimpot dari luar negara. Untuk apa semua ini jika dalam masa yang sama kita sendiri menghina dan menolak syariat Allah dan sanggup lagi bersekongkol dan bersekutu dengan orang bukan Islam yang bebas menghina Islam? Tidak ada nilai walaupun sekumit pun semuanya ini disisi Allah.


Ingatlah, dalam usaha kita untuk melaksanakan perintah Allah tidak perlu kita meminta izin atau bertanya kepada orang bukan Islam samada boleh dilaksanakan atau tidak kerana mereka tidak punya kelayakan untuk ditanya dan diminta keizinan. Dan yang pastinya orang bukan Islam tidak akan sekali-kali membenarkan kita melaksanakan syariat Allah. Kita wajib menunaikan perintah dan amanah Allah kerana kita hamba Allah dan umat Muhammad. Kita bukan hamba kepada MCA, Gerakan dan sebagainya dan kita bukan umat mereka. Agama kita, kitalah yang menentukanya, tidak perlu nasihat dan pandangan orang bukan Islam. Quran dan Hadis adalah rujukan kita, bukanya perlembagaan negara.


Adalah syirik hukumnya jika kita membelakangkan Quran dan hadis semata-mata untuk mempertahankan perlembagaan negara yang tidak ada kaitanya dengan Allah dan Rasul itu. Perlembagaan negara adalah ciptaan bekas penjajah yang bertujuan untuk merosakan aqidah umat Islam secara halus dan terancang. Hanya orang faham bab tauhid dan yang diberikan hidayah oleh Allah sahaja yang memahaminya. Yang sesat, kufur,syirik dan yang istidroj sahaja yang sanggup mati demi perlembagaan negara.


Oleh itu, jalan penyelematnya ialah KUBURKAN UMNO/BN dalam PRU13 nanti. Jika tidak, jangan menyesal nanti dan jangan salahkan musuh Islam menghina Islam kerana kita sendiri yang mengundang dan memberikan lesen untuk mereka melakukanya dengan cara yang jelas melalui undi kepada UMNO/BN. Wallahualam.PSM

GENNEVA GOLD!!! Dulu lain sekarang lain, kenali Mahathir dan Utusan


Masih ingat lagi tragedi yang menimpa para pelabur yang melabur puluhan, ratusan malahan jutaan RM di sebuah syarikat pelaburan jongkong emas Genneva Gold?.

Bila dilihat pada majlis pelancarannya yang menjemput Tuanku Agong ketika itu (Sultan Mizan), dan seterusnya dilancarkan oleh ikon negarawan terulung Malaysia Tun Mahathir, pasti ramai yang percaya pelaburan ini adalah sesuatu yang sah.


Masakan ia ada unsur-unsur penipuan jika 1500 VIP telah hadir memberikan sokongan pada majlis pelancarannya pada 15 Disember 2010. 


Berita pelancaran yang gah itu turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 17 Disember 2010 dengan tajuk berita 'Dr. Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas'

Maka berbondong-bondonglah rakyat terutama mereka yang baru berpencen dengan wang simpanan yang mereka ada itu menyahut seruan Tun supaya melabur di dalam pelaburan emas.






Apa yang mereka tidak tahu adalah tidak sampai dua tahun kemudian pelaburan mereka ini akan lesap. Akhirnya akhbar sama yang mengiklankan pelaburan ini telah mengeluarkan laporan
'Tipu Pelabur RM4b' pada 2 Oktober lalu.

Akhbar ini jugalah yang melaporkan syarikat berkenaan sebelum ini pernah terlibat memperdayakan pelabur melalui skim pelaburan berbentuk piramid. Syarikat itu bagaimanapun ditutup dan pemiliknya menghilangkan diri selepas kegiatan mereka terbongkar.


Akhbar ini juga melaporkan pemilik syarikat sama dipercayai kembali menubuhkan syarikat pelaburan baru menggunakan nama lain untuk memperdayakan pelabur.


Akhbar ini turut menyatakan syarikat tersebut dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.


Akhbar ini juga mengeluarkan kenyataan Bank Negara supaya "Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melabur wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kegiatan yang menyalahi undang-undang,".


Korang nak baca Utusan lagi ka??.....Puiiih..Rakyat Marhaen

SEMAKIN BIADAP!!! Soi Lek cabar Jamil Khir berdebat kerana tahu UMNO takut berdebat


Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.

"Bolehjadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..

BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims.

“Maybe he did not do his homework. I am disappointed with what he said,” the MCA president said.


On Wednesday, Jamil Khir told Nibong Tebal MP Tan Tee Beng in the Dewan Rakyat that hudud would not affect non-Muslims. Tan had asked him if it would ever be implemented in Malaysia.


Speaking to reporters after chairing the Batu Pahat MCA committee meeting on Friday, Dr Chua invited Jamil Khir to a debate on how hudud would affect all Malaysians, pointing out that it involved amending the Federal Constitution.


He also pointed out that a political party should not be equated to religion.


“PAS is a political party while Islam is the official religion.


“The MCA is upholding the constitution which states the country's official religion is Islam while Malaysians are free to embrace their own,” he said.


Asked if his comments about Jamil Khir would affect Barisan Nasional, Dr Chua said the MCA, as a political party, had the right to express its views.


Dr Chua added that
he would not apologise to a group of PAS Youth members who had held a protest at Wisma MCA over his statement on hudud.

“Why should we be scared? We are merely stressing our views and the people have the right to choose,” he said ~
The Star Online

Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud..

Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang  ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia..


Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO..


50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO..ASD

PARIT BUNTAR!!! PAS Parit Buntar adakan ibadah korban di Dun Titi Serong dan Kuala Kurau

PARIT BUNTAR, 28 Okt. : Seperti tahun-tahun sebelumnya, PAS Parit Buntar telah menganjurkan Program Ibadah Korban bertujuan untuk memenuhi tuntutan agama dan memupuk semangat pengorbanan yang tinggi umat Islam. 
 
Pengarah program Fakhrurazi Haji Khalid berkata, sebanyak sebelas ekor lembu telah dikorbankan pada hari raya kedua di dua tempat berasingan iaitu di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong dan Markas Tarbiyah Dun Kuala Kurau, Jalan Pantai.
 
“ Bilangan lembu untuk dikorbankan bertambah berbanding tahun lalu kerana semakin ramai yang menyertai ibadah korban anjuran PAS Parit Buntar. 
 
“ Memandangkan ibadah korban ini di adakan di dua tempat berasingan , maka kerja-kerja melapah dan memotong daging dapat dijalankan dengan lebih cepat dan lancar “ Katanya
 
Fakhrurrazi berkata, daging-daging lembu diagihkan kepada fakir miskin dan orang ramai dalam kawasan Dun Titi Serong dan Kuala Kurau
 
“ Urusan pengagihan daging korban juga berjalan lancar, di mana wakil PAS Cawangan datang mengambil daging korban untuk diserahkan kepada fakir miskin di Cawangan masing-masing". 
 
“ Selain lembu yang dikorbankan pada hari ini , terdapat beberapa ekor lembu lagi telah diagihkan kepada cawangan PAS untuk dikorbankan di tempat mereka” katanya
 
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu menguruskan ibadah korban PAS Kawasan Parit Buntar pada tahun ini
 
“ Petugas-petugas yang terlibat tanpa mengira penat lelah dan habuan, mereka bekerjasama dan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah yang amat dituntut ini. 
 
“ Program ibadah korban ini juga merapatkan ukhwah islamiah, program ini juga mampu membangunkan kehidupan masyarakat yang harmoni dan mematuhi arahan agama.
 
Tambahnya, selain program ibadah korban yang dianjurkan oleh PAS Parit Buntar. Program ibadah korban ini juga dilaksanakan oleh ahli-ahli PAS Cawangan di Markas, Surau dan Masjid tempat masing-masing. 
 
“ PAS Parit Buntar sangat mengalu-alukan ibadah korban yang dilakukan oleh PAS Cawangan di tempat masing-masing. 
 
““ Kegigihan ahli dan penyokong PAS di cawangan patut dipuji. Ini salah satu daripada sumbangan khidmat kebajikan kepada umat Islam setempat” katanya
 
Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin yang turut menyembelih dua ekor lembu yang dikorbankan.
Program Ibadah Korban di Titi Serong




  
Program Ibadah Korban di Kuala Kurau